Klik sini

Khamis, 16 Jun 2011

Makan angin kat Colmar Tropicale Berjaya Hills di Bukit Tinggi

Best Blogger Tips
Nak pi Perancis gayat nak naik kapal terbang, pi yang dekat-dekat ni udah ler. Bukan apa setakat budget ciput dan nak melarikan diri dari kesibukan kota plus stress di tempat kerja, bagus gak bercuti bersama orang tersayang kat Bukit Tinggi Pahang.
 Inilah pemandangan waktu malam, kalau nak dibandingkan dengan Genting Highlands, Bukit Tinggi takla sejuk sangat tapi lebih privasi memang sesuaila untuk orang bercinta sebab tak banyak hiburan.


Sebenarnya nak cita pasal tempat makan kat atas ni, kang cita pasal pelancongan jadi blog trip pulak hehehee

 Sesapa saja yang naik ke Bukit Tinggi wajibla masuk taman jepun kan. So, dalam taman jepun ni adalah restoran ala-ala Jepun gitu. Harga boleh tahan standard makan kat hotel walaupun sebenarnya makan dalam hutan hahaha

Memandangkan kami dah pun lunch kat tanah rendah tadi, naik kat tanah tinggi ni makan dessert cukupla.
Ini namanya green tea ice-cream topped with red beans


Untuk soul-mate saya, dia minum green tea je


Kalau nak cek harga tengokla menu dia ni, terpampang kat depan pintu nak masuk....agak-agak macam tak releven harga dia takyah la masuk, bukan apa....ingat senang ka nak tanggung tong gas dari bawah, nak daki bukit kat atas ni.
Tetiba ada orang senyap-senyap snap picture kami tengah berdating, kacau daun sungguh

Dinner malam tu kami makan mussel pizza, rasa dia pelik sikit sebab saya tak pernah makan pizza bertoppingkan mussel dan cheese sebelum ni tapi okla sedap jugak

 Sambil makan kami disajikan dengan street show. Pakcik ni gigih dok mengusik orang dengan bola-bola apinya dan sesambil cuci mata tengok dancer Russian Roulette


Breakfast makan buffet, kata buffet je makan tak hinggat dunia sungguh...agak 3jam jugakla dok melepak kat cafe dia.

Kalau menginap kat sini, harga bilik memang included harga breakfast sekali. Kalau bangun pagi jangan risaula nak cari tempat makan

Lepas breakfast kami pun turun balik, menempuh jem karak arrrggghhh.....lain kali jangan lalu highway masa hari terakhir cuti sekolah

1 ulasan:

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.