Klik sini

Selasa, 14 Jun 2011

Kek Chocolate

Best Blogger Tips
Meh makan kek dulu...kek ni dah lama buat tapi saja nak tayang balik. Ni kes dok mencari gambar masak dolu-dolu punya tetiba rasa cam lapar nak makan kek coklat pulak. 
Alamatnya plan diet kena stop kejap, ......tak tertahan dengan godaan coklat.


164794_489063117502_559777502_6206859_416418_n

Sebenarnya ni kek instant hehehe sebab masa ni baru beli oven, nak menerai oven barula katakan. Senang je nak buat, follow direction step by step....hah siapla

179052_489062502502_559777502_6206846_966011_n

Nak bagi lain sikit, kek ni lepas kuar dari oven rehatkan dalam 10 minit gitu pastu potong tengah untuk dibahagikan kepada dua bahagian. Coklat ganache letak diantara kek dan seluruh kek, Pastu ambik coklat 'sagat' aka hancurkan atas coklat ganache pulak


166798_489063282502_559777502_6206862_1353220_n

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum 
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Tiada ulasan: