Klik sini

Khamis, 24 Februari 2011

Meatball and Macaroni Peas

Best Blogger Tips
Resepi yang pertama saya kenalkan macaroni peas dan meatball....macam mana rupanya menarik tak?walaupun tak semenarik junior master chef tapi bolehla buat makan2 kat rumah


 macaroni peas ni baru kali pertama cuba masak dan makan


Mula-mula saya sediakan daging cincang dalam 1kg, defrostkan dulu

Selepas defrost barulah saya campurkan bahan marinate....selalunya saya akan campurkan dengan bahan apa yang ada kat rumah pada masa tu jadi takla had pada sesuatu bahan asalkan kita dapat aroma yang menarik dan rasa yang sedap. Meatball ni saya letakkan bawang besar kuning yang dicincang, garlic cincang, telor sebiji, tepung gandum sikit untuk melekit, serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis, daun bay, thyme, oregano, basil, rosemary, garam, black pepper dan sikit sosWorcestershire(kalau takdak xpa)

Selepas perap selama 30minit hingga 1jam barulah bentukkan doh ikut kesukaan...ada yang bulat, ada jugak yang leper mcm daging burger 

Meatball tadi ada 2 pilihan samada nak goreng atau bakar. Meatball yang dicelup dalam telur kemudian serbuk cornflake ni untuk digoreng

Inila rupanya meatball goreng

 Ini pulak rupanya bila bakar atas pan

manakala bentuk yang ala-ala daging burger ni saya grill kan dan letak chesse atasnya

gravy untuk meatball ni senang je....bancuh serbuk gravy knorr dengan air panas, siapla
sementara periuk lain tumiskan garlic dan bawang sampai bau harum
kacang peas, daun mint dan bayam di-blendkan kemudian masukkan dalam periuk bersama bawang tadi
lupa lak sebelum tu kena rebuskan macaroni dengan garam dan minyak sampai lembut
gaulkan macaroni rebus dengan tumisan tadi sehingga rata
ok...siap macaroni peas.......kemudian kita sediakan veggie


potong veggie, basuh dan rendamkan dengan air garam
potato dibelah dua dan susunkan atas aluminum foil dalam periuk kukus....ini untuk stimkan bersama veggie
sebelum dikukus, veggie hendaklah ditabur dengan italian herb, black pepper dan garam
hidangan veggie pun siap


Tiada ulasan: