Isnin, 1 Ogos 2011

Raja Ayam Penyet punya pasal....

Niat di hati nak makan kat Topspot tapi cuaca sangat mengecewakan bila hujan lebat berserta kilat dan guruh huhuhuhu sedihnya hati ni. Apa lagi saya dan mr.soulmate pun bawak keta ronda-ronda pekan Kuching ni nak cari kedai RJ Ayam Penyet yang sangatla popular kat sini dengan bantuan papago. Navi 'RJ Ayam Penyet' tak jumpa tapi bila navi nama 'Raja Ayam Penyet' jumpa pula. Kami pun ikutla arahan papago hinggala sampai betul-betul depan kedai yang dinyatakan oleh papago. Yang saya muskilkannya awat kedai ni color hijau, setahu saya kedai RJ ayam Penyet ni color hitam. Memandangkan kami pun lapar pastu kena gerak cepat nak tengok wayang midnight pulak, makan jela sekadar mengisi perut.

Saya pesan western food ala2 makanan mexico pun ada. Mr.soulmate macam biasa kena makan nasi jugak,dia pesan nasi ayam penyek je. Makanan dia tak sedap sangatla dengan harga pun mahal tapi dah lapar makan je.


Ini ayam penyet mr.soulmate makan malam tu, harga dengan rasa agak tak berbaloi. Lepas makan kami pun gerak ke The Spring Mall nak cakap 'Avada Kedavra kat Lord Voldemort'

Tiada ulasan: