Klik sini

Jumaat, 5 Ogos 2011

Mi Kolok Kampung Boyan

Best Blogger Tips
Hari ke-3 di Kuching pagi-pagi dah tak sabar dah nak merasa mi kolok Sarawak ni. Kat semenanjung pun takdak pulak orang jual makanan ni. Special sungguhla cuma ada kat Sarawak je.

Mi ni lain sikit rasanya, katanya mi ni memang diorang buat sendiri. Dari Waterfront kami naik sampan ke seberang sungai dengan harga 50sen ke Kampung Boyan. Sampai je kat Kampung Boyan kami yang kelaparan dari pagi tak breakfast ni terus ke food-court dia tapi tak ada satu kedai pun yang bukak. Rupa-rupanya food-court ni cuma bukak sebelah petang sehingga malam. Dengan muka kesedihan bercampur lapar, ada sorang makcik ni terus pujuk kawan dia kat gerai sebelah ni buatkan mi kolok jugak kat saya. Hehehehe.....saya makan mi kolok dan mr. soulmate makan nasi daging black pepper.


Saya pesan satay daging jugak, saja nak merasa satay kat sini. Semua makanan ni sedap, makan bila lapar memangla sedap tak hinggat punya. Harga mi kolok saya RM3.50, satay 5cucuk RM2 dan nasi daging black pepper mr. soulmate pula berharga RM3.50


Tiada ulasan: