Isnin, 22 Ogos 2011

Buah Jentik

Orang Utaqa yang tak kenai buah jentik memangla nak kena putaq kepala dah ni. Saya pun hairan awat buah jentik ni tak tumbuh kat area Lembah Klang ni sebab orang-orang kat Lembah Klang ni tak kenai pun kalau cita pasai buah jentik. Tak dinafikan buah jentik ni antara buah hutan yang senang jumpa kat negeri Perlis dan Kedah. Kebelakangan ni pokok buah jentik dah semakin pupus dah. Kalau pupus nanti habisla khazanah alam yang berharga cuma tinggal sejarah jela kat anak cucu kita nanti.

Saya kalau balik Kedah suka ikut jalan tepi bendang macam ni dari lalu kat jalan persekutuan. Orang sini panggil batas ban la. Sebabnya kalau balik KL tak jumpa dah view macam ni
Gambar tadi awai-awai tu masa buah jentik tak buang kulit lagi. Ni buah jentik yang siap nak dingap je

Nak buang kulit buah jentik ni senang je cuma jentik je kulit dia dan tertanggalla sudah kulit dia. Makan sekali dengan biji dia, biji dia tak tumbuh dalam perut punya...jangan risau.

Buah jentik ni lagi best kalau satu tangkai ni dibuang semua kulitnya dan makan macam buah anggur lak

Ha..mana nak cari tengah-tengah pekan ada petak sawah padi macam kat Alor Setar ni

4 ulasan:

Shuhaida Subri berkata...

Oi.. cik adik.. Kedah tang mana ni? Org alor setaq ka?

Hafirdaus berkata...

hala oqang aloq staq la hehehehe

Lah kedah berkata...

Assalamualaikum boleh PM 01153552000 saya yang mana ada jual buh jentik ni last makan masa umur 14 tahun rindu sangat kat buah ni daha lama tak balik kampung cari saya sekarang duduk kat teluk intan

Lah kedah berkata...

Assalamualaikum boleh PM 01153552000 saya yang mana ada jual buh jentik ni last makan masa umur 14 tahun rindu sangat kat buah ni daha lama tak balik kampung cari saya sekarang duduk kat teluk intan