Khamis, 24 Februari 2011

Spaghetti Bolognese

Resepi spaghetti Bolognese ni memang dah selalu saya buat, kiranya kalau rumah orang lain selalu ada beras tapi tidak saya. Rumah saya selalu ada spaghetti, beras takdak pun tak pa hahaha.....
 Mula-mula buat makan kat rumah je tapi bila ada lebih selalunya akan bawa ke office bagi kawan-kawan makan. Sekarang ni kalau ada pot luck Noor Hafirdaus Ahmad tak lain mesti kena bawa spaghetti ; )
Bila ada orang suka dengan masakan kita, mestila kerap kita masak....lagipun saya ni jenis sangat suka bagi orang makan masakan saya sebab saya berharap agar rezeki saya murah di kemudian hari. Kawan-kawan saya selalu tanya saya pakai prego ke?atau sos spaghetti dalam botol yang kebanyakkannya di pasaraya2 tapi saya lebih suka pakai buah tomato yang segar untuk buat sosnya. Bila saya cari tomato kena cari tomato yang dah masak ranum kalau boleh colornya betul-betul merah dan lembik sikit barula sedap. Rahsianya pulak kuah spaghetti ni saya akan masak hari ni untuk makan keesokkan hari barula kick

  • 1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya spaghetti vermicelli)
  • 2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu) - dadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1 tin button mushroom (nak letak sayur lain pun boleh)
  • 500 gm minced beef/chicken
  • 10 biji tomato - separuh dikisar separuh dipotong dadu
  • stok ayam/air rebusan spageti tadi
  • Oregano/thyme/daun bay/rosemary/basil/Italian herb
  • Sedikit margerine/butter/olive oil
  • olive –hiris(ikut kesukaan kalau nak makan buah olive dalam kuah)
  • lada bagala merah/hijau/kuning – hiris
  • carrot – dihiris panjang
  • gula / garam / lada hitam
Cara-cara
  1. Dalam satu periuk, rebus air + sesudu minyak masak +garam. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak sehingga spaghetti dah lembik
  2. Sementara biar spaghetti tu masak, diced kan bwg kuning (kecil-kecil) dan cincang bawang putih.
  3. Masukkan sedikit olive oil ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan.
  4. Masukkan pula bawang kuning yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak hingga naik bau.
  5. Masukkan daging/ayam kisar tadi. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.
  6. Masukkan tomato dipotong dadu sehingga lenyai dan masukkan tomato kisar sehingga air tomato keluar.
  7. Buka tin cendawan tadi,basuhkan dulu, quarterkan (potong empat)/ hiris cendawan butang.
  8. masukkan olive, capsicum, carrot yang telah dipotong
  9. Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada basil/bay leaves/thyme/black pepper dan lain2 Italian herb pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi.
  10. letakkan gula secukup rasa bagi menstabilkan semula rasa masam tomato
  11. Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je sb ms rebus spaghetti dah ada garam.)
  12. Carikkan2 kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk (tak perlu pun tak pa)
  13. Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam,gula)
  14. nak lagi sedap, kuah kena biarkan semalaman dan esoknya panaskan semula dan baru masukkan keju sebelum makan
  15. Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dalam sesudu kecil olive oil atau margerine untuk bagi cantik/berkilat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
hai.. nak resepi boleh?
tgk sedap sgt..

Hafirdaus berkata...

resepi macam kat atas tapi kalau nak makan macam dalam gambar tu, mula2 tuang kuah bolognese atas pasta kemudian letak parmesan cheese atas kuah tu dan panaskan dlm microwave dalam 2minit or sampai parmesan cheese melt atas kuah tu then last sekali baru letak daun parsley kat atas cheese utk hiasan

Cekgu Maz berkata...

waaa nampak sedap betul...suka tgk cheese tu....mcm nak buat je malam nie....hukhuk

Cekgu Maz berkata...

huhuhu sedapnyerr nampak cheese tu terus cam rasa nak makan.....

Hafirdaus berkata...

saya ada gak buat survey memangla kebanyakan perempuan suka makan cheese berbanding lelaki. Macam saya pun kalau makanan bercheezy ja mesti dah lapar. try buat resepi cheezy meatball saya pula sebab meatball tu pun saya letak banyak cheese jugak. terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.

Unknown berkata...

daun untuk hiasan tu?