Khamis, 13 Oktober 2011

Strawberry Yogurt Smoothies

Lihatla pandanglah smoothies di tengahari......sempat saja masa lunch's break buat smoothies. Cuma 10 minit je nak buat, dah siap smoothies strawberry ni....yum...menyegarkan tekak. Sebelum ni pun pernah buat strawberry smoothies, klik di sini

Hari ni balik rumah masa lunch sebab ada orang nak menuntut ilmu belajar macam mana nak buat Spaghetti Agli e Olio sebab gambar yang post dalam FB telah mengugat jiwa dan raganya hehehehe. Kebetulan ada sekotak buah strawberry dalam peti ais yang masih tak tau nak masak apa dengan buah ni. Sementara dia buat spaghetti tu, saya sediakan smoothies strawberry, sedap tau.

Agak kelam kabut sikit suasana kat dapur masa ni sebab berkejaran nak masak dan makan dalam masa 45minit je. Dalam blender saya masukkan buah strawberry+yogurt+gula aising+susu+ais ketul. Blend semua sampai hancur dan tuang dalam gelas. Letak whipped cream on top....wallahhh.....yum

3 hidangan untuk 3orang makan......sorang lagi tetamu langkah kanan hehehehe oppsss....



2 ulasan:

adarin berkata...

TQ Nor..mmg sdp spageti n smoothie strawberry tu..

Hafirdaus berkata...

hehehehe tenkiu