Klik sini

Selasa, 11 Oktober 2011

Naim Gulai Semilang

Best Blogger Tips
Jalan-jalan di Utara lagi di sekitar Tanjung Dawai. Setiap kali ke UiTM Merbok tak sah kalau tak jalan-jalan cari makan dekat kedai Naim Gulai Semilang. Sebelum datang kedai ni siap order dulu nak makan apa sebab karang tak yah nak tunggu lama-lama dah sebab masa lunch sesak dengan manusia. Pelanggan yang datang bukan yang dekat-dekat, ada yang datang dari Penang semata-mata nak lunch dekat situ.

Kedai ni tak besar mana pun macam kedai kampung biasa tepi jalan je tapi memandangkan seafood dia setiap hari fresh dari laut dan masakan yang sedap ni, orang yang datang tak kisah berapa harga dan jauh mana kedai ni sanggup direntasi hehehehe isshhh memang sedap.

Saya dan mr.soulmate sengaja pilih tempat yang paling hujung berhadapan tali air sawah. Saya suka tempat ni tenang je dengan pemandangan Gunung Jerai dan sawah padi dan laut. Kalau umur panjang berangan nak buat rumah kayu kat sini siap dapur guna dapur kayu lagi...aiicehhhh berangan aka impian.


Air yang paling disukai ramai iaitu teh ais. Air yang best

Ikan ni....makcik tu cakap baru je naik dari laut, masa nak masak hidup-hidup lagi. Saya yang tak suka sangat makan ikan jadi ketagih pula nak makan ikan ni sebab sedap sangat. Dia bukan masak apa sangat pun, simple je tapi alahai susah nak cakap, rasa dia memang lain sangat sedap.

Udang ni pun hidup-hidup lagi masa nak masak, memang seafood kat sini tak sempat nak mati lagi kot semuanya hidup-hidup lagi. Macam mana saya tau?sebab mr.soulmate ni peramah dan konon nak tengok macam mana makcik ni masak, dia la cakap kat saya ikan dan udang semua hidup-hidup lagi kat dapur tu. No wonder la fresh semua makanannya. Dabak punya saiz udang ni.

Inilah gulai ikan semilang, masih mendidih ketika dihidangkan. Gulai ni pun sedap. Mr.soulmate sekali lagi tanya makcik ni apa rahsianya gulai ni. Kata makcik ni rempah dalam gulai dia giling buat sendiri. Patutla tak rasa ala-ala cap 'o' ka cap babas ka cap aligapas ka.

Ini pula sotong goreng tepung. Besar juga sotong ni. Ini saiz seekor sotong saja

Licin semua tinggal kepala udang je



Selain kedai makan ada homestay juga

Perut kenyang suka hati

Main dengan kucing jap, ciannya sekor ni sakit mata, miow miow.....

4 ulasan:

Rasmuna Mun berkata...

dekat2 ngan uitm ka?kg tu nama pa? nak p jugak....

Noor Hafirdaus berkata...

taktau aku tapi dekat dengan Tanjung Dawai la. Kalau lalu time lunch memang banyakla kenderaan jabatan kerajaan dan keta besar2 kat situ padahal kedai dia biasa2 je

Juadah berkata...

Salam.
Tempat ni memang jauh(hujung kedah), tapi disebabkan sedap, sya dan suami pun dah 2x terbabas ke sana.hehe... Paling best tentunya ikan sumbat.

Noor Hafirdaus berkata...

memang sedap sangat sebab makanan laut memang segar sebab baru naik ke darat