Klik sini

Jumaat, 21 Oktober 2011

Sambal Bilis dan Kacang Kuda

Best Blogger Tips
Menu ni memang dah lama gila tak makan. Inilah hidangan yang biasa makan masa kecik-kecik dulu sebagai snek yang sentiasa ada dalam peti ais.
Tak susah nak buatnya ni janji ada semua bahan, ok jalan....
Kacang kuda ni saya rendam semalam dulu kemudian rebus dan toskan, biarkan.

Meh buat sambal pula...tapi kena rebus dulu cili kering

Cili kering yang telah direbus, saya blend dengan bawang putih dan bawang merah dan minyak. Seperti saya pesan sebelum ni, kalau nak hancurkan biji cili kena blend dengan minyak dan air sikit.

Sementara nak tunggu sambal pecah minyak, saya gorengkan ikan bilis pula. Kemudian ketepikan.

Sambal dah mula pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula dan masukkan 1 sudu asam jawa.

Kemudian boleh masukkan kacang kuda dan ikan bilis.

Goreng sehingga kering supaya tahan lama.

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang kuda
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (blend)
  • 1 ulas bawang putih (blend)
  • 25 tangkai cili kering (boleh dikurang/tambah)
  • sedikit belacan
  • 1-2 sudu makan madu (option) 
  • sedikit garam
  • 1 sudu asam jawa
  • 1 batang serai diketuk (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-cara

  1. Rendam kacang kuda semalam sehingga kembang kemudian rebus dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan blend hingga wangi dan sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula belacan, asam jawa, garam, serai dan madu.
  4. Kemudian masukkan kacang kuda dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

Selamat mencuba

Tiada ulasan: