Khamis, 12 Mei 2011

Mango...Pelam...Mangga....Pauh....dan apa saja nama diberi


Tadi dari Putrajaya singgah ke Puchong makan kat kedai Cina Muslim. Depan kedai tu ada kedai buah-buah tempatan macam kedai buah kat Pekan Cina, Alor Star pula rupanya. Masuk jap nak usha buah-buah fresh dalam tu, depan-depan lagi buah pelam macam-macam jenis...haaa ambik pilih je. Terusla kepala ni ligan dok pikir nak masak apa dengan mango ni. Mata terus segar dok pikir sedangkan sebelum ni mata dah layu mengantok gila sebab semalam lepas tengok wayang kat Cineleisure cita Thor sampai rumah dah pukul 1.30pagi, balik rumah terus bukak buku nak studyla konon-konon sebab rini exam kat Putrajaya. Hah tak sempat nak study pun, baru tagging page dalam buku undang-undang umum pun dah sampai pukul 3.30pagi....tak tahan kena tido gak sebab nak kena bangun awai lak exam start pukul 9.30pagi. Akibatnya harini kepala berat, otak weng semacam, mata rasa macam ada ketoi batu kat kelopak mata. Macam mana tadi jawab exam tak yah citala bab nak kelentong bab undang-undang dan akta-akta ni payah sikitla maunya dengan perlembagaan persekutuan pulak ermmmm.......
Ok berbalik pada mango tadi, mango jenis golden lily tu dia juai 3kg RM10.


Mango ni takla se-fresh macam kat Kedah, kalau kat sana petik kat pokok je 

Antara menu yang menjadi pilihan ermmm tunggula kemunculannya hehehehe......jom swim bakar balik kalori yang terlebih dalam badan ni tambah-tambah lagi tang selulit degil ni ish ni tekad nak swim ber-round2 ni

Tiada ulasan: