Klik sini

Isnin, 25 Julai 2011

Gerai Yummy Mommy Cupcakes

Best Blogger Tips
Ini salah satu perkara yang menggembirakan saya pada bulan July ni seperti yang saya cakap ada beberapa berita menggembirakan bulan July ni. Sabtu yang lepas saya dan mr.soulmate saja-saja nak try bukak gerai jualan sempena Open Day tempat saya kerja. Kami bukak gerai CUPCAKES!!!!!!!!......yummy mommy cupcakes......


Beberapa minggu sebelum hari jualan saya tersangatla busy mencari-cari resepi dan mix dengan bahan itu ini last-last saya berjaya cipta resepi saya sendiri untuk cupcakes tanpa mencopy dari mana-mana resepi blogger tapi kalau ada blogger yang pakai sama resepi ni mungkin kebetulan saja kot. Saya banyak buat rujukan resepi dari luar negara. Berkali-kali jugak saya cuba dan cuba bagi mendapatkan resepi yang menepati citarasa dan bagi saya boleh buat jual la. Tanyala kawan-kawan rapat dan jiran sebelah rumah ni, diorang la tester yang setia hehehehe dan mr.soulmate juga pendorong semangat, lap u la mr. 


Kalau nak cerita betapa penatnya saya lately tak yah cakapla. Mesyuarat kerja saya kat Cyberjaya selama 4 hari berakhir pada hari khamis. Hari jumaat pula saya masuk opis banyakla kerja bertimbun-timbun atas meja tu ha dah nak dekat 2minggu tak masuk opis paham-paham jela. Hari sabtu lak saya bukak gerai huhuhuhu tau-tau saya terasa sakit satu badan terutamanya otot-otot belakang badan. Sakit satu badan krem sebab penat sangat tapi memang enjoy la sampaikan kami sendiri pun tak sempat nak merasa produk sendiri. . Minggu ni pula mula tanya customer macam mana rasa? ok dak harga?ada komen ke?tapi kebanyakannya bagi komen positif la dan ada banyak jugak permintaan untuk saya buat tempahan bagi raya. Macam tak caya je kan tapi saya tak yakin nak berniaga cupcakes ni secara serius, ini pun sebab open day kat tempat sendiri. 


Saya plan memang nak ambik gambar masa jualan tapi tak sempat pun.....mana nak bakar makanan, mana nak layan customer, last-last snap curi-curi masa lapangla. 
Gerai no. 10 tu saya jual apple pie, bun sausage, mini cupcakes dan cupcakes dengan frosting. Apple pie dan bun sausage tu plan last minit sebab saya nak test juga 2 jenis masakan saya tu leh terjual ke tidak....tau-tau yang paling laku sekali bun sausage dan apple pie la. Siap bakar terus orang datang beli licin hehehe padahal diorang bukan rasa lagi macam mana, takkan bau je leh tergoda? 
 Cupcakes lak saya buat untuk 3 perisa dan 3 jenis frosting iaitu red velvet, orange dan chocolate. Frosting pulak saya buat perisa chocolate, orange dan cream. Cupcakes yang paling cepat habis mestilah yang paling biasa orang makan iaitu chocolate dan red velvet kemudian last sekali barulah orange pun habis.
Memandangkan saya masak cupcakes kat tapak jualan, asal keluar dari oven je dah habis dijual tak sempat nak susun cantik-cantik kat dalam bekas depan tu. Sampaikan kena ambik pesanan dulu sebab tak masak lagi. Colleague saya pun pesan jugak sebab taknak tunggu lama lagi nak masak, dia pun jalan-jalan dulu. Lepas tu bila dia datang nak ambik cupcakes dia, dah habis semua tak sempat nak simpan pun kat dia....merajuk ar kawan hehehehe......jenuhla nak pujuk ni dah la member sorang ni.

Mr. Soulmate kena buat tanda pangkah sebab dah habis sebab pelangan tak putus tanya ada lagi ke tak. Tak sampai hati nak cakap dah habis hhuhuhu menyesal gak tak buat banyak sikit. Walaupun jualan dah habis saya kena tunggu jugak sampai pukul 5petang hehehe nak punch kad balik

Akibat nak buat masak-masak buat jualan saya terpaksa kuarantinkan anak-anak saya, ni baru lepaskan main. Lepas tu semua buat muka sedih sebab lama sangat kena kuarantin, merajukla konon kot.

2 ulasan:

zila berkata...

Mananya cup cake ang?? xnampakpun

Noor Hafirdaus berkata...

yola keluar dari oven orang dah book mana dan nak snap gambar. Nanti aku buat lain kat rumah