Ahad, 10 Julai 2011

Orange Tart

Dah lama teringin nak buat tart telur pastu tengok lak cita Jamie Oliver 30 minute meals dia buat Portuguese Tarts senang je tengok. Kebetulan frozen pastry pun ada lagi dalam peti ais, kes nak perabih la pastry tu yang buat jugak.

Kenapa tah rupa dia macam tak berapa nak menarik sikit kali ni tak macam sebelum ni punya tart epal


Pastry segera ni saya cut 4segi pastu letak serbuk cinnamon kat atas, sapu rata kemudian saya terbalikkan. Bahagian serbuk cinnamon dok kat bawah, saya gulung sikit2 macam swiss roll tu sampai habis pastu saya kerat kepada 6 bahagian. Setiap satu bahagian yang saya kerat tu, saya bagi dia berdiri tegak semua kemudian saya penyek sampai dia jadi leper. Bila jadi leper baru letak dalam bekas muffin ni (bekas muffin ni sapu dengan butter dulu) dan saya tekan dengan jari sampai dia berbentuk macam dalam gambar kat atas. Kemudian saya bakar dengan suhu 200C selama 8minit.

Sementara nak tunggu sarung tart ni masak, dalam mangkuk yang lain saya buat filling dia. 125g krim (saya letak 4 sudu krim, malas nk sukat2)+1 biji telur+orange zest+1tsp esen vanilla+1tbsp brown sugar+1 biji oren. Campur semua bahan-bahan ni, kacau sampai sebati kemudian tuangkan dalam sarung tart yang dah masak tu


Saya bakar lagi dengan suhu yang sama selama 10minit, kalau rasa filling dia masih berair lagi boleh tambah sikit masa mengikut kepanasan oven masing-masing

Dalam small pan yang lain saya letak 3tbsp brown sugar+1 biji oren, masak dengan api kecil sampai dia jadi bubbling or nampak gula mcm likat baru tutup api dan tuang dengan sudu atas filling tart

Kalau nak makan panas-panas, hati-hati dengan sirap atas tu sebab panas kang melecur lidah pulak....tapi saya suka makan masa dia sejuk

Saya simpan dalam fridge dulu bagi sirap atas ni sejuk baru saya makan, messy sikit nak makan ni sebab sirap ni akan meleleh2 keluar

Tiada ulasan: