Selasa, 12 Julai 2011

Pak Mud Nasi Ayam


 Famous jugakla nasi ayam ni kat area merbok, kebanyakan pelanggannya student la. Nak tergelak pun ada masa saya check-in fb ada orang letak 'nasi ayam paling sedap di dunia'. Alahai adik....ni mesti tak pernah lagi makan nasi ayam yang lebih sedap ni hehehehe. Bagi saya, Nasi ayam Pak Mud ni sedapla tapi saya pernah makan nasi ayam yang lebih sedap lagi iaitu nasi ayam arwah ibu dan arwah Kak Chik Nat yang masakkan. Manala leh tanding masakan ibu kita dengan orang lain kan hermmmm......tapi yang hairannya masakan ibu-ibu ni memang sedapla sebab ada aura keibuan dalam masakan ni. Beza tau kalau kita makan kat kedai, mungkin kat kedai ni tukang masak dia cuma masak berasaskan wang ringgit tapi ibu-ibu ni masak dengan kasih sayang....itu yang membezakan rasa dalam masakan tu. Saya lak masak dengan hati yang gembira dan xcited sebab kebanyakan resepi yang saya cuba ni susah nak cari kat kedai-kedai makan berdekatan. Satu lagi saya kan cuba mencuba resepi baru.

 Apa yang best nasi ayam ni, sambal hitam dia ni memang sedap....nak belajar gak macam mana dia buat sambal ni.

 Kalau nak tau harga dia murah sangat, mana nak dapat harga sepinggan nasi ayam dengan harga RM2.50.....best dak?makan tiga orang sekali dengan minuman pun tak sampai sepuluh hinggit.

6 ulasan:

aDisH.sHidA berkata...

kat mana ni....

Hafirdaus berkata...

tempat dia kat taman Lembah Bujang belakang UiTM Merbok, Kedah. Tepi jalan je tapi leh makan kat belakang bawah pokok rambutan

ZEBY berkata...

Assalamualikum,

Eh hello, Nasi ayam pak mud mmg paling sedap dalam dunia ok. Haha

Hafirdaus berkata...

ooo rupa-rupanya encik zeby la letak dlm fb 'Nasi ayam pak mud paling sedap dalam dunia' hehehe sedap sedap. Semalam dah pi makan kat situ lagi. Hari ni tak sempatla nak makan situ sebab bz dgn test

izhar81 berkata...

Sorry saya tergoogle ke sini..(bukan asal KL dan jarang turun KL) Namus saya carik Kedai Nasi Ayam.. Nama dia Restoran Eka Shogi kalau tak silap... dekat Mall lama area Ampang Park (tapi bukan dalam ampang Park) tapi kat opposite Ampang Park building next ti Citibank tu... ada lagi ker Restorantu kat situ...? Dan kalau dah berpindah.. kat mana dia berpindah eh? Dulu selalu ikut brader opis ni gi Citibank.. lar nie dah 6 - 7 tahun tak pergi.. saya plak bukan jenis suka merayap kat town cam KL tu... kang cari cari kedai dah tutup.. nyesal plak..

Hafirdaus berkata...

maaf...tak dapat nak nolong sebab tak pernah makan kat situ lagi. Keep googling