Klik sini

Khamis, 21 Julai 2011

Kuching, Sarawak

Best Blogger Tips
Nak melencong sikitla kali ni dari cita masak memasak ke cita jalan-jalan aka kehidupan realiti saya, ini pun kehidupan saya jugak tapi di alam maya. Kalau menghitung hari memang lama sangat ni tak berasap dapur dah dekat sebulan jugak. Sibuk dengan urusan kerja-kerja rasmi dan urusan persendirian. Walaubagaimanapun bulan July bulan yang paling best disebabkan beberapa perkara yang menggembirakan.  Sesudah habis penangguhan kerja, saya dapat pulak surat untuk mengahdiri kursus di Utara. Apa lagi saya pun ambil peluang balik kampung sekali la ambik cuti direct terus pi kursus. Kebetulan mr. soulmate dah bertukar kerja di utara, jadi semangat nak balik ke utara ni sungguh berbunga-bunga mekar, mungkin orang lain fikir biasa je tapi kalau orang yang menghadapi perkahwinan jarak jauh mesti tau macam mana keadaannya.

 Berbalik pada percutian di Serawak ni, sebenarnya saya beli tiket ni masa air asia open $1 untuk penerbangan sehala, campur dengan makan minum pergi balik dalam flight, bagasi, hot seat dan insurans untuk dua orang semuanya harga RM188.00. Sangat berbaloi-baloila lebih murah dari kos pengangkutan naik bas balik kampung pergi balik untuk dua orang. Percutian 4hari 3malam ni agak budget memandangkan saya anggarkan kos perbelajaan kurang dari seribu.

Saya dan mr. soulmate sewa keta untuk dua hari saja dan cari keta yang termurah sekali. Keta ni pun boleh tahan gakla dengan pintu dah lekang, nak start pun kena ada skill jugak...tak kisahla janji budget yang tak menyusahkan diri sendiri. Penyewanya nama mr. Lau dan dia bagi harga RM100 untuk dua hari. Kalau nak cari kat mana keta sewanya senang je, kedudukannya betul-betul kat belakang airport sebab tu dia tak kisah hantar dan ambik keta kat airport je.

Memandangkan bilik ni tak ada tingkap, pihak hotel bermurah hati menyediakan salah satu channel outside view.....lawak tak?kami dua gelak macam nak gila bila tengok view ni
 Seminggu sebelum bertolak ke Kuching, kami berdua pulunla call dan cek dalam tenet hotel-hotel dalam town Kuching, cek harga, cek review pengguna, cek condition, cek lokasi, cek fasiliti dan cek harga last-last kami pilih hotel 360xpress sebagai tempat untuk menginap. Hotel ni memang antara hotel yang termurah dan selesa, angkat sikit ibu jari. Paling bestnya masa kami dua cangak-cangak turun dari flight, driver van hotel ni siap bawak sepanduk nama mr. soulmate besar-besar hehehe lawak lak.....bagus kan?driver pun peramah, sepanjang jalan dari airport ke hotel asyik sembang je. Brother ni siap rekemenkan tempat-tempat makan dan tempat-tempat menarik u should go then bla bla bla sampaila ke pintu hotel. Memandangkan kami dah ambik makan minum dah atas flight tadi sampai pun dah tengah malam, kami decide tido dulu, pagi esok baru cari keta sewa kat mr. Lau.
 Paginya lepas siap lawa pun tak berapa lawala, call mr. Lau suruh dia hantar je keta kat hotel. Sementara tunggu mr. Lau, saya men tenet dulu pc kat lobi hotel ni, mr. soulmate dengan ipadnya la. Mr. Lau pun datangla dengan keta paling 'canteknya' hehehehe janji ada aircon dan takdak masalah sudah. Mr. Lau pun friendly jugak, dia pun rekemenkan tempat-tempat menarik dan makan tapi kebanyakannya dia rekemenkan tempat makanan cina hurmmm.....kami muslim...agak tak yakin makan kat kedai cina.

 Masa kami hantar dia balik ke tempatnya, kami terus ke mall The Spring sebab dah tak sabar nak tengok cita Harry Potter sebab HP dah tayang sehari sebelum ni kan.....maklumla peminat setia sejak 10tahun lalu ni apa lagi ini cita terakhirnya. Lepas beli tiket untuk tontonan midnight, kami pun jalan-jalan cari makan kat dalam The Spring je sebab dah kelaparan. Kami sengaja pilih nak makan kat food-court semata-mata nak makan local food sini. Entry selepas ni baru saya cita di mana dan apakah makanan tersebut hehehehe....ni saja nak cita bab travel dulu

Sesapa yang baru first time jejalan kat Serawak ni, tak lengkap kiranya tak masuk culture villagenya kat area Santubong atau bertentang je dengan Damai Beach Resort. Awat tah tetiba gayat pulak naik atas titi ni, sebab bergoyang kot. Harga masuk dalam ni RM60 tapi mr. soulmate pakai student card dia dapat diskaun jadi RM15. Disebabkan saya punya bayar mahal sikit, saya diberi passport untuk dicop pada setiap rumah-rumah dalam ni. Kat dalam culture village ni kami melawat rumah-rumah dari kaum etnik Serawak. Dalam setiap rumah ni adalah penjaga rumah masing-masing, ada juga dia buat kraftangan dan kuih-muih dari etnik masing-masing dan ada juga tunjuk permainan dan tarian kepada pelancong. Siap dalam rumah melayu ada congkak....apa lagi peluang nak test skill kami dua lawan main. Pastu kami pula jadi tontonan pelancong terutamanya mat saleh tengok kami main macam terror je main congkak, memang terror pun hahaha

Kalau melawat rumah penan ni, dia ajar kita bagaimana nak menyumpit. 3 kali sumpit berharga RM1 je. Seksi kan orang belakang tu...errggggghhhhh......orang yang dok menyumpit tu kata 'tengok aku je, jangan tengok orang belakang ni....hehehehehe'

Selesai sudah kami melawat setiap rumah, kami pun masuk teater untuk menyaksikan persembahan dari setiap kaum etnik.


Di sini juga ada pencerita yang menceritakan tentang komuniti masing-masing dan skill mereka. Pertunjukan ni selama 45minit saja pada setiap hari pukul 11pagi dan 4petang. Senang je kami pi tempat ni ikut arahan papago saja tapi malangnya bateri ipad habis masa kami balik tu agak tersesatla sebab bergantung sangat kat papago. Masa pergi 40minit saja tapi masa balik hehehe 2jam baru sampai balik town Kuching. Moral of story jangan ikut sangat arahan papago sebaliknya kena cam jalan dan ikut signage. Malam tu apa lagi layan cita Harry Potter lew kat MBO Cineplax Kuching.

Jejaka Sarawak dengan rowing boat race



Hari seterusnya, kami jejalan kat bandar Kuching. Dari Pasar Satok kami ke Water front dan ke Kampung Boyan naik sampan. 

 Kesian tengok pakcik ni dok berdayung ke hulu ke hilir tak berenti langsung dah la panas terik ni

 Harga naik sampan ni seorang 5kupang je, kalau bagi lebih pun takpa anggap sedekah jela....bagi duit kertas la 5 hinggit ke sepoloh hinggit ke kata takdak duit kecik, keep the change jela.


Sebelah malam pulak kami dua jalan kaki je round town Kuching, makan-makan, beli souvenir dan lepak-lepak layan street musician.

 Gelang kayu 2 spoloh hinggit, cincin batu hijau 4hinggit dan rantai tangan mutiara 7hinggit (setelah tawar menawar, senang je nak tawar menawar ni..kalau peniaga laki saya akan beli dan kalau peniaga pompuan mr.soulmate yang belikan )
 
 Inila hasil souvenirnya dari bumi kenyalang...kek lapis, beg kain pua, selendang kain pua, teh sarawak, black pepper, sos bbq black pepper, alat grinder black pepper, tabaloi, kuih cincin, magnet, gelang, cincin, candy blck pepper dan buah soursop.
Meh kira enkosnya:
Tiket flight       - RM188
Sewa keta       - RM50 X 2hari = RM100
minyak keta     - RM30
Hotel               - RM99 X 3malam = RM297
van hotel         - RM6 X 2org = RM12
Souvenir          - RM100
Tiket wayang   - RM11 X 2org
Makan            - RM150
Culture Village - RM60+RM15
Total               = RM974.00 still under budget lagi hehhehehehe.....

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam, kak boleh tak saya nak mintak no mr lau tu . kebetulan saya mmg nak cri kereta sewa yg murah sbb budget kan . hehe , cari punya cari terjumpa plak entry psl tu . kalau boleh and ade lg no mr lau ,saya nak ye kak ..

Noor Hafirdaus berkata...

alamak dah tak ingatla dik. nanti kak usahakan cari no tepon dia tapi rasa2 mcm dah hilang. kedai sewa keta dia tu betul2 belakang airport kucing.