Sabtu, 30 Julai 2011

Kuey teow Doli

Kalau singgah Taiping nak cari makan-makan selain mi udang Kuala Sepetang tak sah kalau tak singgah Kuey teow Doli. Mula-mula saya pun hairan gak apa yang specialnya Kuey teow ni, yang specialnya Kuey teow ni dimasak atas dapur arang, tak guna gas masak. Oh itu rupa-rupanya.....sedapla tapi bagi saya, saya pernah rasa lagi sedap punya kat Alor Star ni. Kalau kat Alor Setar, Aimar Kuey teow kerang memang terbaikla. Kalau nak makan char Kuey teow pulak kat jalan pegawai depan RHB atau kat Tanah Merah, Jitra. Entahla mungkin lidah anak Kedah jati kan balik-balik makan kat Kedah juga sedap hehehehe.

Kuey teow special RM9

Berbalik kepada Kuey teow Doli, memang ala-ala famous la kat Taiping ni. Kedudukannya berhampiran Taman Tasik Taiping, berhadapan dengan pusat kesihatan Taiping, jalan ke kawasan Industri Tupa. Kuey teow yang saya pesan ni kuey teow special harganya RM9 dan mr.soulmate pesan kuey teow biasa taugeh lebih harga RM6. Tak puas hati saya tengok kuey teow saya sampai dah sejuk dan kering tapi mr.soulmate punya kuey teow dahla banyak taugeh, panas dan lagi menarikla huhuhu tak puas hati


Kuey teow taugeh lebih RM6
Servis memang out sebab lamanya menunggu nak dapatkan sepinggan kuey teow pun walaupun customer tak ramai. Famous punya pasal, tunggu jela tapi masa kuey teow sampai dah habis segelas air kena order satu lagi lak.

Selesai makan, kami kena gerak ke arah selatan

Tiada ulasan: