Memaparkan catatan dengan label SEOUL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEOUL. Papar semua catatan

Isnin, 14 Oktober 2013

Expenses Korea

Yeay...cuti mid term kembali...penat tau study tua2 bangka ni tapi best pa dahla dapat gaji bulan2 dah tu takyah masuk opis buat keja bagai, cuma mai kelas study dan study sampai gemilang, cemerlang terbilang hahahaha....


Memandangkan cerita bab Korea dah habis, kali ni nak cerita pasal expenses pula. Selain tu saya nak selitkan juga dengan beberapa orang korea yang sempat buat kawan sepanjang journey ni. Sebab setiap orang yang jumpa tu ada kisah tersendiri yang tak mungkin saya dapat lupakan.


Sebenarnya saya dah lama tukar duit won ni. Saya tukar kat Center Square Sungai Petani dengan rate 1,000 won = RM2.90. Okla rate ni sebab kat utara ni tak glamer nak tukar2 duit macam kat KL. Kalau kat KL mesti lagi rendah lagi dan kalau sesekali pi KL tu saya suka tukar duit kat One Utama sebab boleh bargain harga lagi murah. Baru2 ni saya jual semua duit USD sebab nilai USD naik gila2 dan duit RM jatuh teruk kot, untungla beberapa ratus ringgit. Itu duit lebihan balik dari korea la sebab selalunya kalau saya ke luar negara saya tukar dengan duit USD dulu baru convert duit ke negara yang nak pi tu.

Ok harga2 di bawah ni untuk 2 orang ye, so kalau nak tau sorang berapa bahagi 2 jela. 

Day 1, entry di sini
  • AA ticket AS-KL including luggage = RM105
  • Bas LCCT - KL Sentral,8x2 = RM16
  • Hotel Sentral = RM112
TOTAL =RM233

Day 2, entry di sini
  • AA return ticket KL-Seoul including luggage+meals = RM1769
  • Aero Bus KL Sentral - LCCT, 8x2 = RM16
  • T-money,30x2 = KW60,000 (masih ada balance KW20,000) 
  • Airport bus to Itaewon,15x2 = KW30,000
  • Accommodation SPA b&b = RM45 (melalui airbnb)
  • Dinner mr. kebab,9x2 = KW18,000
  • Salam Bakery = KW9,000 
TOTAL = RM1,830 + KW117,000 = RM2,169.30

Day 3, entry di sini part 1, part 2
  • Subway =T-money
  • daiso+miscellaneous = KW10,000 
  • Entry fee Gyeongbokgung Palace = KW20,000 
  • souvenir at Insadong = KW50,000
  • T'way Seoul-Jeju,41x2 = KW82,000 including tax+surcharge
  • Feliz Hotel = RM98 (melalui agoda)
  • Bus airport Jeju-Seongwipo,5x2 = KW10,000
TOTAL = RM98 + KW172,00 = RM596.80
uncle 'cakaman' yang baik hati di kedai Insadong
adik2 sekolah rendah buat keja sekolah, interview saya as tourist

Day 4, entry di sini part 1, part 2, part 3, part 4
  • Coffee = KW11,000
  • Bus Seongwipo- Seongsan Ilchulbong Peak = T-money
  • Ferry to Udo return = KW11,000
  • Taxi Udo = KW16,000
  • Entry fee UNESCO = KW4,000
  • Taxi to Seongeup  = KW10,000
  • Entry fee to Museum Trick Art = KW16,000
  • Dinner = KW33,000
  • Poskad Jeju = KW8,000
  • Fruits = KW10,000
  • Feliz Hotel = RM98 (melalui agoda)
TOTAL =RM98 + KW119 = RM443.10
    
uncle yang teruja dengan tourist kat atas
 feri balik dari Udo Island
ajuma dan ajushi yang baik tolong hantar
kami ke Trick Art Museum dan pak polisi yang baik hantar
kami balik ke hotel sejauh 30km
Jumpa si kecik yang peramah di canola festival dan family dia
yang sangat baik dan peramah walaupun tak pandai
berbahasa english  
 

Day 5, entry di sini part 1, part 2, part 3, part 4, part 5, part 6
  • Taxi seongwipo = KW7,000
  • Entry fee waterfall = KW8,000
  • Bus, seongwipo - jeju city = T-money
  • Taxi, terminal bus to EJ Hotel = KW7,000
  • Taxi, EJ hotel - mysterious road = KW5,000
  • Taxi, mysterious road - dragon rock = KW9,400
  • Taxi, dragon rock - museum = KW3,000
  • Fee museum = KW2,200
  • Taxi, museum - EJ hotel = KW5,300
  • EJ Hotel = RM150
TOTAL = RM150 + KW46,900 = RM286.00

Day 6, entry di sini part 1, part 2
  • Taxi, EJ hotel - airport = KW3,000
  • Easter Jet, Jeju-Seoul including tax+luggage = KW72,000
  • Subway Gimpo airport - Gangnam = t-money
  • Bus, Gangnam - Everland = t-money
  • Entry Fee Everland = KW70,000
  • Bluehill Hotel = RM148 (melalui agoda)
TOTAL = RM148 + KW145 = RM568.50

Day 7, entry di sini part 1, part 2, part 3, part 4, part 5, part 6
  • Bus, Everland - Gangnam = t-money
  • Subway, gangnam - myeongdong = t-money
  • Lunch at Omani Restaurant = KW18,000
  • Souvenir at Nandaemun = KW70,000
  • Entry fee Namsangol Hanok Village = free
  • Cable car N Seoul Tower = KW9,600
  • Bus from N Seoul Tower = t-money
  • stamp poskad = KW740
  • Subway to myeongdong = t-money
  • Dinner at Omani restaurant = KW28,000
  • Nana Resident = RM170 (melalui agoda)

TOTAL = RM170 + KW126,340 = RM536.40

Day 8, entry di sini
  • Subway, myeongdong = t-money
  • Subway express to airport Incheon = KW16,000
  • Tune Hotel LCCT = RM190
TOTAL = RM190 + KW16,000 = RM236.40

Day 9, 
  • Bus LCCT-airport = RM2
  • AA ticket KL-AS including luggage = RM105
TOTAL = RM107


SUM TOTAL = RM5,176.50 so total ni untuk 2 orang termasuk 6 penerbangan iaitu Alor Setar - KL - Seoul - Jeju - Seoul - KL - Alor Setar which Air Asia, T'way dan Easter Jet. Budget seorang untuk 9 hari ialah RM2,588.25

Entry ni bukanla bertujuan menunjuk2 atau riak ke apa. Nak menunjuk pun tak dak maknanya, orang lain lagi hebat kalau melancong. Saya ni budget ciput je, so untuk sesapa nak cari expenses ciput bolehla ambik sedikit info di sini. Lagi satu budget ni membantu untuk next travel pulak sebab senang nak cari info bila simpan dalam internet ni daripada menulis kat buku and hilang tah ke mana. Sebagai contoh buku pink yang saya tulis expenses ni dah lama hilang sebab tu lambat sikit nak keluar entry expenses. Jenuh dok mencari sebab nak tulis entry expenses, tup2 jumpa dalam handbag je pun, masa bila simpan dalam tu xtau la. 

Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf seandainya ada tersalah tersilap tutur kata sepanjang saya dok karang karangan Korea ni. Yang baiknya datang dari Allah dan yang buruknya dari diri saya sendiri. 

Happy Travel....

Isnin, 7 Oktober 2013

Barefoot Travel Korea Day 7, last day at Korea



Good Morning Seoul......
jengguk keluar tingkap serupa macam malam tadi juga cuma bezanya ada orang dok hantar barang2 atau stok kat kedai2 bawah ni. Pagi ni pukul 4.30pagi kena bangun siap2 dah sebab nak ambik subway paling awal sebab flight ke KL berlepas pukul 9.20pagi. Sempat ke tidak taktau la.

Masa kat Metro Seoul ingat nak ambik subway biasa saja tapi terlengcong nampak keretapi express tanpa henti terus ke Incheon Airport. Dah beli tiket semua apasal train ni tak gerak lagi dan staf dia cakap gerak pukul 6.30pagi. Alamak perut rasa tak sedap hati dah sebab tak check-in lagi sebab website airasia memang problem kadang2 tapi herannya problem tang orang tengah kalut plak tu. Bukan baru sehari dua try nak masuk check-in tapi sejak jejak kaki kat Korea dah try berkali2 takleh nak check-in so memang tawakal jela kot2 sempat nak check-in kat kaunter airport satgi.



Masa dalam train ni saya diam je sebab dok berdoa dalam hati moga2 kami tak terlepas flight balik KL.

Sampai je kat airport punyala panjang berjela kaunter airasia cuma buka satu kaunter saja. Dah tu selesai semua check-in nak beratur masuk imigresen plak lagi panjang sepanjangnya barisan. Kebetulan pagi ni flight ke China banyak so tak pasal2 berebut dengan diorang sama tapi bila tengok kat tiket diorang, semua flight lagi lewat dari kami. Adoi lagi semak perut sebab pukul 9.15minit masih dalam barisan panjang lagi.

Pastu tak tahan sangat dah, terpaksa cakap kat orang2 depan tunjuk tiket flight nak terbang dah minta diorang consider bagi laluan kat kami dulu. Pastu bila lepas kat imigresen semua kena naik train lagi pi terminal satu lagi. Ok tang sini muka dah pucat gila memang hope nak beli tiket balik KL esok jela sebab rasa flight dah terbang. Jadila episod kejar mengejar ala2 amazing race dalam terminal airport ni. Lantakla orang nak tengok ke apa janji leh buat aksi lari-larian yang cukupla sekali seumur hidup.

Nampaknya bukan kami je, ada  group muda-mudi cina pun berlari juga. Dalam berlari sempat lagi tanya "KL?" "yes" ok ada geng lari2. Confirm orang2 kat sini ingat kami join game ala2 amazing race hehehehe.

Dari jauh nampak stewardess nak tarik pintu flight dah, oh no...."wait for us!!!!!!!!" hehehe muka dah pucat, kalau toreh muka pun takdak darah ok. Geng2 cina tadi dah awai selamat duduk, saya je terhegeh2 lagi sebab takdak stamina berlari macam diorang.

Alhamdulillah sempat tahan pintu flight you all, ada berani ke nak buat macam tu lagi? terus pi kat diorang mintak nak beli air sebab tadi kan air takleh nak bawa masuk, dahaga gila ok dok berlari kejar-kejaran.

Gambar ni pemandangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar
Mr.soulmate cakap next time kalau kita pi oversea lagi kalau flight pagi, kita buat macam pi Australia hari tu, tido kat terminal airport jela. "Ok dear, janji pengalaman macam ni tak berulang lagi".

Tak sempat flight nak terbang kami berdua hilang di alam mimpi masing2 pastu tersedar jap makan pastu sambung lena tup2 dah landing sampai ke Malaysia sudah. Apa terjadi sepanjang penerbangan dari Seoul ke Kuala Lumpur pun taktau sebab letih sangat, koma tak sedarkan diri.

Lepas tu kami menginap di Tune Hotel kat LCCT sebab esok flight awai pagi jugak dari KL ke Alor Setar. Penat naik turun flight ye kali ni, kira2 balik 6 kali naik flight sepanjang percutian kali ni. Beza sungguh fasiliti dan harga kat Tune Hotel dengan kat Korea. Tune Hotel ni dahla mahal, bilik sempit takdak wifi, tv segala sampaikan sabun pun xdak padahal caj semalam saja RM190. Hotel Felix kat Jeju tu dahla harga RM98 semalam siap lengkap bukan sekadar sabun, shampoo ja sampaikan lotion badan dan gel rambut pun ada, tak kira lagi segala peti ais, tv,hair dryer, heater, jus buah, air mineral, kopi teh ha nak list banyak lagila lengkap. 

  

    
Kat atas ni gambar2 souvenir yang sempat saya rakamkan. Souvenir yang lain2 tak sempat nak ambil gambar sebab dah bagi kat orang dah. Yang ambil gambar ni pun pakai fon je sebab nak suruh diorang pilih nak t-shirt dan brooch. 
Next entry saya ceritakan berapakah budget keseluruhan kami di Korea.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Barefoot Travel Korea Day 6, part 6 @ Night at Seoul


Macam saya cerita di sini, saya makan sekali lagi kat Eomini Restaurant sebab bimbimbap dia sangat sedap. 

Jalan-jalan jumpa stall orang jual lemonade. Dari jauh nampak kenapa banyak sangat kulit lemon berlonggok macam bukit tu tapi rupanya lemonade ni dia tak letak air kosong langsung ok. Dia jual air perahan lemonade campur dengan air gula dan air soda, itu je. Masam gila tapi okla air soda tu cover rasa masam. Walaupun masam tapi sedap sangat. 

Kami sebenarnya dah penat sangat2 macam nak pengsan je rasa tapi sebab malam ni malam last kat Seoul maka gagahkan kaki lagi nak meninjau kawasan sekitar.

Seperti siang tadi kawasan Myeong-dong sentiasa happening. Memandangkan duit won pun macam tak luak sangat sebab tak shopping sakat sangat pun sebelum ni, saya shopping bag galas, t-shirt, cover handfon, sock, alatan kulinari dan lain2 souvenir la kat sini. 


Sebelum datang korea saya memang teringin sangat nak makan octopus pastu kebetulan nampak stall kecik ni. Dia jual squid dan octopus tapi saya pilih nak makan octopus panggang. 


Memangla tekstur dia macam makan getah sampai lengguh tulang pipi nak kunyah tapi rasa dia manis dan sedap sangat, yum.



Tadi jalan-jalan terserempak dengan pakcik melayu ni dengan kawan2 korea. Mr.soulmate bagi salam n dia jawab salam. Borak2 kejap dengan dia. Masa nak balik hotel, kat sebelah hotel ni beer factory skali dengan bar nampak dia lepak  dengan kawan2 dia.


Tengah2 malam dengar orang mabuk dok gaduh plak sebab bila malam hotel pasang heater lagi kuat dari siang. Kalau nak sejuk sikit bukak tingkap bilikla tapi dengarla bising dari luar.

Ok good night. Esok nak balik KL dah, rasa macam taknak balik lagi boleh tak.
continue....

Jumaat, 4 Oktober 2013

Barefoot Travel Korea Day 6, part 5 @ Namsangol Hanok Village



Dari Namsan Seoul Tower naik bas dan ikut rombongan tour free maka sampaila kami jejakkan kaki di Namsangol Hanok Village ni. Dekat je tak sampai 5minit pun dalam bas dah sampai.


Dari sini boleh nampak Namsan Seoul Tower tu. Memandangkan kat Jeju saya terlepas nak tengok Hanok Village kat Seongup, Jeju. Jadi, hari terakhir ni memang wajibla untuk jelajah tempat ni. 
Layan jela gambar2 kat bawah ni, biar gambar menceritakan keadaan di sini.








Saya tak guna camera mahal pun. Camera ambik gambar masakan juga setia saya bawa ke mana-mana selagi saya puas hati dengan hasilnya.



Ok bubai Hanok Village, nak balik beristirehat dulu kemudian malam ni kita sambung keluar menikmati pemandangan malam Seoul pula.
continue.....



Khamis, 3 Oktober 2013

Barefoot Travel Korea Day 6, part 4 @ Namsan Seoul Tower



Look...cakkkk....yeay berjaya jejakkan kaki di atas ni. Agak2 berasap juga tapak kaki dok menapak dari Myeong-dong dan Namdaemun ke sini. Fuh best dok atas ni terasa macam kat Korea pun ada eh memang kat korea pun kan. Tapi kalau mai sekali lagi best gak. Sesapa kalau nak gi Korea sila la roger2 kat I hehehe.....


Dari seberang jalan kami dok pikir macam mana nak lintas jalan ni nak naik cable car ni. Tetiba nampak satu lorong subway, redah lagila kan kot2 ada jalan leh seberang sana. Yeay betulla sangkaan jejantas kat bawah tanah. Jakun betoila.


Naik benda ni free je untuk sampai ke kaunter nak beli tiket untuk naik satu lagi cable car sampai ke atas bukit. Kalau nak main naik turun pun boleh je takdak sapa jaga pun. 


Baru naik atas benda kotak ni dah nampak view Seoul apatah lagi kalau sampai naik ke puncak bukit namsan ni.



Kami ambil one way tiket je sebab cadangnya nak turun dengan bas pula nanti.




Kat atas ni kebetulan ada pelbagai event dan sangatla ramai manusia bersesak. Nak bercinta pun takdan sebab ramai sangat orang.
Kat atas ni ada pertunjukan martial art Korea, syok gak layan show pahlawan zaman silam Korea ni, zup zup macam samurai dah.





Indahnya permandangan kat bawah sana, pokok2 bunga merimbun. Bunga apa lagi kalau bukan cherry blossom.


Terpaksa usung seaweed ke mana saja harini sebab tak balik hotel lagi.




Selain pertunjukan pahlawan Korea, ada pertunjukan unplugged nyanyi artis tak kenai sapa tapi lagu dan suara dia sedap gak hehehe....

Selain tu apa pertunjukan baju juga. T-shirt putih kosong ni dan jahit kat sini juga letak manik2, kain perca dan butang untuk dijadikan corak kat atas t-shirt putih ni. So design sapa paling lawa diorang akan jual kat sini juga. Rasa macam nak join juga tapi dahtau takdak bakat sangat so jadi penonton sudahla.

Kat Namsan Tower ni juga sangat terkenal dengan mangga cinta. Kami takdak kekdahnya nak buat mangga cinta, sekadar nak berlakon boleh jela. Layanla gambar2 kat bawah ni.






So dari atas bukit kami turun jalan kaki ke bawah. Mak aii curam gila kot nak turun, rasa macam nak tergolek2 jatuh ke bawah je. Kalau jalan kena sambil brek, so pastikan pakai kasut yang tebal tapaknya hehehe. Tengok diorang yang merangkak naik pun dah tau betapa hazabnya, nasib baikla kami turun takla seksa sangat. Ini dengan kasut setinggi 4inci merangkak naik bukit ni, paham2 la kan dan jangan taktau diorang leh berkaki ayam naik saja.



Kat perhentian bas pun ramai sangatla manusia. Yang peliknya bukan dengar yang cakap korea tapi dok dengar yang cakap indon pun ada, cakap siam pun ada, cakap melayu lagi banyak la. Tunggu bas ni caj letrik dulu baru leh gerak. Yang hanginnya driver bas ni suruh kami touch 2kali t-money tu, tak pasal2 dia caj 2kali plak. Nak explain lebih dia buat2 tak paham lak. Orang ramai sangat time ni so diorang driver bas ni ada juga nak ambil kesempatan kat pelancong. Ingatkan dia buat kat kami je, kat pelancong China pun macam tu juga. Apa lagi tengokla drama jerit2 atas bas antara driver bas dan pelancong china ni. Kami ni malas nak layan so biar jela tapi si pelancong ni tak puas hati kat driver ni lawan balik la kan. 

Dalam bas ni bukan sekadar penumpang biasa saja tapi rombongan pelancong skali dengan tourist guide pun ada. Time diorang turun, kami pun cepat2 turun dan dia naikkan bendera suruh rombongan ikut dia, kami pun ikut skali sebabnya leh join group tour secara percuma hehehehe....memandangkan kami pun tak ketahuan punca nak turun tang mana, kami pun ikut menonong je rombongan tour ni turun. Memang tepatla sangkaan kami diorang pergi ke tempat perlancongan seterusnya iaitu perkampungan tradisional Korea berdekatan dengan Namsan Tower ni juga.


Destinasi seterusnya nanti saya ceritakan dalam part 5 pula. Maklumla kena cover banyak tempat hari ni sebab esok nak berangkat ke KL sudah.
continue....