Selasa, 6 Ogos 2013

Barefoot Travel Korea Day 3, part 2 # SEONGSAN ILCHULBONG: SUNRISE PEAK JEJU



Dari Pulau Udo maka macam biasa menapak lagi sampaila kat Seongsan Ilchulbong. Tempat ni menarik juga dan saya memang suka tempat-tempat sejarah geology ni. 

Teringat plak lecturer geology dari India yang mengajar 10 tahun lalu, dia ke kelas kayuh basikal tua dengan pakaian punjabi putih dia sebijik macam mamak juai roti bangali hehehe...... 

Akhirnya menapak dari terminal feri sampaila kami di sini. Nak mendaki ni kena bayar tapi harga dia nanti saya sertakan dalam expenses day 3 nanti. Bila nampak punya bukan main tinggi tu, saya bagitau awai-awai kat mr.soulmate "kita daki setakat yang mampu jela, rasanya tak sampai ke puncak la kot". Kalaula...kalau kami sewa kereta dan tak menapak sangat, mungkin saya dah daki sampai ke puncak tapi dah puas menapak seharian rasanya lutut tak mengizinkan nak teruskan pendakian.


Oh ya sebenarnya Seongsan Ilchulbong ni dipanggil 'Sunrise Peak' disebabkan kedudukan dia paling timur Jeju. Ia juga adalah sebuah kawah gunung berapi yang memiliki diameter 99,000m2 dan tinggi 182m. Sebab tu tak hairanla pantai-pantai sekitar ni batunya warna hitam iaitu lava yang mengalir dari kawah gunung berapi ke laut.

Gambar kat atas ni adalah cliff dan kalau nampak lubang-lubang tu terhasil daripada lava yang keluar. Sebenarnya kerajaan Korea sangat berusaha nak jadikan Jeju ni salah satu keajaiban dunia dan tempat ni berjaya mendapat tempat di hati UNESCO kerana keunikan alam semulajadinya.

Masyaallah indah sungguh ciptaan tuhan. Keindahan  yang memang tak jumpa kat tempat sendirila membuatkan saya sangat teruja bila sampai di sini. Syukurnya dapat melihat dengan dekat keunikan ni.



Memandangkan kami taknak mendaki lagi tinggi, maka kami buat shortcut sendirila dan tengok ajuma-ajuma menyelam kutip tiram kat cliff bawah sana nun.


Tengah syok-syok tengok ajuma-ajuma tu menyelam tetiba ada orang berlari dari belakang tepuk bahu, kejut den. Pusing belakang ada 2orang pompuan melayu dan menyapa "Orang Malaysia?" muka diorang xcited nampak kami dua. Saya pun "ya...." dan masih bingung sapa depa ni, pernah jumpa kat mana-mana ka. Lepas tu dia cakap diorang tak jumpa langsung orang Malaysia dan seronok jumpa orang Malaysia kat sini. Diorang sebenarnya dari puncak. Katanya angin kat atas tu kuat gila rasa macam nak melayang je dan diorang pun sakit lutut mendaki naik atas sana. Lepas borak-borak jap kami pun bawa haluan memasing. Diorang sewa kereta dan siap ada tourist guide, kami ni hehehe menonong sendiri dan guna public transport ja. Ok sambung tengok ajuma lagi. 












Ok nak turun pula....


Sempat singgah beli poskad dan pekena air kopi dulu. Kopi kat sini memang sedap.

Kemudian kami pun keluar ke arah bus stand nak tahan bus or taxi. Memandangkan hari pun cerah lagi saya pun cadangkan kat mr.soulmate pi museum trick art pula. Tanya beberapa driver taxi memasing tak paham english, kalau yang paham pun tak tau museum tu kat mana plak. Ada satu taxi ni dia kata nak drop kami  dekat Seongeup Folk Village. Kami tengok dalam map memang dah dekat dengan museum tu so kami pun setuju jela. 



Ok sekarang dah sampai kat Seongeup Folk Village tapi macam mana pula nak ke museum tu hehehehe.....


Saya nampak ada sorang ajuma dekat dengan pikap ni. Atas pikap dia ada sisa makanan macam dia hantar sisa makanan ke sini ja. Lepas tu saya tanya ajuma macam mana nak ke museum tu. Dia tau bila sebut "trick art" tapi masalahnya dia dok cakap korea je dengan saya n tak paham english langsung melainkan "trick art". Last2 dia buat isyarat tangan sekejap. So kami pun tunggula. Lepas tu datang ajushi ke arah pikap ni. Diorang dok borak-borak lepas tu diorang suruh kami naik pikap ni dan dia dok angguk-angguk kata tau "trick art" tu. Kami macam orang mengantuk disorongkan bantai, ikut je naik pikap ni. Depa dua orang tak henti-henti cakap korea dengan kami, saya lak cakap "Kami minta maaf banyak-banyak sungguh sebab kami tak paham langsung sepatah apa yang makcik pakcik cakap ni tapi jauh di sudut hati kami berterima kasih banyak-banyak". Lepas tu dia cakap lagi sambil tunjuk-tunjuk view kat luar seakan tourist guide dalam bahasa korea macam tu. Walaupun saya tak paham tapi saya cuma angguk-angguk kepala ja bila dia tunjukkan sesuatu seolah-olah macam paham dia cakap.

Akhirnya sampaila kami di museum trick art ni dan saya bagi coklat snicker kat diorang sebagai balasan jasa diorang kat kami. Snicker tu sebenarnya makanan tenaga kami. Seharian selepas breakfast memang kami makan snicker je, mudah dan mengenyangkan. Kalau ada umur yang panjang rasa macam nak jumpa lagi diorang sebab diorang baik sangat. 

Ok setakat sini dulula cerita ni. Nanti saya sambung cerita museum trick art di part 3 nanti lepas raya. Nak sambung buat kuih raya pulala.

Di sini saya Noor Hafirdaus nak ambik kesempatan kalau ada salah silap, terlanjur kata-kata samada sedar atau tidak saya sebagai insan yang hina lagi tak sempurna nak menyusun jari minta ampun dan maaf kepada sesapa yang sudi singgah baca blog saya. Banyak kekurangan dalam blog ni dan saya nak minta halal lebih kurangla kepada kawan-kawan masak-masak sebab terciplak teroter resepi masakan. 

Akhir kata "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"








2 ulasan:

nohas berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

Tak masuk Seongeup Folk Village ke? Ni betul2 adventure, siap naik pick-up van lagi..

Hafirdaus berkata...

Tak masuk pula sebab dlm hati fikir nak ke museum trick art tu ja sebab kat seoul pun ada melawat folk village juga.