Memaparkan catatan dengan label Apple. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apple. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Februari 2013

Apple Turnover and Strawberry Cheese Ice Cream



Aiceh sebenarnya bukannya teruja nak makan apple pie or apple turnover ni tapi teruja nak makan ice cream kat sebelah tu. Sedap tak henggat kot ice cream cheese strawberry keluaran wall's tu. Nak menggandakan lagi kesedapan, tabur pula pistachio cincang.....hemoi hemoi makin debab dan demokla nampak gayanya ni. Tu yang ambik gambar fokus tang ice cream lebih hehehe.

Disebabkan tahun ni panjang pula kaki nak berjalan ke arah matahari terbit pula, maka kenalah kurangkan berat badan seiring dengan native di sana. Oleh itu mr.soulmate pun tak tunggu2 dah beli xbox360 terus. Apa lagi sekarang ni pagi, petang, malam tak kira masa dok berjoget terkinja-kinja je depan tv tu. Kalau sekali main game penat macam nak pengsan tak payah cakap la dengan lencun satu baju dengan peluh. So kalau main xbox kat rumah ko pakai bikini pun tak kisahla bukan ada sapa pun nak tengok
 Bukan apa, sebab suka nak makan benda manis dan tinggi kalori ni maka wajibla membakar lemak lebihan balik. Nak bakar lemak kat luar rumah kadang-kadang tak sempat je memanjang sebab satu, kena matahari redup, takkan panas rembang nak berjoging kat luar. Kedua soal keselamatan harusla diambik kira dengan kes ragut memanjang ni dan lagi kes nak kena kejar dengan anjing lagi. Ketiga bila bersenam outdoor ni wajibla menutup aurat dengan sempurna dan lain-lain lagi faktor la. Kalau bersenam dalam rumah ni lantakla nak menari k-pop ala menggoda pun tak pa or buat tarian tango sudah kami dua laki bini kat rumah hehehe....

Eh dah melalut cita lain pula, sambung balik nak cita pasal apple turnover ni. 

Apple turnover ni dah banyak kali dah buat. Kalau nak jenguk resepi boleh klik sini, sini, sini dan sini. Kali ni sebab saya nak habiskan semua apple dan pastry dalam peti ais, saya nak try buat frozen apple turnover pula. Oleh itu, saya buatla banyak-banyak and simpan kat tempat frozen. Bila nak makan baru kuarkan dan bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 10-15minit saja or sampai keperangan. Malas sungguh nak letak eggwash kat atas tu, lantak la janji sedap.

Pistachio yang beli kat Satun, Thailand serupa dalam Malaysia tadak jual je. Bukan apa pistchio kat sana murah gila berganda-ganda jual kat sini plus nak ke Satun, Thailand dekat je nak singgah kalau berpicnic kat Gua Kelam.
So teatime kali ni saya makan dengan brownies buah tin lebihan saya buat untuk birthday kakak saya. Brownies ni sama ja resepi macam saya buat sebelum ni cuma kat tengah-tengah tu saya tuang separuh botol jem buah tin dari Turki beli kat kedai Arab. So resepi brownies ni saya kurangkan gula sehingga 70% semata-mata nak gantikan gula dalam jem tu. Kata mr.soulmate, dia sentiasa sokong setiap kali saya buat eksperimen makanan asalkan selamat dimakan hehehehe....so far so good, tak dak lagi keracunan makanan.

Sedap tak teatime kitorang ngeh ngeh....sambil melayan anak-anak bulu berlari keriangan dan bergolek-golek buat muka tomei kat taman.
 
Selamat mencuba.

Jumaat, 21 Disember 2012

group assignment

Semester pertama dah berlalu maka sekarang saya di semester kedua. So kehidupan sebagai student ni tak sama la macam kehidupan sebagai wanita berkerjaya cewahh. Di hujung-hujung semester ni apa lagi mestila banyak assignment dan presentation berkunjung tiba. Weekend yang indah dan damai ni maka rakan-rakan sepasukan or senang cakap group assignment bertandang kat rumah untuk sama-sama menyiapkan kerja sekolah.
Sebagai tuan rumah yang memang suka sangat jamu orang makan ni, saya buat beberapa dish untuk kawan-kawan saya. Maksudnya sambil buat kerja sekolah sambil belajar memasak dari saya, 2in1 sambil menyelam sambil telan ayaq. Memandangkan mr.soulmate kena pergi outstation membawa rombongan anak-anak didiknya, saya dan kawan-kawan bersuka ria la di rumah hehehe.


Sementara tunggu kawan-kawan nak datang saya buatkan dulu apple tart ni, senang je nak buat sebab saya guna pastry segera so dalam 20minit dah siap

Kalau nak dapatkan resepinya bolehla klik di sini

Tunggu punya tunggu 2 org ahli group pun dah sampai, kelas membuat roti pun bermula. Tekun sungguh depa belajar buat roti dari saya. Doh ni sementara nak kembang, saya teruskan dengan kelas membuat brownies pula

Keseluruhan proses ni saya cuma bagi arahan je dan biarkan kawan-kawan saya buat sendiri. Maklumla nanti habis belajar bukan saja dapat ilmu dengan segulung ijazah tapi dapat sekali ilmu memasak, boleh kawin dah la hehehe

Corak ni dibuat oleh adik oneniey ye hehehe

Sementara brownies bakar dalam oven, kami kembali menguli roti dan letak inti cranberi kering dan cream cheese dalam roti ni.


Kemudian 2 ahli group yang lain pun sampai. Kelas memasak dihentikan seketika sebab nak buat kerja sekolah. Lunch pula saya buatkan pizza untuk kami semua. Pizza ni saya buatkan sauce sendiri dengan menggunakan tomato ceri yang dibakar dan dilenyekkan, buah zaitun, daun sweet basil dan sausage. Daun basil ni tak berapa segar sebab daun ni diimport, kalau kat area klang valley barang2 makanan import ni bolehla dapat yang segar-segar. Memandangkan dok kat Merbok ni jadi terpaksala compromise sikit. Dah nama Margarita Pizza jadi kena la guna daun basil juga utk  served resembling the colors of the Italian flag, red (tomato), white (mozzarella) and green (basil leave). Doh pizza ni saya beli doh segera juga kat kedai bakery. 

Kalau nak dapatkan resepi piza boleh klik di sini
Sesambil buat kerja sekolah beramai-ramai sambil makan pizza, best jugak kan. 

Inila rupanya roti yang kami buat tadi, gebu tak?saya puas hati dengan tekstur dan rasa bun ni. Untuk resepi bun pula bolehla klik di sini


Brownies pun dah siap, maka brownies ni jadi santapan tea time kami pula. Resepinya boleh dapatkan di sini

Maka assignment pun dah siap dan kelas memasak pun berjalan dengan lancarnya.
 Ok nak sambung study pula sebab final exam dah sudah menampakkan wajahnya yang bling bling tu and hopefully result pun bling bling jugak

Isnin, 29 Oktober 2012

Apple Tart


Alahai terbakor pula apple atas tu sebab saya tak buang kulit epal dulu. Time makan tak rasa la plak hangitnya.
Sebelum ni saya dah pernah buat apple tart versi jamie oliver kat sini memang sedap resepi jamie punya. Saya pernah juga buat pie epal klasik english ala-ala anyam pastry kat atasnya di sini. Dan pernah buat pie epal versi ina garten di sini. Resepi ina garten ni memang simple saja dan ditambah kismis sikit. Selain tart epal saya pernah buat tart oren di sini dan lemon curd tart di sini. Bolehla klik mana-mana link yang saya sertakan untuk dapatkan resepi-resepi mengikut selera masing-masing.
 
Selalunya bila buat tart epal saya akan peel kulitnya tapi disebabkan ada huruf 'M' kat dahi ni paham-paham jela. M for malas.

 
Epal ni macam biasa saya gaulkan dengan brown sugar+serbuk cinnamon+garam+tepung+serbuk pala. Setelah saya gaulkan dengan epal, saya kena tapiskan air epal ni untuk mendapatkan airnya.
 
Air tapisan epal ni saya masukkan sedikit butter dan panaskan dalam microwave selama seminit sehingga 2minit untuk menjadikan ia sebagai sos epal.

 
Beginila rupanya bila sos epal dah pekat. Ketepikan sebentar sebab saya perlu sediakan pastry dulu.
 
Nak senang keja belila pastry segera yang mudah didapati di kedai-kedai bakery.

Pastry ni kemudian saya tekan dengan jari supaya melekat di sekeliling muffin tin ni. Kemudian saya taburkan serbuk cinnamon lagi atas pastry.

Masukkan buah epal yang telah ditapis tadi dan tuang sedikit sos epal di atasnya.

Last sekali letak butter sikit atas epal. Bakar dengan suhu 170C selama 10-15minit.
Selamat mencuba

Isnin, 9 Januari 2012

Apple Pie

Apple pie inila saya buat jual masa open day opis tahun lepas. Sebiji ni saya jual RM2 tapi saiz besar tapak tangan. Balik rumah kira kos rupanya rugi huhuhu sebab saya beli pastry segera. Pastry segera ni sebenarnya over budget. Sepatutnya saya kena jual lebih mahal atau saiz yang lebih kecil. Tapi takpala saya anggap saya buat kenduri je masa tu hehehehe.....
Dalam entry yang sebelum ni pun saya pernah buat Tart Apple dan Apple Pie. Paling sedap masa buat tart epal tu hehehehe masuk lif tekan naik sendiri hehehehe.....

Filling untuk apple pie ni tersangatla mudah. Orang malas macam saya memang suka resepi yang simple dan tak berkecah dapur ni. Dalam satu bowl campur semua bahan dan gaulkan. Bahan-bahan yang saya gaul tu adalah apple+tepung jagung+serbuk cinnamon+garam+brown sugar+raisin. Senang bukan?

Bahan yang telah digaul sebati ni saya toskan airnya dan biarkan dalam peti sejuk dalam 30-45minit sehingga air buah betul-betul tersejat turun. Nak sejatkan dia tu, bahan-bahan ni letak dalam penapis dan bawah penapis ni letak mangkuk. Air akan mengalir ke dalam mangkuk. Air buah yang turun tu kemudian saya campur dengan 2 sudu butter dan panaskan dalam microwave selama 3minit. Hasilnya dari microwave, air apple tu akan pekat dan likat. Air yang likat tu saya gaul lagi sekali dengan buah epal tu. Ha dah siap dah filling. Sekarang masa nak mencanai doh pastry pula.

Saiz ni saya kecilkan sikit dari sebelum ni yang saya jual tu. Kat atas pie ni kena cucuk dengan garfu dulu, sebabnya....wap dari filling dalam pie ni akan bebas keluar. Kalau tak cucuk maka pie ni lepas kuar dari oven akan lembikla.

Meh cekedaut dia punya resepi 
Bahan:
  1. 500g pastry segera
  2. 2-3 biji epal granny smith (golden delicious pun bagus juga sebab dia kurang air)
  3. 1 cup brown sugar
  4. 2 sudu tepung jagung
  5. 1 sudu jus lemon
  6. 1/2 sudu serbuk kayu manis
  7. 1 tsp nutmeg powder. 
Cara:
  1. Semua bahan tadi mix dengan apple ni dah biarkan selama 30- 45 dalam peti ais dengan menapis buah untuk diasingkan jusnya.
  2. keluarkan epal tadi dari peti ais dan dapatkan jusnya. Nanti bila jus dah keluar, jus ni campur dengan 2 sudu mentega dan panaskan dalam microwave.
  3. Kita akan dapat jus yang pekat, jus pekat tu nanti mix lagi dengan epal dan terus masukkan dalam pastry. 
  4. Bakar dengan suhu 200C selama 20 minit
Selamat mencuba dan menjamu selera

Rabu, 16 November 2011

Salad buah

Salad datang lagi~~~(macam iklan tora)
Salad ni special sikit sebab bahan-bahannya buah dan yogurt.

Bahan-bahannya sangat simple iaitu buah anggur, epal hijau, carrot dan yogurt. Gaulkan semuanya dan dinginkan dalam peti ais dulu sebelum makan.

Selamat makan

Jumaat, 28 Oktober 2011

Apple Yogurt Smoothies

Saja nak perabihkan epal dan yogurt dalam peti ais. Reka lagi resepi pelik-pelik ni

Senang je, semua bahan masuk dalam blender. Bahan-bahannya ialah buah epal+gula aising+yogurt+ais batu

Siap sudah, lepas tu letak whipped cream atasnya dan boleh makan dengan spaghetti ayam oven ni

Jumaat, 7 Oktober 2011

Salad Oren dan Epal

Best tak salad ni?makan pula sejuk-sejuk lepas simpan dalam peti ais dulu...wahhhh yum yum....
Orang yang tak suka makan sayur dan buah abaikan entry ni.

Salad ni saya buat untuk makan dengan spaghetti sebab dalam spaghetti tak ada sayur sangat. Saya memang tak puas makan kalau makanan yang tak ada sayur. Sebab tu saya selalu buat salad agar dalam peti ais sentiasa ada salad. Kadang-kadang tu bila balik keja dah letih sangat, tak larat pula nak masak tapi perut berkeroncong, makan salad jela buat dinner.

Dalam salad ni senang je, saya cuma letak buah oren, epal, carrot dan onion dan seasoningnya cuma perahan lemon+garam+gula. Simpan dalam peti ais dalam setengah jam kemudian baru makan. Sebelum nak makan kena gaul bagi rata supaya semua jus buah akan keluar, time ni makan memang nikmat sangat. Cubala kalau tak percaya.

Selasa, 4 Oktober 2011

Mushroom Spaghetti

Menu hari ni macam biasa spaghetti lagi. Lebih kurang macam spaghetti bolognese juga spaghetti ni cuma ada salad sebagai side dish.

Kuah dia saya letak sos black pepper sikit dan kuah jadi agak gelap.


Sementara nak tunggu spaghetti siap rebus, saya saute ayam+bawang+olive+mushroom.

Bila ayam dah nampak kegaringan baru saya masukkan buah tomato yang telah di blend dengan lada hitam dan serbuk cayenne dan daun parsley.

Spaghetti yang siap masak, toskan dan biarkan dulu.

Tunggu lagi sehingga kuah ni pecah minyak dan kering. Bila dah kering saya tambahkan air rebusan spaghetti lagi berulang kali. Sebabnya saya berulang kali masak sampai kering dan tambah air rebusan pasta ni sebab nak bagi buah tomato dan lain-lain herb ni sebati rasanya. Masa ni jugak perasakan dengan garam dan gula

Bila kuah dah masak, bolehla tuangkan di atas spaghetti 

Tak ketinggalan jugak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk makan bersama spaghetti. Dalam salad ni, saya letak epal hijau, carrot, oren, bawang dan kismis.

Sedap dan mudah disediakan...yum