Memaparkan catatan dengan label albany. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label albany. Papar semua catatan

Jumaat, 7 September 2012

Day 2 Perth, just you and me....- part 2 -

Sambung part 1 gara-gara terlalu banyak pula dok menempek gambar.

Kami pun meninggalkan Albany dengan hati yang berat sekali. Town ni memang tenang ja. National park dia pun menakjubkan. Niat di hati nak singgah kat Denmark bukan Denmark Copenhagen negara kepada penyanyi Micheal Learns To Rock tu ye. Saya set gps ke Denmark tourist information centre untuk dapatkan map free. Kalau nak dapatkan map free, singgahla ke tourist information centre. Kat situ bolehla tumpang toilet, makan ke or beli souvenir. Staf kat setiap information centre sangat bersedia menolong kalau kita perlukan apa-apa sehingga tolong call or book untuk penginapan pun boleh.

Keluar ja dari pekan albany ni boleh nampak padang tenusu kiri kanan jalan. Dari ladang kambing biri-biri ke ladang lembu dan ladang kuda dan seterusnya. Banyak ladang kat sini, binatang pun gemok-gemok belaka. Kalau nak bandingkan lembu kat sini dengan lembu kat Malaysia jauh bezanya. Kat sini lembu dia baka besar sama sebab tu besar semacam. Gambar kat atas tu ladang kuda. Hujan masih renyai-renyai lagi tapi syukurla setiap tempat yang kami singgah hujan berenti sekejap kemudian sambung balik. Alhamdulillah hujan tak lebat, kalau renyai-renyai macam ni masih enjoy dengan view lagi. Layan radio Australia jela, sesekali dengar berita semasa. Depa tak mau pasang lagu raya ka kat radio?



Sepanjang jalan ni banyak sangat nampak signboard kangaroo. Patutla jumpa banyak bangkai kangaroo tepi jalan ni.


Sampai sudah pekan Denmark tapi dia punya information centre under maintenance. Ronda-ronda pekan ni nampak pasaraya Iga, singgah kejapla.


Kat luar pasaraya ni ada tempat untuk customer yang datang dengan anjing, diorang ikat anjing kat luar. Banyak jugakla anjing-anjing kat luar ni tapi pandai, dia tak memberontak pun. Iga ni ala-ala giant kat sini. Saya beli buah strawberry yang dabak punya saiznya dan murah, air mineral, snickers, dan candy untuk driver buat hilang mengantok.

Kat belakang tula pekan comel Denmark. Kecil je pekan ni tak ada traffic light, cuma ada roundabout je macam Shah Alam yang kaya dengan roundabout.
Besar dan manis sangat strawberry ni.



Dari Denmark kami gerak ke Walpole pula. Sepanjang jalan ni pun banyak accommodation dan tempat-tempat menarik untuk tourist. Nampak je kilang chocolate terus singgah la tapi hampa sebab dia cuma buka untuk tourist time cuti sekolah je. Sambung lagi perjalanan.

Ok ada satu lagi kilang menarik untuk disinggah nampak gayanya ni. Jalan nak masuk cuma tanah merah dan memandangkan lepas hujan agak becak dan habis kotor kereta color putih ni.

Lembu ni nampak garang sungguh, kalaula tak ada pagar depan ni mesti dia nak sodok kami dah.
Slow ok drive kat sini, karang terlanggar snail yang crossing jalan ni hehehe

Tanya kat owner kilang ni pasaipa tanda no pig kat sini. Dia kata jangan makan sample toffee macam babi, hahaha.

Inila kilang pembuatan toffee. Toffee ni sejenis candy. Sempat kami beli chili toffee kat sini. Kebetulan masa berenti kat sini sempat lagi berkenalan dengan auntie dan uncle dari Perth bercuti ke Denmark. Seronok borak dengan orang-orang tua kat sini sebab diorang sangat peramah dan diorang tak kedekut share info-info kat kawasan ni. Sekali lagi diorang ingat kami ni orang KL sebab depa pernah ke KL. Bila cakap dok kat sempadan Thailand ja depa macam berminat nak pi kat kawasan utara peninsular Malaysia.

Kat sebelah kedai ni ada cermin kaca yang kita boleh tengok cara pembuatan toffee sendiri. Dah puas ronda-ronda, sambung lagi perjalanan. Next saya set gpc ke Giant Valley, nak masuk dalam hutan pula lepas ni.

Masa nak balik ada 2biji caravan singgah kat sini juga tapi dia ada anjing. Tadi nak masuk kilang ni nampak tanda melarang bawak apa-apa pet kat sini.
Pelik tengok apa  benda tu kat tengah-tengah padang ni rupanya art untuk tontonan umum


Bila nak masuk kawasan hutan ni, banyak nampak tanda ni. Sebenarnya kami bakal nak tempuh hutan tebal dalam ni. Hutan ni masa summer disebabkan terlalu panas , pernah terbakar. Untuk keselamatan para pengguna jalanraya, dia tunjukla rating fire danger supaya kita tak terperangkap dalam bahaya gas dan api kalau hutan terbakar nanti. Memandangkan kami masuk hutan ni time winter, jadi rating dia paling low la.


Hutan kiri kanan

Sepanjang jalan ni banyak nampak bangkai kangaroo dan rabbit tepi jalan. Ada yang dah lama mati, ada yang baru kena langgar. Kesian ja tengok. Pemandu diarahkan untuk bukak lampu bila masuk dalam hutan biar pun siang. Hutan ni adalah national park dan kangaroo pula sangat tertarik dengan lampu kenderaan. Syukurla kangaroo tak berminat nak melompat depan kereta ni. Kalau tiba-tiba mai lompat depan muka bahaya juga.

Memandangkan saya sentiasa buka radio Australia dalam kereta ni. Ada satu berita yang sangat menarik kami dengar. Sebenarnya tourist tak boleh bawa pet kat kawasan tumpuan pelancong sebab diorang ni dah tanam sejenis pokok yang beracun sepanjang jalan kiri kanan ni dan kat national park untuk mengelakkan binatang liar dari hutan mai dekat dengan tourist. Binatang-binatang liar dalam hutan ni secara semulajadi akan jauhkan diri dari kawasan pokok tu dan kawasan yang ramai pelancong sebab depa dah imum dengan bau pokok tu dah. Sementara pet kita yang tak biasa bau pokok ni takut pi makan pulak, matila pet nanti. Itula jawapan kepada persoalan sepanjang saya singgah kat kawasan tumpuan pelancong kat sini di mana banyak nampak signboard tak boleh bawa anjing/kucing kat kawasan tu. Kami legala sebab tak terserempak anjing masa jalan-jalan ni tapi still pelik sebab apa pula takleh bawa pet.


Dah sampai pun simpang ke valley of giant. Masa ni perasaan nak tak nak je masuk sebab saya tak sedap hati bila berada dalam hutan ni. Apatah lagi hutan ni berusia beratus-ratus tahun dan binatang-binatang dalam hutan ni masih terjaga. Pokok kiri kanan sebesar-besarnya, menakutkan kawasan ni macam cerita hantu pula. Mr.soulmate dok tanya nak tak nak masuk, kalau tidak nak patah balik tup tup dah sampai pun tempat parking. Turun jela tapi tak lama pun berenti kat sini.







Pokok giant ni berapala umur dia agaknya


Tak suka dok lama-lama, sibuk saya ajak mr.soulamate teruskan perjalanan. Saya tak suka berada dalam hutan ni sebab perasaan tak tenang. Nak tenangkan perasaan kalau berada kat tepi pantai jela.


Lega rasanya hati dapat keluar dari hutan giant tu. Singgah kat Walpole isi minyak Esso. Kat stesen minyak sini pun masih ada say hello kat saya walaupun saya berada dalam kereta. Orang-orang kat sini suka tegur orang luar.


Bertentang stesen minyak Esso adalah information centre. Masuk dalam tu ada guest book lagi, jangan lupa tinggalkan jejak dalam buku tu. Sempat ambil map free dan apa-apa yang free untuk tourist. Kami pun solat kat sini dulu


Sempat minta air panas kat staf information centre sebab nak makan megi. Dia pun masakkan air panas kat kami. Lunch makan megi jela, sangat jimat dan halal kat sini. Selepas tu kami teruskan perjalanan melalui hutan tebal sampaila ke Augusta. Jumpa lagi bangkai-bangkai kangaroo kat tepi jalan. Kat simpang nak ke Augusta tu nampak ada dua stesen minyak tapi harga yang berbeza. Dari persimpangan tu ke pekan Augusta lebih kurang 6km.


Pukul 4.30petang dah sampai ke tourist information centre Augusta tapi dah tutup. Kat depan dah ada map free dan senarai penginapan sekali no telefon kat Augusta. Bagus kan sebab masa ni kami still tak tau nak tido mana malam ni. Suasana macam nak maghrib dah walaupun pukul 5pm.

Kat belakang saya tu pekan Augusta, sangat comel kan. Harga minyak Caltex kat belakang tu harganya jauh lebih mahal dari stesen minyak kat simpang tadi. Esok pagi kena isi minyak kat stesen minyak simpang tu sebab stesen minyak kat Augusta ni memang mahal.

Ada satu kedai sebelah information centre ni, dok tengah siap nak tutup kedai. Sempat lagi kami tanya kat mana penginapan yang selesa dan murah kat sini. Demand tak?nak yang selesa je tapi semestinya murah. Dia cakap kat YHA belakang ni memang selalu jadi tumpuan tourist kalau datang sini. Sementara matahari tak turun sepenuhnya lagi, kami cadang nak ke cape leeuwin boleh tengok sunset kat sana.


Cape leeuwin dah tutup untuk pengunjung. Cantiknya sunset kat sini dengan angin yang sejuk tersangat-sangat. Pakai selipar je memangla mengigil. Bila time maghrib je tetiba angin sejuk pun datang.



Suhu semakin menurun dan angin semakin kuat. Gila punya sejuk kat sini tapi sunset cantik


Masa kami sampai kat sini dok ambil gambar, posing sana sini, burung seagull ni sibuk je mai dekat macam nak tengok apa yang kami buat. Sampaikan kami nak ambil gambar berdua pun dia datang nak menempek sekali dalam gambar. Saya panggil dia cip cip dan dia datang lagi dekat. Jinak sungguh cip cip ni.


"Cip cip...awak terbangla jauh sikit sampai kat Merbok tau, saya tunggu awak kat sana. Sukala kat awak ni sebab awak jinak dan datang terus dekat saya bila saya panggil awak. Bye bye cip cip saya kena cari penginapan pula ni" Hari dah gelap dan kami kena gerak cepat nak cari penginapan. Dari lighthouse ke pekan Augusta, ada rabbit liar pula dok main lintas jalan anak beranak, nasib baik tak langgar. Laju betul dia lompat.


Seperti cakap orang tu tadi, kami pun carila kat mana YHA tu dan alhamdulillah senang je nak cari sebab memang dok belakang sikit dari information centre tu. Masa tanya kat receptionist tu syukur ada bilik kosong lagi. YHA ni hostel untuk backpacker dan banyak review yang puji melambung tempat ni dan dengarnya rakyat Malaysia pun ramai yang pernah dok kat sini. Bilik yang kami dok ni adalah bilik yang paling mahal sebab private bathroom dan ada balkoni. Malam tu agak kelaparan sebab tengahari makan megi saja. So dinner masak nasi impit dan sambal ikan bilis brahim dalam kettle. Makan atas bag plastik ja longgok semua skali. Sedap gila kot time tu sejuk gedi makan nasi panas dgn ikan bilis saja. Selesai sudah day 2. Sambung esok day 3 nak buat apa pula ya

 EXPENSES DAY 2
Isi minyak Shell kat Albany = $28
Beli air kosong = $4.80
Shopping makanan kat IGA Denmark = $9.77
beli candy toffee = $2.50
Isi minyak kat Esso = $25
Check in kat YHA Hostel = $90

TOTAL = $160.07



Rabu, 5 September 2012

Day 2 Perth, just you and me.... -part 1-


Hari pertama dah berlalu. Hari ni keluar pukul 6.30 pagi sebab cuaca macam tak mengizinkan keluar awal. Suhu pagi tu 5C. Hujan masih renyai-renyai, langit mendung ja tak nampak macam nak cerah dalam  waktu yang singkat. Semalam cakap kat cik jelitawan yang jaga kaunter kat Ace Motor Inn nak keluar pukul 5pagi tapi tak jadila nampak gayanya. Cik jelitawan tu siap bagi segala map dan tunjuk tempat-tempat best kat Albany, senang kami nak terjah tempat-tempat tu nanti.

 So pagi tu brekfes roti Danish dengan tuna dan megi, jadila buat lapik perut. Check out dari Ace Motor Inn terus ke shell sebelahnya nak isi minyak. Kehadiran kami kat Shell tu jadi tumpuan pula, ada yang mengintai jenguk saya dalam kereta. Lepas saya tengok balik diorang terus angkat tangan dan ucapkan "Hello, good morning". Padahal depa kat luar dan saya dalam kereta. Wah boleh tahan peramah dan jakun jugak diorang ni nampak orang melayu. Tetiba rasa macam tourist yang sangat glamer kat kawasan tu hehehe....Masa ni terfikir juga macam mana la kalau ada omputih mai isi minyak kat caltex lembah bujang kan mesti situasi yang sama juga hehehe. Harga minyak kat Albany masa tu $144 ppl, tinggi sikit dari Perth tapi masih ok.
 
Lepas isi minyak nampak batu dabak seketoi tengah-tengah ni, rupanya macam kepala anjing dan siap ada kolar lagi kat leher dia. Inila Dog Rock yang sangat popular kat town Albany. Apa lagi berenti posing2 ala-ala top model dulu la hahaha. Satu lagi yang saya perasan sepanjang jalan ni banyak sangat kedai vet, mungkin setiap rumah ada anjing dan kucing kot. Yang peliknya tak jumpa lagi anjing or kucing liar kat mana-mana. Yang jumpa mati tengah jalan ni samada rabbit or kangaroo. Semalam kat Albany Highway nampak burung bulunya kaler hijau kena langgar lori dan debusss berterbangan bulu-bulu dia segenap alam. Cantik kalernya tapi sayangnya suka sangat main tengah jalan dah kena langgar dek lori.
 Singgah nak pi ladang strawberry tapi tutup pulak under maintenance, ok jalan lagi sampai hujung jalan ada pantai. Kat sebelah pantai ada tapak untuk caravan park, penuh caravan kat situ. Berderet-deret tu ada lagi motel dan kabin macam kat pantai chenang, Langkawi pula banyaknya. Padahal masa cek kat tenet sebelum ni ada berapa ja penginapan kat Albany. So kalau datang sini jangan risau pasal penginapan sebab kalau yang kita nampak dalam tenet cuma 10% dari situasi sebenarnya penginapan kat sini. Sejujurnya dari Perth ke Albany rasanya beratus dah kot jumpa tempat penginapan, hampir setiap 1km mesti ada tempat penginapan. Cuma yang popular ja kot yang masuk dalam internet, yang motel kecil-kecil ni tak ada pun dalam internet. So pilih ja nak singgah dok yang mana satu.

 Patutla banyak caravan kat sini sebab pantai ni untuk peluncur. Ombak pun tinggi, gerun bila nampak ombak menghempas pantai.Ombak kat pantai Malaysia semua sopan-sopan ja menghempas pantai.
 Angin kat sini memang kuat sangat. Sejuk tu tak yah cakapla. Hujan kembali turun renyai-renyainya, next destinasi pusing bukit kat Albany ja. Kata orang local sini kalau dok atas bukit tu untung-untung nampak whale timbul tapi tunggu punya tunggu whale jual mahal pula hari ni. Tak nampak whale pun tak pa sebab view kat sini pun cantik.





Kawasan ni macam teluk dan banyak pulau-pulau kecil kat tengah ni. Sebenarnya inilah tempatnya Princess Royal Habour. Perlabuhan yang sibuk pada suatu masa dahulu.

Seterusnya kami sambung perjalanan ke pekan Albany. Pekan Albany terletak kat atas bukit depan tu.

Nampaknya kedai-kedai tak buka lagi. Cuaca tersangatla sejuk. Heater dalam kereta pun terpaksa kuatkan lagi. Memang cuaca kat sini lebih sejuk dari Perth.

Tengokla awam hitam saja sepanjang jalan, ada harapan nak hujan lagi nampak gayanya. Bertabah jela. Teruskan perjalanan ke Torndirrup National Park, national park ni memang banyak sangat tempat cantik-cantik.


Jalan punya jalan sampai ke hujungnya. Kat sini ada Whale World tapi tak masuk pun cuma jalan-jalan kat luar saja.

Apa pun jangan lupa tulis nama kat guest book ni sebagai jejak orang dari Merbok dah sampai kat sini.

Sempat beli souvenir gold coin dia.


Kagum kejap dengan pantai putih bersih dan air sejernih-jernihnya. Terasa macam masuk dalam poskad dan tak nak keluar dari poskad sebab terlalu indah ciptaan tuhan. Biarla gambar yang tak seberapa ni yang gambarkan kawasan ni sebab saya dah tiada kata-kata nak diucapkan.










Dari whale world, kami gerak ke Gap and Natural Bridge.

Awam memang mendung ja.sepanjang jalan. Saya berdoa mudah-mudahan hujan tak turun lagi. Bila pula nak jejak kaki kat sini lagi.

Dah sampai pun tempatnya gap dan natural bridge. Yang peliknya masa turun dari kereta hujan renyai-renyai tapi dalam 50meter ke hadapan tak ada hujan. Mr.soulmate kata kami berada di bawah awan hujan la tu, tapi yang peliknya hujan ni awat terasa masin pula. Walaupun angin kuat dan hujan renyai-renyai kami gagahi juga turun nak tinjau kawasan sekitar.

Sekali lagi macam nak pengsan dengan keindahan alam semulajadi, sangat cantik. Rupa-rupanya tadi tu bukan hujan renyai-renyai, pandai ja buat teori sendiri. Tadi tu air laut dari gap tempias sampai ke kawasan parking. Betapa kuatnya ombak kat gap tambah dengan angin yang kuat pula. Terasa macam nak terbang bila berada kat kawasan ni sebab angin terlalu kuat. Kawasan ni memang tak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, dengan kawasan yang curam. licin dan angin yang kuat agak berbahaya sebenarnya.
Nak tengok yang mana dulu, jangan rambang mata okeh sebab keduanya dekat saja. Melalui kawasan pejalan kaki yang disediakan insyallah selamat, jangan pula dok mendaki kat batu-batu tu memang bahaya sebab licin.


Inila Natural Bridge. Perasaan masa ni cantik campur gerun. Cantik sebab view yang breathtaking tapi gerun sebab ombak tengah mengganas. Cuba bayangkan kalau ada manusia kat bawah ni memang tak ada harapan nak hidup dah.




Tengok ombak pun dah tau betapa kuatnya angin kat sini jadi jangan dok kata hujan renyai-renyai yang turun padahal air laut ni. Jangan kata lenses kamera je kena lap spek pun susah nak pakai sebab air laut dok kena muka ja.




Inila gap. Menggila bukan ombak kat bawah tu. Kat sini kena hati-hati sebab wind gusts dia memang kuat.




Okla sambung lagi perjalanan.

Kali ni nak ke wind farm pula. Memang bagus ada wind farm kat sini sebab angin memang kuat kat sini. Wind farm kat sini antara yang terbesar di Australia. Jadi rasa tak lengkap kalau tak singgah wind farm pula. Jarak antara natural bridge dan wind farm tak jauh pun. Wind farm ni adalah terbesar dan terbaru dan tercanggih di Australia tau, destinasi wajib datang kalau ke Albany!!

Hampa hampa awam masih menebal. Cahaya matahari tak nampak nak muncul pun. Kalau nak tengok gambar yang lebih jelas boleh klik sini

The Albany Wind Farm is the largest and newest wind farm in Australia. The wind farm walk offers spectacular views of the twelve eco-friendly turbines along the Torndirrup peninsula. The turbines lower WA's greenhouse gas emissions by approximately 77,000 tonnes per year. (hooray!) - ayat kopi pes


Macam biasa kat sini bukan kata omputih ja, kami dua pun jadi peramah jugak. Asal selisih dengan orang je mulut tak henti-henti ucap hi...hello...mula-mula senyum ja tapi lama-lama ringan pula mulut dok tegur orang. Kat sini terserempak dengan couple datang dari Melbourne. Bila saya hi je kat diorang terus diorang tanya datang dari mana. Asal sebut dari Malaysia mesti tanya oh dari Kuala Lumpur ke. No...no... we all bukan dari Kuala Lumpur. We all dari merbok. Merbok dan Melbourne lebih kurang je bunyinya hahaha. Saya pun cakap kami dua ni terkena temperature shock kat sini sebab kat Merbok suhunya 37C sebab tu tak tahan sejuk kat sini. Sajala cakap macam tu sebab depa takla pakai baju beriya sangat macam kami ala-ala nak daki gunung Everest ni. Kalau mai masa summer pun tak tahan juga sebab suhunya cecah sehingga 44C. Winter kat sini masih boleh hadapi lagila walaupun tergetar-getar kesejukan.



Last snap sebelum beredar. Rasa berat hati nak tinggalkan tempat chegini. Oh ya satu lagi tempat wajib kunjung kalau datang wind farm ni ialah try la masuk toilet dia. Jakun sekejap kami dua orang sebab toilet dia sangat eco frendly okeh. Macam mana nak cerita pun tak tau tapi try la masuk dan rasainya sendiri pengalamannya hahahaa...

Panjang la pulak entry ni, apa kata sambung part 2 pula. Nanti part 2 kami meneruskan perjalanan ke Augusta dan sepanjang perjalanan tu kami singgah ke Giant Valley, Denmark, Kilang toffee kat walpole dan sunset kat cape leeuwin dan berkenalan dengan cip cip iaitu burung seagull yang sangat sibok nak bergambar.
 Expenses untuk day 2 di part 2.