Memaparkan catatan dengan label fruits. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fruits. Papar semua catatan

Rabu, 3 September 2014

Victoria Sandwich Cake


Maaf ye kawan-kawan yang terliur dengan gambar yang saya masukkan dalam instagram dan FB. 
Sorry sesangat....saya ni biasalah passion dengan baking so apa saja yang saya bake, saya akan share dalam IG dan FB. Kalau orang lain kongsi pengalaman manis bersama rakan-rakan mengenai perkembangan anak-anak dalam FB or IG, saya pula ingin berkongsi passion saya dalam bidang masakan dalam FB dan IG. 

Saya pernah ditegur beberapa orang kawan2 mengenai post makanan saya di media sosial ni, katanya post makanan saya ni menganiayai orang yang tak mampu menikmati makanan ni. Bahkan bila saya share tempat makan menarik dan jalan2 cari makan pun dikatakan salah sebab menunjuk2 tempat makan yang sedap2 dan mahal kepada orang yang tak mampu nak pi makan tu. 

Niat saya cumala nak promosi tempat makan berkenaan bersama kawan-kawan supaya orang lain boleh datang rasa kat tempat tu juga. Sekaligus buat free marketing kat kedai makan berkenaan. 

Sumpah...bukan niat saya nak menunjuk2 pun, saya pun ada keinginan nak berkongsi sesuatu yang saya suka bersama rakan-rakan yang lain. Niat saya cuma nak berkongsi ilmu dan resepi dan keghairahan saya masak memasak ni.

Bagi saya apa pun bergantung pada niat hati kita, kalau niat kita nak berkongsi benda yang baik dengan orang lain apa salahnya. Mudah-mudahan perkongsian saya ni dapat memanfaatkan orang lain bahkan ilmu yang saya sampaikan dapat digunapakai oleh orang lain pula. Dalam blog saya ni bukan saja ilmu masak memasak ja tapi tips travel pun saya share skali. 

Victoria Sandwich Cake ni sebenarnya kek span yang dijadikan sandwich untuk cream cheese, cream dan strawberry preserve. Kek ni simple je sebenarnya tapi rasanya tersangatla sedap. Bagi menentukan kesedapan kek ni adalah bergantung pada fruit preserve yang kita buat ni. Saya sebenarnya tak pasti apa beza antara jam, preserve dan compote. Dari info pakcik google kata jam dan preserve ni lebih manis sebab guna banyak gula dan pekat. Manakala fruit compote ni manisnya bergantung pada manis buah semata dan dia lebih cair. 

Kalau orang lain buat strawberry preserve, saya pula buat berry compote. Resepi berry compote ni inspired by cooking show Ina Garten dalam "Back to Basic". 

Memandangkan kalau buat fruit compote ni tak guna gula, maka saya beli buah yang masak ranum dan lembik sikit. Kebanyakan buah jenis ni kat pasaraya ada diskaun dan harganya lebih murah sebab buah dah nak dekat rosak walaupun buah tak rosak lagi. Jadila pengguna bijak ye kawan-kawan hehehe....

Resepi Berry Compote
1 pek strawberry
1 pek blueberry
1 biji lemon
1 vanilla pod - kalau tak jumpa boleh je guna esen vanila
5 sudu kodial strawberry
sedikit air

Caranya
  1. Kupas kulit lemon, kulit lemon simpan. Buah lemon belah dua, perah dan ambik jusnya
  2. Dalam periuk masukkan buah blueberry+strawberry+kulit lemon+vanilla pod+kodial strawberry+jus lemon (simpan sikit utk cream cheese)+air
  3. Masak sampai pekat atau semua bahan bersatu. Kalau nak manis boleh tambah gula tapi jangan banyak 

 Sementara nak tunggu berry compote kita tu nak jadi pekat, kita leh siapkan kek span.

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A :
- 1 cawan tepung gandum.
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu besar ovallete.
- 1 sudu kecil baking powder.
- 5 biji telur gred A.

BAHAN B:
- 1/2 cawan air
- esen vanila

BAHAN C:
- 1/2 cawan minyak jagung. 

CARA-CARANYA:

1. masukkan bahan A ke dalam bekas adunan. putar laju selama 5 minit sehingga gebu dan sebati. Jangan over sangat, stop bila dah gebu.

2. Perlahankan pemutar,masukkan bahan B. putar lagi selama 5 minit sehingga sebati.

3. hentikan pemutar, masukkan bahan C dan gaul menggunakan kaedah kaup balik menggunakan sudip / senduk sehingga sebati. 

4. panaskan oven selama 15 minit guna suhu 170C, api atas bawah. griskan loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas grease dan tuangkan adunan tadi. kek akan sangat naik, jadi tuang lebih kurang separuh ataupun 3/4 loyang sahaja.

5. kemudian bakar sehingga masak.lebih kurang 35-45 minit.bergantung kepada oven.cucuk lidi kalau nak tahu masak sepenuhnya atau tak..

 Kek yang dah masak biarkan dalam 5 minit dulu dalam loyang dan kemudian keluarkan. Jangan biar lama kek dalam loyang sebab kek akan turun balik. Biar kek sejuk atas redai.

 Sementara kek sejuk atas redai, meh kita sediakan cream cheese dan cream pula. 
Cream cheese+butter mestila dalam keadaan suhu bilik. Jangan pukul time dia tengah membeku, kalau tak nanti rosak mixer.

Dalam bowl mixer, pukul 150g cream cheese+100g butter+2 sudu jus lemon. Pukul sampai kembang or gebu or sebati pastu baru masukkan 1/2 cup gula aising. Masa pukul gula aising kena slow2, kalau tak nanti habis berterbangan gula aising segenap dapur.

 Bila dah selesai cream cheese tu, ketepikan dulu. Sekarang kita pukul non-dairy whipping cream sampai kembang. Whipping cream ni ada yang jenis non-dairy dan dairy. Non-dairy ni dah rasa manis manakala dairy lak tak manis. Selalunya kalau nak buat frosting or topping gunala non-dairy sebab bila kita pukul, bentuk dia elok tak lembik macam jenis dairy punya. Dairy whipping cream ni biasa guna sebagai krim masakan seperti lasaqna or carbonara. 

Bila kita pukul whipping cream pula, gunala halaju maksimum dan stop bila dah betul2 kembang. Bila kita still pukul bila dia dah already kembang, whipping cream akan jatuh bentuk dan cair. Bila dah cair takdak pilihan kena buangla sebab takleh nak guna dah. So jangan over beat dia tau.


 Potong kek kepada 2 lapis. Atas lapisan kek yang pertama, sapu cream cheese, kemudian sapu whipping cream dan baru tuang berry compote.

 Kemudian baru letak lapisan kek kat atas dan tabur gula aising atas permukaan atas.

 Pastu ikut sukala nak deco macam mana kek ni. Bagi saya lak sebab saya buat kek ni untuk bagi makan-makan kat tempat internship saya, so saya bahagikan kek ni siap2 dan deco setiap bahagian. Deco kek ni kita leh ja google dan ambik idea di sana.



Happy baking.......


Ahad, 23 Mac 2014

Udang Salsa



Ingatkan salsa ni nama tarian je rupanya ada gak nama makanan. Mula-mula saya kenal dengan perkataan salsa ni masa saya menari salsa kat studio 5 tahun lepas. Ha...jangan xtau menari kat studio you all hahahaha. Menari ni lebih kepada workout la tapi no boys allowed dalam studio. Menari sesama girlfriends, best sangat sebab belajar macam2 move dan steps dan badan takla banyak lemak macam sekarang. Badan bukan saja fit tapi jarang nak demam2 ni.  Tapi sejak berhenti menari ni lemak cepat betul berkumpul.

Tapi kali ni salsa dalam masakan udang pula. Udang ni masa sampai rumah tak mati lagi, jenuh pikir macam mana nak bunuh dia. Last solution mr.soulmate tikam kepala dia dengan pisau tajam dan terus mati. Macam nak sembelih ayam pulak kan sekali tikam je. 

Mr. soulmate beli udang ni kat nelayan yang baru balik menangkap. Nelayan ni berniaga dalam sampan lagi kat bawah titi semeling ni. Memang ramaila orang dok menunggu ketibaan nelayan-nelayan kat bawah titi ni sebab bukan saja harga yang jauh murah tapi segar-segar. Kekadang saya pesan gak kat mr. soulmate bayarla lebih sikit kat diorang sebab kesian diorang ke laut cari rezeki kita pula bayar murah dari harga pasaran.  




 Besar sungguh udang ni. Ini pun tak mati lagi ni.


Udang setalam ni harga RM25 semuanya. 

 Pagi breakfast mr. soulmate buat risoto udang. 

For lunch, mr. soulmate masak salsa. Saya buat apa lak? tolong tengok dan tolong makan jela dan tukang kemas dapur bila siap. 

 Udang ni sangat sangat sangat manis.....
Pastu mr. soulmate masak udang ni dengan sambal dan buah cranberries+Mango+oren. Bagi saya la kombinasi udang bersama buah-buahan memang sangat sedap. Mungkin tekak orang lain tak lalu kan sebab macam pelik je kan tapi serius air tangan mr. soulmate memang terbaik la. 

Petang lak kami dating ambik angin laut kat Tanjung Dawai sambil minum teh o panas.

Jumaat, 28 Februari 2014

Hokkaido chiffon cupcakes


Ini kali kedua saya buat Hokkaido kek ni. Saya tau rupa dia lain sikit dari biasa sebab ada frosting macam ni. Sebabnya dalam whipping cream saya campurkan dengan passion fruit dan biji dia yang besar tu telah block saya punya pipping bag so memang tak leh nak cucuk filling dalam kek ni. Takpala tak dak isi kat dalam try makan isi kat atas je la.

Ini pula kali pertama saya buat kat rumah kakak. Kek ni tak susah mana asalkan egg white kembang sampai peak memang menjadila kek ni. Saya guna whipping cream sebagai intinya.

Resepinya pula saya ambil di sini dari blog nasi lemak lover.

*makes 9 cupcakes

Chiffon cake
3 egg yolks
20g sugar
35g corn oil
60g milk
70g cake flour

3 egg whites
25g sugar

Filling
60g dairy whipping cream
10g sugar
1tsp instant custard powder

Icing sugar, for dusting

Method
1. Pre-heat oven to 170C.
2. Arrange paper liners on baking tray.
3. Hand whisk egg yolk and sugar till pale in colour.
4. Add in corn oil and milk, mix well.
5. Sift in cake flour, stir to combine.
6. Beat egg white until foamy, gradually add sugar, and continue beat till soft peak form.
7. Take 1/3 of egg white and use a hand whisk to mix into egg yolk batter.
8. Fold in the balance egg white with a spatula till well combine.
9. Scoop batter into pre-arranged paper liners to about ¾ full.
10. Bake for 20-25 mins at middle rack.
11. Beat whipping cream with sugar till firm and stiff (over a bowl of iced water).
12. Add in custard powder, mix well.
13. Pipe custard cream into cupcake and dust with icing sugar. Refrigerated before consume.
 Ini lah rupanya kek chiffon baru kuar dari oven. Sebelum nak letak filling kena make sure kek sejuk dulu. Kek ni biasanya masa panas memang kembang mekar tapi bila sejuk mengucup macam terpenyet tapi tak jadi masalah kalau lepas letak filling dia akan kembang mekar balik.

Sebenarnya saya buat kek ni untuk makan di rumah kakak saya petang ni ala2 tea time la jugak kan. So kena travel about 30km la nak ke rumah dia.

 Semua kek dah pack dalam kotak elok-elok dah. Oh bawa sekali lebihan kek Mascarpone Cheesecake ya, kalau tak bawak kek ni taktau la berapa lama lagi bertapa dalam peti ais.

Nak cepat lalu ikut highway jela. Gambar ni diambil dengan kelajuan 120km/h. Besarnya rupa matahari patutla panas sangat sekarang. Sepanjang perjalanan ada kebakaran hutan dan jerami ja. Rasanya la kan orang bakar sawah padi ni dan jerami terbang kena pulak hutan berdekatan sebab tula makin marak apinya.


Happy baking

Selasa, 25 Februari 2014

Strawberry Yogurt Ice Cream


Baru-baru ni negara digemparkan dengan suhu sejuk luar biasa sehingga air paip macam air ais katanya akibat angin dari Siberia ke Malaysia. Kemudian seminggu selepas tu Malaysia digemparkan dengan musim autumn lak. 


Semua rumput dan lalang bertukar warna dan lebih memeranjatkan lagi bila kebanyakan hutan terbakar dengan sendirinya kerana cuaca yang sangat panas. Semalam hutan Gunung Jerai terbakar, berkepul2 asap memenuhi alam. Risaunya nanti binatang2 liar lari turun bawah lak. Haritu dah tangkap pak belang aka big cat yang sesat masuk dalam hutan getah, nasib baik dia tak cederakan orang.

Cat bawah ni sedap bela badan ja.

Bila cuaca yang sangat panas ni memang terkurung dalam rumah jela. Dua ekor ni main sek2 bum2 dalam rumah jela.

Bila panas-panas macam ni sangatla craving kan benda2 sejuk ja. So memandangkan stok strawberi banyak lagi saya plan nak buat ais krim yogurt strawberi semudah ABC....senang je.

A. Sediakan bahan-bahan iaitu Ais batu + Low Fat Greek Yogurt + Srawberry frozen + Kodial strawberry 

B. Semua bahan-bahan tadi main campak je dalam blender dan kisarla sampai smooth. 

C. Tadaaa...siap sudah. Enjoy....yum.

p/s: Tengah siap2 nak jumpa doktor pula ni appointment nak tengok perkembangan selepas operation 3 minggu lepas


Ahad, 23 Februari 2014

Mascarpone cheesecake

Selamat minum petang....plate biru untuk mr.soulmate and plate pink for me wiiii......

Kemain lagi kan petang2 makan kek keju di tambah pula buah markisa dan strawberi kat atas kek lagila mengancam jiwa. Bukan tu saja minum pula teh berperisa strawberi emmpp...apa nak kata syurga doniala sat.

Disebalik kejadian kek ni sebenarnya ada kisah sedih. Alkisah....saya nak buat pavlova coklat. Meringue pun dah cantik semua pastu kan bila buat meringue ni mestila ada baki egg yolk kan. Pastu tangan gatal ditambah nak buat experiment sendiri saya buat kek dan tuang atas pavlova tu dan bakar bersama.

Bila ada beban dah tentu2 la meringue tak leh nak tampung maka tenggelam dan terpenyetla ia di bawah kek.

Beginila rupa disaster nya bila pepandai nak buat experiment tanpa rujukan terlebih dulu.

Disebabkan rasa kecewa yang sangat2 dan geram maka saya buka peti ais tengok telur tinggal 2biji ja dan saya decide nak buat kek keju mascarpone. 


Keju mascarpone ni pun dah bertapa dalam peti ais dah lama dah sejak2 saya nak buat tiramisu tapi tak sempat2 lagi nak buat.

Buah-buah hiasan atas ni pun yang saya beli kat Cameron hari tu. Strawberi tu biasala yang saya frozenkan dan tahan dah 3minggu. Semalam mr.soulmate hampir2 nak buang markisa ni sebab kulit dia dah berkedut2 dan mcm berkulat. Nasib baikla saya nampak sebab buah markisa ni kalau kulit tak kedut tu buah muda dan tak masak elok. Kalau kulit dia kedut bak manusia yang umur 100tahun memang buah ni tengah masak ranum dan rasa dia lebih sedap.


 Resepi kek ni saya guna sama macam saya buat cheesecake roselle di sini tapi saya guna separuh je dari resepi tu sebab saya cuma guna 2 biji telur ja.

 Ini resepi baked cheesecake:

250g mascarpone cheese, room temperature
1/4 cup caster sugar
2 egg yolks
30g cake flour

2 egg whites
2tbs caster sugar

Method
1. Beat cheese with sugar till smooth (I use stand mixer)
2. Add in egg yolks and mix well. Add in flour and combine well.
3. Beat egg white till foamy (I use hand mixer), gradually add in sugar and continue to beat till soft peaks.
4. Use a hand whisk, mix in 1/3 meringue with cream cheese batter till combine.
5. Use a spatula, fold in the balance meringue, fold gently till combine.
6. Pour batter into cake tin (line paper on the bottom)
7. Bake at a pre-heated oven at 140C for 75mins at lower rack using steaming bake method (place a roasting tin underneath and add in hot water before putting in the cake tin).
8. Cool on a wire rack, remove the cake and chill the cheesecake before consume.


 Tetiba ada kasut lak kan. Kasut ni saya beli semalam harga RM19.90, murah tak? Saya dan mr.soulmate beli kasut yang sama kaler merah ni n dah plan nak pakai kasut ni jejalan kat negara haippp nipon. Lega jugakla sebab itineri nipon dah siap. Bayangkan saya buat 4 itineri untuk plan A,B,C,D. Maksudnya kalau plan A tak jadi buat plan B, kalau tak jadi buat yg seterusnya pula hehehe. 

Bila kek dah jadi apa lagi ngap la kan tak tertahan diri dok perati air buah meleleh turun tu.

 
 Happy baking.....tak menjadi pun takpa jangan sedih2, enjoy every quality time dengan orang tersayang.

Selasa, 30 Julai 2013

Caramelized Pear Upside Down Cake

Assalamualaikum.....blog ni dah nampak ada sawang rupanya gara-gara tuan punya blog sangat bz dengan tugas hariannya.
Ok rehat dulu cerita pasal korea sebab saya mula membizikan diri buat photobook yang hampir tamat tempoh vouchernya tu. Beli dah lama tapi tak sempat nak buat sebab tuntutan seharian yang besar tanggungjawab terpaksa ketepikan segala hobi-hobi ni semua termasukla blogging. 

Pejam celik pejam celik dah nak raya rupanya. Tadi petang sms kakak sebab nak buat cookies chocolate chip aka chipsmore  dengan budak-budak kecik 3orang tu weekend ni. Memandangkan kalau nak buat kuih raya sorang sure bosan kan so kali ni ada assistant kenit2 menceriakan keadaan. Dalam entry SINI saya buatkan strawberry cupcakes kat besday gurl yang melampau tu. 


Baru-baru ni saya beli buah pear yang agak murah sebenarnya dari harga biasa mungkin musimnya kot. Lepas tu macam biasala kan jadi perhiasan dalam peti sejuk tambah-tambah bulan posa pula memang tak termakan la. 

 Tengok pula masterchef Australia ada cabaran buat caramelized grape upside down cake sangat mengiurkan tu, saya pun decided nak olah sikit buat pear upside down cake la. 

Specialnya resepi ni saya tak tengok langsung mana-mana resepi dan saya main campak-campak je bahan tanpa ada sukatan. Sesekali nak cabar diri sendiri untuk buat kek tanpa sukatan dan rujukan dan akhirnya yeay....jadila juga.

Mula-mula saya meltkan butter dan brown sugar dalam pan. Saya tak kacau pun n biar je 2bahan tu melt together. Then bila nampak little bubbles kat tepi2 pan tu then saya tuang dalam loyang pastu susun buah kat atas n ketepikan.

Kemudian dalam bowl yang lain saya masukkan butter+vanilla sugar+brown sugar+salt. Saya pukul bahan-bahan tu sampai gebu. Pastu saya masukkan 2 biji telur saiz C dan masukkan sikit-sikit tepung gandum dan sikit baking powder dan sedikit air. Masa ni saya main dengan tepung dan air je, Kalau adunan cair saya tambah lagi tepung gandum n bila adunan keras sangat saya tambah sikit air macam tu la sampai saya puas hati kepekatan adunan ni.

Kemudian saya tuangkan adunan ni atas buah pear dan bakar dengan suhu 180C selama 40minit. 10 minit terakhir saya kurang suhu 175C sebab saya taknak permukaan kek brown sangat dan nak bagi air buah dalam kek ni kering sikit supaya kek ni tak jadi lembik masa nak terbalikkan nanti.

Saya buat kek ni lepas asar dan tau-tau jela kalau buat fruit kek ni, bau harum semerbak alam time bulan posa pula sangat menggoda okeh. Bila kek dah masak saya biarkan dia sejuk dulu dalam loyang tu sebelum terbalik. Kalau terbalikkan kek masa dia tengah panas ada kemungkinan kek akan ranap sebab struktur kek tak pejal lagi.

 Ok taraaaa....dah siap pun kek cuma bila saya terbalikkan kek ni dia merekah kat bahagian tengah. Saya agak mungkin sebab loyang panjang kot sebab kalau guna loyang bulat tak jadi masalah macam ni plak. 
Selamat mencuba......