Memaparkan catatan dengan label smoothie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label smoothie. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Oktober 2011

Apple Yogurt Smoothies

Saja nak perabihkan epal dan yogurt dalam peti ais. Reka lagi resepi pelik-pelik ni

Senang je, semua bahan masuk dalam blender. Bahan-bahannya ialah buah epal+gula aising+yogurt+ais batu

Siap sudah, lepas tu letak whipped cream atasnya dan boleh makan dengan spaghetti ayam oven ni

Khamis, 13 Oktober 2011

Strawberry Yogurt Smoothies

Lihatla pandanglah smoothies di tengahari......sempat saja masa lunch's break buat smoothies. Cuma 10 minit je nak buat, dah siap smoothies strawberry ni....yum...menyegarkan tekak. Sebelum ni pun pernah buat strawberry smoothies, klik di sini

Hari ni balik rumah masa lunch sebab ada orang nak menuntut ilmu belajar macam mana nak buat Spaghetti Agli e Olio sebab gambar yang post dalam FB telah mengugat jiwa dan raganya hehehehe. Kebetulan ada sekotak buah strawberry dalam peti ais yang masih tak tau nak masak apa dengan buah ni. Sementara dia buat spaghetti tu, saya sediakan smoothies strawberry, sedap tau.

Agak kelam kabut sikit suasana kat dapur masa ni sebab berkejaran nak masak dan makan dalam masa 45minit je. Dalam blender saya masukkan buah strawberry+yogurt+gula aising+susu+ais ketul. Blend semua sampai hancur dan tuang dalam gelas. Letak whipped cream on top....wallahhh.....yum

3 hidangan untuk 3orang makan......sorang lagi tetamu langkah kanan hehehehe oppsss....



Selasa, 24 Mei 2011

Mango Smoothie

Haa...jamu mata jangan tak jamu hehehehe.......
Semalam balik keja panas-panas (selalu panas sebab balik keja jalan kaki dari ofis ke rumah), dalam pala hotak ni terpikir kalaula makan ice cream mango dalam fridge sekarang ni, aduhaiiii nyamannya tekak.
Sampai rumah je, nampak ada sebiji lagi mango yang dah masak ranum, wangi pulak tu, isi pun color oren ishhh....takleh jadi....apa kata kalau kita blend ice cream mango dengan mango yang masak ranum ni, rasa apa?

Cara nak buatnya mudah saja...
Ambik blender, masukkan potongan mango, ice cream mango, ice, air masak sikit. Blend semuanya

Antara minuman yang terbest bila menikmatinya selepas pukul 5.00 petang

Ahad, 8 Mei 2011

Apple and Carrot Yogurt Smoothie

Asyik makan-makan je apakata buat minum-minum pulak. Panas ni mesti nak minum sejuk-sejuk atau berais kan. Sedapnya ni ciptaan kali pertama jugak

 Inilah bahan utamanya dan campurkan ais ketul, gula aising dan 3sudu yogurt

Nyamannya la tekak

Isnin, 2 Mei 2011

Strawberry Smoothies

Jalan-jalan kat One Utama semalam nampak strawberry merah-merah menyala dok memanggil orang beli. Mata pun tak berkelip tengok strawberry tu lalu dengan pantasnya tarik tangan mr. hubby...."jom kita masuk jap Cold Storage" hehehehe

Lagipun ramai blogger masak kata strawberry Korea ni manis tak macam strawberry Cameron, masam. Sekotak ni ada 13biji berharga RM10.99 @ RM11
Sungguh menyentap hati dan perasaan memandang kecantikan ciptaan tuhan yang bernama strawberry ni...sesekali nak memoyokan diri sendiri
Apa pun basuh dulu sambil berselawat atas nabi, semoga rezeki yang masuk dalam perut ni berkat
Pastu mulakan aktiviti mem-blender kan semua bahan-bahan
  • Strawberry
  • krim pekat
  • low fat milk
  • gula aising
  • ais ketul
Yum....sangat sesuai diminum ketika hari yang terang benderang macam hari ni (panas sangat sampai air-con pun tak off seharian ni)