Selasa, 24 November 2020

KLIA – MUSCAT, - MADINAH 26.01.2020 (Ahad)

 

Part 2
 
Day 1
 
Masa ni dah masuk maghrib dan taklimat pun selesai setengah jam kemudian makna kata lagi 30 minit nak boarding hehehe…..kalau Air Asia mesti dah tutup gate tak bagi masuk dah ni. Kat KLIA ni tak tau la macam mana prosedurnya. 
 
 
Habis je taklimat, kami terus berpisah dengan group dan menuju ke surau untuk solat jamak maghrib dan isya siap-siap sebab kami tau lepas ni samada nak solat dalam flight atau solat di Oman la jawabnya nanti. Tour leader kami suruh semua terus ke gate boarder dan nampaknya semua ahli group masih belum solat maghrib sebab depa terus nak naik flight. Lepas solat ja, kami terus berlari ke security dan imigresen dan sekali lagi buat amazing race berlari ke pintu pelepasan. Masa kami sampai di pintu pelepasan, kami terus masuk barisan beratur masuk ke dalam pesawat. Masa tu kami tak nampak lagi ahli group kami. Kami ingatkan depa dah masuk dalam pesawat la kot tapi rupanya depa mai lagi lewat dari kami dan beratur di barisan yang agak belakang sikit. Kami agak mungkin depa pun sama macam kami solat dulu kot dan disebabkan kami ni dok cergas berlari-lari mungkin kami sampai dulu tapi rupanya depa masih belum solat lagi. Geng Mak Jemah bersalam peluk cium dengan ahli keluarga dan jalan lengang kangkong lagi sedangkan masa dah time. Beza kalau travel group, ahli kumpulan lebih santai walaupun masa suntuk pesawat nak gerak dah. 
 
 
 
Kami akan naik flight Oman Air. Penerbangan selama 7 jam untuk sampai di Muscat. Transit di Muscat selama 2 jam dan terus sambung penerbangan ke Jeddah. Mutawwif yang akan guide group kami ialah Ustaz Murthado yang tunggu ketibaan kami di Jeddah. Sementara ni Tour Leader kami Shazwan akan guide kami dalam perjalanan dari Malaysia ke Jeddah dan dari Jeddah ke Malaysia saja.
 
 
Gate C1 dibuka. Kami beratur untuk masuk ke dalam flight WY 0822 Oman Air. First time merasa pengalaman naik flight Oman Air. Tak mintak lain, hanya mengharapkan seat selesa sepanjang perjalanan. Negara Oman kaya dan currency ketiga tertinggi dunia, takkan la buat kapal terbang level low-cost carrier macam Air Asia kot. Hehe.. Masa dapat tau naik Oman Air, saya check harga tiket flight kalau beli sendiri. 
 
.....bersambung....

KLIA – MUSCAT, - MADINAH 26.01.2020 (Ahad)

 Part 1

DAY 1 (Hari Perjalanan) 🇲🇾➡️🇴🇲➡️🇸🇦
 
KLIA – MUSCAT, - MADINAH
26.01.2020 (Ahad)
 

 
Kami bertolak dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur seawal pagi pukul 4.00 pagi dah gerak bagi mengelak kesesakan di atas highway di musim perayaan Tahun Baru Cina. Adik yang hantar ke KLIA kebetulan dia pun nak ke Melaka dan singgah hantar kami dulu di sana. Tak seperti kebiasaan kami kalau travel selalu ke KLIA2 tapi kali ni kami menuju ke KLIA. 
 
 
 
Pukul 3.00 petang, kami pun sampai di KLIA. Kami pun cari group Andalusia yang lain tapi takda sorang pun yang sampai, mungkin kami orang yang pertama tiba. Di KLIA memang ramai sangat group Jemaah dari pelbagai syarikat termasuk Tabung Haji, Simply Umrah dan Reyhar.
Kemudian baru nampak beberapa Jemaah berbag biru gelap Andalusia tiba. Kami bergerak ke Row M dimana pihak Andalusia menunggu jemaah group kami berkumpul di situ. Group kami tak ramai, hanya 23 orang jemaah je. Kami terus berjumpa dengan pegawai Andalusia untuk lapor diri. Kami diberi tag dan beg kami disusun bersama beg jemaah yang lain. Nasib baik kami dah buat siap-siap tagging kat beg kami sebab semuanya guna beg yang sama. Takde masalah pun kalau tak tag, tapi letih la nak mencari masa amik beg bila sampai kat airport nanti. Janji dari jauh dah boleh kenal beg kami. Yang penting jangan la beg kami hilang. 
 
 
 
Dah selesai urusan kat kaunter check-in, kami dibenarkan bersurai dan setengah jam lagi kami akan berkumpul semula untuk taklimat. Masa tu saya tengok jam lagi 2 jam nak boarding ni, biar betul Andalusia ni masih berlenggah-lenggah tak masuk lepas security lagi. Kami yang selalu travel diy ni memang selalunya 3 jam sebelum berlepas, kami ready dah lepas imi dan security semua sebab nak mengelakkan kesesakan atau masalah apa-apa yang memakan masa. Sejam kemudian baru pegawai Andalusia datang dan bagi taklimat serba sedikit. Kami ni, orang kedah kata ketaq perut dahla lagi sejam tak masuk security lagi. Yala kami ni tak biasa travel bergroup dan agak gabra bila orang lewat-lewat tambahan lagi tak lepas imi dan security lagi. Mungkin juga KLIA ni tak sibuk macam KLIA2 kot, kami tenangkan hati sendiri.
 
.........bersambung...... @ Muscat, Oman