Selasa, 2 April 2024

Part 1: 3 WILAYAH THAILAND (YALA - PATTANI - NARATHIWAT)

Bismillahhirohmanirahim.....Assalamualaikum pembaca sekalian....

Masih ada orang baca lagi ke blog bersawang sis ni hehehe.....kehidupan sis dah berbeza, selama 15 tahun berkahwin maka hadirla Ritzuan dalam hidup kami.


Kalau sesapa yang kenal kami ni, sis dan mr.soulmate memang selalu ber roadtrip dengan kereta kat Thailand ni. Hampir seluruh wilayah Thailand kami jejaki KECUALI 3 wilayah selatan Thailand. 

Masa PKP haritu, kami ada layan youtube Nana Chanel. Nana ni dari 3 wilayah dan macam tamparan kat kami sebab kami ni hampir setiap bulan mesti masuk Satun dan Hatyai ke arah utara tapi tak pernah sekali pun kami menghala ke arah timur ke 3 wilayah ni.

Jadinya masa PKP, tu kami berazam nak ke 3 wilayah bila border negara buka nanti.

Masa kami plan nak ke 3 wilayah, masa tu sis ter pregnant kat Ritzuan dan kena hold dulu sampai dia umur 2 bulan, baru kami buat border pass (passport dah lama expired, kami buat border pass sebab 3 wilayah tak perlu pakai passport)


Sis macam biasa kalau nak travel tu punya search google cari sana sini maklumat tapi tak ramai orang Malaysia yang berpengalaman sampai ke sana, jadi maklumat tu tak banyak la. Bukan tak ada tapi maklumat terlalu samar dan tak terperinci, tak macam orang review pasal Hatyai atau Bangkok. Jadi kalau nak travel ke 3 wilayah ni memang betul-betul redah je tanpa maklumat yang mencukupi. 


Memandangkan trip ni main redah ja ada beberapa tips dan maklumat sis nak kongsikan sekiranya kita nak redah je ke satu-satu tempat tanpa ada maklumat yang mencukupi. Antaranya:


1. Google map/google street

Ini cara sis untuk study ke tempat yang belum pernah sampai lagi. Mungkin lain orang lain caranya, tapi ini cara sis la bergantung pada google map atau google street.

Mula2 sis akan tengok jauh mana jarak tempat tu dari rumah sebab sis naik kereta sendiri.

Sis akan google street jalan supaya tahu apa yang ada sepanjang perjalanan tu samada ada stesen minyak ke, masjid, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta, 7e, klinik kesihatan, sekolah dan lain-lain la.

Supaya sis boleh anggarkan kat mana nak berhenti rehat, nak solat jamak, nak isi minyak atau kalau jadi apa2 kat kereta kat mana bengkel kereta nak baiki.

Jadi maklumat kat google street sangat penting bagi sis.


2. Hotel

Baca...baca... baca n baca review2 hotel yang bakal kita nak menginap. Jangan malas baca review customer sebab daripada review boleh tentukan hotel tu best ke tidak dgn kita. Review hotel tu baca random page 1, 10, 20, 100,200,300 page untuk menentukan review hotel tu betul-betul honest dari customer dan bukan dari review hotel. 

Selain tu, sis tengok fasiliti hotel juga seperti peti ais sebab mudah sis nak simpan susu yang dipam dan simpan ice cooler sebab sis breastfeed baby kan, jadi kena pastikan susu yang sudah dipam selamat disimpan. 

Kebanyakan hotel di Thailand ni memang ada peti sejuk tapi kat hotel Malaysia ja hat 3 bintang pun takdak peti sejuk. Hotel di Thailand ni fasiliti tahap 5 bintang pun tapi harga macam 2 bintang di Malaysia...itu adalah kenyataan ya bukan ayat manis ja.


3. Tujuan

Sis travel ke 3 wilayah ni memang tujuan jalan2 cari makan. So, sis akan cari tempat makan dan baca review2 melalui google map juga. Kat google map tu sis tengok mana-mana kedai makan dan bila klik kat kedai tu kan dia akan naik info pasal kedai tu. Boleh klik tengok gambar kedai dan makanan, review customer, hari cuti dan masa buka dan katup kedai tu juga.

Melalui google map tu Sis boleh anggarkan jarak perjalanan dari hotel ke tempat makan tersebut dan jarak ke kedai-kedai yang lain juga.

Ok...itu je kot cara macam mana mula2 sis plan nak travel ke tempat baru. Sis sebenarnya suka redah je malas nak reseach2 bagai tapi disebabkan kami bawa baby umur 3 bulan, sis kena study lebih sikit supaya ada persiapan atau ada plan b, c, d kalau plan a tak jadi.

Selain makan, sis cari kedai kosmetik dan supermarket juga untuk beli barang2 skincare dan barang dapur. Skincare Thailand lebih bagus dari Korea bagi sis sebab kita dari cuaca yang sama dan product yang diguna pun local product such as kafir lime, coconut dll. Rnd product thailand lebih sesuai dengan kulit kita sebab environment yang sama panas dan lembap. Kalau product korea tu cuaca sejuk bersalji dan kering, dan tak guna bahan-bahan seperti Malaysia seperti kelapa dan limau purut dan rnd depa pun tak sama untuk pengguna cuaca seperti di Malaysia yang hampir sama dengan Thailand. Paham tak maksud sis ni. Bagi pendapat sis, kita seharusnya lebih elok guna local product sebab environment, cuaca yang sama kita hidup dan tumbuhan yang tumbuh di sekitar kita. Kita kat Malaysia lebih elok dengan minyak kelapa berbanding olive oil. Manakala negara barat lebih sesuai olive oil berbanding coconut oil. Paham kan maksud sis. Disebabkan kelapa hidup subur di Malaysia dan sama dengan kita manusia yang biasa dengan cuasa panas dan lembap, lebih elok kita makan/guna tumbuhan yang hidup subur sama cuacanya dengan tempat kita menetap ni.


4. Border Pass

Sah 1 tahun bagi warganegara Malayisa kelahiran Kedah, Perlis, Kelantan dan Hulu Perak dan orang yang menetap lebih setahun di negeri sempadan.

Bayaran rm10 untuk setiap border pass. Border pass sis share dengan baby, maksudnya sis dan baby tak boleh berpisah sepanjang berada di luar negara.


Nak buat border pass untuk baby pula, kena bawa 1 gambar latar belakang putih, rambut tak tutup dahi, isi borang permohonan, bawa surat beranak asli dan borang A1/B1 keizinan ibubapa


Border pass ni selain buat kat UTC atau pejabat imigresen negeri, kita boleh juga buat border pass kat setiap pintu sempadan negara. Di mana tu pintu sempadan negara menggunakan jalan darat?

PERLIS:Wang Kelian, Padang Besar

KEDAH: Bukit Kayu Hitam, Durian Burung

PERAK: Pengkalan Hulu

KELANTAN: Bukit Bunga, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor

Semua 8 pintu sempadan ni kami pernah lalu cuma special sikit kat Pengkalan Kubor tu kereta kena naik feri nak ke Tak Bai, pengalaman yang berbeza dengan semua pintu sempadan yang lain.


5. Insurans Kenderaan

Sis buat insurans di sempadan sebelah ofis imigresen buat border pass juga. Bayaran sebanyak rm20 untuk 8 hari

Nak masuk Thailand, anda kena beli insurans kereta Thailand. Jangan nak memandai-mandai guna insurans kereta negara Malaysia ya. Takut kena halau balik nanti. 

Insurans ini boleh dibeli daripada agensi pelancongan yang ada di sepanjang jalan menuju ke pintu sempadan. Kalau ada apa-apa masalah, anda boleh tanya agensi pelancongan ni. Jadi jangan malu tau. Malu bertanya sesat jalan! 

Insurans ni juga boleh dibeli untuk enam bulan, setahun atau seminggu. Kalau untuk seminggu, harganya cuma RM20.


6. Sijil Pemilikan Kenderaan 

Sijil pemilikan kenderaan atau dalam bahasa mudahnya geran kereta ni wajib untuk dilampirkan sekali semasa nak masuk ke Thailand. Kalau tak ada geran, boleh pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk cetak salinan geran kereta. Tapi macam mana kalau anda pandu kereta yang bukan milik kita? Mudah saja! Pastikan juga ada geran dan surat akuan sumpah yang sah yang ditandatangan oleh pemilik kereta tu sendiri. Kalau tak, kereta mungkin akan disita! Geran kenderaan salinan mesti disahkan oleh balai polis.

Dulu kereta lama atas nama sis. Setiap kali nak cross border memang sis la akan turun uruskan urusan kastam tapi kereta sekarang atas nama mr.soulmate, jadi sis takyah la nak turun. Tunggu dia jela dalam kereta.


7. Penantian di Kaunter Imigresen

Proses di imigresen Thailand mungkin akan mengambil masa sedikit lama lagi-lagi jika pertama kali nak masuk Thailand menggunakan kenderaan Malaysia. Kalau ada anak kecil, sis pastikan Ritzuan selesa sepanjang proses menunggu. 

Seperti biasa, kita akan melepasi dua imigresen iaitu imigresen Malaysia dan juga imigresen Thailand. Proses yang mudah di imigresen Malaysia tetapi sedikit sukar di imigresen Thailand. Ada beberapa borang penting yang wajib anda isi iaitu borang pengisytiharan selain daripada dokumen-dokumen di atas kalau nak bawa masuk kenderaan sendiri ke Thailand. 

Borang dimaksudkan ialah simplified custom declaration dan borang ketibaan. Ada agensi pelancongan yang turut memberikan servis mengisi borang ini sebelum masuk ke sempadan jadi ia lebih mudah untuk kita. 

Proses ini akan mengambil masa jika kita merupakan pengunjung yang kali pertama nak masuk ke Thailand. Ini disebabkan mereka akan memasukkan data kita ke dalam sistem. Jadi, jangkakan kelewatan sedikit ketika di fasa ini. Dan kalau sistem hang ke apa memang lama juga menunggu sebab biasalah kalau sempadan dalam hutan berbukit bukau ni kan, memang slow sikit tenet nak dapat coverage pun.

Apa yang sis bawa semasa beratur menunggu kat kaunter imigresen ni? Sis bawa barang simple je, taknak terbeban bawa bag berat, biasanya akan bawa botol susu/air Ritzuan, kain napkin, tisu, wet isu dan border pass. Kalau barisan panjang sangat bawala toy bagi Ritzuan main sebab budak cepat bosan kan, tak pun bapak dia akan buat fun fair dalam barisan dok lambung2 dia. Tapi kan bila baby nangis, selalunya pegawai imi akan panggil kami sekeluarga ke kaunter paling depan untuk cop passport dulu. Bag duit dan ic tinggal je dalam kereta. Oh ya bawakla duit kecil habuan nak bayar ot kat pegawai imigresen. Bagi sis wajibla bawa, sebab kalau kita cross border di luar waktu pejabat di antara sebelum atau selepas waktu pejabat, mestila bayar rm2 duit overtime kat pegawai imigresen. Insyallah sangat jarang sekali kereta nak kena rompak sebab area ni memang cctv merata ada jadi keselamatan kereta agak terjaga la.

Oh ya sis nak inggatkan, akan ada ja orang nak tolong kita copkan passport tanpa kita beratur. Tolongan jangan biasakan ulat-ulat cari makan lagu tu ja. Boleh jadi passport anda akan hilang atau maklumat peribadi anda akan diambil untuk tujuan tak baik. Benda kat sempadan ni kita kena set otak bersangka buruk. Husnuzon takdak kalau time ni. Penjahat ada ja nak ambik kesempatan.

Ada juga sis jumpa kat kaunter penantian ni, mai sekeluarga beratur semua lane. Kalau kaunter buka 5, semua ahli keluarga akan divide beratur kat setiap kaunter sebab nak tengok kaunter mana jalan dulu. Kalau kaunter 1 laju ja nanti semua segerombongan keluarga tu menuju ke lane 1. Kita yang asal nampak lane ni tak ramai orang tetiba ada tambahan 5 orang kat depan lak tetiba. Kalau dengan panas dan penat dengan baby meragam memang boleh naik hantu juga kat situ kan, bila nampak next ingat kita punya turn tapi tetiba kita dah jadi org ke-10 gara2 ahli keluarga yang tolong beratur bagi pihak ahli keluarga yang lain. Jagala adab dan saling bertimbang rasa dengan semua orang sebab orang Malaysia ni kebanyakan kat kaunter ni selfish berbanding orang Thailand. Ini yang sis selalu nampak la.


8. Simkad telefon Thailand

Sis beli Ais 200 baht untuk data internet dan call selama sebulan, penting untuk buka google map cari jalan. Kalau sebulan tak akif nombor tu, next month kena bayar 200 baht sebab 200 baht tu untuk setiap bulan ja. Tapiiii kalau tak pakai nombor tu selama setahun, nombor tu akan expired. Cara dia lain dari Malaysia, kat Thailand lebih mengguntungkan pengguna.


9. Jangan Lupa Pulangkan Borang Kastam

Ingat tak borang kastam yang anda dah isi di kaunter imigresen Thailand semasa nak masuk? Anda kena pulangkan satu lagi salinan sebelum anda masuk Malaysia semula. Kalau anda tak pulangkan semua, anda mungkin akan didenda ikut jumlah hari anda berada di Thailand dan prosesnya akan jadi lagi susah bila nak masuk semua ke Thailand lagi selepas ini. 

Next time kalau nak masuk boleh cuma bayaar denda sebanyak 10,000 baht je untuk clear nama dalam sistem.


10. Pandu Seperti Manusia di Thailand

Peraturan di Thailand mungkin sedikit berbeza tetapi kebanyakan masih sama. Kalau anda disaman dan saman itu tak dibayar, anda mungkin tak boleh atau susah nak masuk ke Thailand lagi selepas ini. 

Tambahan lagi...jangan parking kereta di line yang berwarna merah putih, kita boleh parking ja kat line hitam putih. Kalau perasan kan line merah putih tu selalunya kat selekoh atau kawasan yang terang-terang takleh parking kereta.

Kalau kat trafik light pula.....kalau simpang yang tak sibuk selalunya kalau tanda hijau tu serentak dengan laluan yang bertentangan dan tiada tanda kona. Kalau tak dak kona kiri atau kanan, selalunya tanda hijau je kita kalau nak kona kanan, kena bagi laluan dulu kat jalan bertentangan nak straight. Paham dak. Kalau kita nak kona, kena bagi laluan kat kenderaan yang nak terus walaupun tanda hijau kat lane kita. 

Peraturan kat sini, depa pentingkan semua pengguna jalan raya saling memerhati orang lain dan bukan kita ASSUME orang akan nampak kita...NO NO NO!!!! Mata kita kena buka luas-luas perhatikan orang lain sama sebab tu kemalangan agak kurang berbanding kat sini. Bukan tak dak ya tapi jarang berlaku sebab semua pihak peka dan bertolak ansur antara satu sama lain. 

Contoh kami drive kat sana kan, kalau moto ni perasan kita kat belakang, terus depa dok tepi bagi laluan untuk kita memotong sebab JALANRAYA adalah berkongsi bersama, bukan hak yang laju semata. Kemudian kalau jumpa lori pula, kalau kita nak memotong la kan, kita kat belakang lori kan tak nampak depan bila jalan kona2 ni. Lori tinggi so nampak jelas kat depan. So, kalau ada kenderaan kat depan, lori akan bagi signal kanan, maksudnya kita dilarang memotong. Kalau lori bagi signal kiri maknanya jalan selamat untuk kita memotong. Kemudian kalau ada halangan jalan barricade terutamanya kat 3 wilayah ni, kenderaan depan terus bagi hazard light supaya kita berhati-hati dan bersedia untuk slow kenderaan. 

Itula buat kami kagum dengan pengguna jalanraya di Thailand ni terumatanya kat 3 wilayah yang sangat bertimbang rasa, bertolak ansur dan selalu communicate dengan positif dengan pengguna jalanraya yang lain. Agaknya Malaysia boleh ke bersikap begini? Pernah sekali masa kami drive di sana terserempak dengan kumpulan konvoi Malaysia, malu sekali sebab depa konvoi dengan slow dan conquer jalan kiri dan kanan sehingga block pengguna lain untuk memotong depa. Selalunya kumpulan konvoi ni akan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Pernah sekali hon sebab nak maklum kita nak potong ni sebab depa slow ke tengah jalan (kita hon sebab takut depa ni tak perasan yang kita dekat kat belakang depa, bukan marah ke apa), sekali di makinya kita ni dan hon berkali2 dengan pandangan tak puas hati. Itu sikap orang Malaysia di Thailand bila berkonvoi ya. Ini pengalaman kami la yang kena. Sama ja kalau jumpa konvoi myvi, konvoi kapcai mahupun konvoi moto berkuasa tinggi. Macam mana sikap depa kat Malaysia, begitu juga depa bawa sikap begitu di Tahiland....sangat memalukan bagi pengguna Thailand yang sungguh berhemah.

Isnin, 8 Januari 2024

Day 11 / 12 / 13 : UMRAH

Alhamdulillah saya dah niat bersyarat masa miqat di Bir Ali lagi.


Mutawwif memaklumkan kami kena turun semula di lobi pada pukul 1.00 pagi dan bas kami akan bergerak pukul 1.30 pagi. Masa ni kami kena saling beringat sesama kami kerana kami terikat dengan pantang larang selepas tawaf wadak. Bagi mengelakkan kami semua tertidur dalam bilik, kami 4 orang roommate bancuh kopi kat dewan makan di tingkat M.


Kemudian bas kami pun sampai. Kami pun terus masuk dalam bas dan koma terus sampai ke airport. Sampai di airport, kami timbang bag dan bag kami yang tadi timbang cukup 30kg tetiba kat airport berat jadi 32kg pula. Kami tanya staf Oman Air, kami kena bayar caj tambahan tak dan dia kata ok tak perlu bayar caj tambahan. Syukur Alhamdulillah.


Mutawwif bagi kami bekalan nasi dan air untuk breakfast iaitu nasi ayam penyet, menu yang sama hari pertama kami sampai di sini. Sedihnya kami nak berpisah dengan mutawwif kami yang lembut dan banyak bagi ilmu pengetahuan dan kisah-kisah sirah di sini. Kami bagi tip tambahan kat mutawwif.


Jemaah lelaki pun peluk cium mutawwif kami sebelum kami nak masuk ke dalam security. Masa sampai di security tu diasingkan lelaki dan perempuan, perempuan akan masuk bilik asing tapi masalahnya semua hand carry saya akan ditinggalkan di luar. Pelik pula sebab kalau asing pun, hand carry jangan berpisah jauh dengan kita sebab kat security ni la tempat bahaya, orang boleh letak barang haram apa-apa dalam bag kita kat sini. Masa saya di Iran pun wanita dan lelaki di asingkan tapi hand carry tak tinggal terus. Hand carry akan bersama-sama masuk melalui x-ray sama untuk kita diperiksa badan.

Kat airport Jeddah ni, saya macam ragu-ragu nak tinggalkan hand carry saya ni dan saya pula dimarahi oleh pekerja yang nak x-ray hand carry ni sebab saya masih belum letak bag saya untuk x-ray. Sebelum saya masuk ke bilik asing, saya bagi isyarat kat mr.soulmate tengok bag saya x-ray ni sebab risau la bag kita tinggal kat luar ni. Lepas badan saya diperiksa dan takdak apa yang curiga, saya dilepaskan keluar. Saya pun terus cari bag saya. Rupanya bag saya depa ketepikan sebab ada gunting dalam tu. Gunting tahalul saya lupa nak masukkan dalam luggage pula.


Selesai semuanya dari security, kami cari tempat duduk untuk breakfast sementara nak tunggu fly ke Oman. Kami sekali lagi akan singgah ke Oman tapi kali ni baru kami akan jalan-jalan di Oman. Disebabkan tempat duduk agak terhad di airport Jeddah, kami terpaksa bergilir-gilir duduk jaga tempat kalau sesapa nak ke toilet atau nak solat subuh. Masa saya nak ke toilet kat airport ni, ada 2 orang Pakistan dalam toilet dok tunggu turn. Awatla nasib saya selalu beratur dengan orang Pakistan setiap kali nak masuk toilet awam ni. Mak Arab yang jaga toilet ni pula dok pandang saya atas bawah, walaupun dia pakai purdah tapi nampak mata.


Ada toilet yang free, Pakistan ni nak masuk la kan sebab depa tunggu awal lagi dari saya tapi penjaga toilet ni tak bagi depa masuk. Tetiba penjaga toilet tu panggil saya untuk masuk dalam toilet ni. Saya ni macam blur…blur…kenapa saya lak masuk sedangkan saya datang kemudian dari orang Pakistan ni. Saya pun masuk jela dalam toilet. Saya mula buat andaian mungkin orang Malaysia ni pemurah sangat kot, depa jaga orang Malaysia sebab orang Malaysia akan bagi sedekah kat penjaga toilet ke? Atau dia tengok pemakaian saya dan orang Pakistan ni ka? Sebab dia tengok saya atas bawah, mungkin nampak gaya saya macam orang kaya nak bagi sedekah kat dia ka tak tau la.






Kami pun fly ke Oman dalam 2 jam setengah sampaila di Muscat. Masa di Muscat kami kena uruskan visa on arrival di kaunter visa dulu sebelum nak melepasi Imigresen. Tour Leader kami agak kurang pengalaman menguruskan visa kami semua dan tetiba mr. soulmate bertukar jadi tour leader tak bergaji pula uruskan visa kami semua di airport. Mungkin kami selalu travel transit sana sini jadi kami pengalaman dengan urusan imigresen dan birokrasi airport ni. Selepas urusan visa kami selesai, kami semua beratur pula ke imigresen. Saya sendiri akui, saya rasa airport ni macam rumah ke-dua dah selesa bila berada di airport. Selok belok urusan security dan imigresen pun tak rasa kekok dah macam zaman mula-mula belajar nak travel dulu, takut macam-macam.

Depan saya ni cina Malaysia tapi lama gila imigresen nak lepaskan dia agak sejam juga kami berdiri nak lepaskan dia sorang ni. Mai turn saya, saya bagi salam sambil dok senyum kat imigresen ni (antara taktik nak bagi cepat lepas kat imigresen, kita kena jadi ceria dan peramah sebab depa ni manusia kadang-kadang stress dengan pelancong yang ramai kan). Dia jawab salam sambil senyum, barula manis sikit muka dia, kalau dak ka dok serius com ja kat cina depan saya tu. Dia tanya saya baru balik buat umrah ka, saya jawab ya dan saya bagitau dia Oman ni antara beautiful country yang dah lama teringin nak mai, dan sekarang baru kesempatan datang….cewwwahhhh ayat manis kan. Dia pun senyum sampai ke telinga bila dengar kan. Terus cop passport, ha tak sampai 5 minit dah selesai cop, lega…..

Sebenarnya masa kami sampai di Oman tu covid mula merebak dari China ke negara-negara lain dan disebabkan itulah pelancong China ditahan lama kat airport sebab nak kenalpasti pasti depa ni ada buat perjalanan dari China ke tak. Selepas kami sampai Malaysia terus pkp time ni.

Sebenarnya kami ada tour guide di Oman ni. Tour guide dan bas dah lama dok tunggu kami kat luar dah ni. Kami kena cepat keluar sebab kalau tidak kami tak dak banyak masa dah nak explore Bandar Oman ni. Kami cuma transit di Oman selama 13 jam saja. Dalam 2 jam juga semua ahli kumpulan kami selesai lepas imigresen dan kami pun sama-sama jumpa tour guide kami orang Oman.









Kat oman ni ramai peniaga dari India.




















Kat perdu pokok tu tumbuh buah kurma macam pokok padi ja nampak.





Dalam bas sekali lagi kami duduk di kerusi paling hadapan, senang nak ambil gambar dan video nanti. Tah bila lagi nak datang kan hehehe…..
Dalam bas, tour guide rancak bercerita mengenai negara Oman kepada kami, teruja kami dengan kekayaan Oman. Oman antara negara kaya di dunia. Bandar Muscat sangat bersih sehingga kereta yang kotor yang dibawa atas jalan raya akan disaman. Kelihatan bandaran dok berus jalan tar untuk buang habuk okehhhh!!!

Currency Oman 1 riyal bersamaan dengan RM11. Negara ni kaya dengan hasil minyak. Tapi mereka susah nak dapatkan air dan sebab tu harga 1 liter air sama harga dengan harga 1 liter minyak. Dan kadang-kadang harga minyak lebih rendah dari harga air. Disebabkan mereka susah nak dapatkan air, depa ada kilang recycle air laut jadi air minuman. Negara kaya ni dah tentu gaji pun mahal kan. Gaji cikgu sekolah di sini kalau convert duit Malaysia sebulan RM20k. Harga makanan dan harga barang sama harga macam kat Malaysia. Saya nampak iklan mc d, set large pun RM13, lebih kurang atau murah lagi dari Malaysia tah. Rakyat yang berumur 21 tahun, kerajaan akan beri sebidang tanah untuk didirikan rumah. Semua pekerja Oman bekerja mulai pukul 7 pagi sampai pukul 2 petang saja dan gaji minimum ialah RM4,500. Tax tidak dikenakan kepada rakyat malah segala belanja medical dan education adalah free of charge dan paling melampau sekali bila bil utility seperti air air dan letri pun percuma juga. Begitula serba sedikit penerangan tour guide kami.

Tempat pertama yang kami lalui ialah di Masjid Sultan Qaboos. Masjid ni yang utama di Oman kerana menjadi mercu tanda utama pelancong bila datang ke Muscat. Karpet Persia masjid ini memiliki 70 meter dan lebar 60 meter buatan tangan yang dihasilkan di Iran. Untuk siapkan karpet ni memerlukan 600 wanita untuk menenun selama 4 tahun. Bunga-bunga Petunia di tepi jalan pula diimport dari Belgium setiap tahun pada musim winter sahaja. Sekarang musim winter di Oman suhu 27 celcius. Kalau musim panas, Oman boleh mencecah suhu sehingga 57 celcius. Kata dia lagi last Ramadhan depa puasa selama 17 jam dengan suhu 48 celcius. Wah dasyatnya, walaupun depa kaya tapisaya tak mampu nak tahan suhu di negara depa. Bagi saya suhu paling maksimum saya pernah hadapi pun 42 Celcius di Bosnia pun tak tahan dah. Suhu kat Kedah ni 37 celcius pun tak boleh dok luar, kena dok dalam ekon ja.

Destinasi kami seterusnya ialah lunch…..kami berhenti di restoren dan dihidangkan makanan India. Kami sangka nak jamu makanan Oman, tak sabar nak rasa masakan Oman tapi ok ja lebih kurang je kot. Lepas makan di di bawa ke Jalali Fort dan Mirani Fort. Jalan-jalan bergambar semua dan naik bas balik menuju ke Muttrah Souq. Kami cuma tukar duit 10 riyal saja sebab tu pun makan modai RM110. Kami ronda-ronda tapi tak sampai hati nak beli sebab bila convert duit Malaysia mahaila kan. Last-last baru teringat souvenir untuk diri sendiri tak beli lagi iaitu pos poskad balik Malaysia. Kami pun masuk ke salah satu kedai antik, penuh barang antic sampai ke dinding dan kat syiling. Kami tanya dia ada jual poskad tak. Dia kata dia ada jual poskad dan stem sekali. Memang kedai yang betul la kami masuk ni. Kami tulis poskad dalam kedai dia juga.




Kami seterusnya balik semula ke airport. Memang kami tak banyak masa yang banyak pun di Muscat. Masa kat airport kami bawa haluan masing-masing ikut family. Kami berdua cadang nak pi toilet nak bersihkan diri dulu dan lepak minum kopi dan perabihkan baki duit Oman.
Masa ni saya tak nampak dah ahli group kami yang lain. Saya ke toilet berus gigi, basuh muka, lap badan dengan wet tisu je sebab kat sini takdak shower kan dan seterusnya berwuduk jela kalau tak leh mandi pun. Segar dah badan sebab walaupun Oman katanya winter tapi bagi saya suhu 27 celcius ni masih panas berpeluh ketiak. Lepas mr. soulmate solat, kami pun lepak kat kedai kopi. Kami mampu beli air capucino yang berharga RM40 secawan saja huhuhu…okla janji boleh lepak kat sini berjam-jam.

Tengah dok lepak-lepak dok belek gambar-gambar yang kami dah ambil sepanjang umrah ni, kami ditegur seorang Lelaki Malaysia umur 50-an. Kami pun berborak-borak rupanya dia pernah tinggal kat kampong saya di Alor Malai. Bila borak-borak soal kerja pula, dia sebenarnya bukan calang-calang 

Bila borak-borak soal kerja pula, dia sebenarnya bukan calang-calang orang juga berbisnes dengan menteri-menteri je ni. Lagi rancak perbualan kami sebab kami dua pun bekerja dalam bidang pendidikan dari Kementerian yang sama pula tu, dia pula ada company yang colaborate dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan bekerjasama dengan Menteri Pendidikan di Oman. Setiap bulan dia akan datang ke Oman untuk urusan bisnes.

Masa dia tunjuk gambar dalam henfon sebab nak tunjuk gambar salah seorang jiran saya di Alor Malai tu, nampak dia bergambar dengan Mahathir Khalid, x-MB Kedah. Mula-mula saya tengok dia ambil roti, kek dan roti tu saya agak dia ni mesti orang have-have ni sebab kalau tengok roti dengan air dia ambik mau beratus juga. Dah air kami segelas ni ja pun RM40, tu pun share 2 orang sebab tak mampu nak beli dua hehehe…. Bila dah bosan kami lepak dan orang lain pun nak dok juga kat situ, kami pun bangun masuk ke kedai runcit. Yang kesiannya kami terus ke kaunter, kami tanya penjual kedai tu. Kami kata kami ada baki duit 4 riyal Oman, benda apa yang boleh kami beli dengan 4 riyal sebab kami takdak idea nak beli apa dah. Baiknya pekedai ni, dia pi pilih sekotak dessert ada kurma coklat, kurma badam dll tapi harga 3 riyal 80 sen dan ada baki 20 sen, dia ambil mentos dah cukup-cukup 4 riyal hehehe selesai masalah kami nak habiskan duit. Bukan ada masalah tak cukup duit ja, nak perabis duit pun masalah juga ya hehehe…

Kami sekali lagi check boarding board flight ke Kuala Lumpur dah buka rupanya. Kami terus ke gate yang dinyatakan dalam board tu. Dalam flight pula kami lena tak sedaq khabaq dah. Saya sampai pesan kat mr. soulmate kalau depa nak bagi makanan tak mau makan dah sebab nak lena ja. Dalam flight ke KL ni memang depa bagi 4 kali makanan iaitu 2 heavy meal dan 2 kali lagi jajan je la. Kami ambil masa sehingga 24 jam melawan masa untuk balik ke Malaysia. Biasanya kalau dari Barat ke Timur untuk perjalanan yang lebih 10 jam ni memang akan rugi 24 jam atas flight ja. Jadi Day 12 kami atas Oman Air saja.

Selepas bahagi-bahagi air zam-zam dan kami pun peluk cium semua ahli kumpulan, kami pun berpisah ikut haluan masing-masing.
Kami punya perjalanan pun jauh lagi ni banyak lagi pengangkutan nak kena naik sebelum nak sampai ke rumah sebab kami kena travel lagi 500km untuk sampai ke rumah. Dari KLIA kami ambil grab ke stesen bas TBS. Dengan bag yang banyak ni kami bagi tip RM10 lagi kat grab ni sebab yala bag berat ni kan kang rosak absorber dia sebab kami naya je kan. Dari TBS baru kami nak beli tiket bas balik ke Kedah. Kami pilih bas yang paling cepat bertolak. Masuk je dalam bas, kami sekali lagi koma. Bas berhenti rehat ka berhenti kencing ka lantakla kami dok dalam bas je lena. Sampai je stesen bas sekali lagi kami ambil grab balik ke rumah.
Gambar kenangan saya bersama roomate dari Madinah sampailah jadi roomate di Mekah. Seronok jadi roomate depa, makcik 2 beradik tu asyik bergaduh je kejanya hehehe dan makcik no.2 dari kanan tu mak Bad. Baru2 ni saya ada ziarah makcik kat rumah dia kat Penang. Comel kan semua roomate saya, nampak saya macam giant pula bila bergambar dengan depa bertiga hehehe....

Di sini saya ingin memohon maaf dan silap sekiranya pengalaman dan penceritaan saya ni agak menyinggung mana-mana pihak, tersalah cerita, tersalah fakta, tersalah fatwa, tersalah susun ayat, tersalah masa dan apa-apa sajala tersalah. Yang salah tu dari diri saya sendiri, saya minta maaf. Semoga penyampaian saya ini tidak disalah ertikan sebagai riak dan seangkatan dengannya. Niat berkongsi cerita tak kisahla kisah ni atau kisah travel-travel saya sebelum ni adalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman diri saya sendiri dan sebagai persediaan di mana rakan-rakan saya yang lain yang bakal mengerjakan umrah tapi visa umrah mereka ditangguhkan sementara sekarang ni, insyallah takpa kita tunggu jela dan doa banyak-banyak sebab saya dan mr. soulmate pun cadang nak buat umrah sekali lagi diy juga tahun ni dan harap-harap masalah yang kita hadapi sekarang ni selesai secepat mungkin. Apa yang penting senjata orang mukmin adalah doa kan, kita doa la banyak-banyak. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada pembaca yang rajin ikut kisah yang saya kongsi selama lani. Sebulan dah balik barula selesai cerita kan hehehe…..okla much love, god bless.
- ayat kat atas ni tulis masa kobit pkp-


❤️TAMAT❤️

Nota kaki PKP:
👣Trip kami thn 2020 seterusnya train siberian dari Tianjian-Mongolia-Rusia-Finland terpaksa dibatalkan dan duit refund pun tak dapat2 lagi ni.
👣 Trip ke Melbourne pun dibatalkan ðŸ˜­. Sebagai traveller kami sangat terkesan dan merana sangat ni, kami bukan jenis manusia dok sengap2 dlm rumah. Cuti weekend pun nak kena jalan. Dugaan apakah ini ðŸ˜­ðŸ˜­ 

Next trip kami bertiga pula bersama Ritzuan. Masyallah...Allah kabulkan doa saya di hadapan Kaabah untuk jumpa Ritzuan di umur 40 tahun. 
Umur 30 an kami travel sungguh2 backpackers sana sini keliling dunia dan di umur 40an kami kena membesarkan seorang amanah dari Allah. Insyallah nanti mak dan pak akan world schooling Ritzuan keliling dunia lagi....aminn....semua yang bacakan ni aminkan sekali semoga kami sekeluarga boleh worldschooling Ritzuan seluruh dunia lebih lagi dari dulu.