Memaparkan catatan dengan label Japan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Japan. Papar semua catatan

Isnin, 26 Oktober 2015

Expenses Japan



Ok recap balik....kalau nak tengok balik entry boleh klik ja kat mana yang boleh klik.

Sebenarnya saya beli Air Asia Go Holiday pakej sekali tiket flight dan hotel. Kelebihan go holiday ni, kita leh dapatkan harga yang murah kalau kena time promo tapi xbestnya kita tak leh nak bergerak merata la sebab ambik bilik hotel yang sama terus. Kos semua termasuk flight return+makan+tax+luggage+hotel 7 malam = RM1,442 seorang. Bagi saya cukup murahla sebab bila survey harga hotel kat Jepun ni boleh tahan mahal gila. Kalau tengok iti yg AA bagi, harga flight adalah free, kos ni cuma kos hotel semata dan tax dll. 

Sebarang tulisan pink boleh klik dan dia akan buka entry tersebut.

Day 1, 11/4/2014 (Jumaat)

8.00 pagi : LCCT 

4.16 ptg   : Chubu airport
- Kat Chubu dah kagum dengan prayer room yang siap dengan sejadah, alunan azan dan arah kiblat
- Naik subway Meitetsu, dari airport ke Kanayame ke Sakee ke Fushimi. Agak sesat dengan subway juga sebab salah ambik lane dan keluar exit salah dan macam2 la pening serabut mak enon betoi time ni. Kos 1,230 Yen seorang

8.00 mlm : Wing International Hotel, singgah jap 7e sebelah hotel beli nasi, kos 1,000 Y

Total = 3,460 Yen

Day 2, 12/4/2014 (Sabtu)

8.00 pagi : Keluar breakfast di 7e sebelah hotel. Jalan kaki ke bus stop sightseeing berharga 500Y seorang 

Nagoya Castle entry fee 400Y sorang
Oasis 21 
Night Walk, terbeli power bank 1,880 Y

 Total = 6,324 Yen

Day 3, 13/4/2014 (Ahad)

Toyota Automobile Museum

Fushimi Fashion RunawayCity Science Museum


Total = 4,542 Yen

Day 4, 14/4/2014 (Isnin)

4.00 pg : siap2 dan keluar breakfast di 7e
5.30 pg : Naik subway ke Nagoya Station. Beli tiket bas Meitetsu Nagoya-Kyoto-Nagoya (roundtrip) = 4,100Y seorang
8.00 pg : Naik JR dari Kyoto Station ke Saga Arashiyama, subway 435Y
Tenryuji Temple in Arashiyama
Romantic Train = 1,240 Y 
subway ke Fushimi 600Y 
shikanzen Kyoto-Shin Osaka-Kyoto = 5,680Y


Total = 18,171 Yen


Day 5, 15/4/2014 (Selasa)
centram = 200Yx2
Hotel Toyokp Inn = 8,700Y

Total = 19,531 Yen

Day 6, 16/4/2014 (Rabu)

Total = 29,598 Yen

Day 7, 17/4/2014 (Khamis)


Total = 22,927 Yen

Day 8, 18/4/2014 (Jumaat)

Chebu airport

Total = 4,394 Yen

TOTAL EXPENSES = 108,947 Y
RM3,595.25( kos di Jepun)+RM190(makan n lugage)+RM2,400(pakej AA go holiday) = RM6,185.25

Kos di atas adalah untuk 2 orang. Bermakna sorang RM3,092.62 selama 8 hari, Nagoya-Kyoto-Osaka-Toyama-Tateyame Kurobe Alpine-Matsumoto

Bagi saya percutian ni adalah paling mahal pernah saya keluarkan duit, sebab kos pengangkutan saja lebih 70% dari kos semua ni. Nak jimat kos pengangkutan pun susah gak sebab saya tak dok setempat dan selalu bergerak ke utara, timur, barat, selatan Jepun.

Entry istimewa adalah Fashion Bundle of the day hahaha....klik ler kalau nak layan baju seringgit ni hehehe... klik di sini....


Special video klip, klik di sini
                
Akhir kata saya memohon sepuluh jari maaf sebab saya sangat sibuk dan tak boleh nak siapkan cepat entry2 di atas. Maaf seandainya bahasa saya tidak menyenangkan dan salah silap samada sedar ataupun tidak sepanjang penulisan saya mengenai trip Jepun ni. 

Sekali lagi tujuan saya mengeluarkan entry2 di atas bukan dengan niat ingin menunjuk2 tetapi sebagai panduan dan info kepada orang lain yang ingin mengambil route yang lebih kurang sama macam saya. Semoga perkongsian ini dapat juga pahala kepada saya apabila saya tiada nanti, amin.

Bye Japan...I'm coming back home : #18- Chasing The Sun Day 8

Pagi ni suatu perasaan sedih yang tak dapat nak gambarkan. Sedih nak tinggalkan bumi negara matahari terbit. Jepun adalah sebuah negara yang saya rasa sesuai untuk tinggal selamanya. Saya suka kebersihan, kedamaian, keindahan dan kecanggihan di sini. 

Walaupun mulut terukit senyuman tapi dalam hati nangis pilu taknak balik ke Malaysia hahaha....melampau sungguh...dasar lupa daratan. Eh macam mana nak apply migrate ke Jepun???


Ok moh ler kita ke airport. Memandangkan bag berat, kita naik subway la. Sebelum ni jalan kaki je nak ke Nagoya Station sebab nak jimat duit punya pasal.

Kami ambil subway Sakura Dori =200Yx2 dan kemudian ambil subway Meitetsu ke airport = 2,490Yx2.

Walaupun flight lagi 5 jam lagi nak berlepas, kami dah terpacak kat tengah2 airport  nan mesra muslim ni. Airport Japan adalah salah satu airport yang mesra muslim kerana depa sediakan kemudahan untuk orang2 Islam dari segi solat dan makanan halal walaupun Islam bukan majoriti penduduk di sini. So jangan nak heran sangat le awat airport tax mahai nak mampus. Ya airport tax Jepun memang mahal dan takleh nak kata apa la memandangkan kemudahan yang disediakan di airport ni.

Bag mengalahkan macam orang duduk setahun ja. Kemudian kami pi simpan bag dulu dan dikenakan caj sebanyak 500Y. Kalau nak naik atas shopping ke makan ke kat tingkat atas tu, xleh bawa bag bagai semua ni. So terpaksala keluarkan duit pi simpan bag. 5 jam kat sini xkan nak tercangak tak explore dulu kedai2 kat sini.

Kali ni memang sengaja kami datang awal ke airport sebab kami ada kisah tragedi kat airport Incheon, Seoul. 
Kisahnya di mana airport terlalu ramai orang dengan penerbangan ke China. Beratur panjang berjela pun tapi sikap orang nak ke China yang suka potong Q dan suka berebut ni takleh nak kata apa dah. Jadi 5 minit lagi flight nak terbang, kami masih di imigresen!!!! dari imigresen kami berlari sekuat hati mana nak kena naik subway pula ke building flight tu dan berlari lagi sampaila adik cantik manis berbaju merah ketat nak tarik tutup pintu flight, kami pun terus menjerit....WAITTTTTT.......... dia cuma senyum ja kat kami. Selepas kami, sesapa tak sempat naik flight kena tinggal bye bye okeh. Memang banyak seat yang kosong dalam flight ni. Ni mesti gara2 tertinggal flight la sebab tak sempat ke imigresen atau dengan kata mudah paham tak suka berebut balik dengan geng2 tanah besar China tu.
Ok itula pengalaman yang tak dapat dilupakan di airport Incheon. Airport Incheon memang gila ramai punya manusia. Ni gelombang k-pop punya pasal juga ni.




Lapar?jangan risau sebab kat sini ada jual pek Brahim. Pek masak merah ayam dijual dengan harga 410Y manakala kari daging lembu harga 464Y. Siap ada bendera Malaysia lagi tu ha. 


Tetiba dari jauh ada orang jepun cakap indon sambil lambai2 kat kami. Rupanya dia ni jaga pameran Toyota i-swing kat sini. Dia cakap dia menetap 3 tahun kat Indonesia ikut suami dia keja kat sana. Dia boleh cakap sikit2 jela tapi kami boleh pahamla apa yang dia cakap walaupun tak fasih. Toyota i-swing ni mengingatkan saya cerita wall-e. Manusia semua jadi gemuk sebab dok atas benda alah ni.


Kemudian kami ke rooftop, tengok view dari atas lak. Tak clear sangat langit, bukan sebab jerebu ye tapi sebab hujan renyai2.


Kemudian, kedengaran panggilan ke Kuala Lumpur. Alahai beratnya kaki nak bergerak sampai kena naik benda ni hehehe poyo taknak balik Malaysia tu.

Kat airport saya borong coklat kitkat perasa green tea, wasabi dan sakura ni. 


Kat Osukanon lak selain borong t-shirt dan souvenir, saya borong benda makan gak iaitu kopi, seaweed, tuna kering, mi soba dan miso soup. Miso ni paling best sebab beli yg kering, balik tuang air panas ja siap satu hidangan sup miso.


Tak sempat nak balik rumah kena singgah pet hotel dulu. Kesian tu si bulu oren dah stress ditinggalkan mommy. Seminggu lepas tu, tetiba si bulu oren ni masuk majalah lak sebab ada wartawan datang kedai ni dan interview owner pet hotel ni dan dia snap gambar budak ni. Lawan tuan nampak, muka masuk majalah. 

Next entry saya akan sediakan penyata kewangan sepanjang di Jepun ya. Total expenses akan saya kira dari day 1 until day 8. 

Khamis, 22 Oktober 2015

Osu Shopping district & Osu Kannon Temple : #17- Chasing The Sun Day 7

Assalamualaikum....ogenkidesuka

Nak flashback la last post pasal Japan ni. Lepas kami turun dari gunung Tatayame, kami singgah ke bandar Matsumoto untuk ambil bas ekspres pulang ke Nagoya. Jarak dari Matsumoto ke Nagoya lebih kurang 250km.


Tengok air ni dah tau macam mana kesejukan dia sebab air ni hasil ais yang cair dari empangan kat atas gunung nun jauh di atas.

Teruja nampak bangunan SEGA ni sebab sesapa yang lahir tahun 80-an ja yang faham betapa bestnya main video game SEGA dengan konsol yang kaler hitam tu, antaranya ialah Sonic, mortal kombat, Out Run dan banyak lagi la yg best2.


Di tengah2 bandaraya Matsumoto yang tenang dan damai.


Bus terminal memang berada di tengah2 kawasan pekan. Dari jauh dah boleh nampak.

Memang mudah la pelancong dari luar negara nak explore sebab setiap sign board dan map ada tulisan english.

Sekarang baru rasa menyesal la kenapa tak explore bandar Matsumoto ni sebab bagi saya Matsumoto ni bandar dia sangat tenang, bersih dan tak ramai orang. Jepun ni kalau kita kat bandar yang besar, tak taula bagi orang lain tapi saya sendiri rasa rimas sebab depa ni kalut tapi masih sopan. Berjalan ni kalau boleh nak lari, memang lari ja. Mungkin sebab depa menghargai masa dan tak suka merewang tanpa arah tujuan macam kami dua ni. 

Walaubagaimana busy ka kalut ka depa masih menghormati sesama manusia dan sangat disiplin. Sebab saya pernah nampak depan mata ni, ada org buta terkeluar dari laluan penjalan kaki orang buta, dan ada beberapa orang yang sangat kalut berjalan tetiba stop dan pimpin tangan orang buta tu kembali ke laluannya. Bukan sorang atau dua yang stop berjalan walau tengah kalut tu tapi semua orang yang nampak orang buta tu akan respond dan terus nak tolong orang buta tu. Saya pun macam wahhh.....dari jauh nampak rupanya macam robot berjalan dengan kalut dan takdak perasaan tapi rupa-rupanya masih alert di sekeliling. 
End day 6

Hello Day 7
Hari ni hari shopping aka hari nak perabiskan duit yen. Baki yen tinggal boleh belanja pada hari ni. 
Sesapa yang rasa dia otai boleh ambik laluan "kami otai". Kami ke arah Fushimi ja.
Tetiba hari ni rasa macam tourist sangat sebab tak bergegas ke mana-mana. Peta dan camera adalah wajib bawa.

Hari ni sangat berbeza dengan hari pertama kami guna mesin ni. Hari ni lancar ja tekan2 semua dan siap ajar group mat saleh guna mesin ni lagi. Time 1st day haritu mak ai nak nangis guna mesin ni. Mesin ni dalam bahasa Jepun hokey, ada sikit2 ja english, mau tak nangis kan. Teringat lak video di mana ada org nak beli tiket kat mesin macam ni dan tersekat, tetiba ada orang dari dalam mesin keluar, kelakar lak.

Keluar ja dari exit subway, kami ke pejabat pos sebab nak kirim poskad balik ke Malaysia. Kirim poskad kat travel partner adalah perkara wajib mesti buat kalau kami keluar negara. Tulis poskad sorok2 dari mr.soulmate pastu pos. Balik ke Malaysia excited tunggu poskad yang dikirim balik dari Jepun. Poyo sangat hehehe lantakla... bagi saya tula salah satu cara kami bagi sovenir dan dalam poskad tu cita pengalaman pahit manis bersama di sana. Bahagianya saat poskad sampai kat tangan hehehe.....

Mr.soulmate beratur nak beli setem. Tetiba ramai lak staf mai kerumun tanya macam2 soalan antaranya, datang dari mana?berdua je ke?berapa lama kat sini?baru kahwin ke?mai sini honeymoon ke?. Macam suka ja diorang, muka orang melayu datang beli setem kat pejabat pos depa. Mungkin tak ramai pelancong suka dok kat Nagoya. Kalau datang pun takla singgah ke pejabat pos kot.

Perjalanan diteruskan dan sampaila kami nampak temple kaler merah ni
Temple ni namanya Osu Kannon Temple. Ada couple cina dari Malaysia terus mai n minta kami ambilkan gambar diorang. Sekeping dua ja xpala sekali pelbagai sudut temple ni lak disuruhnya ambil. Pastu bila kami nak bagi camera suruh ambil gambar kami dua, diorang hilang ke mana tah. Macam buat2 busy dan hilang dalam temple terus. Hai geram je rasa. Sekali jumpa lagi masa nak balik, naik flight yang sama rupanya.

Kami pun menerusnya menapak ke kedai-kedai sebelah temple ni.


Sengaja ambil gambar kat pintu masuk sebab teruja jumpa Pendekar Mustar kat belakang tu hehehe


Nak ambil gambar curi konon, sekali dia ada mambangla....sekali pandang di sini dan dia terus blah sebab tak suka kami bergambar di sini kot. Pendekar Mustar ni adalah salah sorang tok sami yang minta derma kat orang lalu lalang di sini di Nagoya. Pendekar Mustar tu gelaran ja sebab suka sangat tengok cita Pendekar Bujang Lapuk.

Kami pun meneruskan misi mencari barang2 nak shopping segala mak nenek asalkan tak melebihi had luggage dan cukup duit. Layan la gambar2 di kedai2 di Osu Kannon.











Sebenarnya teringin sangat nak beli kain komono ni tapi harganya mencecah ribuan ringgit...nangis kejap.


Baju yang saya pakai tu harganya RM1 kat bundle Gunung Keriang tapi baju yang sama macam saya ni jual kat sini dengan harga RM350!!!!

Jadilah pengguna bijak, belila kat bundle sebab kita nak pakai sekali ni ja. Kat negara kita bukan sejuk nak pakai selalu.




Nagoya ni memang ramai orang berbasikal dan yang pasti basikal ni takdak lock pun. Sebab tak sapa nak curi kot, mana tau la kan kat setiap basikal ni ada gps dan kalau hilang kita boleh tau kedudukannya kat mana.


Kemudian saya jumpa kedai pelik 'Alice on Wednesday'. Pintu kedai ni kecik dan kena bongkok dulu nak masuk. Selepas melalui pintu ni kedai dia sangat unik dan ada kek untuk mengubah saiz badan kita!!! hahaha lawak ja, kek biasa ja dia jual. Kedai ni kedai jual perhiasan wanita tapi bestla dia punya konsep ni.

Perut takla lapar tapi sebab nampak kedai kebab halal tu terus ja meluru masuk tanpa pikiaq banyak.

Agak lama kami menunggu. Ramai juga orang jepun makan kat kedai ni. Memandangkan hari2 makan megi, sekali sekala takpa pejam mata sat makan kat restoran walaupun harga yang sangat mahal. Lagipun esok dah nak balik. Sebenarnya bila kita nak jimat bila keluar negara, bawala makanan sendiri sebab harga makanan di sini memang mahal. Melainkan kalau pi negara yang harga makanannya lebih murah dari Malaysia, xpala hari2 makan kat luar pun.

 Husb order nasi kebab. Sedap gila nasi kebab ni. Saya agak nasi ni dia masak dengan air rebusan daging kot.


 Saya lak order piza empanadas dan sup tomato. Ini pun sedap gila. Kat dalam ni inti daging dan cheese. Daging ni dimasak dengan rempah ratus dan vege. Tomato soup tu sedap, dia roasted tomato dan blend dengan heavy cream dan sedikit herba. Saya ni makan sambil mengkaji apa bahan dan cara masakannya ni hehehe....
Dok berkira2 nak try buat kat rumah tapi tak terbuat lagi ni. Lepas entry ni nak try gak buat la.

Alhamdulillah rezeki kami jumpa kedai halal dan makan makanan yang enak ni.

Lepas tu harusnya makan dessert iaitu ice cream arab yang liat ni.

Selfie di hadapan Selfish

1st time jumpa back hoe mini macam ni, comel sangat.

Ini bukan sebarangan kedai, nanti dia lipat2 semua masuk dalam van dia. 

Van dan kedai bersambung

Geram tengok siput2 dan seafood kat sini.



Peminat tegar ice cream. Muka puas hati dan teruja sebab apa yang nak beli dah beli.

Lepas shopping, makan, jalan2, kini masa untuk jalan balik ke hotel balik. Jomla kemas barang2 yang seminggu dipunggah tu. Mesti pening cleaner nak bersihkan bilik tu nanti hahaha...


Malas nak naik subway....jalan kaki le kita walaupun lebih 5km nak menapak. Sebenarnya tak terasa jauh pun sebab sambil jalan sambil bergambar.

End Day 7.
......to be continued