Memaparkan catatan dengan label puff pastry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puff pastry. Papar semua catatan

Isnin, 29 Oktober 2012

Apple Tart


Alahai terbakor pula apple atas tu sebab saya tak buang kulit epal dulu. Time makan tak rasa la plak hangitnya.
Sebelum ni saya dah pernah buat apple tart versi jamie oliver kat sini memang sedap resepi jamie punya. Saya pernah juga buat pie epal klasik english ala-ala anyam pastry kat atasnya di sini. Dan pernah buat pie epal versi ina garten di sini. Resepi ina garten ni memang simple saja dan ditambah kismis sikit. Selain tart epal saya pernah buat tart oren di sini dan lemon curd tart di sini. Bolehla klik mana-mana link yang saya sertakan untuk dapatkan resepi-resepi mengikut selera masing-masing.
 
Selalunya bila buat tart epal saya akan peel kulitnya tapi disebabkan ada huruf 'M' kat dahi ni paham-paham jela. M for malas.

 
Epal ni macam biasa saya gaulkan dengan brown sugar+serbuk cinnamon+garam+tepung+serbuk pala. Setelah saya gaulkan dengan epal, saya kena tapiskan air epal ni untuk mendapatkan airnya.
 
Air tapisan epal ni saya masukkan sedikit butter dan panaskan dalam microwave selama seminit sehingga 2minit untuk menjadikan ia sebagai sos epal.

 
Beginila rupanya bila sos epal dah pekat. Ketepikan sebentar sebab saya perlu sediakan pastry dulu.
 
Nak senang keja belila pastry segera yang mudah didapati di kedai-kedai bakery.

Pastry ni kemudian saya tekan dengan jari supaya melekat di sekeliling muffin tin ni. Kemudian saya taburkan serbuk cinnamon lagi atas pastry.

Masukkan buah epal yang telah ditapis tadi dan tuang sedikit sos epal di atasnya.

Last sekali letak butter sikit atas epal. Bakar dengan suhu 170C selama 10-15minit.
Selamat mencuba

Ahad, 29 Julai 2012

Fillo Ayam

Sejak-sejak jadi student balik ni sangatla jarang dah nak masuk dapur. Kalau jadi student ni ada 2 je kategorinya samada ko nak jadi student yang setakat pass or markah tengah-tengah urat je ke or ko nak jadi pelajar cemerlang yang ko rasa semua subjek ko nak score A, kalau boleh cgpa 4.00. Antara dua kategori tu saya pilih yang kedua. 
Cerita bab makan pula kali nk barula nak publish entry yang setahun lamanya tersimpan dalam draft. Resepi ni secara keseluruhannya ciptaan saya sendiri tapi kalau ada orang lain pernah buat memang secara kebetulan sangat-sangatla tu.


Sejujurnya saya sendiri tak tau nak buh nama apa makanan ni, hentam jela buh nama filo ayam memandangkan kulit luar tu saya guna filo. Apa tu filo?Filo adalah pastry yang tersangat thin dan mudah terkoyak dan selalunya dijual dalam kotak. Bentuknya tiru macam popia sikitla kan heheheehe.....

Ini adalah bahan-bahan inti dalamnya. Saya gaulkan semua bahan dan biarkan mesra beberapa minit, baru saya wrap dalam filo. Bahan-bahannya ialah isi ayam yang dicincang, bawang besar, garlic, smoke paprika, cayenne pepper nak bagi pedas sikit, basil, thyme dan sikit black pepper dan salt. 

Oh ya...tak lupa juga letak cheese ni, babybel cheddar cheese sebab saya peminat tegar cheese so apa-apa pun nak kena letak cheese jugak.

Ini la kotak filo pastry ni, harganya RM 16.90 dan dijual di kedai Bagus Shah Alam.

Ini bahan-bahan yang saya campukan dengan cheese

Lepas tu rasa macam nak lagi sedap sajala letak telur sebiji dan breadcrumb sekali.

Mulakan aktiviti memopiakan inti dan filo

Filo ni lebar so saya potongkan filo kepada 4 bahagian dan kena hati-hati sangat sebab filo ni mudah sangat terkoyak.

Semua dah siap dibalut, masa untuk goreng.



Macam popia juga, agak-agak keperangan baru angkat. Saya guna api slow je sebab nak bagi ayam masak kat dalam tu, tak lalu kalau ayam tu raw nanti.


Jemput makan semua dan jangan lupa CUBA RESEPI ni sebab sangatla sedap tambah-tambah bila makan panas-panas dan cheese akan meleleh keluar...dapnya.....

Masa dok sibuk-sibuk masak heran gak manala anak bulu jantan sekor ni diam ja, kalau tidak asyik tergolek-golek depan orang nak suruh orang garu perut dia.

Rabu, 30 Mei 2012

Bun sweet corn dan bun sosej

Bun ni buat dah lama dah tapi tak sempat nak masukkan dalam blog. Kelakar pula rupa roti ni lubang sana sini sebab tepung roti ni cepat sungguh mengembang, yis beranak pinak. Lagi kembang roti ni lagila lembut dan gebu teksturnya.

Kali ni saya try buat roti berintikan kastard jagung dan roti sosej. Saya memang dah lama teringin nak buat roti inti kastard jagung tapi mr.soulmate lak kempunan nak makan roti sosej, jadi saya bahagikan kepada dua bahagian sama rata...adil kan.

Mana pula saya letak gambar roti inti kastard jagung yang dah siap masak, puas cari tapi tak jumpa pun. Mesti rosak masa memory card camera patah dalam laptop aritu. Rugi dan sayang banyak gambar-gambar masak dalam memory card tu tak sempat nak pindah ke laptop. Kastard jagung ni senang ja saya campurkan gula+jagung krim dalam tin+susu+telur
+tepung jagung. Kemudian saya masukkan dalam microwave dengan suhu maksimum selama 10minit. Saya biarkan sejuk dulu kemudian nak cek doh roti yang saya biarkan kembang 2kali ganda dari saiz asal.

Macam saya cakap awal tadi, doh ni saya bahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk kastard jagung dan roti sosej. Kalau nak ambik resepi roti sosej klik sini dan kalau nak resepi kastard jagung klik sini.
 
Happy baking....

Isnin, 9 Januari 2012

Apple Pie

Apple pie inila saya buat jual masa open day opis tahun lepas. Sebiji ni saya jual RM2 tapi saiz besar tapak tangan. Balik rumah kira kos rupanya rugi huhuhu sebab saya beli pastry segera. Pastry segera ni sebenarnya over budget. Sepatutnya saya kena jual lebih mahal atau saiz yang lebih kecil. Tapi takpala saya anggap saya buat kenduri je masa tu hehehehe.....
Dalam entry yang sebelum ni pun saya pernah buat Tart Apple dan Apple Pie. Paling sedap masa buat tart epal tu hehehehe masuk lif tekan naik sendiri hehehehe.....

Filling untuk apple pie ni tersangatla mudah. Orang malas macam saya memang suka resepi yang simple dan tak berkecah dapur ni. Dalam satu bowl campur semua bahan dan gaulkan. Bahan-bahan yang saya gaul tu adalah apple+tepung jagung+serbuk cinnamon+garam+brown sugar+raisin. Senang bukan?

Bahan yang telah digaul sebati ni saya toskan airnya dan biarkan dalam peti sejuk dalam 30-45minit sehingga air buah betul-betul tersejat turun. Nak sejatkan dia tu, bahan-bahan ni letak dalam penapis dan bawah penapis ni letak mangkuk. Air akan mengalir ke dalam mangkuk. Air buah yang turun tu kemudian saya campur dengan 2 sudu butter dan panaskan dalam microwave selama 3minit. Hasilnya dari microwave, air apple tu akan pekat dan likat. Air yang likat tu saya gaul lagi sekali dengan buah epal tu. Ha dah siap dah filling. Sekarang masa nak mencanai doh pastry pula.

Saiz ni saya kecilkan sikit dari sebelum ni yang saya jual tu. Kat atas pie ni kena cucuk dengan garfu dulu, sebabnya....wap dari filling dalam pie ni akan bebas keluar. Kalau tak cucuk maka pie ni lepas kuar dari oven akan lembikla.

Meh cekedaut dia punya resepi 
Bahan:
  1. 500g pastry segera
  2. 2-3 biji epal granny smith (golden delicious pun bagus juga sebab dia kurang air)
  3. 1 cup brown sugar
  4. 2 sudu tepung jagung
  5. 1 sudu jus lemon
  6. 1/2 sudu serbuk kayu manis
  7. 1 tsp nutmeg powder. 
Cara:
  1. Semua bahan tadi mix dengan apple ni dah biarkan selama 30- 45 dalam peti ais dengan menapis buah untuk diasingkan jusnya.
  2. keluarkan epal tadi dari peti ais dan dapatkan jusnya. Nanti bila jus dah keluar, jus ni campur dengan 2 sudu mentega dan panaskan dalam microwave.
  3. Kita akan dapat jus yang pekat, jus pekat tu nanti mix lagi dengan epal dan terus masukkan dalam pastry. 
  4. Bakar dengan suhu 200C selama 20 minit
Selamat mencuba dan menjamu selera

Khamis, 10 Mac 2011

Mango in puff pastry

Sebenarnya saya nak buat donut tapi result dia menjadi mcm puff pastry lak. 1st round dah hangit so yg 2nd round masuk oven saya dah berhati-hati agar tak hangit lagi. Takpa saya takan berputus asa, lain kali saya akan cuba lagi buat donut.

Puff panas-panas saya dah snap gambar dia, tak sabar nak makan ni

Cara nak buat ceginila......





Panaskan butter bersama krim dan sementara tu saya masukkan air suam dan sedikit gula dengan yis kering selama 5 minit atau sehingga naik buih. Tak lupa juga pukulkan sebiji telur

Telur, yis, butter dan krim saya mix dengan tepung roti dan gaulkan. Tambahkan air sebanyak 250ccm sehingga doh melekit

doh tadi dipukul sampai tidak melekit kemudian biarkan ia kembang sehingga sejam atau saiznya 2kali ganda. Rahsia saya buat doh ni cepat kembang, saya masukkan doh ni dalam oven panas dan biar sampai kembang tapi janganla sampai masak pulak.
Sementara nak tunggu doh kembang saya masakkan filling mango ni sampai betul-betul pekat. Jenuh jugakla tangan dok mengacau sebab taknak bawah dia hangit pulak

Doh tadi selepas kembang saya punch lagi kemudian saya uli. Saya ambil mulut gelas untuk bentukkan doh ni jadi bulat 

Saya letakkan mango yang saya masak tadi atas doh ni
Kemudian saya balutkan doh tadi dan biar ia kembang lagi sehingga 30 minit. Panaskan oven 200 dc dan masak selama 20minit
siap sudah....yum kan?

Bahan:
  • Tepung roti
  • 1 sudu kecil yis segera
  • 250ccm air suam
  • sebiji telur
  • 3 sudu butter
  •  3 sudu krim
  • manga hancur
  • madu
  • serbuk kayu manis
Cara-caranya:

  • Panaskan butter dan krim
  • campukan sedikit gula dan yis kering dalam air suam sehingga berbuih atau selama 5 minit
  • pukul sebiji telur
  • campurkan semua bahan di atas dengan tepung roti
  • gaulkan bahan tadi dan pukul sehingga melekit
  • adunan tadi pukul lagi sehingga tak melekit dan biarkan kembang sehingga sejam
  • punch doh tadi dan uli
  • doh yg diuli tadi bentukkan bulat menggunakan mulut gelas
  • letakkan mango atas doh dan tutup lagi dengan doh sehingga bentuk bulat
  • bakar dalam oven dengan suhu 200dc selama 20 minit
  • siap dimakan