Memaparkan catatan dengan label cookies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cookies. Papar semua catatan

Isnin, 2 September 2013

Easy Simple Cornflakes Cookies


 Saya sangat happy dan puas hati dengan pembikinan cookies ni. Cookies ni 1st time saya buat tapi agak lambat nak keluarkan entry ni berbanding cookies yang kemudian. 

Saya sangat sangat sangat sangat rekomen sesapa yang tak pandai masak plus tak reti nak buat cookies and nak try buat silala buat cookies ni sebab bahan dan cara buatnya tersangatla simple tapi rasanya....yum.

Nak bentukkan pun mudah, cuma gentil bulat2 dan susun atas dulang pembakar dan press dengan garpu nak bagi nampak efek corak kat atas cookies ni. 


Bahan utamanya mestila cornflakes tapi hancurkan dulu. Nak hancur tu suka hatila samada nak masuk dalam food processor ke or ramas guna tangan je. I choose my own hand je sebab nak bagi lengan naik muscle sikit, ok la kan sambil masak sambil workout. 

Bahan-bahannya:

200 g butter
150g sugar
2 eggs
300g all-purpose flour
120g cornflakes (coarsely crushed)
1 tsp vanilla essense
30g corn flour/corn starch

Method:

1. Beat butter and sugar till pale and creamy. 
2. Add vanilla essence. 
3. Stir in the lightly beaten eggs. 
4. Fold in the flour mixture including corn flour.
5. Using hand and roll it into round shape. 
6. Transfer them to a baking tray lined with parchment paper. 

 7. Press them using fork and bake for 15-20 minutes at 170 C or till golden brown.

Round ke-2 nak bake habis pula parchment paper so alternative using butter punya wrapping ler. Bagus juga guna wrapping butter ni sebab masih ada sisa butter so senangla nak tanggalkan cookies bila dah masak nanti and lagi satu eco-friendly sebab recycle things hehehehe
 
 Inila rupanya bila dah siap masak, tersangat sedap dan berbaloi cuba untuk orang baru start nak belajar buat cookies like me

Seperti biasa saya takkan ikut resepi seketoi2 dan saya ada ja idea nak gubah sikit resepi with my own flavor cewah...or derhaka resepi sikit iaitu kurangkan sedikit jumlah tepung dan tambah sikit serbuk koko dalam adunan and taste very good too.
Ok, selamat mencuba....

Sabtu, 31 Ogos 2013

Brownies Dipped In Chocolate



Disebabkan mahukan kelainan brownies kali ni, saya buat eksperimen dengan potong kecil2 dan dipped kan dalam coklat ganache.  

Kali ni saya buat 2 biji brownies iaitu cheese brownies dan sour cream brownies.

Sour cream brownies ni lebih menjadi berbanding cheese brownies sebab teksturnya walaupun lembut tapi teguh dan tak cepat relai.

Cheese brownies ni pula mudah relai dan dia serap coklat dalam kek dan susah nak salutkan semua permukaannya.

Coklat ganache ni pula saya mix coklat masakan bar+serbuk koko+susu+butter+sedikit brown sugar

Walaupun comot2 semua tapi ya ampunnn sedapppp bangat.

Oh tersesat la budak melampau dalam entry ni.
SELAMAT MENCUBA.....

Khamis, 29 Ogos 2013

Chocolate Chips Cookies



Sempena bulan Ramadhan yang lalu saya nak share sikit resepi yang super duper senang ni tapi memang favorite sangat bila makan iaitu chcocolate chips.
So saya plan nak buat cookies ni bersama anak-anak buah. Kali ni saya arahkan je apa yang kena buat and biarkan diorang buat sendiri semua.  


Muka memasing macam 'Timah gila' dah sebab baru bangun tidur dan letih berpuasa tapi bila bagitau nak buat cookies dan2 la excited. 


Adunan ni sangat mudah sebab takyah guna mixer bagai, just whisk dengan tangan dah cukup. Gambar kat atas ni adunan tu dah sebati dengan gula+butter+cocoa+tepung+telur


Close up sikit, macam nila rupanya. Adunan ni saya test baru sebab tu saya kurangkan adunan buat sikit ja mana tau kalau tak menjadi kan membazir pulak.


Sementara si adik kacau adunan si kakak siapkan dulang membakar


Ok dah siap pun...ready to bake
Bakar adunan ni dengan suhu 170C selama 5 minit. Kalau nak cookies ni rasa kenyal kena masak under cook. 



Gelap ni bukan hangit ya tapi terlebih serbuk cocoa. Cookies ni tak dan nak simpan masa raya, time bukak posa dah cerah pun selamat dalam perut memasing. 


Balik rumah saya buat lagi sekali tapi saya gandakan 3 kali ganda adunan dan sempatla simpan masa raya. Raya ke-2 dah licin pun.


Di bawah ni resepi yang saya ambil dari  sini
SELAMAT MENCUBA
Ingredients
  • 1 stick (1/2 cup) softened butter (salted, unsalted, vegan butter, margarine, shortening, lard)
  • 1 cup sugar (granulated, light brown, or dark brown)
  • 1 egg (or Ener-G egg replacer)
  • 1 1/8 cup flour (all-purpose, self rising, or bread)
  • 1 cup chocolate chips (any kind your prefer or have on hand)
Instructions
  1. Preheat oven to 350ºF.
  2. Mix the butter and sugar together until completely combined.
  3. Add the egg and mix until incorporated.
  4. Stir in the flour then the chocolate chips until combined.
  5. Bake at 350ºF until just lightly browned on the edges and middle still looks undercooked. About 7-9 minutes.
  6. Makes about 2 dozen medium sized cookies

Khamis, 12 Januari 2012

Marshmallow Muffins

Lama juga tak jenguk blog ni maklumla kesibukan bekerja. Muffin ni dah lama dah buat tapi baru nak update dalam entry ni. 
Kisahnya muffins ni buat sebab saya ada beli marshmallow halal, lepas tu kebetulan beli buku resepi untuk cupcakes ada resepi untuk marshmallow ni...apa lagi terus je buat sebab beli marshmallow ni banyak. Mau tak beli banyaknya sebab susahla nak dapatkan marshmallow halal sekarang ni. Mungkin semua orang tau kandung terpenting nak hasilkan marshmallow ni adalah gelatin dan gula aising. Nak dapatkan gelatin halal ni susah tau, bukan senang. Saya buat cheesecake pun beli gelatin jenama halalgel punya. Beli Halalgel kat Giant pun dia tersorok paling belakang, susah sangat ke?. Nama je negara Islam tapi penguatkuasaan makanan halal masih di tahap tak memuaskan pengguna Islam. Sebagai pengguna, saya boleh cakap begini sebab saya ada hak sebagai pengguna. Ya saya tahu....kebanyakan bos-bos pasaraya besar adalah bukan muslim tapi memandangkan negara ni majoritinya Islam dan Islam adalah agama rasmi kenapa masih banyak lagi makanan yang diragui halalnya. Nak cerita bab pengguna dan halal ni makin panjang pula nanti. Ok berbalik kepada resepi ni....

Resepi amatla mudah, gaul semua bahan dan masuk dalam cupcakes dan bakar je. Mudah sangat.

Ini buku resepi yang kiut miut ni, senang nak rujuk masa masak.

Kat bawah ni resepi yang sempat dicopy paste lagi

INGREDIENTS
70g butter (melted)
280g plain flour
6 tbsp cocoa powder
3 tsp baking powder
85g caster sugar
1 egg (beaten)
300ml milk
100g milk chocolate chips
55g white minimarshmallows

DIRECTIONS
1. Preheat oven to 190C. Place 12 muffin paper cases in a muffin tin.
2. Sift the flour, cocoa and baking powder together into a large bowl. Stir in sugar.
3. Whisk the egg, milk and melted butter together, then getly stir into the flour mixture to form a stiff batter. Fold in the marshmallows and chocolate chips.
4. Spoon the mixture into the muffin cases.
5. Bake muffins in preheated oven for 20-25 minutes until well risen. Leave to cool in the tin for 5 minutes, then transfer to wire rack and let cool completely.
6. eat, enjoy, serve, and accept compliments Eye-wink




Dapur kecik, semua bahan bersesak-sesak....tetiba botol sos cili ada sekali hehehehe

Selamat mencuba

Sabtu, 24 Disember 2011

Strawberry Scones with Strawberry Glaze

Memandangkan saya baru pulang bercuti di Cameron Highlands, banyakla buah strawberry yang saya borong dari sana. Akibat kesejukan di tanah tinggi, saya terpaksa mengambil cuti sakit selama 3hari kerana demam,batuk dan selsema. Alahai seksanya bila tonsil pun membengkak ni.Walaupun cuti sakit dok je kat rumah hati tetap tak tenteram sebab pikir banyakla kerja kat opis di hujung-hujung tahun ni. Kalau ikutkan hati nak je buat kerja kat rumah tapi nasibla internet tak boleh connect kat kuarters ni. Bukan sekali dua kot complain internet tak dapat kat kuarters ni tapi sapala nak layan kalau setakat pangkat bawahan ni. Antara tujuan saya complaint pasal internet sebab saya selalu buka laman-laman web kerajaan terutamanya HRMIS pada waktu malam sebabnya kalau kakitangan kerajaan yang guna HRMIS mesti paham betapa slownya nak berurusan dalam HRMIS di waktu kerja biasa. Bila bukak talian HRMIS waktu malam macam-macam dah boleh update, dah jimat masa dan tenaga. Esoknya orang lain tak update lagi maklumat dalam HRMIS tapi kita dah siap sebab berjaya masukkan maklumat di malam hari. Macam saya cakap jugak pada entry yang sebelum ni, broadband memang sangat poor coverage nya kat sini atas sebab faktor-faktor persekitaran. Panjang lebar lak cerita pasal internet ni, meh nak cerita pasal resepi pulak. 

Dah lama benarnya bercita-cita nak buat scones tapi kena study dulu bahan-bahan dan cara-caranya, sekarang baru confident sikit nak buat bila semua bahan dah ada depan mata. Bila semua bahan dah ada jangan tunggu-tunggu, buat je...jadi tak jadi belakang kira. Kalau jadi maksudnya kenyangla perut tapi kalau tak jadi anggapla sebagai suatu pengajaran, next time boleh betulkan semula.

Resepi asalnya ialah dari Ina Garten, Food Network. Tengok Ina buat scones dalam tv nampak sedap dan senang je, sejak tu bercita-cita nak buat scones kat rumah pula. Gambar kat atas saya guna acuan berbentuk love sebab my love ada kat rumah leh minum petang dengan my love dan scones berbentuk love ni hehehehe....
Jangan pula pelik tengok adunan saya ni lembik semacam tak macam cookies yang sebenar. Sebabnya saya silap measure butter dalam adunan ni. Dalam resepi Ina Garten, dia guna 3/4ounce butter so saya gogo untuk convert 3/4ounce butter kepada gram tapi mungkin terdapat sedikit masalah, saya terlebih guna butter dalam adunan ni. Kesudahannya adunan ni cair seakan-akan seperti adunan kek dan bukanlah adunan biskut seperti asalnya. Memandangkan saya dah tersilap saya kena betulkan balik dari segi pembakaran. Dalam resepi asal guna suhu 200C tetapi memandangkan saya dah jadi adunan kek, saya kena guna suhu 180C sebab kalau saya suna suhu 200C, scone saya mungkin akan hangit sedikit atau keras.

Adunan ni kena 3 kali bakar dalam oven iaitu sebanyak 30 scones berjaya terhasil (bilangan berbeza mengikut saiz). Meh salin resepi yang telah saya copi pes dari Ina Garten. 

Ingredients

  • 4 cups plus 1 tablespoon all-purpose flour
  • 2 tablespoons sugar, plus additional for sprinkling - tak letak pun sebab saya buat strawberry glaze atasnya
  • 2 tablespoons baking powder
  • 2 teaspoons salt
  • 3/4 pound cold unsalted butter, diced - tang sinila silap measure, sepatutnya dalam 1 1/2 stick butter je
  • 4 extra-large eggs, lightly beaten
  • 1 cup cold heavy cream - saya tukar kepada plain yogurt sebab lebih menyihatkan dan lebih moist nanti
  • 3/4 cup small-diced dried strawberries - saya guna 1 cup starwberry kering
  • 1 egg beaten with 2 tablespoons water or milk, for egg wash - tak buat sebab saya gantikan dengan glaze

Directions

Preheat the oven to 400 degrees F. - cukupla sekadar 180C-190C mengikut kepanasan oven masing-masing

  1. In the bowl of an electric mixer fitted with a paddle attachment, combine 4 cups of flour, 2 tablespoons sugar, baking powder, and salt. 
  2. Blend in the cold butter at the lowest speed and mix until the butter is in pea-sized pieces. 
  3. Combine the eggs and heavy creamand quickly add them to the flour and butter mixture. 
  4. Combine until just blended. Toss the strawberries with 1 tablespoon of flour, add them to the dough, and mix quickly. The dough may be a bit sticky.
  5. Dump the dough out onto a well-floured surface and be sure it is well combined. Flour your hands and arolling pin and roll the dough 3/4-inch thick. You should see lumps of butter in the dough. 
  6. Cut into squares with a 4-inch plain or fluted cutter, and then cut them in half diagonally to make triangles. Place on a baking sheet lined with parchment paper.
  7. Brush the tops with egg wash. Sprinkle with sugar and bake for 20 to 25 minutes, until the outsides arecrisp and the insides are fully baked.
*Banyak juga saya tak ikut, saya buat cara saya je mengikut kesesuaian citarasa lidah sendiri

Ini pula Strawberry glaze, sangat sedap sehingga menjilat jari kaki hehehehe.....buat lawak je
Kalau perasan kan bahan-bahan scone ni tak banyak letak gula, adunan keseluruhan guna 2sudu gula saja dan tabur gula atas scone je. Hasilnya scones tak rasa manis pun.... memandangkan kesilapan adunan, saya tak tabur pun gula atas scone sebab adunan saya terlalu cair, saya gantikan buat strawberry glaze untuk scone ni.
Buat glaze ni mudah je, dalam satu mangkuk macam gambar kat atas tu, saya mix 2 cup gula aising+4 sudu strawberry kodial+2 sudu yogurt dan kacau sehingga sekata dan likat.

Strawberry glaze ni kena letak pada scones yang telah masak dan dibiarkan sejuk selama 10minit dulu tau. Ada ka orang letak glaze sebelum masak?mungkin tak ada kot saja nak beringat je.

Memandangkan adunan tu bertukar jadi adunan kek, jadi teksturnya pun seakan-akan gebu macam kek juga. My bad....next time jangan letak banyak sangat butter dalam adunan scones.

Glaze ni saya guna garfu dan jalur macam ni atas scones dan biarkan ia kering. Glaze ni bila kering, dia akan mengeras atas scones ni

Rasa scones ni sedap, sekali makan tak leh nak stop....kalau tak percaya buatla sendiri kat rumah memang sangat berbaloi.
Selamat mencuba

Rabu, 14 Disember 2011

Homemade Rotiboy

Sebut rotiboy je dah terbayangkan baunya yang sangatla sedap. Ramai dah yang bercerita kesedapan rotiboy ni tapi tak pernah pulak tergerak hati nak merasa sendiri kat kedai dia. Dijadikan cerita suatu hari di hujung minggu tatkala mr.soulmate pun balik sini, kami berdua pun jalan-jalan berdating sambil bercinta kat Sunway Piramid. Masa tu tengah giat nak survey harga jongkong mas, dari satu kedai mas ke kedai mas yang lain survey harga dan tanya pendapat orang kedai. Kebetulan lalu kat kedai rotiboy ni, punyala sedap bau dan kami dua pun ikutla bau tu sampai masuk ke kedai rotiboy. Keadaannya sama macam cerita karton yang terbau something yang best dan terbang ikut bau tu hehehehe..... Mr.soulmate pun suka makan jugak roti ni then dengan semangat yang berkobar-kobar saya pun memulakan xpedisi mencari dan mencedok idea-idea dengan bantuan mr. gogo untuk menghasilkan rotiboy sendiri. Memang banyakla resepi yang dapat, bila ditapis-tapis dengan cara yang paling mudah dan ditolak tambah dengan idea sendiri maka terhasilkan homemade rotiboy.

Roti ni saya guna resepi yang saya dah biasa buat roti sebelum ni sebab saya dah terror dengan cara tu dan cara tu jugak buat roti saya lembut. Bukan apa, malas nak guna kaedah yang lain takut kang roti tak menjadi lak sebab pertama kali nak try buat rotiboy ni. Cuma resepi filing atasnya saja saya cedok dari sumber di sini.
Ini resepi roti:
Sweet Bun Dough Ingredients
500 g bread flour
20 g milk powder
75 g castor sugar
6 g salt
8 g instant yeast
5 g bread improver (vital wheat gluten – optional)
1 lightly beaten egg
270 g water
60 g softened butter
Method
1. Mix flour, milk powder, sugar and salt in mixer on low speed 1 min.
2. Add in yeast, egg and water. Mix on low speed for 1 minute, then medium speed for 8 minutes.
3. Add butter and mix for 5 minutes more on medium speed until a soft, smooth and elastic dough forms.
4. Remove dough from mixing bowl and shape into a ball.
5. Divide the dough into 55 gram portions. Roll each portion in to a ball and then cover and set aside for 10 minutes.
6. Flatten a ball of dough and place a 10 gram cube of butter into the center of the dough.
7. Gather the edges and pinch to seal. Pat into shape and place on a greased baking tray. Proof the buns for 45 minutes.
8. Preheat oven to 200*C (400*F).
(Notice that we’re using the wrappers from sticks of butter to line the baking sheet. Annie learned this tip from Fine Cooking magazine. The butter wrappers are like pre-greased parchment paper!)
9. Scoop the topping mixture into a piping bag and pipe the topping in a spiral pattern onto the buns.
10. Bake for 12-15 minutes or until the buns are lightly brown.
Remove from oven to cool, but not too long. They are best eaten warm. Can’t eat just one!
Roti ni macam biasa kena sediakan roti dulu dan sementara nak tunggu dia naik mengembangkan dirinya barula saya siapkan nak buat topping kopi. Sedap sangat topping ni rupanya topping ni yang banyak mempengaruhi keseluruhan rasa rotiboy. Nak tenkiu sekali lagi kat tuan punya resepi ni. Meh cekedaut sekali lagi resepi ni:

Coffee Topping Ingredients
200 g softened butter
160 g icing sugar
3 lightly beaten eggs
2 tbsp instant coffee dissolved in 1 tbsp water
a pinch of ground cinnamon
200 g flour

Method
  1. Beat the butter and sugar until the mixture is light and fluffy. 
  2. Gradually beat in eggs. Mix in coffee flavoring. 
  3. Sift flour onto mixture and mix until combined. 
  4. Refrigerate the mixture.-jangan lama-lama sangat simpan sebab takut aduanan keras lak, sebenarnya tak simpan dalam peti ais pun tak pa

Adunan ni saya masukkan dalam pipping bag supaya senang nak pipe atas bun karang. Kalau ikutkan cara Annie, sebelum roti kembang dia dah pipe topping kat atas bun ni tapi cara saya lak, saya pipe topping bila roti mengembang. Sebab saya buat macam tu sebab bila saya letak topping sebelum dia mengembang takut roti ni merajuk tak nak kembang sebab topping ni berat dok timpa atas dia. hahahah teori je jangan pakai sangat, sebenarnya ikut cara masing-masing la nak buat macam mana pun.

Ha tengok....senang dak resepi dia, mudah kan nak ikut pun. Ini antara resepi yang paling mudah nak ikut antara resepi-resepi yang saya jumpa yang lain. Kalau ikutkan resepi ni saya boleh buat 17 biji rotiboy. Selebihnya saya bawa ke opis je makan-makan dengan colleague. Lepas diorang rasa saya punya rotiboy, minta saya buat kelas buat rotiboy lak hehehe tapi kan saya tak ada tempat nak ajar buat roti ni. Sesapa ada tempat yang boleh pinjamkan tak?
Apa pun selamat mencuba dan agak-agak rasanya sama tak macam kat kedai?sejujurnya roti saya ni rasa dah ada cuma roti saya tak selembut macam rotiboy kat kedai.

Rabu, 7 September 2011

Oat Crips Chocolate Cookies


 Salam Lebaran....maaf zahir dan batin. Plan mula-mula nak buat pelbagai jenis kuih raya dan kek sebab raya tahun ni turn family saya berkumpul. Saya manusia hina yang mampu merancang tapi tuhan yang maha Esa tentukan segalanya. Saya cuma mampu buat satu jenis kuih raya je tahun ni, sedih sangat tapi tak apala setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Resepi ni saya ambik dari dapur Kak Ita yang tersangatla terror dalam bab deco dan capture hasil masakan dia. Banyak gak saya kenalkan blog kak Ita kat kawan-kawan, semuanya terkagum dan terpegun. Bagi wanita bekerjaya memang tak mampu nak jadi macam dia kot lainla kalau kerjaya tu dalam bidang culinary jugak hehehehe sorry ya kak ita termengumpat lak heheheehhehehe

Tak khusyuk lak sambil buat entry sambil tengok cita gossip girl hehehehe I'm huge fan of that series tau hehehehe sebab para pelakon yang cantik dan suka sangat tengok fesyen, kasut, beg, accessories diorang xoxo

Melalut lak dari cita kak ita ke cita gossip girl. The main topic sekarang ialah cita kuih raya ni namanya seakan apa yang dikandungkan dalam kuih ni jugak. Gambar-gambar kat atas tu kena sediakan 2bowl. 
Satu bowl adunan 130g tepung gandum+30g tepung jagung+20g serbuk koko+½ sk serbuk penaik+garam+Quaker Oats+coklat cip
Satu bowl lagi mentega+gula+vanilla, pukul sehingga gebu
Kemudian sebatikan kedua adunan tersebut dan gaul rata

Sebenarnya ikut suka memasingla nak buat bentuk apa pun, kalau nak mudah ambik sudu kecik dan letak atas loyang bakar terus je takyah buat bentuk-bentuk dah....mudah kan.

Tapi motivasikan jugakla diri untuk uli adunan dan bentuk-bentuk jadi segi gini dan tekan atasnya dengan garfu....nak rajin pun kena motivasi diri sendiri, susah betulla


Malu nak bagitau hehehe....ni kuih raya pertama kalinya saya cuba buat heheheehe


OAT CRIPS COOKIES

sumber : Dapur Kak Ita

130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
½ sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. 
Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata. 
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. 
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. 
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. 
Potong atau terap dan letak atas dulang. 
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit  (saya bakar 18minit) atau sehingga rangup.


Selamat mencuba....saya akan buat kuih ni semula this coming open house