Memaparkan catatan dengan label salad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salad. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2014

Krabby Patty versi makan kat rumah

Sponge bob square pant....setiap kali tengok encik crab punya krabby patty asyik termimpi2 nak buat sendiri hehehe....so taraa.....
Sejak menjak ni rajin la pulak buat frozen2 ni termasukla frozen patty ni. Best gak kalau buat banyak2 n simpan dalam peti ais then bila2 lapar cuma bakar je. Lagi satu bestnya bahan2 semua ikut apa yang kita sendiri suka makan so ikut suka hatila nak letak apa pun.

Saiz lebih kurang macam nila. Setiap patty ni saya letakkan cling wrap supaya bila beku senang nak pisahkan patty ni.

Apakah bahan2 yang saya letak meh tengok....

500g daging cincang
sebiji bawang besar
4 ulas garlic
1 cup penko or bread crumb
2 keping cheese
2 sudu madu
1 tangkai daun ketumbar/parsley/basil
serbuk paprika
sebiji telur
serbuk lada hitam
garam

Bahan2 tu perapkan dalam setengah jam dan kemudian baru bentukkan menjadi patty. 
Sebenarnya saya tak pernah tetap pendirian kepada bahan2 ni setiap kali buat patty mesti letak bahan2 yg berbeza mengikut bahan apa yang ada kat dapur.


Walaupun ramai yang suka medium raw tapi taste saya tetap kepada well-done sebab boleh rasa kegaringan kat tepi2.

Majo jenis kewpie menjadi pilihan sebab rasa dia tak lemak sangat.

Tak lengkap la pula meal kita kalau takdak coleslaw. Untuk coleslaw pula saya letak onion+kubis+carrot+majo.
  
Ok best tak boleh buat krabby patty sendiri kat rumah. 
Happy cooking.....

Selasa, 5 Februari 2013

Tortilla roasted chicken with pesto sauce


Menu berkhasiat hari ni adalah tortilla bersama ayam panggang dengan bergravykan pesto. Pesto ni color lain sikit sebab saya campurkan red bell pepper dalam tu dan rasa dia manis sikit sebab red bell pepper ni rasa dia memang manis walaupun nama je pepper.

Inilah bahan-bahan untuk sos pesto ni. Saya blend garlic+daun mint+daun basil+garam+black pepper+chedar cheese (sebab tak ada parmesan cheese)+olive oil+red bell pepper. Pine nut tak ada sebab tak jumpa kat market sini.


Lepas blend semua baru saya masakkan atas api sampai pekat or sampai masakla.


Semalam cara mr.soulmate roasted chicken masak seekor dalam oven kan. So, hari ni cara saya roasted chicken pula saya suka goreng dulu atas pan seterusnya baru panggang dalam oven. Bahan marinate pun tak sama sebab saya kalau marinate ayam wajib ada serbuk paprika dan cayenne pepper sebab entahla bagi saya la kalau masak ayam campur sikit paprika rasa dia lebih sedap dan bangkit. Apa-apa pun terpulang selera masing-masing ikut bahan apa yang kita rasa suit together kan. Yang nampak macam daun tu adalah fresh tyme. Saya suka bau tyme dalam ayam juga. Banyak la pula saya letak tyme kan hehehe jangan ikut perangai macam saya yang tak suka bazir sebab kalau tak guna tyme sekarang nanti tyme ni rosak je dalam peti ais.
Macam saya buat daging stew sebelum ni juga, saya akan goreng dengan minyak yang sedikit saja dengan api kuat nak bagi kulit luar garing kemudian masukkan dalam oven selama 45minit dengan suhu 200C

Inilah hasilnya bila kuar dari oven.


Apa yang saya suka bila guna teknik ni ialah jus dalam ayam ni banyak sangat sebab bila kita goreng awal-awal tadi, kulit dia dah jadi keras dan halang air meresap kuar bila dalam oven tu. Sebab tu isi ayam or daging bila guna cara ni sangat empuk dan kuar jus yang banyak.

Antara banyak-banyak tortila pula saya suka rasa garlic tortila sebab sedap. Kalau nak buat taco sendiri kat rumah pun senang je, tortila ni potong jadi tiga segi and goreng, dia akan jadi macam chip. Kuah taco pula biasanya sos bolognese dan cheese. So cicahla tortila goreng tu dengan gravy bolognese dan jadila taco.


Memandangkan saya dan mr.soulmate je makan so saya suka beli salad yang ada sekali dengan akar dia sebab tahan lebih lama. Salad ni walaupun dok dalam peti ais seminggu pun masih segar, tak layu. Salad or sayur yang segar tak dimakan dek ulat ni kena hati-hati sikit sebab mungkin masih ada racun kat daun. seeloknya daun salad ni rendam dulu dalam air garam dan bilas bersih-bersih sebelum makan.

Saya letakkan avocado sekali dalam salad ni. Buah avocado ambik dari pokok rumah member kat Kelana Jaya. Lebat sungguh buah avocado pokok dia, sedap pula tu.

Selamat mencuba.


Isnin, 9 Januari 2012

Mango Salad @Kerabu Pelam


Kalau sebelum ni saya cerita, sayur favorite saya adalah okra dan kali ni pula buah favorite saya adalah buah pelam (sebab saya orang kedah, saya panggil pelam). Memandangkan saya ni ada darah pertalian dengan siam dan berasal dari utara Malaysia, sudah tentula citarasa makanan saya lebih kepada pengaruh makanan dari Thailand. Kerabu pelam ni asalnya dari Siam tapi dibawa menjadi hidangan favorite di kalangan penduduk tempatan di sebelah utara Malaysia dan sekarang menjadi favorite semua orang yang suka makan buah mangga.

Mango salad ni juga sangat mudah penyediaannya. Pertama, kena ada buah pelam dan buah pelam kenalah parut. Parutan mangga ni kemudian digaulkan dengan cili api, bawang besar, udang kering dipanggang, garam, gula merah@gula kabung tapi saya guna brown sugar buat kek je, dan sos sotong. Gaulkan semuanya sehingga sebati dan keluar air. Sudah siap untuk dimakan bersama-sama nasi dan berkuahkan tomyam....yum


Selamat mencuba dan menjamu selera

Rabu, 16 November 2011

Salad buah

Salad datang lagi~~~(macam iklan tora)
Salad ni special sikit sebab bahan-bahannya buah dan yogurt.

Bahan-bahannya sangat simple iaitu buah anggur, epal hijau, carrot dan yogurt. Gaulkan semuanya dan dinginkan dalam peti ais dulu sebelum makan.

Selamat makan

Jumaat, 4 November 2011

Sotong Tempura

Petang semalam lepas balik kerja lepak-lepak dulu depan tv tengok Barefoot Contessa. Ina masak tempura sotong. Baru saya pun teringat ada sotong jugak dalam peti ais. Sotong yang ada ni pun tak fresh sangat, memang sesuai sangatla buat tempura. Cara Ina buat pun mudah juga. Apa lagi, defrost sotong dulula. Lepas mandi manda, solat semua baru masuk dapur nak dinner tempura sotong.

Sotong ni memang saya buang semua kulit dia sekali biji mata pun buang cuma tinggal isi semata-mata sebab saya tak lalu nak makan kulit dia mengada sungguh aiih


Gambar kat atas tu kanan sekali tepung jagung, telur dan bread crumb. Cara dia mudah je, celup sotong dalam tepung jagung dulu kemudian celup dengan telur dan akhir sekali celup dalam bread crumb. Kaedah ni sama juga macam saya masak Chicken Cordon Bleu

Inilah hasilnya bila dah celup dengan letiga-tiga bahan tu.


Bila disalut dengan ketiga-tiga bahan tu, saya pun goreng dalam 2minit je deep fried. Kemudian saya atur atas pan untuk dibakar pula.

Saya bakar selama 15 minit dengan suhu 190C. Kenapa ya saya tak gorengkan je?kenapa nak menyusahkan diri dengan bakar dalam oven pulak? sebabnya kalau goreng lama-lama nanti sotong ni meletup-letup kang minyak panas buat perang bom dalam dapur. Keduanya bila bakar, isi sotong lebih lembut dan tak liat langsung.

Inilah hasilnya bila keluar dari oven. Isi sotong lebih lembut walaupun kulit luar crispy.

Sementara tu saya buat coleslaw, saya grated carrot+kubis+bawang+thousand island dressing. Lagi sedap pula dalam coleslaw ni gantikan mayonis dengan thousand island dressing.

yum....

Khamis, 3 November 2011

Set grilled chicken with corn, asparagus and pomegranate

Hidangan meriah untuk makan malam lagi hehehe.....inilah akibatnya kalau nak mengisi masa kualiti di rumah. Aagak-agak boleh masuk masterchef tak?

Sejak-sejak tahu khasiat dan kebaikan buah pomegranate, asal nampak je buah ni terus terpikir nak masak apa dengan buah ni. Kalau nak makan saja pun boleh tapi lagi best kalau campur dalam masakan sekali. Gunakan kretiviti dan inovasi untuk mencampur adukkan bahan-bahan dalam masakan walaupun hasilnya agak merepek tapi tak salah kalau mencuba sekurang-kurangnya kita boleh membaiki mutu masakan pada masa hadapan.

 Kebetulan saya ada asparagus yang fresh baru sampai dari Cameron Highlands. Asparagus ni tak boleh biar lama dalam peti ais sebab nanti batang dia dah tak crunchy.

Kali ni saya cuba nak gabungkan buah delima dengan asparagus. Saya pun sebelum nak cuba buat resepi sendiri kena kaji dengan mr.gogo dulu. Rupanya mr.gogo tunjuk banyak jugakla gambar-gambar dari western ayam grill dengan sos buah delima. So konfiden la sikit bila tau buah delima ni biasa dijadikan sos dalam makanan.

Mula-mula sekali saya perapkan dada ayam dengan herb dan perasa. Kemudian saya saute onion dan garlic dan masukkan buah delima. Selepas tu baru masukkan ayam yang diperap. Selepas 3 minit selepas tu, saya masukkan ayam sekali dengan kuali dalam oven selama 15 minit dengan suhu 200C. Biar ayam masak sekata dalam oven. Saya buat cara ni sebab isi ayam semakin lembut dan juicy berbanding grill atas pan je.

Sementara saya tunggu ayam masak dalam oven, saya bakar jagung dan asparagus. Bakar kosong je tanpa minyak atau perasa yang lain. Jagung ni manis sangat walaupun tak letak apa-apa sebab jagung ni pun baru sampai dari Cameron juga.

Meriah sungguhla dengan sayur-sayuran dalam pinggan. Ditambah pula dengan salsa salad yang sungguh yum. Believe it or not, pinggan ni licin selepas 5 minit kemudian hehehehe

Ahad, 23 Oktober 2011

Salsa Salad

Eating salad everyday....yuhuuuu.....
I love veggie so much, tak kisahla kambing ka spesis herbivore ke...janji duniaku bahagia kalau makan sayur-sayuran.

Dalam salad ni saya letak buat delima or nama omputihnya pomegranate. Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Memandangkan buah delima terbukti banyak khasiatnya, saya cuba masukkan buah delima dalam salad ni. Cukupla sekadar gaul dengan sayur-sayur yang lain tanpa perasa.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Salad Oren dan Epal

Best tak salad ni?makan pula sejuk-sejuk lepas simpan dalam peti ais dulu...wahhhh yum yum....
Orang yang tak suka makan sayur dan buah abaikan entry ni.

Salad ni saya buat untuk makan dengan spaghetti sebab dalam spaghetti tak ada sayur sangat. Saya memang tak puas makan kalau makanan yang tak ada sayur. Sebab tu saya selalu buat salad agar dalam peti ais sentiasa ada salad. Kadang-kadang tu bila balik keja dah letih sangat, tak larat pula nak masak tapi perut berkeroncong, makan salad jela buat dinner.

Dalam salad ni senang je, saya cuma letak buah oren, epal, carrot dan onion dan seasoningnya cuma perahan lemon+garam+gula. Simpan dalam peti ais dalam setengah jam kemudian baru makan. Sebelum nak makan kena gaul bagi rata supaya semua jus buah akan keluar, time ni makan memang nikmat sangat. Cubala kalau tak percaya.

Selasa, 4 Oktober 2011

Mushroom Spaghetti

Menu hari ni macam biasa spaghetti lagi. Lebih kurang macam spaghetti bolognese juga spaghetti ni cuma ada salad sebagai side dish.

Kuah dia saya letak sos black pepper sikit dan kuah jadi agak gelap.


Sementara nak tunggu spaghetti siap rebus, saya saute ayam+bawang+olive+mushroom.

Bila ayam dah nampak kegaringan baru saya masukkan buah tomato yang telah di blend dengan lada hitam dan serbuk cayenne dan daun parsley.

Spaghetti yang siap masak, toskan dan biarkan dulu.

Tunggu lagi sehingga kuah ni pecah minyak dan kering. Bila dah kering saya tambahkan air rebusan spaghetti lagi berulang kali. Sebabnya saya berulang kali masak sampai kering dan tambah air rebusan pasta ni sebab nak bagi buah tomato dan lain-lain herb ni sebati rasanya. Masa ni jugak perasakan dengan garam dan gula

Bila kuah dah masak, bolehla tuangkan di atas spaghetti 

Tak ketinggalan jugak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk makan bersama spaghetti. Dalam salad ni, saya letak epal hijau, carrot, oren, bawang dan kismis.

Sedap dan mudah disediakan...yum