Memaparkan catatan dengan label bihun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bihun. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2011

Bihun Sup

Bihun ni jiran sebelah rumah bagi semalam tapi tak sempat nak makan sebab banyak sangat makanan. Jadinya rini saya mengubahsuai sikit presentationnya. Saya lebihkan sayur-sayuran dalam bihun sup ni agar lebih colorful hehehehe

Saya sertakan sekali resepi kat sini

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa minit sahaja dengan air panas yang dijerang ( 3 orang makan) dan masukkan sedikit serbuk kunyit

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut babat/muda
300 gm paru
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan
10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut. Masukkan daun pandan bersama akar untuk mewangikan kuah dan melembutkan daging
2. Tos daging perut dan paru dan dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan

Nota: Lebih sedap jika dimasukkan tulang gear box atau tulang rusuk untuk mengeluarkan sum sum tulang.

Isnin, 8 Ogos 2011

Udon Goreng


Musim udon sekarang ni sebab saya nak perabih stok udon dalam fridge. Takla rasa bosan sebab udon ni sedap, lebih sedap dari laksa dan mi (itu pendapat saya, kalau orang lain tak setuju tak ada masalah pun sebab kita punya citarasa masing-masing)

Saya guna udon fresh, cuma bilas dengan air sebelum masak



Bahan:
Sepeket udon
1/2 cawan ayam - potong kecil
kacang peas/cendawan/kubis/carrot
1 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
minyak bijan
sos sotong
garam/gula sebagai perisa

Caranya:
Goreng macam nak masak mi


Rabu, 15 Jun 2011

Bihun Goreng Tomyam

Penatnya keja kat ofis rini balik lambat pulak tu, sampai rumah terus flat. Kadang-kadang bila terfikirkan perkahwinan jarak jauh ni rasa macam nak berenti keja jadi suri rumah pun ada bila memikirkan betapa susahnya nak buat pertukaran. Dahla keja sekarang ni tak dak kaitan dengan kelayakan akademik langsung. Memandangkan banyak keja kat ofis tadi, perut pun buat concert berdendang sayang. Kiranya nak masak apa yang ada je kat dapur tu.


Selongkar punya selongkar jumpala bihun dengan tomyam paste masa buat steamboat house warming haritu. Tengok pula dalam peti ais ada sayur-sayur dan ayam, kira ok la nak try buat bihun goreng. Tak pernah lagi ni sumur hidup buat bihun goreng entah jadi entah tidok...hantam jela labu.


Bahan ni jela ada, saya perabih semua sayur dalam peti ais takut kalau tak guna sekarang kang rosak takleh makan langsung. Untuk lauk ada ayam dan chicken ball, untuk sayur ada sawi, broccoli, carrot dan cauliflower. Saya tumbuk bawang besar sebiji dengan garlic 5ulas


Mula-mula tumis bawang yang saya tumbuk tu then masukkan paste tomyam pastu masukkan ayam dan chicken ball. Agak-agak nampak pecah minyak, saya masukkan garam, gula, lada hitam, jus lemon, sos sotong, sos plum dan sos masam manis

Lepas tu baru saya masukkan bihun, agak bihun macam dah lembut baru masukkan sayur-sayur

 Yeahhh dah siap leh makan, rupa-rupanya banyak pulak portion dahla nak makan sorang je. Tuk tuk jiran sebelah....nak bihun dak?kalau ada lebih lagi leh buat breakfast esok pagi lak.