Memaparkan catatan dengan label utara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label utara. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mei 2012

Yogurt Chocolate Cake






~Happy Birthday To You....Happy Birthday To You.....Happy Birthday To Youuuuu.....~ nyanyian dari Suzy Miss A dalam cerita Dream High, k-drama.

 Kek ni buat khas untuk mr.soulmate aka my BFF...boyfriend forever pun boleh best friend forever pun boleh. Sebenarnya dah sebulan lebih dah berlalu tapi sejak bertukar status menjadi pelajar ni  sangat tak ada masa untuk hobi masak dan berbloging ni. Dulu kononnya bila dah start belajar mungkin ada banyak masa nak masak-masak tapi tuntutan belajar mengatasi segalanya. Apa yang penting sekarang adalah belajar dan menuntut ilmu sehingga berjaya. Setelah menempuh kesukaran di minggu yang genting ni start hari ni cuti seminggu maka bolehla tarik nafas lega sikit takla kalut macam hari-hari sebelum ni. Adatla kan bila bergelar student ni bila tak cukup tidor, badan tak sihat, rehat tak cukup, stress dengan quiz, test, dan project. Ditambah-tambah semua lecturer ni kawan-kawan mr.soulmate pula, prestasi dalam kelas wajibla report kat mr.soulmate kan. Hadoila...bak kata Gary Runningman 'STRESSSS' hahaha tapi apa pun janji semua tu kita enjoy!!! Lagi beberapa minggu je lagi nak hadapi final exam pula. Sangat mendebarkan je huhuhu hopefully semuanya berjalan lancar.

Hari yang saya buat kek ni saya ada kelas multimedia pukul 8.00-10.00am then sambung kelas account pukul 12.00-2.00pm. Tunggu sampai pukul 9.00am tetiba kelas cancel, apa lagi balik rumah terus keluarkan semua bahan-bahan kek dan mula baking. Percaya atau tak saya siapkan kek ni dalam masa 20minit ja. Kalau tidak sebelum ni mau 3jam nak siapkan seketoi kek, yela mana nak baca dan fahami resepi, mana nak sukat bahan-bahan. 20 minit ni maksudnya semua siap sampai nak masukkan dalam oven la.

 Kek ni asalnya guna sour cream tapi saya tukar kepada yogurt sebab sour cream ni bukan sukar didapati ja tapi memang tak ada jual pun. Cari kat tesco pun tak ada, pelik kan selalunya tesco la selalu jual bahan-bahan western ni. Tapi gantikan yogurt pun tak ada beza pun. Dalam kek ni juga saya guna 1/4 cup vanilla sugar sebab saya nak letak topping yang sememangnya dah manis. Manis kek ni memang kena dengan citarasa kami berdua sebab tak manis sangat. Sebelum ni saya ada buat sour cream chocolate cupcakes, klik sini.

 Punyala concentrate dengan almond tu sampai mr.soulmate snap pun tak perasan. Mukaku sungguh tekun kot hahahaha. Bukan apa dok pikir nak pi ke tak kelas pukul 12pm hehehe tetiba classmate sms "kak nor...kelas account cancel, next week ada test" mula-mula baca sms hati sangat berbunga-bunga tapi ayat tang last tu tak jadi nak gumbira sangatla.

 
Ingredients for the cake:
- 1 1/3 cups all-purpose flour
- 1/4 cup vanilla sugar
- ¾ teaspoon baking powder
- ¼ teaspoon baking soda
- ½ teaspoon salt
- ¾ cup + 2 tablespoons soft unsalted butter
- 3 tablespoons best cocoa
- ½ cup + 2 tablespoons sour cream- gantikan dengan yogurt
- 2 large eggs
- 1 ½ teaspoons vanilla extract- kalau letak vanilla sugar tak letak pun takpa

Ingredients for the icing:
- 3 ounces milk chocolate
- 3 ounces bittersweet chocolate
- 6 tablespoons unsalted butter
- ½ cup sour cream
- 1 teaspoon vanilla extract
- 1 tablespoon light corn syrup
- 2 cups confectioners’ sugar, sifted
- ½ teaspoon hot water

Instructions for the cake:
- Preheat the oven to 350°F/180°C.
- Combine the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt in a large bowl. Then, using an electric mixer, add the butter.
- In a wide-mouthed measuring cup, whisk together the cocoa, sour cream, eggs and vanilla, then slowly add this cocoa mixture to the ingredients in the bowl, beating until thoroughly combined. (I added ¼ cup milk because the batter didn't have a dropping consistency)
- Pour the batter into 2 8-inch (I used 2 9-inch) pans buttered or lined with parchment or wax paper and bake for 30 minutes (mine needed 25 minutes). When they’re ready the cakes should be starting to shrink back from the edges of the tins. Leave for 10 minutes in their pans on racks, then turn out to cool.

Instructions for the icing:
- To make the icing, melt the chocolate and butter in a microwave or in a bowl over hot water. (I went for the latter; smallest chance of failing)
- Let cool a little, then stir in the sour cream, vanilla and syrup.
- Add the sifted confectioners’ sugar and a little hot water, blending until smooth.
- When you’ve got the texture right - thick enough to cover but supple enough to spread, adding more sugar or water as required - you can ice the cakes.

To make more special for that today, we decide to picnic at Tanjung Dawai. 
Apa lagi kek seketoi ni wrap dengan plastic atas pinggan je terus menuju ke Tanjung Dawai. Sangat tenang menikmati angin laut dengan bunyi ombak menghempas pantai hehehe sangat romantik bukan.

Inila Tanjung Dawai yang famous dekat sini. Jarak dari rumah pun tak jauh mana pun sebab tu tempat ni dah jadi tempat lepak kami berdua sejak berpindah dari Klang Valley. Dari The Curve Damansara ke Tanjung Dawai, dari segi kemodenan memang sangat jauh berbeza tapi dari segi ketenangan okla samala jugak. Ada yang tak setuju ka?that's my opinion.


 
Kalau singgah Tanjung Dawai maka wajibla kami makan laksa yang sangat sedap ni. Kuah yang pekat dan sangat murah kot. Laksa Tanjung Dawai ni memang boleh kalahkan Laksa Shack, dahla harga laksa ni 2hinggit ja. Memandangkan kami guna piring makcik kedai ni, kami bagi 1/4 potongan kek dekat dia sama sebab semua macam terliur je tengok kami makan dahla ada stoberi atas dia. Terbaikkan fusion menu ni, laksa dan kek yogurt coklat stoberi dan teh o panas hehehe

Ini rupa kek masa kat rumah tadi, dah dok dalam keta dah terjatuh habis semua stoberi pun, takpa kita layan jap lagu suzy ni, tak pernah boring nyanyi lagu ni kat mr.soulmate biar pun telinga dia bernanah dengar suara tak sedap hehehe....


Officially umur kita sebaya okeh, lagi 5 bulan baru umur kita beza setahun plak.
Happy baking dan selamat menjamu selera

Jumaat, 21 Oktober 2011

Sambal Bilis dan Kacang Kuda

Menu ni memang dah lama gila tak makan. Inilah hidangan yang biasa makan masa kecik-kecik dulu sebagai snek yang sentiasa ada dalam peti ais.
Tak susah nak buatnya ni janji ada semua bahan, ok jalan....
Kacang kuda ni saya rendam semalam dulu kemudian rebus dan toskan, biarkan.

Meh buat sambal pula...tapi kena rebus dulu cili kering

Cili kering yang telah direbus, saya blend dengan bawang putih dan bawang merah dan minyak. Seperti saya pesan sebelum ni, kalau nak hancurkan biji cili kena blend dengan minyak dan air sikit.

Sementara nak tunggu sambal pecah minyak, saya gorengkan ikan bilis pula. Kemudian ketepikan.

Sambal dah mula pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula dan masukkan 1 sudu asam jawa.

Kemudian boleh masukkan kacang kuda dan ikan bilis.

Goreng sehingga kering supaya tahan lama.

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang kuda
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (blend)
  • 1 ulas bawang putih (blend)
  • 25 tangkai cili kering (boleh dikurang/tambah)
  • sedikit belacan
  • 1-2 sudu makan madu (option) 
  • sedikit garam
  • 1 sudu asam jawa
  • 1 batang serai diketuk (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-cara

  1. Rendam kacang kuda semalam sehingga kembang kemudian rebus dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan blend hingga wangi dan sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula belacan, asam jawa, garam, serai dan madu.
  4. Kemudian masukkan kacang kuda dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

Selamat mencuba

Selasa, 11 Oktober 2011

Naim Gulai Semilang

Jalan-jalan di Utara lagi di sekitar Tanjung Dawai. Setiap kali ke UiTM Merbok tak sah kalau tak jalan-jalan cari makan dekat kedai Naim Gulai Semilang. Sebelum datang kedai ni siap order dulu nak makan apa sebab karang tak yah nak tunggu lama-lama dah sebab masa lunch sesak dengan manusia. Pelanggan yang datang bukan yang dekat-dekat, ada yang datang dari Penang semata-mata nak lunch dekat situ.

Kedai ni tak besar mana pun macam kedai kampung biasa tepi jalan je tapi memandangkan seafood dia setiap hari fresh dari laut dan masakan yang sedap ni, orang yang datang tak kisah berapa harga dan jauh mana kedai ni sanggup direntasi hehehehe isshhh memang sedap.

Saya dan mr.soulmate sengaja pilih tempat yang paling hujung berhadapan tali air sawah. Saya suka tempat ni tenang je dengan pemandangan Gunung Jerai dan sawah padi dan laut. Kalau umur panjang berangan nak buat rumah kayu kat sini siap dapur guna dapur kayu lagi...aiicehhhh berangan aka impian.


Air yang paling disukai ramai iaitu teh ais. Air yang best

Ikan ni....makcik tu cakap baru je naik dari laut, masa nak masak hidup-hidup lagi. Saya yang tak suka sangat makan ikan jadi ketagih pula nak makan ikan ni sebab sedap sangat. Dia bukan masak apa sangat pun, simple je tapi alahai susah nak cakap, rasa dia memang lain sangat sedap.

Udang ni pun hidup-hidup lagi masa nak masak, memang seafood kat sini tak sempat nak mati lagi kot semuanya hidup-hidup lagi. Macam mana saya tau?sebab mr.soulmate ni peramah dan konon nak tengok macam mana makcik ni masak, dia la cakap kat saya ikan dan udang semua hidup-hidup lagi kat dapur tu. No wonder la fresh semua makanannya. Dabak punya saiz udang ni.

Inilah gulai ikan semilang, masih mendidih ketika dihidangkan. Gulai ni pun sedap. Mr.soulmate sekali lagi tanya makcik ni apa rahsianya gulai ni. Kata makcik ni rempah dalam gulai dia giling buat sendiri. Patutla tak rasa ala-ala cap 'o' ka cap babas ka cap aligapas ka.

Ini pula sotong goreng tepung. Besar juga sotong ni. Ini saiz seekor sotong saja

Licin semua tinggal kepala udang je



Selain kedai makan ada homestay juga

Perut kenyang suka hati

Main dengan kucing jap, ciannya sekor ni sakit mata, miow miow.....

Isnin, 30 Mei 2011

Masakan Utara!!!!!!!!!

Setelah hampir 10 bulan tak balik kampung nun di utara, kempunan nak makan masakan utara tak yah cakap la lebih dari orang pregnant lagi. Kebetulan ni mr. hubby ada talk di utara, so plan last minute semua ikut balik kampung...saya pun apply cuti emergency gak hehehe.
Seronoknya la bila sampai je, mata disajikan dengan hamparan sawah padi menghijau. Memandangkan masa agak terhad, kami cuma memilih makanan yang betul-betul kempunan jela huhu tak sempat nak merasa semua makanan

Day 1 (lunch),
Kami cuma berada sekitar Merbok dan Tanjung Dawai kerana urusan di sana. Kedai NAIM GULAI SEMILANG di Tanjung Dawai memang pilihan yang tepat, tak leh dah nak cerita sebab masih terbayang-bayang lagi keenakan masakannya...layan gambar jela.

Sambal Bachang, sekali hadap kena mintak lagi sepinggan tambah kot

Ulam tenggek burung+timun


Ikan tenggiri goreng

Udang goreng (masak dengan air asam boi). Udang laut ni memang sedap gila, rasa dia manis fresh lagi.


Inilah menu special kedai ni, gulai ikan semilang tapi ikan ni digantikan dengan ikan termenung


Sekali snap jela sebab tak sabar nak ngap


Gulai ikan semilang yang masih mendidih
Day 1 (supper),
Sesudah talk dari mr. hubby kepada adik-adik minggu suaikenal, kami lepak lagi kat tepi pantai Tanjung dawai. Kali ni saja nak meratah lauk je sambil dengar desiran ombak dan angin laut eerrrmmmmm bestnya
Udang ni sebesar 4jari tangan dewasa saiznya buat masak cabai, punyala pulun makan baru teringat nak ambik gambar hahahaha.....

Sotong goreng tepung
Day 2,
Kali ni singgah makan di rumah mertua, best sungguh makan air tangan mamaku

Ketam masak lemak

Ayam panggang

Gulai rebung dan daging

Day 3,
Dari Alor Star ke Kuala Kangsar transit ke rumah kakak sulung sebelum sampai ke KL.
Kali ni mr. hubby menunjukkan skill masakan pulak

Ayam masak merah

Ini masakan saya....jelatah


Ayam masak kicap dengan potato (khas untuk anak-anak menakan yang takleh makan pedas)


Tibanya kat rumah terus saya timbang berat badan...wow naik 3 kilo!!!!!!