Jumaat, 27 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 6, part 2 @ Myeongdong Eomoni Jib (명동어머니집)

Ceritanya masa kitorang kat Nana Resident tu tanya jugala kat staf si cantik manis mana2 restoren halal dekat2 sini. Dia pun taktau sebab dia tak pernah pun ambil tau makanan halal ni. Kemudian mr.soulmate pun mula google dan terjumpala laman web muslimbackpackerseoul. Boleh klik di sini untuk rujukan restoren bagi pelancong muslim ke Korea dan di sini la dinyatakan restoren Eomoni ni.  Penat jugala nak mencari restaurant yang diberi nama Eomoni Restaurant ni sebab semua tanda dalam bahasa Korea. Dahla kedudukannya kat lorong kecil ja. Last2 dalam sibuk mencari2 ada gak orang2 korea yang baik hati tolong translate nama2 kedai kat sini dan terjumpala kedai yang kedudukan dia diantara lorong kecil. Area ni semua kedai makan dan kena pandai baca tulisan koreala atau minta tolong local people tolong bacakan tulisan ni semua dan selalunya diorang sangat senang hati menolong pelancong. 

Inila rupanya kedai makan Eomoni ni.

Untuk lunch hari ni saya pilih Korea Seafood Pancake (Haemul Pajeon) dan bimbimbap. 


Gambar di atas ni pula side dish untuk makanan yang kami pesan. semua sedap tapi mr.soulmate je yang tak lalu sikit. Bila dia makan, dia cakap perut dah melugai.


Ini pula bimbimbap yang telah digaul semuanya. Bimbimbap ni disediakan dalam mangkuk batu yang berasap2 lagi, kalau sentuh mangkuk ni boleh melecur jari ni.


Dinner pun kami makan kat sini lagi. Sekali lagi saya makan bimbimbap sebab sedap sangat2 bagi selera saya la dan bukan bagi tekak mr.soulmate. Mr. soulmate makan tiram goreng celup tepung. Tiram ni pun sedap gila terasa kesegaran bila gigit isi dia hehehe




Alhamdulillah kenyang perut. Seterusnya nak jejalan sekitar kota Seoul pula. Next destination wajibla singgah beli brooch kat Namdaemun.  
continue...

5 ulasan:

Azra berkata...

Tadik pegi dah myeongdong... carik la jugak kedai ni.. tapi mcm takde org kat dalam tu, so tak jadik nak masuk...

nohas berkata...

bibimbap tu nampak sedap..boleh try ni kalau gi Seoul lagi..

Tengkubutang berkata...

done follow sini no. 110
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Hafirdaus berkata...

azra: apa kata jadi pelanggan pertama yang masuk pastu nanti mesti full house restaurant ni.

Hafirdaus berkata...

nohas: serius sedap tapi dok google cari gak resepi bibimbap nak try buat kat rumah plak