Klik sini

Rabu, 29 Mei 2013

Barefoot Travel Korea Day 2, part 1

Best Blogger Tips
Suasana dalam subway
Hari ni kami memulakan langkah sebagai pelancong nak ronda seoul pula. Dari spa b&b, kami cadang nak ke Gyeongbokgung Palace di tengah-tengah kota Seoul. Rupanya pagi ni hujan turun dengan lebat selebatnya, susah juga pergerakan kalau hujan lebat macam ni. Saya pun beli payung yang jual kat kaunter spa ni untuk gagah redah jugakla hujan. Kat luar spa tu ada 3 orang lelaki dok hisap rokok, diorang tanya dari mana. Bila cakap dari Malaysia salah sorang tu cakap dia pernah ke Langkawi. Baru saya perasan sebenarnya Malaysia pun famous juga di kalangan penduduk tempatan Korea. Turun je dari tangga curam spa b&b belok kiri dan jalan terus dalam 10 meter macam tu jumpala tangga subway Itaewon. Spa b&b memang betul2 dekat dengan subway Itaewon. Masa nak ke subway kami lalu kat  sebelah bar dan saya perasan pengacara star king yang gemuk sikit botak tu apa nama tah keluar dari bar tu. Itu jela artis korea yang jumpa pun lagi satu dia bukan pelakon ka penyanyi ka cuma pengacara tv jela.

Ok dah sampai subway rasa macam jakun sat sebab tulisan semua dalam bahasa korea pastu taktau nak tuju ke mana dah. Nasib baik saya dah study awal-awal subway diorang ni. Nak ke satu-satu tempat tu kena tukar2 train or lane yang lain so setiap kali ada pertukaran jangan main menonong ikut orang, cek betul2 laluan yang betul dan tempat yang dituju tu. Yang paling penting dalam train jangan dok ralit sembang sangat, setiap perhentian kena alert supaya tak terlepas station sebab kalau terlepas station agak renyah nak tukar balik.

Masa dok tunggu train nak datang kami dok tengok gelagat cikgu muda bawa rombongan anak-anak murid naik train. 
 
Dari station Itaewon nak ke Gyeongbokgung Palace ni kena tukar lane di station Yaksu. Dari Yaksu naik subway lane 3 turun di Gyengbokgung. Sampai je kat Gyengbokgung keluar kat exit no.5. Setiap station ada exit ikut kita nak keluar kat mana, jangan risau sebab ada tulisan english senang sebagai panduan kita nak keluar exit mana. So nampak je perkataan Gyeongbokgung, terus ikut arah tu tapi sesekali bila jumpa orang tanya juga mudah-mudahan arah yang dituju tu betul dengan sign.
 

Keluar je dari subway dah nampak istana yang tersergam indah di tengah-tengah bangunan moden pencakar langit sekelilingnya. Kagum jugala sebab diorang masih memelihara dan memulihara warisan penginggalan tok nenek. Bila berada kat kawasan istana ni memang banyakla bunga cherry blossom, sukanya.

Walaupun hujan tak berhenti lagi, masih renyai-renyai tak mematahkan semangat untuk explore kawasan istana ni. Cantik sebab bangunannya unik tambahan lagi bentuk bumbung. Kat sini ramai sangat pelancong dari Thailand dan ada juga rombongan Malaysia. Kami berpayung dengan tanah yang becak, habis kotor seluar. Pelancong yang tak berpayung terpaksa berteduh kat tepi-tepi bangunan sebab hujan lagi. Pelancong Malaysia ada tanya kami beli payung kat mana sebab diorang takleh nak gerak mana, rugi jugakla dahla datang dengan tour.

Memang tak dinafikan lagi saya sudah jatuh cinta dengan bunga-bungan di sini. Uniknya pokok ni sebab tak nampak daun dan batang pokok pula color hitam, bunga je merimbun-rimbun. Ok layan jela gambar-gambar di bawah.




Folk Korean in the folk museum hehehe....

Terjah dapur orang gaji jap, cumil-cumil semuanya






Jalan punya jalan dalam kehujanan dah sampai ke pintu belakang. Dari pintu belakang ni kami menonong je bawa kaki jalan tah ke mana-mana sampaila ke Insadong. 
Cerita kat Insadong saya sambung kat part 2 pula sebab saya nak sambung buat kerja sekolah pula hehehe...... 








Tiada ulasan: