Memaparkan catatan dengan label pizza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pizza. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Disember 2012

group assignment

Semester pertama dah berlalu maka sekarang saya di semester kedua. So kehidupan sebagai student ni tak sama la macam kehidupan sebagai wanita berkerjaya cewahh. Di hujung-hujung semester ni apa lagi mestila banyak assignment dan presentation berkunjung tiba. Weekend yang indah dan damai ni maka rakan-rakan sepasukan or senang cakap group assignment bertandang kat rumah untuk sama-sama menyiapkan kerja sekolah.
Sebagai tuan rumah yang memang suka sangat jamu orang makan ni, saya buat beberapa dish untuk kawan-kawan saya. Maksudnya sambil buat kerja sekolah sambil belajar memasak dari saya, 2in1 sambil menyelam sambil telan ayaq. Memandangkan mr.soulmate kena pergi outstation membawa rombongan anak-anak didiknya, saya dan kawan-kawan bersuka ria la di rumah hehehe.


Sementara tunggu kawan-kawan nak datang saya buatkan dulu apple tart ni, senang je nak buat sebab saya guna pastry segera so dalam 20minit dah siap

Kalau nak dapatkan resepinya bolehla klik di sini

Tunggu punya tunggu 2 org ahli group pun dah sampai, kelas membuat roti pun bermula. Tekun sungguh depa belajar buat roti dari saya. Doh ni sementara nak kembang, saya teruskan dengan kelas membuat brownies pula

Keseluruhan proses ni saya cuma bagi arahan je dan biarkan kawan-kawan saya buat sendiri. Maklumla nanti habis belajar bukan saja dapat ilmu dengan segulung ijazah tapi dapat sekali ilmu memasak, boleh kawin dah la hehehe

Corak ni dibuat oleh adik oneniey ye hehehe

Sementara brownies bakar dalam oven, kami kembali menguli roti dan letak inti cranberi kering dan cream cheese dalam roti ni.


Kemudian 2 ahli group yang lain pun sampai. Kelas memasak dihentikan seketika sebab nak buat kerja sekolah. Lunch pula saya buatkan pizza untuk kami semua. Pizza ni saya buatkan sauce sendiri dengan menggunakan tomato ceri yang dibakar dan dilenyekkan, buah zaitun, daun sweet basil dan sausage. Daun basil ni tak berapa segar sebab daun ni diimport, kalau kat area klang valley barang2 makanan import ni bolehla dapat yang segar-segar. Memandangkan dok kat Merbok ni jadi terpaksala compromise sikit. Dah nama Margarita Pizza jadi kena la guna daun basil juga utk  served resembling the colors of the Italian flag, red (tomato), white (mozzarella) and green (basil leave). Doh pizza ni saya beli doh segera juga kat kedai bakery. 

Kalau nak dapatkan resepi piza boleh klik di sini
Sesambil buat kerja sekolah beramai-ramai sambil makan pizza, best jugak kan. 

Inila rupanya roti yang kami buat tadi, gebu tak?saya puas hati dengan tekstur dan rasa bun ni. Untuk resepi bun pula bolehla klik di sini


Brownies pun dah siap, maka brownies ni jadi santapan tea time kami pula. Resepinya boleh dapatkan di sini

Maka assignment pun dah siap dan kelas memasak pun berjalan dengan lancarnya.
 Ok nak sambung study pula sebab final exam dah sudah menampakkan wajahnya yang bling bling tu and hopefully result pun bling bling jugak

Ahad, 24 April 2011

Chicken Mushroom Pizza

This weekend saya jumpa kedai bagus yang memang bagus. Kedai ni namanya Kedai Bagus, menjual bahan-bahan untuk membuat kek, roti, dan seumpanya. Memang saya tengah dalam mood nak buat roti sekarang ni memandangkan mr. hubby sangat bz dengan research nya tambah2 pulak dah last semester ni.
Melangkah masuk je kedai tu seolah2 saya lupa diri sebab banyak sangat benda menarik hahaha...maklumla sebelum ni tak pernah pulak buat masak2 gini. Bila jalan kat area frozen lak jumpa doh pizza, pastry segera, cheese...mulala terpikir nak buat pizza, terusla grab benda2 tu semua dan grab pizza pan jugak.

  Breakfast pagi ni kami dua makan pizza je....simple tapi sedappppppp. Ni first time saya buat pizza yang rotinya lembut. Sebelum ni roti pizza keras macam batu hehehe.....Saya dah tau macam mana nak buat roti dia jadi lembut iaitu masak pizza dalam oven jangan bakar melebihi 10minit tapi guna suhu yang paling tinggi, saya guna 230C.

Mula-mula saya kena siapkan kuah pizza dulu....perkara pertama, tumis bawang.


Selepas tumisan bawang tadi, saya masukkan pes tomato dan rempah pizza yang saya beli kat kedai bagus jugak. Saya letak button mushroom, lada hitam, daun bay dan perasakan dengan garam dan gula. Last sekali saya masukkan mozzarella cheese supaya kuah jadi pekat dan melekit.
 rupa dapur yang selerak...maklumla nak masak sebulan sekali pun tak tentu biasala kalau sesekali masuk dapur.


Lepas kuah dah siap, saya ratakan kuah atas roti. Kemudian saya masak sikit sosej dengan chicken loaf dalam microwave dulu sebelum tabur atas kuah pizza ni dan letakkan cheese di bahagian atas sekali.


Saya masak pizza ni selama 8minit dengan suhu 250C

Pizza dah siap....yum.