Memaparkan catatan dengan label japanese food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label japanese food. Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2015

Part 8 - Busan Tower: Dynamic Busan, Korea Day 4


Assalamualaikum.....
Annyeong-haseyo.....

Dari station Junggu maka bertapakla kami menuruni anak tangga ikut laluan hamster bawah tanah. Kalau kat Korea dan Jepun selalunya laluan bawah tanah memang ramai dengan manusia bergerak dari satu station ke station yang lain dengan jalan kaki saja. Memang besar dan luas kawasan bawah tanah ni, so sebab tu bila kita masuk arah lain dan bila kita keluar arah lain kita dah sesat or keliru sikit tak tau tang mana masuk dan tang mana keluar. Selalunya masa winter dan summer memang penuhla manusia bergerak bawah tanah.

Hari ke-4 kami di Busan, kami dah boleh hafal selok belok laluan bawah tanah ni. Boleh dikatakan sehari 4 kali kami akan melalui laluan2 ni. Bila malam pula saya suka jalan kat atas  pula sebab suka dengan kedinginan malam dengan keindahan lampu2 neon di setiap bangunan.

Saya tak ingat pula berapa harga naik tower ni tapi saya beli pakej skali masuk tengok pameran kapal2. Naik atas tower ni cara paling mudah untuk kita lihat keseluruhan bandar Busan. 

Yang paling terkejut bila tengok jarak kami berjalan kaki dan kedudukan motel sebab memang jauh gila kot. Kat Malaysia memang tak mampu nak jalan kaki sejauh ni setiap hari tapi kat sini memandangkan cuaca yang dingin tak terasa jauh pula berjalan.
Nampak tak anak panah merah tu? kat situla motel kami menginap, berulang alik 4 kali sehari berjalan sampai ke sini ha. Gila noo...tak sangka kaki cheq kuat berjalan sejauh ni setiap hari. Kalau naik sampan ka boleh la short-cut kot celah2 kapai tu hehehe.


Itula Busan Tower, view ni saya ambil dari bumbung Lotte Mall. 


Kat sini pun ala-ala kat Namsan Tower jugakla ada kunci2 cinta dan note2 cinta dan pasangan cinta hehehe....

Kat belakang ni macam museum dia pamer dan cerita sejarah kat Busan. Saya suka masuk museum kat tempat asing sebab bagi saya, baru kita tau asal usul kejadian dan budaya depa ni. Ilmu baru yang kita dapat kat sini kadang-kadang takdak pun dalam internet dan cuma ada kat museum tu saja.

Green tea @ matcha ice cream...yum...yum.....tergoda terus bila nampak aiskrim ni. Makan eskrim sampai layan view Busan

Info mengenai Busan Tower....
Jika anda berpeluang ke Busan jangan lupa singgah sebentar di Menara Busan yang terletak di dalam Taman Yongdusan. Menara yang mempunyai ketinggian 118 meter ini menawarkan panorama indah seluruh kota Busan menjadikan lokasi ini sebagai tarikan pelancong yang popular. 
Menara yang menjadi landmark kota Busan ini dibangun pada tahun 1973.


Sebagai sebuah kota pelabutan yang ke-5 tersibuk di seluruh dunia, di menara ini anda akan dapat menyaksikan kapal kargo yang sedang beroperasi. Pelabuhan ini tidak pernah sepi dan panorama kota pada malam hari adalah sangat indah. Disini anda boleh merakam pelbagai aktiviti harian kota Busan.
Selain itu, anda boleh juga melawat taman Yongdusan yang menjadi tempat berkumpul warga Busan dari segala usia. Ada permainan kanak-kanak, pedagang makanan dan pemandangan yang indah, menjadikan taman Yongdusan selalu dikunjungi terutama pada petang hari. Setiap hujung minggu, taman ini akan dipenuhi oleh manusia kerana terdapatnya pertunjukan tari tradisional dan kesenian.

Lepas turun dari Busan Tower, kami berjalan kaki pulang ke motel dan melalui pasar Jagalchi.



Masa lalu kat pasar dok nampak ikan goreng ni macam terliur la pulak. Harga pun murah iaitu satu set hidangan sekali nasi 7,000W.


Memandangkan harganya yang murah, kami pun ambil 2 set. Kalau tanya saya lagi halal ke tak, saya jawab ya "HALAL" cuma takdak cop Jakim jela. Kedai ni cuma jual ikan saja dan takdak campuran alkohol dalam masakan. Nak cakap lebih2 pun ilmu agama cetek sangat kalau nak debat.

Kenyang makan kena balik rehat dulu, kang malam keluar lagi ke Lotte Mall, mendaki ke bumbung nak tengok view Busan waktu malam lak.


Permandangan bandar Busan di waktu malam dan lampu kaler2 kat jambatan.


Tetiba tengah2 lena terkejut jaga ada orang mengamuk kat luar. Orang gila dok bising2 sampai ada polis mai halau dia, takla tangkap dia sebab dia tak kacau orang cuma bising jela.
Good Nite...end day 4.

...............to be continued

Isnin, 26 Oktober 2015

Expenses Japan



Ok recap balik....kalau nak tengok balik entry boleh klik ja kat mana yang boleh klik.

Sebenarnya saya beli Air Asia Go Holiday pakej sekali tiket flight dan hotel. Kelebihan go holiday ni, kita leh dapatkan harga yang murah kalau kena time promo tapi xbestnya kita tak leh nak bergerak merata la sebab ambik bilik hotel yang sama terus. Kos semua termasuk flight return+makan+tax+luggage+hotel 7 malam = RM1,442 seorang. Bagi saya cukup murahla sebab bila survey harga hotel kat Jepun ni boleh tahan mahal gila. Kalau tengok iti yg AA bagi, harga flight adalah free, kos ni cuma kos hotel semata dan tax dll. 

Sebarang tulisan pink boleh klik dan dia akan buka entry tersebut.

Day 1, 11/4/2014 (Jumaat)

8.00 pagi : LCCT 

4.16 ptg   : Chubu airport
- Kat Chubu dah kagum dengan prayer room yang siap dengan sejadah, alunan azan dan arah kiblat
- Naik subway Meitetsu, dari airport ke Kanayame ke Sakee ke Fushimi. Agak sesat dengan subway juga sebab salah ambik lane dan keluar exit salah dan macam2 la pening serabut mak enon betoi time ni. Kos 1,230 Yen seorang

8.00 mlm : Wing International Hotel, singgah jap 7e sebelah hotel beli nasi, kos 1,000 Y

Total = 3,460 Yen

Day 2, 12/4/2014 (Sabtu)

8.00 pagi : Keluar breakfast di 7e sebelah hotel. Jalan kaki ke bus stop sightseeing berharga 500Y seorang 

Nagoya Castle entry fee 400Y sorang
Oasis 21 
Night Walk, terbeli power bank 1,880 Y

 Total = 6,324 Yen

Day 3, 13/4/2014 (Ahad)

Toyota Automobile Museum

Fushimi Fashion RunawayCity Science Museum


Total = 4,542 Yen

Day 4, 14/4/2014 (Isnin)

4.00 pg : siap2 dan keluar breakfast di 7e
5.30 pg : Naik subway ke Nagoya Station. Beli tiket bas Meitetsu Nagoya-Kyoto-Nagoya (roundtrip) = 4,100Y seorang
8.00 pg : Naik JR dari Kyoto Station ke Saga Arashiyama, subway 435Y
Tenryuji Temple in Arashiyama
Romantic Train = 1,240 Y 
subway ke Fushimi 600Y 
shikanzen Kyoto-Shin Osaka-Kyoto = 5,680Y


Total = 18,171 Yen


Day 5, 15/4/2014 (Selasa)
centram = 200Yx2
Hotel Toyokp Inn = 8,700Y

Total = 19,531 Yen

Day 6, 16/4/2014 (Rabu)

Total = 29,598 Yen

Day 7, 17/4/2014 (Khamis)


Total = 22,927 Yen

Day 8, 18/4/2014 (Jumaat)

Chebu airport

Total = 4,394 Yen

TOTAL EXPENSES = 108,947 Y
RM3,595.25( kos di Jepun)+RM190(makan n lugage)+RM2,400(pakej AA go holiday) = RM6,185.25

Kos di atas adalah untuk 2 orang. Bermakna sorang RM3,092.62 selama 8 hari, Nagoya-Kyoto-Osaka-Toyama-Tateyame Kurobe Alpine-Matsumoto

Bagi saya percutian ni adalah paling mahal pernah saya keluarkan duit, sebab kos pengangkutan saja lebih 70% dari kos semua ni. Nak jimat kos pengangkutan pun susah gak sebab saya tak dok setempat dan selalu bergerak ke utara, timur, barat, selatan Jepun.

Entry istimewa adalah Fashion Bundle of the day hahaha....klik ler kalau nak layan baju seringgit ni hehehe... klik di sini....


Special video klip, klik di sini
                
Akhir kata saya memohon sepuluh jari maaf sebab saya sangat sibuk dan tak boleh nak siapkan cepat entry2 di atas. Maaf seandainya bahasa saya tidak menyenangkan dan salah silap samada sedar ataupun tidak sepanjang penulisan saya mengenai trip Jepun ni. 

Sekali lagi tujuan saya mengeluarkan entry2 di atas bukan dengan niat ingin menunjuk2 tetapi sebagai panduan dan info kepada orang lain yang ingin mengambil route yang lebih kurang sama macam saya. Semoga perkongsian ini dapat juga pahala kepada saya apabila saya tiada nanti, amin.

Rabu, 10 September 2014

The pleasures of night walking : #8- Chasing The Sun Day 3

Itadakimasu.....maksudnya jemput makan. 
Sama macam semalam bila seharian keluar sightseeing bandar Nagoya ni, lewat petang baru balik hotel solat dan rehat dulu then lepas maghrib baru nak keluar balik.

Lepas solat jamak, kami pun keluar menuju tempat makan iaitu 7e. Kat sini kami boleh dapatkan nasi segera dan cuma perlu panaskan dalam microwave je. Memandangkan saya ni wajib nak kena makan sayur, kat 7e juga ada jual salad. Salad ni kiranya buat ulam la.
  
Bila makan nasi ralatla pulak kalau tak dak dessert. Ice cream Haagen-Dazs kat sini berharga tak sampai RM10 yang biasa jual kat Malaysia yang berharga RM30 ni. Ice cream lover kalau tak rebut peluang macam ni rugila.

Dinner malam ni makan dengan rendang daging cap Brahim. Walaupun ramai orang kata Brahim tak sedap ka apa tapi percayala bila kita berada kat tempat yang payah nak dapatkan makanan halal ni, hidangan macam nila yang tersedap sekali. Dok kat Malaysia pun makan nasi portion suku ja dari bekas ni tapi kat Jepun boleh la pulak habis satu bekas ni....licin!!

Masa tengah makan ni ada satu family dari Malaysia masuk dalam 7e gak. Diorang pun menetap kat hotel yang sama macam kami. 

Kenyang makan, kami pun memulakan langkah seterusnya. Malam ni kami nak berjalan kaki ke Nagoya Station ja sebab tengok dalam map macam dekat je lebih kurang 2.4km dari hotel. Memandangkan kami pernah ada pengalaman berjalan kaki kat Pulau Jeju tahun lepas (jalan sampai naik getar lutut kot), maka kami pun saja nak test kaki gak jalan kaki memalam kat kota Nagoya ni.

Bandar Nagoya ni memang sunyi sangat, tak banyak kenderaan pun yang lalu lalang. Rasanya kalau nampak orang atas jalan pun dalam jarak 500m, itu pun sorang dua ja. Tapikan scary pun ada gak sebab suasana malam yang dingin dan sunyi. 

Kalau nampak orang pun kat dalam bar2 tepi2 jalan ni. Yang namanya Proton tu eh silap Pronto adalah bar juga. Logo dah macam bendera Malaysia, nama pun macam brand kereta nasional.

Jalan punya jalan sejauh 2.4km dari Hotel maka sampaila kami kat kawasan yang meriah sikit. Macam semalam kami simpulkan bahawa manusia kat Jepun ni tak meriah atas tanah tapi meriah kat bawah tanah. Mungkin juga cuaca yang sejuk time malam ni depa lebih selesa bergerak kat bawah tanah yang lebih panas. Saya pula tak selesa berjalan2 kat bawah tanah ni sebab panas dan tak berangin rasa macam berkuap ja. 

Maklumla dah biasa dok kat negara panas dan selalu lari nak dok dalam ekon ja, mestila nak cari tempat sejuk gak bila mai sini. Kita dari negara panas lebih selesa kat tempat dingin tapi depa dari negara sejuk ni lebih selesa dok kat tempat panas. Tak hairanla dalam hotel diorang pasang heater pada suhu 33C. Kita ni dok tido malam2 biasa dengan suhu 20C mau jadi macam cacing mengelejat panas dengan suhu macam tu. Kalau nak sejuk kena tido buka tingkap bagi angin luar masuk baru rasa sejuk sikit. 

Bila jalan kat luar ni angin sepoi-sepoi bahasa mai tu sejuk sampai ke tulang hitam la, boleh mengigil la jugak. Kalau takdak angin boleh tahan lagi tapi bila angin mai tiup kat muka tu mulala tergetar2.


Ronda-ronda jap pastu kami pun patah balik 2.4km pula jalan kaki ke hotel. Sebenarnya kalau naik subway bayar 200Y je tapi sebab nak ambik angin malam dengan jalan kaki maka kenala gagah dan gigih. Seriously walaupun cuaca dingin, bila berjalan sejauh ni terasa gak peluh keluar kat belakang. 

Esok kena bangun awal nak kejar bas ke Kyoto lak. Oyasuminasai....sweet dream 

       .........to be continued

Jumaat, 4 November 2011

Sotong Tempura

Petang semalam lepas balik kerja lepak-lepak dulu depan tv tengok Barefoot Contessa. Ina masak tempura sotong. Baru saya pun teringat ada sotong jugak dalam peti ais. Sotong yang ada ni pun tak fresh sangat, memang sesuai sangatla buat tempura. Cara Ina buat pun mudah juga. Apa lagi, defrost sotong dulula. Lepas mandi manda, solat semua baru masuk dapur nak dinner tempura sotong.

Sotong ni memang saya buang semua kulit dia sekali biji mata pun buang cuma tinggal isi semata-mata sebab saya tak lalu nak makan kulit dia mengada sungguh aiih


Gambar kat atas tu kanan sekali tepung jagung, telur dan bread crumb. Cara dia mudah je, celup sotong dalam tepung jagung dulu kemudian celup dengan telur dan akhir sekali celup dalam bread crumb. Kaedah ni sama juga macam saya masak Chicken Cordon Bleu

Inilah hasilnya bila dah celup dengan letiga-tiga bahan tu.


Bila disalut dengan ketiga-tiga bahan tu, saya pun goreng dalam 2minit je deep fried. Kemudian saya atur atas pan untuk dibakar pula.

Saya bakar selama 15 minit dengan suhu 190C. Kenapa ya saya tak gorengkan je?kenapa nak menyusahkan diri dengan bakar dalam oven pulak? sebabnya kalau goreng lama-lama nanti sotong ni meletup-letup kang minyak panas buat perang bom dalam dapur. Keduanya bila bakar, isi sotong lebih lembut dan tak liat langsung.

Inilah hasilnya bila keluar dari oven. Isi sotong lebih lembut walaupun kulit luar crispy.

Sementara tu saya buat coleslaw, saya grated carrot+kubis+bawang+thousand island dressing. Lagi sedap pula dalam coleslaw ni gantikan mayonis dengan thousand island dressing.

yum....

Selasa, 26 Julai 2011

Mi Udon Sup

Hari ni saya sakit tekak yang teramat sangat, nak telan air liur pun pedih sangat. Ditambah ada kelopak garam kat tepi lidah dekat dengan anak lidah. Adoila seksanya rini dengan posa lagi. Cuaca pun semakin hari semakin panas membahang menandakan ramadhan semakin hampir, mungkin kedudukan bumi hampir dengan matahari?saya tak pasti pula.


Memandangkan saya rasa nak makan makanan bersup jela, saya buat udon sup rini buat berbuka puasa. Rasa macam buat sikit je tapi dah berlebih-lebih dalam periuk tu, bila nak makan lagi ni esok nak puasa lagi. 

Cara nak masak udon ni macam nak buat bihun sup, mi sup dan kuey teow sup je. Saya tak guna bahan-bahan rencah jepun sebab takdak pun kat rumah. Next time teringin gak nak beli kezurikatsuo (shaved bonito),  dashi kombu , niboshi, mirin dan abura-age (taofu goreng) boleh buat sendiri masakan jepun kat rumah.
Bahan:
sepeket Fresh udon mi (celur dengan air panas)
minyak bijan
1/2 cawan isi ayam
1 batang carrot
1 pokok bak choy
1/2 cawan kubis
4 cendawan
3 biji garlic diketuk
1 biji bawang merah
stok ayam
garam/gula/black pepper/paprika

Caranya:
  1. Perap ayam dengan paprika dan black pepper sekejap dan goreng, ketepikan
  2. Sediakan minyak sikit dan tumis bawang merah dan garlic
  3. Masukkan 2 cawan air bersama stok ayam sampai mendidih, masukkan ayam goreng dan mi udon
  4. Masukkan sayur-sayuran kecuali bak choy
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Tutup api dan baru letak bak choy
  7. Sedia untuk makan
Senang kan nak buat....selamat mencuba

Rabu, 22 Jun 2011

Japanese Food at Mid Valley

Kalau makan-makan kat food court Mid Valley se-level dengan cinema tu jengah-jengah la makanan jepun kat situ. Menu ni dah jadi menu wajib kalau saya singgah makan kat food court dia.

Hidangan saya makan ni, miso soup, green tea, kobis mayonis+wasabi, seaweed rice dan sour spicy chicken teriyaki. Harganya RM>16<, tak ingat berapa...dalam lingkungan tula