Memaparkan catatan dengan label Ataturk Airport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ataturk Airport. Papar semua catatan

Ahad, 7 Mei 2017

London, United Kingdom Day 3 #azamfirdauswinterwonderland

Kisah semalam di sini

Al-kisah semalam masa kami semua nyenyak dibuai mimpi kira-kira pukul 3pagi macam tu, dengar orang masuk bilik kami. Terkejut juga sebab kami semua 4 orang tengah sedap lena dalam bilik ni, sapa yang memandai nak ganggu tidur kami semua ni. 

Macam biasalah mr.soulmate terus menyapa orang yang masuk tadi ni tanya kenapa dia masuk sedangkan katil semua full dalam bilik ni. Si mamat ni pun blur2 kata sorila then dia turun balik. Tak lama kemudian dengar bunyi kaki berlari mai terjah bilik kami siap buka lampu dan nak selak semua curtain katil, biadap kan staf hostel ni. Sekali dia nak selak curtain katil saya, mr.soulmate terus marah la kan mana boleh lelaki lain tengok aurat bini dia tengah lena ni, sah2 la kami tidur tak pakai tudung semua. Mr. soulmate minta staf hostel ni explain kenapa dia buat macam tu. 

Then mr.soulmate tunjuk segala bukti pembelian katil kami 3 sekawan ni. Pastu, si mamat staf ni dia terus terpa roomate kami sorang lagi yang tengah lena ni. Terus dia soal minah ni yang tengah lena ni "why you are here?". Minah ni pun blur juga la tetiba orang tanya soalan macam tu kan. Pastu si mamat tu kata dalam sistem diorang, bilik ni ada nama kami bertiga except minah ni sebab minah ni tak bayar security payment kejadah apatah. Duit security tu memang akan dipulangkan balik masa kita check out nanti. 

Saya memang dah bengang masa nak check-in tu diminta bayar security payment tu sebab kami kan orang miskin, so kalau diorang dah ambil dulu duit pound kami, kami nak belanja apa lagi sebab kami dah habis duit pound. Ya kami memang akan dapat balik masa check-out tapi kalau dah check-out, kami terus nak ke airport takdak guna dah duit pound yang kami dapat balik tu. So, memang geram sebab dalam website dia takdak cerita langsung pasal duit security tu dan kami memang miskin gila sebab kami dah budget duit pound cukup2. Harapan nak membeli belah kat harods pun berkubur sajalah sebab hostel dah tahan duit security kejadah ni (aih...hangin aku bila terkenangkan balik).

So minah ni pun turun katil dari tingkat atas tu, buka bag dan cari kertas dia dah bayar katil ni semua kat staf tu. Pastu staf ni kata sori pastu blah. 

Urusan kelam kabut tadi pun dah buat kami bertiga segar mata dah pun, nak tido balik pun takdak feel. Kemudian tengok jam lagi sejam nak subuh, kami pun pakat2 nak mandi manda kemas bag la. Minah tu sambung tido balik la sebab dia memang balik lewat pun semalam tak macam kami ni pukul 8 malam dah tarik selimut, maklumla dah pukul 4ptg dah masuk maghrib kan.

Mr.soulmate minta maaf kat minah tu sebab kami akan buka lampu sebab nak kemas bag sebab kami nak check-out pagi ni. Dia pun pun kata ok ja sebab dia memang mengantuk la kot. Kami ni punya jaga takut terganggu minah ni, nak cakap sesama kami pun berbisik2.

So, semalam saya dah ronda bilik air mana lebih besar dan selesa dan pagi ni saya mandi kat tingkat 1. Gigih ni bilik kat tingkat 4 pi mandi kat tingkat 1. Bilik air tingkat 1 ni lebih besar sebab toilet dan shower dok dalam 1 bilik dan sebelah dengan dorm yang ada 16 katil. Nasib baik tak sapa nak guna bilik air dari 16 orang yang dok dalam dorm sebelah ni. 

Dah lepas mandi solat semua, kami pun turun la nak breakfast awal la konon.  Tapi masih sunyi, breakfast tak disediakan lagi. Kami pun okla memasing main henpon upload gambar dalam ig semua dan wa family sebab kat bawah ni tenet laju gila.

Tak lama kemudian dalam 7.15am gitu, masuk staf kitchen sediakan breakfast. Diorang susun2 roti, jem, nutela, pinggan, cawan, air dll kat atas meja. Kami perati jela sebab kami memang kalau boleh nak makan dan terus keluar malas nak dok lama2 kat sini. Dalam pukul 7.27am macam tu, saya pun nak ambil roti nak bakar tapi mai staf kitchen ni marahkan saya kata breakfast start pukul 7.30am. Taktaula kalau jam dia lambat sejam ke apa tapi lagi 3minit kot nak 7.30am kan. Okla saya pun ambil roti tak jadi nak bakar, sapu nutela jela. Dah hangin kisah tidur kami kena ganggu, ini kes staf kitchen pula memang teruk gila hostel ni. Staf semua bukan orang brit. Staf kitchen orang Spain dan staf gangster terjah bilik kami tu orang Afganistan.

Cadangnya kami nak lepak2 dulu kat Hyde Park sebelum nak ke airport tapi kami tak percaya dengan kelancaran perjalanan bas dari Central London ke Stansted Airport. Trafik kat London ni pun boleh tahan gila juga sesak dan jem semua. So, kami rasa cukupla setakat sini dulu dan kami bye2 jela kat London, kalau umur panjang boleh jumpa lagi hehehe. Kami meneruskan perjalanan ke airport je.


Tube pun dah sampai, saya panggil mr.soulmate snap sekeping jap kat signboard ni sementara dia tutup pintu lagi. Ni je yang mampu kenangan dari Bayswater London hehehe


Lebih kurang 2 jam juga perjalanan dalam bas, kami sampai di airport. Kat sini pun ada prayer room, meh nak cek jap apa yang ada.


Tempat berwuduk
Sejadah
Buku-buku agama

Nak keluar dari airport ni pun strict juga, ni 1st time saya kena x-ray 1 badan kat airport ni sebab mesin asyik dok berbunyi. Kena berdiri dengan gaya X, bukaan kaki kena seluasnya dan depa tangan seluasnya juga. Sampai saya tanya kat pegawai airport tu, mungkin sebab rantai, spek, gelang yang saya pakai ni la kot yang berbunyi kan. Lepas dah x-ray 1 badan baru lepas. Tak cukup dengan x-ray lagi, dia bawa benda yang detect besi tu kat celah2 telinga tapi sebelum tu dia minta izin dulu kat kita boleh tak dia nak letak mesin tu sekitar tudung kita sebab tudung kan sensitip kan bagi sesetangah orang. Saya kata ok je no problem asalkan aurat saya tak terdedah cukupla kan. Bila kita bagi kerjasama, depa pun tak dak masalah nak cek apa lagi. Depa pun percaya kalau kita bagi kerjasama kat depa.

Selesai semua pemeriksaan baru lah rasa lega sikit. Cuma kami kena cari port nak lepak2 sebelum nak berlepas kan.


Kami longgok bag setempat dan sorang jaga bag gilir-gilir masuk toilet lak. Pi toilet siap2 kat airport lebih selesa berbanding nak masuk toilet dlm flight. Oh ya toilet hostel tu lebih kecil dari toilet dalam flight ya FYI.


Kami kena naik lrt ni dulu sebelum ke balai berlepas. Pastikan kita tau kita akan berlepas di gate mana sebab lebih mudah. So sebelum naik lrt, kena pastikan kita naik lrt mengikut laluan ke gate kita. 

Sebenarnya masa ni kami masih belum booking mana2 penginapan kat Istanbul lagi ni. Kami pulun google cari penginapan sementara kat airport ada wifi. Orang dok announced untuk naik dalam perut pesawat pun kami masih dalam proses nak membuat bayaran bilik malam ni kat agoda. Akhirnya selesai juga pembayaran bilik kami untuk malam ni. Dalam hati berdoa banyak2 agar kami dapat bilik yang selesa sebab bilik kami kat London ni macam nightmare dah.



Makan tengahari kami ni dapat free dari Atlas global. Boleh tahan kenyang juga la buat kami siap ada dessert lagi tu. Air pun boleh ulang tambah. Memula minta air epal, air oren, air teh, air kopi, last2 minta air kosong saja. Kalau dah nama pree tu kan....
Perjalanan dari London ke Istanbul disajikan dengan pemandangan salji dan sesekali nampak lampu2 jalan dan rumah di bawah tapi tetap salji tebal menutupi kawasan tu.


Trip kami kali ni memang banyak kali kena solat atas flight sebab tadi kat airport, tak masuk zohor lagi dan nak landing nanti dah nak masuk maghrib pula kan. Sebab time winter, siang pendek. Masa antara zohor sampai maghrib tu memang singkat je. Tadi kat airport kami dah ambik wuduk siap2 so okla asalkan tak terkentut kan. Dah winter semua berbungkus 1 badan sampai kena pakai sarung tangan, so tak dak masalah nak terbatal wuduk dengan orang bukan muhrim.

Sampai di Istanbul airport, saya ada masalah lagi dengan nama bapa. Pegawai imi soal lagi nama bapa saya dan suruh saya tulis atas kertas nama bapa. Ya bapa saya nama 'Ahmad' dan namanya sama dengan Sultan Ahmet di Istanbul cuma ejaan 'A' dan 'E' yang beza tu. Orang lain tak sampai 3minit je kat kaunter imi tapi saya hampir 30minit kat situ saja sebab pegawai imi ni kena buat panggilan untuk mengesahkan nama bapa saya dan lain-lain lagi.

Sekali lagi kami nak topup Istanbul Kart tapi mesin topup tu tak terima wang besar. Kami lak takdak wang kecil, so kena tanya orang2 kat sekeliling untuk pecahkan duit. Kedai2 pun dah tutup xleh nak pecah duit. Ramai yang takdak duit kecil juga. Ada juga yang taknak tukarkan duit dengan kami, yela biasalah tu orang asing kan takut duit kami palsu ke apa. Last2 ada mamat omputih ni bukan orang Istanbul, dia tanya apa masalah kami kan sebab semua macam takleh nak selesaikan masalah kami. Bila dia tau kami nak tukar duit, dia pun macam 'la tukar duit je pun apasal semua orang macam susah sangat nak tolong kami'. Kami cakap 'masalah bahasa sama orang tak faham kami nak tukar duit'. Selesaila masalah kami. Lepas tukar duit, kami masuk metro, jumpa sorang mamat melayu. Dia student dari Jordan dan datang ke Istanbul winter holiday dengan kawan2 tapi semua kawan dia dah ke Greece malam ni. Dia ni kira hantar kawan kat airport dan nak balik hostel, esok baru dia fly ke Greece lak. Kami tak tanya lak kenapa dia tak fly sama2 dengan kawan2 dia. Apa lagi sepanjang perjalanan dia sembang dengan mr.soulmate la. Kami pun macam dah cekap sikit jalan2 kat Istanbul ni, maklumla dah kali ke-2 sampai di Istanbul ni. Kebetulan kami sama-sama turun di stesen Sultanahmet.

Hotel kami kali ni berada betul2 kat depan st ni. Ni view dari tingkap bilik ni. View lawa sangat sebab boleh nampak Blue Mosque dan laut. Ada pros and cons dia la dan cons dia, kita akan dengar bunyi tram lalu sepanjang masa. Tapi okla bunyi tak kuat mana pun.

Lepas check-in, kami keluar cari makan kat kedai makan sebelah ni. Cari tanda harga tak nampak, kami redah makan jela sebab lapar sangat, last makan tadi atas flight je pastu bila bayar baru nak menyesal tak tanya dulu harga makanan tu. Takpa sekali sekala makan mewah. Esok kita jangan makan kat kedai tu dah.

Ingat nak ronda2 lagi malam ni tapi suasana di Sultanahmet ni sunyi betul. Kebetulan ada pengemis kat sini pula siap tarik2 tangan mr.soulmate lagi minta duit. So, kami pun berehat la dulu dalam bilik, tunggu esok jela kita explore.
Masa saya dok ambil gambar ni tetiba nampak van kat bawah ni langgar kucing. Ajaibnya kucing tu masih berlari dan elok je badan dia. Orang2 sekitar situ pi kat kucing tu tengok kot2 teruk tak tapi kucing tu elok je. Dia cuma dok jilat badan sebab sakit kot kena langgar dengan van. 

Pastu saya takmau dah tengok, tido jela takut satgi nampak kucing kena gilis dengan tram pula terus fobia.

.............to be continued


Rabu, 15 Mac 2017

Istanbul, Turki Part 1 Day 1 #azamfirdauswinterwonderland

Saya minta maaf sebab entry ni lambat sangat nak start sebab kesibukan melampau sejak balik bercuti ni. Apa pun saya selalu rasa tak sabar nak share cerita kali ni sebab bagi saya cerita kali ni sangat lain dari lain. Banyak suka duka tapi suka lebih banyak la. Saya sendiri bangga dengan diri sendiri sebab berjaya habiskan trip ni dengan selamatnya. Walaupun ada sedikit cabaran tapi saya kena stay fokus positif sepanjang masa supaya saya tak terbeban dengan fizikal dan mental sepanjang trip ni. Antara semua negara yang kami jelajah sepanjang trip ni, saya pilih Istanbul tempat yang paling best dan boleh lagi untuk repeat. Sebab? banyak sebabnya dan perasaan di Istanbul takleh lawan dengan perasaan di tempat2 yang lain. Betapa kuatnya tarikan Istanbul ke atas diri saya. 
Jadi mai dok qapat2 cheq nak ceqita sikit pengalam kami ni...layan la no....


Salam....merhaba....


Trip kali ni asalnya saya dan kawan sekolah saya je yang akan mengembara tapi mr.soulmate tak percaya akan kebolehan kami....cewah yeke mr.soulmate???
Akhirnya dia pun beli tiket sekali join trip ni tapi malangnya harga tiket dia dah naik harga rm200 lebih mahal dari tiket kami.

Maka bermulalah perjalanan kami ke 2 benua, 4 negara, 8 penerbangan dan 3 orang backpackers.

Trip ni bukanlah bertujuan untuk menyeksa diri tapi lebih kepada untuk menguji ketahanan fizikal dan mental masing-masing. Kalau travel dalam Malaysia ni tak nampak lagi ujiannya sebab kita masih berada dalam zon selesa. Yang dikatakan menguji fizikal dan mental tu ialah kami ni mempunyai budget kewangan yang tersangatlah terhad dan masa pula sangat singkat. Bekerja makan gaji dengan gaji gred 17 ni manalah boleh nak bermewah-mewah sangat melancong, kena ikut kemampuan gaji bulanan dan cuti rehat tahunan jela. Alhamdulillah kami bersyukur sangat sebab trip ni berjalan dengan lancar seperti yang kami rancang. Kadang-kadang terfikir juga macam mustahil je kami berjaya menempuhi trip ni.

Bermula dari Sik, Kedah kami bertolak ke Kuala Lumpur. Kami bermalam dulu di rumah kakak saya dan keesokan paginya barulah bertolak ke Putrajaya. Kenapa Putrajaya?sebab kami nak parking kereta di situ dan akan menaiki ERL ke KLIA2.

Saya nak parking di parking tertutup di ERL tapi cari2 tak jumpa pula dan akhirnya nampak parking di padang tapi takdak sapa jaga dan banyak kereta parking kat situ. Kami pun disebabkan dah lewat nak ke KLIA2, tawakal jela tinggalkan kereta kat situ selama 12 hari. Kami sengaja pilih kat tepi jalan dan ada cahaya lampu jalan supaya malam nanti cerah kat situ. 

Dari ERL Putrajaya, kami ke KLIA2. Sampai je kat KLIA2 terkejut juga sebab ada barisan beratur untuk timbang hand carry untuk masuk ke dalam. Dahla kami ni sah2 la over weight sebab takdak luggage check-in pun sekadar jadi backpackers je untuk trip ni. Nak kata gelabah pun tidak la juga sebab yang berat tu winter coat je sebab kami nak menempuh salji di sana. Kalau kena tahan ka apa memang ready nak keluarkan winter coat dan pakai je buat bodo walaupun kat Malaysia takdak salji.

Inilah girlfriend yang join trip ni juga. Kami ni kalau jumpa je mesti nak gaduh. So saya doa banyak2 supaya kami baik2 je. Alah kalau tak gaduh tak best kan. Time musafir ni jugala menguji hubungan persahabatan.

I ambil gambar u, u ambil gambar i...ok, jom kita.


Sebenarnya perasaan yang paling mendebarkan ialah bila berada di boarding hall. Masa nila saya berdoa tak henti2 supaya perjalanan ni lancar, selamat pergi dan selamat pulang. Minta doa supaya dijauhkan kecelakaan dan kejahatan di sepanjang perjalanan ini. Saya ni penakut sebenarnya tapi saya nak juga ambil risiko untuk menghadapi kelemahan diri ni. Saya taknak jadi seperti daun kering yang berada di atas air yang bertakung saja. Kalau boleh saya nak jadi seperti daun kering yang berada di atas air yang sentiasa mengalir. Bebas berada di mana saja dan tidak takut di alun arus air yang deras.

Panggilan untuk masuk ke perut pesawat. Nampak macam 2, 3 orang je kat boarding hall tapi rupanya full flight sebab kami naik flight yang sama dari China ke Tehran yang transit di Malaysia.

 Sampai je di Tehran, kami kena melalui immigration dan kastam untuk keluar kemudian masuk semula untuk menaiki penerbangan ke Baku, Azerbaijan dengan penerbangan Azal Airlines.  Masa sampai Tehran suhu mencecah negatif, pegawai airport tunggu dpn pintu flight tahan mana2 pompuan yg  tak pakai tudung, kena cari apa2 tutup kepala juga. Kagum dengan perempuan2 Iran sebab jelita depa ni standard miss universe.

Kami pun macam biol-biol sebab nak cari jalan masuk balik untuk penerbangan seterusnya. Kiranya cop passport masuk kemudian cop passport keluar balik. Masa kat imi tu, pegawai tu hairan dia tanya dah nak keluar balik ke seolah2 macam kami ni tak nak explore dulu ke kat Iran ni sebelum keluar balik. Dia tak tau banyak tempat lagi ni kami nak tuju ni, nanti nak balik Malaysia baru nak explore Tehran. Kami senyum jela taktau nak jawab apa sebab macam payah je kalau nak explain melainkan kami tunjuk iti baru dia faham la kot.


Masa Security Check di Tehran, saya salah masuk kat bahagian lelaki. Macam rela diperiksa lelaki pula. Rupanya security check tu diasingkan lelaki dan perempuan. Patutla tak nampak kelibat pegawai perempuan kat situ. Perempuan lebih tertutup sebab nak menjaga aurat. Baguskan macam ni diasingkan lelaki perempuan, suka sangat. Kalau pakai belt pun kalau kena tanggalkan pun tak malu depan public. Walaupun saya bawak air tin, air botol dan lain-lain makanan, lepas je takdak nak kena rampas ke apa.

Penerbangan Dari Tehran ke Baku, Azerbaijan mengambil masa lebih kurang 2jam. Kami diasingkan terus dan duduk bersebelahan dengan lelaki. Para penumpang ke Azerbaijan ni semuanya bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya berpakaian berjenama mahal2 belaka. Bau perfum pun dah tau bukan jenama cap ayam. 

 Masa nak naik flight ke Baku, kena jalan di luar bangunan pula dan kena naik bas. Cuaca beku di luar sana dan kami pula dengan tak rasa apa2 pun rilex je tak pakai winter coat konon sekejap je dari bas ke pesawat tu. Tetiba jem pula kat tangga tu. Cuaca time tu ya rabbi tak tau nak cakap rasa bibir pun nak beku juga. Saya pula dengan pakai t-shirt semata2. Time tu bila terasa cuaca yang super sejuk, kepala saya pun pening kejap. 

Penerbangan dari Tehran ke Baku, kami dijamu sandwich tuna atau sandwich ayam dan air free flow. Sampai je di Baku, kami sekali lagi kena melalui security tapi tak seketat di Gold Coast bagi penumpang ke Auckland. Disebabkan kami cuma penumpang transit, kami tidak memerlukan visa ke sini. Pegawai immigration cuma memeriksa passport bagi setiap penumpang transit saja. 


Penumpang dari Iran ke Azerbaijan memula tutup litup, masuk je Azerbaijan, terus buka tudung. Masuk Azerbaijan pun lagi kagum dengan kejelitaan wanita2 di sini. Ajuma cuci toilet pun lawa ya awat. Orang Azerbaijan ni walaupun muslim tapi banyak jual arak kat sini. Kalau kat Iran arak diharamkan, maka bolehla minum2 ke Azerbaijan gitu. Anjing pun diorang bawa skali travel naik flight. Kalau anjing kecik2 xkisah sangat tapi ni anjing tinggi pinggang manusia, adoila nak luruh jantung ke lantai bila terserempak anjing2 ni kat airport Baku. Suhu di Baku masa landing tadi -7℃ tapi memandangkan kami xdak visa nak keluar airport, so xmerasala suhu di luar sana. Apa kaitan Rusia dengan Azerbaijan tah sebab ramai orang rusia kat sini dan tulisan dan perkataan depa pun macam lebih kurang sama. 



Kami pun mula bersihkan diri, basuh muka, gosok gigi dan solat sekali di transit hall ni. Memang selesa sangatla sebab tak orang pun kat sini. Yang transit pun boleh kira dengan jari jela tapi semua yang transit terus tido. Kami je yang suka explore lagi.


Kami ditempatkan di kawasan transit yang super selesa dan moden. Kagum sebentar kawasan transit di airport Baku. Bukan setakat tu saja, kami kagum dengan kejelitaan warga Baku kerana mereka ni mix Rusia dan Arab. Kalau masuk toilet, kakak yang cuci toilet pun rupanya standard miss universe la. Tempat tidur yang selesa juga disediakan untuk penumpang transit. Bukan itu saja, café, kedai souvenir dan tempat shopping pun disediakan di kawasan transit. 


Kalau nak beli apa-apa, cuma tukarkan duit di situ dengan matawang euro ataupun Azerbaijan Manat. Kami tukar matawang lira ke manat sebab nak beli kopi ja. 
Kalau kat Iran takdak orang jual arak tapi kat Azerbaijan ni bersepah2 la jual arak. 


Kat transit hall ni pun banyak jual arak, siap ada tagline "life is too short to drink bad wine".  


Kami berada di tingkat paling atas dan takleh turun ke bawah sebab takdak visa. Next time explore Baku kalau umur panjang.

Kat transit hall ni macam saya cakap sebelum ni juga sangat selesa, so tidurla puas2 dan kena alert setiap kali ada announcement. Bag kami memang banyak, anak gajah anak tapir semua dok ada.

Setelah 5 jam transit di Baku, kami kemudian dipanggil untuk menaiki penerbangan seterusnya ke Istanbul. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Keadaan dalam pesawat pun selesa di mana penumpang dapat bermain game, dengar lagu atau menonton drama atau movie di skrin hadapan masing-masing. Selain tu, free meal dan free flow drink pun disertakan sekali. Rasa macam tak percaya je sebab kami cuma membayar lebih kurang RM200 untuk tiket penerbangan dari Tehran ke Istanbul.

Tadi announcement ingatkan flight kami dah nyaris2 nak nak beratur sama. Rupa-rupanya flight tu ke Rusia. Kang tak pasal2 sampai ke Rusia pula kita.
.
.
Terasa macam sepanjang malam kami di Baku. Ok kali ni barulah betul, penerbangan ke Istanbul. Saya ada tragedi sikit di sini. Masa saya berjalan dari boarding hall ke pesawat tetiba hidung saya keluar darah dengan banyaknya. Hidung saya ni sensitif dengan cuaca sejuk. Kalau sejuk melampau memang hidung akan berdarah. Saya pasti ni mesti kes tadi suhu negatif kat Iran tadi ni.

 Lapar sangat2 dah ni tapi nasib baiklah saya dapatkan tiket dengan harga rm200 dan dapat 2 kali makan.


Dahla dapat makan free pastu boleh pula pilih2 nak makan apa. Saya pilih nak breakfast sosej manakala girlfriend saya makan scramble egg.


Walaupun free tapi makanan ni ada rasa la juga berbanding AA. Sedap wokeh dan sangat mengeyangkan. 


Tibanya di Ataturk Airport, terlalu ramai pelancong yang ingin memasuki Turki dan pelancong kena beratur selama 2 jam untuk sampai di kaunter imigresen. Kami terasa jugalah dengan galas bag berat berdiri beratur selama 2 jam tu. Ada yang bawa anak kecil tu lagila kesian dengan budak naik angin mengelupur atas lantai dengan mak kena beratur lagi alahai kesian sangat. Nak buat macam mana kan Istanbul ni tumpuan pelancong seluruh dunia terutamanya negara arab. Apa yang saya nampak kat situ golongan bapak2 arab ni muka macam annoying manakala mak2 arab pula muka kesian ya amat dah dengan nasib ibu tunggal yang bawa anak tengah mengamuk tu. Saya pun kesian juga tapi nak tolong pun tak mampu sebab kita sendiri pun bag depan belakang dok galas.

Setibanya saya di kaunter imigresen, saya mengalami kesukaran di mana nama bapa ialah ‘Ahmad’. Pegawai di situ siap suruh saya tulis nama bapa di atas kertas. Ejaan ‘Ahmad’ di Turki ialah ‘Ahmet’ dan sultan Turki juga bernama ‘Ahmet’. Mungkin orang biasa tak boleh guna nama ‘Ahmet’ di Turki. Saya masih lagi mencari penjelasan dengan penggunaan nama ‘Ahmad’ di Turki ni. Perjalanan kami dimulakan di bumi Istanbul di mana suhu ketika itu mencecah -1C dan kami menghadapi kesukaran iaitu tercicir peta iaitu laluan dari stesen tram ke hotel. Hujan pula mulai turun renyai-renyai ketika itu. Dalam kesejukan suhu negatif dan basah hujan, kami singah sepanjang jalan bertanyakan arah hotel. Time ni saya dah sejuk gedi dan terpaksa berbungkus macam hantu bungkus dah mencari kedudukan hotel kami. 

Hotel ni saya beli di Air Asia go holiday dan sebelum beli tu saya dah cek kedudukannya bersebelahan dengan tram Sultanahmet. Malangnya bila sampai, hotel yang lain depan tram tu. Rupanya hotel kami sebelah dengan Blue Mosque. Masaalahnya di manakah blue mosque?kami ni baru sampai nak memerlukan petunjuk.



Setelah bertanya dekat pak polisi yang sedap minum teh panas, dia pun bagi arah tuju. Alhamdulilah dalam 30minit kami pun tiba di hotel.

Sampai je kat hotel tu, kami disambut oleh owner hotel sendiri di pintu hotel sebab pak polisi dah call dia kata kami ni tengah sesat cari hotel dia. Dia pun terus bagi teh panas kat kami. Lega gila minum teh panas dalam cuaca sebegini. Dia kata takyah check-in lagi, kami kena makan dulu. Dia punya promote makanan kat restoren dia. Kami pun bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la kan. Kami ni penat 2 hari travelling, mengantuk sebab jetlag, sejuk menggigil perubahan cuaca drastik dengan tadi hidung berdarah semua.


Dia suruh kami duduk di belakang sebab katanya lebih panas sebab ada oven baker roti pun ada kat belakang ni buat roti. 


Dia pun promote lagi air delima ni. Kami ok jela sebab badan dah penat gila time ni. Masa dok berjalan sana sini tak penat tapi bila sampai destinasi terus penat rasa macam nak koma kejap.


Abang roti ni punyala beriya nak borak dengan kami walaupun batasan bahasa. Dia ada sedara yang tinggal di Langkawi.


Inilah hidangan kami yang pertama di bumi Istanbul. Meriah bukan. Macam 10 orang makan. Ada kebab kambing, lembu, ayam, roti, nasi, sayur, piza cheese dan pencicah yogurt. Sedap gila sampai sekarang pun rasa dok meleleh air liur tepi bibir terkenangkan kesedapan makanan ni.

Bawah ni pula bilik kami berkongsi 3 orang. Bilik air memang spa habis la.





Ok the end...sambung pula next week sebab minggu ni busy dengan kenduri kahwin adik.

                                                ............to be continued