Memaparkan catatan dengan label rice. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rice. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2012

Sambal Petai Udang

Kebizian yang melanda membuatkan entry dalam blog ni asyik tertunda je. Kat rumah sekarang dah bizi dengan bisnes kek dan kat opis biasala bizi macam nila. Peningla dengan perancangan masa depan sekarang ni, serabut kepala hadoila, hanya Allah yang tahu betapa geloranya dalam hati ni...moga-moga Allah permudahkan segala urusan baik atas muka bumi ni, Amin.

Resepi hari ni ialah Sambal Udang Petai yang sangat sedap sampai menjilat pinggan hehehe.....
Sambal udang ni memang favorite apatah lagi kalau campur dengan petai pulak kan, seriusly sangat membuka selera walaupun dah kenyang. Apa yang bestnya sambal ni ialah saya masukkan sikit susu low fat supaya nak sikit rasa krimi konon-konon macam gantikan santanla, alahai suka sungguh buat resepi merapu. 
Nampak tak udang yang telah ditanggalkan kulitnya tu?kulit tu jangan buang tau. Kulit udang tu saya rebus dan kemudian saya toskan dan simpan air udang ni konon-konon macam stok udang jugak la. Masa saya buat sambal ni, agak-agak air tersejet dan kering, saya tambahkan stok udang. Kalau saya buat sambal, memang lama kadang-kadang sampai sejam sebab saya nak masak cili ni sampai betul-betul masak. Lepas tu saya memang guna api kecik je, sebab tu kalau kering tambah sikit air sampai color dia berubah la. Kalau perasan kan kalau kita buat sambal, makin lama masak atas api ni boleh simpan lama sikit. Kalau sehari biar tak panaskan pun tak basi lagi. Cuba sendiri kalau tak percaya. Saya dah buat eksperimen dah sebab tu boleh cakap macam ni. Macam projek sains lak kaji berapa jam selepas masak baru bakteria membiak dalam makanan hehehehehe....kalau rajinla nak kaji.
Meh layan jap resepi kat bawah ni.....
Bahan:
  1. Udang (agak-agakla tapi saya guna dalam setengah kilo je)
  2. Petai (ikut suka sukatannya tapi saya suka banyak petai dari udang)
  3. Cili Kering 7-10 tangkai ( rebus dulu bagi hilang bau nak bersin tu dan bagi lembik senang nak blend)
  4. Bawang Besar - 1 biji (kalau guna bawang merah lagi best, anggaran dalam 6 biji)
  5. Bawang Putih - setengah labu (ikutla, saya suka bau garlic sebab tu guna banyak sikit)
  6. Belacan / Ikan bilis - sikit je untuk kisar sekali dengan bawang
  7. Asam jawa - 2 sudu (1 sudu pun cukup tapi saya tak suka pedas sebab tu bagi masam sikit)
  8. Sos sotong - 2 sudu
  9. Garam / gula secukup rasa
  10. Stok udang ( diceritakan kat atas tu)
  11. Low fat milk - 3 sudu (saja letak)
Caranya:
  1. Bersihkan udang, buang kulit dan rebus kulit udang untuk dapatkan stok udang
  2. Blend cili kering +  bawang + belacan/ikan bilis
  3. Dalam kuali masukkan bahan yang telah blend tadi sampai pecah minyak, baru masukkan udang, petai, asam jawa, gula, garam, sos sotong dan biar je sampai kering
  4. Kalau kering tambahkan stok udang sampai masak.
  5. Ok dah siap...leh makan dengan nasi panas-panas..yum yum....
Bagi saya hidangan ni lengkap dengan karbohidrat, protein dan sayur. Sangat sihat bukan? Selamat mencuba dan menjamu selera....

Rabu, 18 Januari 2012

Daging kicap dengan Capsicum dan Potato

Satu lagi hidangan yang kelam kabut masak time lunch hour. Sebenarnya nak makan kat cafe je tapi cafe ni baru bertukar kepada pengurusan yang baru dan lauk pun hurmmm.....bukan mengada tapi tak kena pada selera, mungkin baru lagi sementara nak menyesuaikan keadaan kot.
Apa lagi masa tu baru teringat ada daging dalam peti sejuk, nak defrost memang tak sempatla rehat pun sejam je kan. Nasibla rumah pun dalam kawasan opis jugak, rempit balik rumah terus keluarkan seketul daging beku humban dalam kuali ni. Tanpa membuang masa tangan ni terus je cepat-cepat capai sayur apa ada je dalam peti ais.

Best jugak masak kalut-kalut macam ni terasa sedap la pulak hehehe perasan lagi. Tadi dah beli nasi kosong kat cafe, nak masak nasi kat rumah confirm lagi tak sempat kan. Dalam 20minit daging pun siap dimasak, empuk lagi. Buat pula makan sorang je lantakla bahan apa nak letak pun janji perut diisi sebab kejap lagi nak sambung buat kerja pula.

Nak tau resepi daging ni meh layan jap.....

Bahan:
Daging - 300gm
Capsicum - 1 biji
Potato - 2 biji
Kicap - 2 sudu
Bawang merah - 1 biji
Bawang putih - 2 ulas
Sos sotong - 2 sudu
Asam jawa Adabi - 1/2 sudu
Serbuk cili - tak letak pun tak pa
Sedikit air
Garam+gula secukup rasa

Caranya:
Kalau ikut cara saya semua ni masuk dalam kuali terus dan biar daging ni mendidih sendiri sampai kentang empuk. Guna api tinggi sebab kalau guna api kecil daging lambat nak empuk sebab kandungan air dalam daging akan kering. Kalau guna api tinggi, kandungan air dalam daging tak keluar sebab isi daging di luar dah keras (masak) so daging ni akan cepat lembut lagi. Ada lagi petua nak bagi daging cepat masak dan empuk ni dengan hiris daging melawan urat daging dan lagi masa masak daging masukkan sudu besi or benda logam supaya lebih panas dalam masakan, lepas masak baru keluarkan sudu besi.

Ok selamat mencuba dan menjamu selera....

Khamis, 17 November 2011

Nasi Goreng Fennel

Saya mengaku saya tak pandai buat nasi goreng. Selalu fail je tapi practice make perfect kan...usaha tangga kejayaan hehehe.......
As usual, saya suka buat lagi makanan merapu. Kali ni saya nak buat nasi goreng bersama fennel.

Inilah rupanya fennel. Bau dia sangat harum, patutla jintan pun dipanggil fennel seed. Bolek klik disini untuk baca pasal fennel ni.


Fennel juga dipanggil dengan nama Florence fennel bulbs. Ia menjadi 3 bahan utama dalam penyediaan alkohol dan menjadi popular sekitar lewat 19th century sebagai minuman keras di France dan negara-negara lain.

Fennel akan jadi sayur favorite saya selepas ni sebab saya dah jatuh cinta dengan keharumannya.

Jemput makan. Malas nak tulis resepi sebab saya tak pandai buat nasi goreng.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Nasi lemak gantikan Santan dengan Low Fat Milk

Walaubagaimanapun saya kena habiskan beras sebelum ia rosak makan dek kutu beras. Kenapa beras zaman sekarang tak tahan lama?pelik jugak sebab dulu masa saya kecik-kecik dulu kalau simpan beras sampai setahun pun beras elok lagi tak diserang kutu beras pun tapi sekarang biar sebulan dah hancur rosak. Mungkinkah dulu tanam padi setahun sekali tapi sekarang dalam 2 tahun dah boleh tanam 5 kali. Teringat juga dulu zaman kanak-kanak rumah saya ada jelapang padi. Dalam jelapang padi tu simpannya padi selepas menuai. Sekarang ni kalau nak tengok jelapang padi kena pi muzium la sebabnya jelapang padi dah pupus tenggelam dek peredaran zaman. Kalau ada jelapang sekali pun mesti dah bertukar dari reban ayam atau stor simpan barang-barang. Sedih pula warisan dah semakin pupus.

Saya ni gambar blender pun nak ambil gambar jugak hehehehe....sebenarnya saya suka memenuhkan blog ni dengan gambar daripada penulisan. Boring kan nak baca tulisan panjang lebar, layan gambar jela lagi senang nak paham. 
Mula-mula saya buat sambal dulu, saya kena rebus dulu cili kering dalam 20 tangkai dan blend dengan 5-7 biji bawang merah, 4 ulas garlic, 1 inci belacan bakar, 1 inci halia dan 1/2 cup minyak. Tujuan saya blend bahan-bahan ni semua dengan minyak supaya biji cili akan hancur dikisar sama. Kalau tidak kan dalam sambal ada banyak biji cili, makan biji cili kang sakit appendix pulak. So sambal saya tak akan jumpa biji cili hehehehehehe....

Ikan bilis ni saya gorengkan dengan minyak dulu dan ketepikan

Kacang tanah pun saya goreng tanpa minyak dan ketepikan

Dalam belanga yang panas, saya terus tuangkan bahan-bahan blend tadi. Jangan letak minyak dah sebab dalam blender dah letak minyak kan. Saya masukkan 2 batang serai yang diketuk, 2 sudu asam jawa Adabi dan sebatang kulit kayu manis dalam 3inci panjang. Saya perasakan dengan gula melaka dan garam. Kalau kering boleh tambah air.

Masa untuk masak nasi pula. Selepas basuh beras saya masukkan 3 inci halia yang dicincang, 2 ulas garlic yang diketuk, 5-6 biji lada hitam dan 2 helai daun pandan. Bahan utamanya saya letakkan sekotak marigold low fat milk. Bukan kotak besar tu, kotak yang ada straw kat tepi tu je. Tambah sikit air.


Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang
7 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
20 tangkai cili kering (dikisar)
1/2 cawan minyak (dikisar)
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan bakar (dikisar)
Sedikit asam jawa

Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan-bahan (Nasi)
3 cawan beras
1 kotak low fat milk
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2 ulas garlic
5 biji lada hitam
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara
  1. Untuk sambal, masukkan bahan kisar.
  2. Masukkan air, gula Melaka, dan asam jawa. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan susu, air, halia, garlic, lada hitam dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
  5. Boleh dihidangkan dengan telur rebus, kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng.
Selamat mencuba

Jumaat, 7 Oktober 2011

Ayam Mustard dengan NASI

Saja je nak highlightkan "nasi" sebab nak bagitau saya pun suka makan nasi jugak cuma makan pasta lebih kerap dari makan nasi je. Kengkawan la suka komplen entry nasi tak banyak pun dalam blog ni, asyik-asyik pasta je memanjang. Tapi entry kali ni bukan nak cita pasal nasi tapi nak cita pasal ayam mustard ni.

Menu ni buat masa lunch's break jugak. Memandangkan selera saya semakin tinggi dan tak selera nak makan kat cafe, pukul satu terus cabut balik rumah masak. Ayam ni saya dah perap semalam sebelum tido dalam peti ais dengan thyme+paprika+mustard. Hari ni saya beli nasi kosong je kat cafe dan saya bakar ayam ni atas pan dalam 10 minit je dah siap boleh makan.

Saya bakar ayam ni dengan olive oil dan guna pan yang non-stick. Ringkas dan mudah kan?dan yang paling penting menyelerakan.

Selamat mencuba

Rabu, 21 September 2011

Sotong dengan Cayenne Pepper

Sebenarnya aku dah lama tak makan sambal sotong. Lebih kurang bertahun jugakla tak makan sambal sotong. Baru-baru ni masa shopping kat 'Giant' nampak sotong baru sampai kot masa tu sebab nampak fresh je terus teringat sambal sotong. Apa lagi tanpa tertahan-tahan air liur pun sluuppp....telan balik...terus capai plastik bag dan ambikla 2,3 ekor je yela makan sorang katakan.

Sampai rumah baru teringat punya excited ambik sotong tak ambik pulak serai dan cili kering nak buat sambal ni. Selongkar punya selongkat pantry jumpala cayenne pepper, paprika dan cili flake je huhuhu sedih kan....nampak sangat tak suka masak masakan tradisional lansung.

Demi mencapai hasrat dan cita-cita murni yang bertahun kurun tak makan sambal sotong maka hari ni dengan gigihnya akan ku buat sambal guna paprika, cayenne dan cili flake ngeh ngeh negh.....
Jom intai resepi sambal sotong fusion ni,
Bahan:
  1. 2-3 ekor sotong saiz sederhana
  2. 1 biji bawang besar
  3. 2 ulas bawang putih
  4. cili flake 
  5. serbuk paprika
  6. serbuk cayenne
  7. garam/gula
Cara:
  1. Blend or tumbuk je bawang2
  2. panaskan kuali, masuk bahan blend bersama cili flake, paprika dan cayenne
  3. Bila dah pekat or pecah minyak baru balancekan perasa garam dan gula
  4. Ok siap

Telefon berbunyi ring ring ring...mr.soulmate call tanya makan apa, jawab makan nasi.....terkezut kot mr.soulmate tetiba makan nasi plak hehehehe poyo kan bini dia asyik makan spaghetti je tah entry pasai spaghetti berjela-jela tapi entry pasal nasi cuma ada nasi ulam tu je. Yela dah buat sambal sotong mesti kena makan dengan nasi panas-panas, sedapnya......cuma tuhan je tau betapa nikmatnya makan makanan yang kita dah lama kempunan hohohohoho.....SELAMAT MENCUBA......

Jumaat, 12 Ogos 2011

Nasi Kerabu Kelantan

Sebenarnya menu ni saya tak masak kat rumah tapi masak kat pasar Ramadhan je hehehe janji ada duit dan tunjuk je nak masak apa kat param hehehehehe......
 Saya pun dapatkan resepi nasi kerabu kelantan untuk buat rujukan sama-sama kot-kot nanti-nanti terasa nak buat sendiri nasi kerabu kelantan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )


Nasi:
4 cwn beras
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air
2-3 titik pewarna kuning (tak elok pakai pewarna, guna pewarna kat bunga morning glory)
2-3 helai daun limau purut (optional)
1 btg serai-diketuk (optional)
Cara:
Macam masak nasi biasa, cuci beras dan masukkan semua bahan-bahan. Nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air.
Sambal Tumis:
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit @ 1 sk serbuk kunyit
200ml @ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu @ 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka

Cara sambal tumis:
1. Blend lada kering, bawang besar, bawang putih, kunyit dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan minyak (kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak. Masukkan budu, asam gelugor, garam dan gula melaka secukup rasa.

Sambal ikan:
1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering @ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar @ 4-5 biji bawang merah
1 batang serai, dihiris
1cm halia

Cara:
1. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa. (kadang-kadang saya rebus je, malas bakar)
2. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
3. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
4. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
5. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
6. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

Kerabu:
kubis
timun
taugeh
daun kesum

Bahan lain- optional:
solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan

Selamat Mencuba....

Isnin, 28 Februari 2011

Nasi Ulam Kedah bersama Roasted Chicken

Hampir dua tahun diperantauan saya cuma jumpa nasi kerabu kelantan je jual di mana-mana, nasi color purple tu. Lepas tengok  Best Wan dalam AFC terus lapar nasi ulam Kedah huhuhu dahla lama tak balik Kedah, rindu la pulak hehehe.....
http://www.asianfoodchannel.com/bestwan/viewrecipe.php?id=26



Bahan-bahan nasi ulam, 
beras (sudah semestinya), ikan bilis, ikan kembong (lebih kurang 3 ekor atau secukupnya), udang kering, kelapa parut (nyior mesin), semua bahan ini perlu di goreng kering dan dikisarkan. bagi ikan kembong, ambil isi sahaja dan dikisarkan juga. Sambal belacan, bahan-bahannya, cili merah (cabai masak), cili hijau (cabai melaka), belacan, garam, dan limau nipis. Semua bahan ini ditumbuk atau dikisarkan. Ulam-ulaman seperti, pegaga, bunga kantan, serai, daun kunyit muda, daun sekentut, pucuk putat, pucuk gajus, daun kesum, daun selasih (basil), daun limau perut, ulam raja, daun kaduk dan pelbagai ulam yang dirasakan bersesuaian. Antara bahan-bahan lain, bawang merah (secukupnya), limau nipis atau limau kasturi, lada hitam dan garam secukup rasa. Ulam-ulaman dan bawang perlu dihiris halus.

Cara-cara:
Masak nasi (bersesuaian dengan orang), setelah masak, lerai nasi (hancurkan/ macam buat nasi goreng), biarkan sejuk.
Goreng kering kelapa parut sehingga berwarna perang, kisarkan hancur.
Goreng udang kering, ikan bilis dan kisarkan juga.
Ikan kembong digoreng garing (lagi sedap), ambil isi sahaja dan kisar.
Sambal belacan (cili merah, cili padi dan belacan yang telah ditumbuk bersama garam secukup rasa dan diperahkan limau nipis)
Ulam-ulaman ( pegaga, bunga kantan, serai, daun kunyit muda, daun sekentut, pucuk putat, pucuk gajus, daun kesum, daun selasih (basil), daun limau perut, ulam raja, daun kaduk dan pelbagai ulam yang dirasakan bersesuaian) dipotong halus.
Bawang merah dimayang halus.

Masukan nasi kedalam bekas yang bersesuaian, cukup besar untuk digaulkan bersama bahan-bahan lain. Masukan ulam-ulaman dan bawang yang dipotong halus tadi, masukan juga udang, ikan bilis dan kelapa yg telah dikisar tadi. Masukan juga isi ikan kembong yang telah dikisarkan tadi. Campurkan juga sambal belacan yang telah disediakan tadi (secukupnya, boleh lebih jika suka pedas). Masukan garam dan lada hitam kisar secukup rasa. Perahkan limau nipis atau limau kasturi mengikut selera anda (selalunya 2 biji limau nipis @ 6 biji limau kasturi; untuk rasa masam dan bau harum limau tersebut). Gaulkan rata (pastikan rata betul-betul).

ni rupanya ayam yang dah dipotong kecik-kecik

sebelum potong ayam tadi rupanya lepas grill mcm ni la 
 
Ayam Panggang ( cara suami ku)
Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor (buang isi dalam; hati, perut;limpa.semua la)
serbuk jintan putih dan jintan manis, lada hitam kisar, bawang merah dan bawang putih dikisar halus, halia, serai, cili padi (2 biji jer) dikisar halus juga. oregano, taim, rosemary, dan sedikit serbuk kulit kayu manis. Madu, garam secukup rasa dan sos tiram. daun limau purut dihiris halus.
Ayam tadi dibersihkan dan ditoskan, untuk kurangkan jumlah air. Masukan dalam bekas plastik (tupperware @ plastik beg yang boleh disealkan semula), Masukan semua bahan-bahan tadi bersama-sama ayam, gaulkan rata. Perapkan sekurang-kurangnya 4 jam (semalaman lagi bagus). Masukan kedalam oven, grill sehingga masak. 

Hidangkan, boleh dipotong kecil atau hidang sekor camtu ja.

Hidangkan bersama-sama ayam panggang (ayam golek pon ok jugak) dan sambal belacan.


Lepas makan nasi ulam ni memang sesuatu kepuasan sangat hahahaha......sebab dah lama mengidam kot. Sebenarnya original resepi ni datangnya dari suami tercinta, kami sama-sama mengidam nak makan nasi ulam kedah. Manala ada orang jual kat sini, so memang kena buat sendiri la semua. 
Ulam-ulam ni kami cari kat pasar malam dan selebihnya kat tesco hehehehe......rupa2nya kat tesco lagi banyak jual ulam dan harga pun lebih murah berbanding kat pasar malam. Semua bahan-bahan tadi suami yang sediakan termasuklah masak dan jeng jeng......tulis blog untuk bahan2 dan cara2nya, melampau betoi saya ni. Apa-apa pun masakan suami memang tiada tolok bandingan, semuanya sedap. Luv u babeh.....