Memaparkan catatan dengan label Hatyai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hatyai. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mei 2012

Hat Yai....Train Trip, Part 3

Dari Siri Pertama
Dari Siri Kedua

Inila rupanya pemandangan Plaza Market dari tingkat 1. Masih dalam construction lagi. 

Barang-barang kat sini memang murah-murah jauh bezanya dari Danok, Padang Besar, Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam. Lagi murah kalau kita pandai tawar menawar. Satu lagi kalau kedai yang owner dia pandai cakap melayu walaupun sikit-sikit memang mahal dan susah nak bargain berbanding yang kedai yang owner dia pakat-pakat tunjuk kalkulator je kalau nak tanya harga bargain.

Tak banyak pun barang-barang yang saya berkenan kecuali t-shirt dan jubah. Nak beli hadiah kat orang bolehla nak beli kat diri sendiri memang tak terpakaila alamatnya.

Pengangkutan yang cepat dan termurah setakat ni, tut tut. Driver pun ala-ala F1 je, tang kona rasa macam nak terbalik je tak reti nak slow langsung.

Sesekali panas kat luar, kami lari masuk robinson jap ambik udara dingin aircon.

Ini jadual bas kalau nak ke arah utara dan ke selatan (Malaysia)

Building yang colorful di sekitar pekan Hatyai.



Pukul 4.15pm train dah nak gerak masuk Malaysia balik. Aktiviti tukar duit dan cek tiket pun bermula. Masa dalam train balik ni ada jumpa satu family dari Yala. Satu family naik train nak turun ke KL Sentral sebab nak hantar anak perempuan baru nak daftar masuk UIA, Gombak.

Dalam train arah ke selatan menikmati sunset plak. 







Ahad, 19 Februari 2012

Hat Yai...Train trip, Part 2

Alahai lambatnya kemunculan part 2 ni kan, sebab kebanyakan gambar-gambar ni besar dan jenuh jugak nak edit la crop la nak muatkan dalam entry ni.


Masa part 1 tu saya stop kat Stesen Padang Besar, Perlis kan...so, part 2 sambung kat sini juga la.

Padang Besar ni tempatnya kontena dari negara utara di bawa masuk ke negara arah selatan ni termasukla Malaysia dan Singapura dan sebaliknya. Lebih kurang port import eksport la, so Padang Besar ni memang busy dengan pertukaran kontena-kontena samada melalui lori dan keretapi. Masa kat Padang Besar ni kami berenti agak lama juga sebab proses cop mengecop passport dan sebagainya. Satu lagi pilot ketapi Malaysia akan bertukar tangan dengan pilot Siam untuk bawak ketapi ni masuk ke Thailand. Kat sini lepas proses mengecop passport, penumpang akan rilex-rilex dulu, samada ke toilet membuang hajat atau breakfast kat cafe. Kami berdua apalagi sessi bergambarla hehehehe....

12.00pm


 20minit kemudian dari Padang Besar, keretapi dah melalui pekan-pekan kecik di selatan Thailand. Yang peliknya masuk je Thai, jalan raya dan landasan keretapi tak selari atau bersilang 90 darjah, semuanya senget dan tak ada palang pun sepanjang landasan keretapi....cuma letak kon je kalau keretapi lalu. Maksudnya semua kenderaan termasuk manusia dan binatang kenala alert setiap kali keretapi lalu dan keretapi pula sepanjang perjalan asyik bunyi hon je. Masa dalam Malaysia train ni diam je, masuk je Thai hon tak berenti-henti.

Dah sampai sudah stesen Hat Yai....turun je dari train dok pikir nak jalan ke mana ni. Signboard pun tak reti nak baca semuanya tulisan Thai. So, kami ambik keputusan ikut je kaki nak pi mana. Memandangkan kami sampai pun dah tengahari, maka perut harusla diisi terlebih dahulu.




Ini merupakan pertama kali saya dan mr.soulmate ke negara asing ni, ditambah dengan penduduk yang sangat tak pandai langsung cakap omputih lagila seksa. Akhirnya kami dua berkomunikasi dengan orang tempatan guna bahasa insyarat badan je lebih mudah rupanya.

Akhirnya driver tut tut paham jugak setelah berpenat berisyarat nak pergi makan. Kami minta dia bawak restoran muslim kat Hat Yai ni sebab kami dah tentula nak cari tempat makan orang Islam. Harga tut tut dari stesen train ke restoren sebanyak 40baht iaitu bersamaan RM4. Saya dah tukar duit Siam ni awal-awal lagi dan rate dia adalah RM10 bersamaan dengan 100baht. So senangla nak kira harga balik sebab sama je dengan RM.

Inilah pemandangan sekitar bandar Hat Yai dalam tut tut. Tut tut ni laju kemain lagi driver ni bawak, sekali kona macam nak terbalik je. Kat bandar Hat Yai ni banyakla kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia terutamanya plat Kedah la. Rasanya lebih banyak plat Malaysia dari Thai kot sebab jalan mana ja akan jumpa orang Malaysia. Kalau bawak kenderaan sendiri masuk Thailand pun ok selamat je.

Akhirnya driver tut tut  bawak kami sampai ke restoran Hamid walaupun berkomunikasi dengan bahasa badan, sampai jugak kami kat sini. Masuk je restoran ni memang penuh dengan orang Malaysia ja dan waiter pun fasih cakap bahasa melayu, no wonder la driver tut tut ni macam tau-tau je orang Malaysia mesti nak makan kat sini.

Dahaga la sangat-sangat sebab penat nak cakap dengan orang sini ditambah cuaca yang super panas dan kering, memangla Thailand kan cuaca tropika tak sama dengan Malaysia yang lembap dan panas sebab cuaca khatulistiwa. Kat sini saya minum air mango, memang sedap airnya sangat menyamankan tekak. Tapi bila mula-mula buka menu terkejut jugak sebab harga dia mahal 3 kali ganda berbanding restoran Patanni kat Kedah. Agaknya sebab waiter kat sini semua pandai cakap melayu dan target marketing pun pelancong muslim, sebab tu harganya mahal.

Kami makan tomyam siakap, sotong masak cili stim dan kerabu manga. Menu wajibla kan sebab mai makan restoran siam.


 Sotong ni sedap, fresh dan tak liat. Kuah dia memang sedap sebab ada rasa masam limau, pedas cili padi, manis gula kabung dan masin sos ikan atau sos sotong. Cara dia masak dia tak ambik masa lama pun masak, stim sekejap je dan mungkin jugak sotong ni diperap terlebih dulu sebelum masak sebab rasa rencah sebati dengan sotong.

 Ini tom yam siakap. Pelik juga sebab tak pernah lagi jumpa tomyam siakap ni. Siakap ni rasanya fresh juga cuma kuah dia kurang sikit rasa dan agak cair. Walaupun harga dia mahal ingatkan sedapla kan tapi hampa sikit sebab tak sedap. Nampaknya tomyam Pattani jugak the best tomyam ever hehehehe

Ini kerabu manga, rasa dia sama ja macam kerabu manga kat Kedah cuma lainnya dia tak letak ikan bilis dan udang kering tapi dia letak sotong kering.

Kesimpulannya rasa makanan kat restoran ni takla sesedap makanan restoran Pattani kat Kedah. Harga pun mahal 3kali ganda dari restoran Pattani. Memandangkan kedai ni bersih dan servis pun elok maka takla nak kondem sangat restoran ni. Mungkin restoran ni yang terbaik di Hat Yai. Sedap ka tak sedap ka kalau lapar tu licin jugak kan hehehehe

 Moto cantik

Next destination, kami ke Hat Yai Plaza...saja nak jalan-jalan dan nak beli t-shirt Hat Yai sebagai bukti sampai dah ke Hat Yai, poyo dak?



Memandangkan kami berdua ni berlenggang kangkong tanpa bawa baju ala-ala nak menginap kat sini, maka kaki kami harusla gerak pantas sebab nak kejar last train balik ke Malaysia pula. Maka saya sambungkan trip ni ke part 3 pula sebab penat nak mengedit gambar dan upload gambar ni, maklumla ala-ala buta IT jugak ni
Hat Yai Train Trip Part 1
Hat Yai Train Trip Part 3

Isnin, 6 Februari 2012

Hat Yai....train trip, Part 1

0500



Cuti sempena Tahun baru Cina baru-baru ni, saya dan mr.soulmate plan nak cross border by KTMB, Keretapi Tanah Melayu Berhad. Maklumla baru buat passport sebab plan nak jalan makan angin jauh sikit tapi dah terlajak balik kampung pun di negeri sempadan Thailand, apa salahnya masuk siam. Kami berdua memang ada keturunan dari siam tapi tak la pernah nak jejak kaki kat negara nenek moyang ni. Entahla sebab tak best sangat kot hehehe...oppsss...
Kami plan nak balik hari je maknanya tak berniat sikit pun di lubuk hati nak bermalam di sana. 
Kami bercadang naik train ni di stesen Gurun. Kami diberi maklumat masa train ni akan lalu kat Gurun ni pukul 6.15pagi. Train ni dari arah selatan for sure, kebanyakan penumpang yang naik dari KL Sentral (tak sanggupla ampun naik dari KL Sentral ke Kedah, 12 jam dalam train). Train ni akan ke arah utara sampai ke Hat Yai-Bangkok-Chiangmai. Dari Gurun nak ke Bangkok akan ambil masa selama 16jam dalam train. Kalau dari Gurun ke Hat Yai cuma ambik masa 3jam (kalau tak ada apa-apa aral melintangla). Harga tiket seorang berharga RM18.
Honestly....walaupun pukul 5.30pagi kami dua dah terpacak dekat stesen ketapi Gurun ni, dalam hati sangat riang gumbira. Tetiba perasaan dah jadi macam kanak-kanak hehehe cuma jasad je orang tua. Apa taknya lama gila kot tak naik train apatah lagi bukan setakat merentas negeri tapi merentas negara lagi. Dahtu konon trip sehari je berlenggang kangkong mak minah je.

Masa ni tengah tunggu train nak lalu, sunyi sepi. Kadang-kadang angin sejuk terasa sampaikan ke tulang hitam tulang hitam tu kejadahnya?


0630

Train yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga. Dengan gelabah bewak jugakla dok mencari gerabak mana nak naik sambil tengok dalam tiket ketapi, ketapi dah bunyi hon nak jalan pun. Ketapi ni berenti tak sampai 3minit dah nak jalan balik. Apa lagi dah bunyi hon tu, hentam naik jela. Dalam train baru dok cangak-cangak jalan dari gerabak ke gerabak then cari seat pulak. Penumpang yang lain semua nyenyak je tido, kami je sibok mencari seat kosong sebab dalam tiket dah tulis free seat meant hentam duduk je mana-mana seat yang kosong. Kebetulan ada dua seat yang free tapi macam ada bungkusan plastik pulak. Memandangkan orang lain tido nyenyak sorang 2 seat, takkan nak kejutkan pula...duduk yang mana kosong jela. Mr.soulmate cakap nak ke cafe cari roti ka apa sebab kami dua kelaparan sangat. Pastu adala mamat dari jauh dok pandang pastu dengan senyum terus mai nak duduk kat sebelah, apa lagi terus la cakap "eh...tak boleh duduk, kat sini dah ada tempat orang" pastu dia pun dengan muka kecewa sebab tak leh duduk sebelah awek terus ambik bungkusan plastik kat situ dengan muka macam nak bagitau something tapi macam malu pun ada gak hehehehe.....oooo rupa-rupanya tu tempat dia. Takpala sapa suruh jalan merata-rata dalam train, mau tak jalan-jalan kalau dah 12jam asyik dok je dalam train. Pak konduktor pun datang nak cek tiket.

Dari Gurun maka sampaila ke Alor Setar yakni tempat kelahiranku as know as tempat dibesarkan dan diberi pendidikan awal. Masa sampai Alor Setar ni sunrise, matahari macam malu-malu nak tunjukkan cahayanya hehehehe

Kitorang dah jadi kanak-kanak riang dalam train dah, sangat hepi terkinja-kinja. Sambil menikmati view yang menakjubkan, breathtaking bersama orang tersayang.

"Horey....boleh naik train...."
 macam nila mukaku sepanjang perjalanan atas train ni, sangat awet muda okeh






Semua view kat atas tu diambik dalam train di sekitar kawasan Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah. Cantek bukan negeriku...mana nak dapat view macam ni kat KL

0815

Kami pun sampaila sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar, Perlis. Kat sini semua penumpang dikehendaki turun bersama bagasi kalau ada. Kami tak ada bagasi. Keluar je dari train, pegawai-pegawai KTMB dengan ramahnya bagitau kat mana nak cop passport dan minta kami semua breakfast kat tingkas atas tu ada cafe dan toilet. Diorang bagitau jugak mungkin train akan gerak dalam masa 45minit lagi, so bolehla lepak-lepak dulu. Kat sini semua penumpang kena beratur untuk pemeriksaan kastam dan immigration. Lepas cop passport, pegawai Thai akan edar borang untuk diisi dan separuh akan serah masa tu dan separuh lagi akan serah masa nak keluar dari Thailand. Lama jugak berenti kat sini sebab pilot Malaysia dibenarkan bawak train sampai sini saja dan kemudian pilot Thai akan bawa train ni untuk masuk Thailand (heran juga sebab bukankah train ni KTMB yang punya, mungkin dah ada perjanjian dah kot)

Mungkin semua orang dah tau kot yang KTMB dengan projek landasan berkembar sekaran ni dan sepanjang perjalanan ada construction. Tapi walaupun dalam pembinaan, tak menjejaskan langsung perjalanan. So, jangan risau.

Jiwa kanak-kanak tak hilang lagi tu, aduyai...nasibla dapat mr.soulmate yang sangat memahami hehehe.....next sambung part 2 cerita kat pekan kecik kat Hat Yai.
Hat Yai Train Trip Part 2
Hat Yai Train Trip Part 3