Memaparkan catatan dengan label fish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fish. Papar semua catatan

Jumaat, 4 November 2011

Sotong Tempura

Petang semalam lepas balik kerja lepak-lepak dulu depan tv tengok Barefoot Contessa. Ina masak tempura sotong. Baru saya pun teringat ada sotong jugak dalam peti ais. Sotong yang ada ni pun tak fresh sangat, memang sesuai sangatla buat tempura. Cara Ina buat pun mudah juga. Apa lagi, defrost sotong dulula. Lepas mandi manda, solat semua baru masuk dapur nak dinner tempura sotong.

Sotong ni memang saya buang semua kulit dia sekali biji mata pun buang cuma tinggal isi semata-mata sebab saya tak lalu nak makan kulit dia mengada sungguh aiih


Gambar kat atas tu kanan sekali tepung jagung, telur dan bread crumb. Cara dia mudah je, celup sotong dalam tepung jagung dulu kemudian celup dengan telur dan akhir sekali celup dalam bread crumb. Kaedah ni sama juga macam saya masak Chicken Cordon Bleu

Inilah hasilnya bila dah celup dengan letiga-tiga bahan tu.


Bila disalut dengan ketiga-tiga bahan tu, saya pun goreng dalam 2minit je deep fried. Kemudian saya atur atas pan untuk dibakar pula.

Saya bakar selama 15 minit dengan suhu 190C. Kenapa ya saya tak gorengkan je?kenapa nak menyusahkan diri dengan bakar dalam oven pulak? sebabnya kalau goreng lama-lama nanti sotong ni meletup-letup kang minyak panas buat perang bom dalam dapur. Keduanya bila bakar, isi sotong lebih lembut dan tak liat langsung.

Inilah hasilnya bila keluar dari oven. Isi sotong lebih lembut walaupun kulit luar crispy.

Sementara tu saya buat coleslaw, saya grated carrot+kubis+bawang+thousand island dressing. Lagi sedap pula dalam coleslaw ni gantikan mayonis dengan thousand island dressing.

yum....

Jumaat, 21 Oktober 2011

Sambal Bilis dan Kacang Kuda

Menu ni memang dah lama gila tak makan. Inilah hidangan yang biasa makan masa kecik-kecik dulu sebagai snek yang sentiasa ada dalam peti ais.
Tak susah nak buatnya ni janji ada semua bahan, ok jalan....
Kacang kuda ni saya rendam semalam dulu kemudian rebus dan toskan, biarkan.

Meh buat sambal pula...tapi kena rebus dulu cili kering

Cili kering yang telah direbus, saya blend dengan bawang putih dan bawang merah dan minyak. Seperti saya pesan sebelum ni, kalau nak hancurkan biji cili kena blend dengan minyak dan air sikit.

Sementara nak tunggu sambal pecah minyak, saya gorengkan ikan bilis pula. Kemudian ketepikan.

Sambal dah mula pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula dan masukkan 1 sudu asam jawa.

Kemudian boleh masukkan kacang kuda dan ikan bilis.

Goreng sehingga kering supaya tahan lama.

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang kuda
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (blend)
  • 1 ulas bawang putih (blend)
  • 25 tangkai cili kering (boleh dikurang/tambah)
  • sedikit belacan
  • 1-2 sudu makan madu (option) 
  • sedikit garam
  • 1 sudu asam jawa
  • 1 batang serai diketuk (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-cara

  1. Rendam kacang kuda semalam sehingga kembang kemudian rebus dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan blend hingga wangi dan sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula belacan, asam jawa, garam, serai dan madu.
  4. Kemudian masukkan kacang kuda dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

Selamat mencuba

Isnin, 30 Mei 2011

Masakan Utara!!!!!!!!!

Setelah hampir 10 bulan tak balik kampung nun di utara, kempunan nak makan masakan utara tak yah cakap la lebih dari orang pregnant lagi. Kebetulan ni mr. hubby ada talk di utara, so plan last minute semua ikut balik kampung...saya pun apply cuti emergency gak hehehe.
Seronoknya la bila sampai je, mata disajikan dengan hamparan sawah padi menghijau. Memandangkan masa agak terhad, kami cuma memilih makanan yang betul-betul kempunan jela huhu tak sempat nak merasa semua makanan

Day 1 (lunch),
Kami cuma berada sekitar Merbok dan Tanjung Dawai kerana urusan di sana. Kedai NAIM GULAI SEMILANG di Tanjung Dawai memang pilihan yang tepat, tak leh dah nak cerita sebab masih terbayang-bayang lagi keenakan masakannya...layan gambar jela.

Sambal Bachang, sekali hadap kena mintak lagi sepinggan tambah kot

Ulam tenggek burung+timun


Ikan tenggiri goreng

Udang goreng (masak dengan air asam boi). Udang laut ni memang sedap gila, rasa dia manis fresh lagi.


Inilah menu special kedai ni, gulai ikan semilang tapi ikan ni digantikan dengan ikan termenung


Sekali snap jela sebab tak sabar nak ngap


Gulai ikan semilang yang masih mendidih
Day 1 (supper),
Sesudah talk dari mr. hubby kepada adik-adik minggu suaikenal, kami lepak lagi kat tepi pantai Tanjung dawai. Kali ni saja nak meratah lauk je sambil dengar desiran ombak dan angin laut eerrrmmmmm bestnya
Udang ni sebesar 4jari tangan dewasa saiznya buat masak cabai, punyala pulun makan baru teringat nak ambik gambar hahahaha.....

Sotong goreng tepung
Day 2,
Kali ni singgah makan di rumah mertua, best sungguh makan air tangan mamaku

Ketam masak lemak

Ayam panggang

Gulai rebung dan daging

Day 3,
Dari Alor Star ke Kuala Kangsar transit ke rumah kakak sulung sebelum sampai ke KL.
Kali ni mr. hubby menunjukkan skill masakan pulak

Ayam masak merah

Ini masakan saya....jelatah


Ayam masak kicap dengan potato (khas untuk anak-anak menakan yang takleh makan pedas)


Tibanya kat rumah terus saya timbang berat badan...wow naik 3 kilo!!!!!!