Memaparkan catatan dengan label pasta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasta. Papar semua catatan

Rabu, 18 November 2015

Kelas Spaghetti Bolognese bersama Anak-anak Yatim Rumah Gemilang

Sedih sangat ni tetiba virus telah menyerang semua gambar-gambar Busan. Hilang semua!!!! Pening dah dok cari recovery sana sini. Gambar yang ada cuma dalam album fb jela huhuhu.....berentila dulu cerita Busan kalau macam tu sementara nak dapatkan semula gambar2 yang hilang.

Video di bawah adalah sepanjang kelas dijalankan.

Nak sambung kelas masakan. Cerita ni mengenai kelas masakan bersama anak-anak yatim Rumah Gemilang Sik seramai 50 orang. Kelas saya ajar adalah kelas SPAGHETTI BOLOGNESE. Kelas diadakan selama 2 hari, jumaat dan sabtu.

Sejujurnya saya sangat happy meluangkan masa walau sebentar dengan mereka semua. Moment macam ni mengingatkan saya akan kisah saya sendiri. Saya telah kehilangan ibu dan ayah dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka di tempat kejadian pada umur 14 tahun. Selepas kehilangan mereka, saya telah hilang tempat bergantung. Saya cuma bergantung harap pada kakak-kakak saja. Setelah kakak-kakak saya melansungkan perkahwinan, saya tidak berminat untuk tinggal bersama mereka dan saya memilih tinggal di asrama sekolah saja dan cuti sekali sekala saja saya pergi ke rumah mereka. Masa tu, saya tidak tahu kewujudan rumah-rumah anak yatim atau apa saja bantuan kewangan untuk anak yatim piatu seperti saya. Tiada sapa yang boleh saya harapkan sebab saya tidak tahu. Saya membesar dengan suasana yang sangat susah sebenarnya. Saya tiada tempat bergantung dan saya cuma doakan agar saya sentiasa dilindungi Allah s.w.t. 

Okla stop cerita sedih. Tetiba banyak lak habuk berkumpul dalam mata. Cerita sedih, duka dan sangat mencabar telah mencorakkan diri saya pada hari ini. Saya hari ini adalah apa yang saya usahakan dan lalui pada masa lepas dengan izin-Nya. 

Berbalik pada kelas masakan......

Selalunya sejam sebelum kelas bermula saya dah siapkan semua peralatan dan bahan-bahan yang akan diperlukan dalam kelas.

Resepi pun saya tulis kat white board selain saya edarkan dalam kertas pada setiap orang.

Sesi mengedarkan resepi kepada semua pelajar. Saya minta depa semua pahamkan bahan-bahan yang bakal nak guna sebentar lagi. Saya suka juga cerita dari segi teori kenapa perlu letak bahan ini dan apa tujuannya dan apa khasiatnya dan sebagainya.

 Pada hari pertama saya minta bantuan mr.soulmate untuk jadi juru gambar saya. Hari kedua saya tiada bantuan sebab mr.soulmate ada program dengan anak murid dia pula.

Selepas sesi kenalkan diri, saya bahagikan mereka kepada 5 kumpulan. Masing-masing ambil tempat dan setiap kumpulan campur kakak sekolah menengah dan adik sekolah rendah.



Cikgu pun mulakan tugas. Seronok ajar diorang ni macam-macam soalan dan curiosity. 

Nak kopek bawang pun mesti ada cara tau kalau nak cepat dan mudah.

Sebelum nak sediakan bahan-bahan untuk sos bolognese, kena didihkan air bersama minyak dan garam untuk masak pasta.

 Seriau juga tengok depa main pisau. Berkali-kali gak pesan jaga-jaga jari-jari comel tu kang terpotong sekali kurangla duit hantaran nanti hehehe...

Air yang dah didih boleh terus masukkan spaghetti.

Nak masukkan spaghetti dalam air panas pun kena ada cara gak supaya pasta masak sekata dan tak melekat antara satu sama lain.


Sementara nak tunggu spaghetti masak, kita sambung dengan sos bolognese lagi.
 Air rebusan pasta jangan dibuang, simpan untuk sos bolognese. Kalau kuah pekat, tambahkan sikit air bagi cair.


 
Yey sos bolognese dah siap.


Jemput makan.

 Bahan-bahan
250 gram spaghetti (sepeket)
200 gram daging lembu/ayam cincang
1 labu bawang besar kuning – potong dadu
2 labu bawang putih – dicincang halus
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3-4 tomato segar ranum - didadu
1/2 batang carrot – parut kasar
1 sudu teh herba Oregano kering, parsley, basil atau Italian Mixed Herbs
1 sudu the lada hitam – kisar
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar butter
1 keping keju chedar
Parutan keju parmesan – untuk menghidang

 Cara-cara

1.      Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan sedikit garam dan minyak. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan. Ketepikan.
Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam.

1.      Panaskan minyak masak,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

2.      Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

3.      Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

4.      Masukkan semua bahan yang lain. Kuatkan api hingga mendidih, kacau selalu. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

5.      Masukkan herba, garam, lada hitam dan gula secukup rasa. Mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

6.      Biar mendidih lebih kurang 10 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Tutup api nak masukkan keju cheddar dan kacau sehingga keju sebati dalam sos.


7.      Boleh hidang dengan parutan keju parmesan dan daun parsley.

Terima kasih daun keladi. Kalau nak belajar masak, kita buat lagi masak-masak lain pula. 
Kenyang perut suka hati...bye bye.....

Jumaat, 30 Oktober 2015

Frozen Lasagna

Assalamualaikum......

Hari ni saya nak buat frozen food sendiri dan boleh makan bila-bila masa walaupun tengah sibuk sebab makanan dah siap dalam peti sejuk.

Salah satu frozen food yang saya suka simpan ialah lasagna. 
Mula-mula saya buat dulu kuah daging dan kemudian baru sediakan kuah putih. Meh ngendap dulu resepi dia.....


Sos Bolognese

500g daging cincang 

1 tin tomato 

10 biji tomato ~ didadu

1 biji lobak merah ~ dadu

2 bawang holand ~ dadu

2 labu bawang putih ~ cincang halus

Sedikit lada sulah 

Garam secukup rasa 

Gula secukup rasa

3 cawan air 

Sedikit lada hitam 

Oregano kering - 2 sudu

Sos cili - kalau nak bagi pedas


Panaskan minyak untuk menumis.


Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
 
Masukkan daging cincang. 

Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit 

masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak 

mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit 

lasagna kemudian)

Masukkan Tomato dalam tin dan sedikit gula jika perlu. 

Masukkan oregano, lada hitam dan sos cili. Tunggu 

sehingga mendidih, padamkan api.

Setelah  kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan kuah 

putih pula.


CHEESE SAUCE

2 sudu besar mentega 

4 sudu besar tepung gandum 

115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi 

Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce

 tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.

1-2 cawan susu segar 

Sedikit garam


Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, 

kacau sehingga sebati. 

Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung 

tidak berketul, barulah dipanaskan semula. 

Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam 

sedikit.

Kemudian padamkan api.





BAHAN HIASAN 

1 kotak instant Lasagna 

Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas

Serbuk Parmesan Cheese ~ tambah jika suka

Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ tambah jika suka


Panaskan oven pada suhu 180 C

Sediakan  bekas aluminium


Lasagna tak perlu di masak ye!

Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas aluminium hingga 

menutupi dasar bekas

Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging 

berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu

Tuangkan sedikit cheese sauce tadi

Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi

 bekas

Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna

Tuangkan baki Cheese Sause

Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian 

besar adunan lapisan tadi   

Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese

Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka

Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau 

sehingga masak

Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna

kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar

Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.

Bila dah masak, biarkan sejuk sebentar dan bekukan kat tempat frozen. Esok, minggu depan, bulan depan, kalau tetiba teringin nak makan tapi malas nak buat boleh ambik dan panaskan semula dalam oven selama 8-10 minit dengan suhu 150C.

Walaupun kita panaskan semula selepas frozen, rasanya masih kekal sedap macam baru semalam masak. Setakat saya cuba ni boleh simpan dalam sebulan je dan masih elok setelah panaskan semula.

Selamat mencuba!!!!

Khamis, 19 Disember 2013

Chocolate Cheesecake


Buat kek lagi....tapi kek ni tersangat lazat. Ini bukan kes nak bangga diri tau sebab bahan2 dalam kek ni menyerlahkan kelazatannya bukan la sebab saya pandai buat ke apa.

Kek ni saya buat sempena birthday kakak saya baru-baru ni. Memandangkan cream cheese sentiasa ja ada dalam peti ais, so saya derhaka sikit resepi ni daripada guna sour cream saya gantikan dengan cream cheese so lehla jadi ciskek...yum.

Resepi ni saya ambil dari Martha Steward dan ada sikit2 dari Nigella Lawson. Kedua-dua resepi ni suruh saya letak cookies kat base dia tapi memandangkan saya takdak cookies, so saya tak letakla.

INGREDIENTS

  • 1 package (9 ounces) chocolate wafer cookies
  • 6 tablespoons unsalted butter, melted
  • 4 bars (8 ounces each) cream cheese, room temperature
  • 1 1/2 cups sugar
  • 1/2 teaspoon salt
  • 4 large eggs
  • 1 cup sour cream - ganti dengan cream cheese
  • 8 ounces semisweet chocolate, melted
  • Chocolate Ganache, for topping

DIRECTIONS

  1. STEP 1

    Preheat oven to 325 degrees. Assemble a 9-inch springform pan with the raised side of the bottom facing down.
  2. STEP 2

    In a food processor, pulse cookies until finely ground. Add butter, and pulse to moisten. Transfer to prepared pan, and press crumbs firmly and evenly into the bottom. Place pan on a rimmed baking sheet; bake 10 minutes, and set aside.
  3. STEP 3

    Wipe out bowl and blade of food processor. Add cream cheese, sugar, and salt; blend until smooth. With motor running, add eggs, then sour cream, and finally chocolate; blend filling until smooth, scraping down sides of bowl as needed.
  4. STEP 4

    Pour filling onto crust, and bake just until set, 1 hour. Turn oven off, and let cheesecake sit 1 hour in oven, without opening (this helps prevent cracking).
  5. STEP 5

    Run a thin knife around the edge of the pan (this helps prevent cracking, too); leave in pan, and cool completely on wire rack. Cover loosely and refrigerate, at least 6 hours or up to overnight.
  6. STEP 6

    Prepare Chocolate Ganache. Unmold cheesecake. Spread ganache in center of cheesecake; let set before serving.




Inila rupanya sebiji kek yang belum dipotong



Selain kek, ada baked seafood macaroni jugak. So sangatla cheesy mizzy makan kali ni. 


Happy Baking.......