Klik sini

Selasa, 3 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 4, part 3 @ JEJU CITY

Best Blogger Tips
*Saya baru balik dari klinik haiwan ni, kucing saya Lola demam teruk semalam. Hari ni vet kata suhu badan dia tinggi. Kena cucuk dan telan ubat dan doktor bagi macam2 ubat juga kat dia, ingatkan mahal tapi harga bil semua RM47 ja. Terkejut saya, dok perati berkali-kali jugala bil ni takut doktor salah kira sebab kalau vet kat Klang Valley paling kurang pun dua ratus lebih. Kat sini cuma ada satu ni je vet dan harganya murah memang best juga, bolehla selalu bawak anak-anak bulu pi vet. Anak-anak bulu bagi saya macam anak-anak sendiri, bila diorang sakit dan murung ja susah hati sungguh. Yela kan kalau setiap hari ceria berlari sana sini dan tetiba jatuh sakit dan murung ja rasa jiwa terseksa tengok keadaan depa macam tu. So kali ni kena asingkan Lola dari semua sebab doktor takut juga kalau dia bukan sekadar demam dan ada bakteria yang boleh merebak ke kucing yang lain. Saya tak sanggup kehilangan anak-anak bulu saya. Masa Cuit mati pun saya nangis berhari-hari sebab dia manja gila dengan saya, panggil je nama dia terus datang naik atas riba dan tidur. Hopefully Lola cepat sihat.


Balik dari Jeongbang Falls kami balik semula ambil bag di Feliz Goodstay Hotel. Maka kuatkan kaki lagi menapak ke bus stop yang sama kami naik nak ke Pulau Udo semalam. Sebenarnya inila 1st time saya travel dengan backpack, kalau tidak sebelum ni bag roda ja tapikan bila galas bag lagi best dari dok tarik bag roda sebab tangan kita bebas nak gerak  dan takyah la susah nak angkat bag bila naik turun tangga. Bila balik rumah mulala rasa sakit yang amat-amat kat bahu sebab tak besa2 galas bag berat tetiba galas bag kan memangla terasa sangat. 

Mr.soulmate takpala dia memang biasa dah galas bag masuk hutan, camping. Bag dia lagi berat dan saya memang tak mampu nak angkat tapi dia kata ok ja tak berat mana pun. 

 Naik bus dari Seongwipo ke Jeju-si / Jeju city mengambil masa lebih kurang sejam juga sebab nak bas henti-henti. Bas ni melalui Hallasan National Park (UNESCO World Heritage). 

Mr.soulmate selamat tidur sepanjang perjalanan, saya lak mana boleh nak tidur kan sebab layan view sambil ambil gambar. Layanla gambar hutan Hallasan kat bawah ni. 

Dah masuk Jeju city pun, agak sesak juga trafik.

Last perhentian adalah station bas Jeju. Turun dari bas kami masuk dalam bangunan terminal bas dan rupanya ada komputer disediakan berserta free wifi kepada orang ramai. 
Kami pun terus la nak cari di mana lokasinya hotel EJ dari terminal bas ni senang nak bagi direction kat driver cab nanti. Sebenarnya tadi sebelum tinggalkan Feliz Goodstay Hotel sebab nak guna internet, mr.soulmate sempat booked hotel EJ melalui agoda di sini. Nasib baik masih ada kekosongan, macam biasala kan suka tempah bilik last minit.
Kami jumpa taxi ni nak minta hantar ke EJ Hotel, terus geleng2 kepala, dia kata "no GPS". Maksudnya driver taxi ni takleh gerak ke kalau takdak gps, entahla. Kemudian taxi kedua ni ada GPS, ok la kan bagi alamat hotel jela. Punyala lama dia dok tenung baca tulisan rumi, last-last dia minta peta hotel tapi peta hotel tu tulisan rumi juga....alahai masalah juga ni sebab nampak gaya dia tak pandai baca tulisan rumi. Tapi dia berusaha juga nak hantar kami ke destinasi berpusing-pusing jugala kat Jeju city sebab GPS dia reja dok recalculation je. Last-last dia tanya ada ka telefon hotel tu, barula kami perasan rupanya dia pun taktau sebenarnya hotel EJ tu. Bila dia letak no fon hotel dalam gps dia, terus gps dapat cari kat mana hotel tu, akhirnya sampai juga kami, alhamdulillah.

 Rupanya Hotel EJ ni dekat je dan berada di tengah-tengah bandar Jeju. Staf hotel ni tak pandai cakap english sangat dan kebetulan ada pelancong dari Perancis nak check-in juga. Bayangkan keadaan kami yang bila jumpa dengan manusia yang boleh komunikasi iaitu pelancong Perancis tu, sembang rancakla kami. Lega sungguh jumpa orang boleh cakap english juga, adoila kalau tidak sebelum ni serupa ayam dgn itik ja cakapnya.

Lepas tu staf hotel tunjuk mesin air kopi ni, dia kata "free", wow sangat bagus, tengok apa perasa ada. 

  Apa lagi kan semua jenis kopi nak try hahahaha.....
ok nak rehat, lunch n solat dulu, selepas ni kami nak gerak ke mysterious road yang dikatakan gravitinya upside down tu hehehe yeke?
continue....

Tiada ulasan: