Maka selama 6 jam bertapa atas flight tibala sudah di bumi famous dengan lagenda winter sonatanya. Airport Incheon memang besar dan canggih kalau nak bandingkan dengan KLIA. Turunnya penumpang dari perut pesawat, kami kena menaiki subway untuk ke terminal immigration cop cop passport. Saya rasa dari segi facility dan technology memang canggih tapi kalau melibatkan tenaga kerja manusia, agak lembap dan slowmo jika nak bandingkan pegawai di Malaysia. Barisan nak cop passport q dalam 10 meter je memakan masa selama sejam lebih . Apalah punya masalah slow sangat pegawai airport diorang ni. Saya tengok kebanyakan penumpang yang nak q cop passport dah macam hilang sabar nak motong q dah pastu pegawai muka com14 ja mungkin letih keja la kot sebab dah petang nak balik kan. So kat situ dah nampak diorang memang tak cekap kalau melibatkan tenaga kerja manusia untuk berurusan. That's my opinion la kan from my observation.
Selesai semua dengan urusan, maka saya ternampak kedai 7elevan dan terus beli t-money. T-money ni saya beli dua terus untuk saya dan mr.soulmate dan terus top-up sebanyak 30 ribu W sorang memandangkan kami akan memanfaat sepenuhnya t-money ni. Besides, bila guna t-money ni dapat diskaun sikit daripada bayar cash. Sekali lagi jangan lupa jadi pengguna bijak ya kawan-kawan.
Kemudian kami terus ke kaunter information servis untuk tanya bas apa yang senang nak ke penginapan kami malam tu. Penginapan saya malam tu adalah di Spa B&B di Itaewon dan kena naik bus bernombor 6030 dan turun di perhentian Capital Hotel. Sebelum tu memandangkan kami belum solat, maka kami ke seberang jalan nak cari tempat nak solat. Nak cari surau memang tak dapatla kan kat sini so adalah tempat untuk prayer room bagi kristian dan budha. Tempat kristian macam susah lak sebab banyak kerusi tersusun dan paling senang solat dalam prayer room Budha la. Dalam prayer room Budha ni ada tokong demok emas sambil tersengih, takpala kan kami tumpang solat kejap. Habis solat maka kami beratur terus kat papan tanda 6030 tu sampaila bus Limousin sampai.
Bus yang ditunggu pun tiba, lama jugakla menunggu kemudian driver bus minta semua penumpang pakai seat belt dan minta kebenaran sambil tunduk untuk meneruskan perjalanan, dia cakap dalam bahasa korea tapi semua penumpang warga asing, takpala janji boleh deliver mesej.
Macam telur alien baru nak menetas pula.
Lama la jugak naik bus dari airport Incheon ke Itaewon ni dalam 45minit juga. Memang sesak juga jalanraya kat Seoul ni dan boleh nampak driver depa ni kurang kesabaran di atas jalan juga, pantang salah sikit hon je bunyi pastu suka brek mengejut.
Kemudian tetiba driver ni berenti satu tempat dan dia cakap kat penumpang sambil tunduk-tunduk dan dia sebut 'cakaman'. Cakaman tu maksudnya tunggu sebentar sambil dia buat aksi nak makan. Maksudnya dia tinggal bus bersama penumpang kat tepi jalan sebab nak makan dulu ka. Kami ok ja tapi mat dan minah perancis semua dah maki-maki marahkan driver bus ni. Diorang cakap tempat diorang nak turun dah dekat dah pun, kena buang masa tunggu driver bus pulak. Kami pulak apa lagi turun kejap snap sana sini ambil angin di malam pertama di Korea la kan.
Kedai depan tula driver bus pi makan manakala kami dok syiok bergambar je. 15 minit lepas tu driver pun datang dan kembali sambung tugasnya membawa kami ke destinasi. Sampai je Itaewon dah nampak kemeriahan pekan ni. Rupanya mat dan minah perancis pun turun sekali tapi diorang dok kat apartment. Kami dua pula masih dok canggak taktau arah tuju, main jalan je hopefully jumpala spa b&b ni. Saya pun tanya kat peniaga kedai dan sekumpulan polis muda yang ronda kawasan ni. Dengan susah payah kami mendaki jalan yang sungguh berbukit kalau jatuh confirm jatuh tergolek-golek sampai ke bawah, gelap dan sunyi lagi. Rupanya kami silap jalan lalu kat jalan belakang sebenarnya kalau kuar ikut subway dekat sangat tak sampai 300meter jalan pun.
Satu lagi saya perasan kat Korea ni kat mana-mana tempat mesti diorang letak gambar lokasi shooting drama ka apa menandakan tempat tu pernah masuk tv la.
Drama dalam tv ni saya tengok kat hotel jeju dan perasan baju, towel dan lokasi drama buat kat tempat penginapan saya kat spa b&b.
Masuk je kat dalam spa ni boleh nampak kaunter macam kat gambar atas tu dan uncle ni memang fasih english dia so takdak masalah la.
Tapi masalahnya sebelum kami nak masuk bilik dia cakap kami kena melalui kawasan sauna dulu kat tingkat 1 dan bilik kami kat tingkat 3 tapi lelaki kena naik tangga kat sebelah kanan dan saya kena melalui tangga kat sebelah kiri. Alamak cuak juga baru sampai dah nak berpisah ni, risau saya dengan pelbagai benda bermain dalam pala otak saat ni. Kasut kami kena simpan dalam loker kunci sebelum masuk.
Ok saya pun sampaila kat tingkat 1 di mana tempat sauna tu. Masyaallah taktau nak kata apa bila depan mata saya semua perempuan berbogel tanpa seurat benang pun di badan sambil jalan sana sini. Adoila rosakla mata aku tengok aurat orang. Patutla dia suruh asingkan lelaki dan perempuan sebab sauna diorang ni asing laki pompuan.
Saya nampak tangga untuk ke tingkat atas, saya pun nak tuju kat naik tangga la tapi ajuma yang jaga sauna tu tahan saya sambil cakap dalam bahasa korea tapi saya tak paham sepatah haram pun dia cakap. Saya pun keluarkan buku bahasa korea, saya tunjuk perkataan bilik tidur tapi dia tarik tangan saya pi kat loker dan bagi towel dan baju sauna suruh saya pi buat sauna juga. Saya penat gila ni dok travel dari awal pagi sampai ke malam, kira nak rehat je jumpa pula manusia yang kita takleh nak komunikasi. Dia beriya-iya suruh saya salin baju dan masuk kolam bersam-sama perempuan bogel buat sauna. Saya pula berbuih mulut cakap "No ajuma i want to sleep, i want to go to my room now....please i don't want spa" last-last saya dok pikir macam mana lagi nak bagi dia paham segala aksi menguap nak tidur semua dah tunjuk kan tapi dia dok paksa saya salin baju buat sauna juga. Akhirnya telefon berbunyi dan dia borak-borak kat telefon dan dia tengok saya sambil tergelak. Kemudian dia suruh saya ikut dia naik atas. Saya agak mesti orang kat kaunter bawah call la tu suruh dia bawa saya ke bilik saya sebab mungkin diorang nampak gelagat saya dan ajuma tu melalui cctv. Memang banyak gila ok cctv kat sini.
Saya pun ikut je ajuma tu macam lembu kena tarik hidung. Tingkat 2 ada cafe, kat cafe ni baru campur lelaki dan pompuan dan kat sini juga diorang semua pakai baju spa dan ada gak yang hampar tikar dan tidur terus kat sini tergolek-golek. Ajuma ambilkan selimut dan comforter dan bagi kat saya dan dia naik lagi tingkat 3. Kat tingkat 3 ni ada library dan bilik-bilik. Bilik saya rupanya jenis tradisional habisla, pintu pun macam jepun tolak tarik dari kayu. Mr.soulmate dah ada dalam bilik siap tengah punggahkan bag lagi dan dia tanya "pi mana lama sungguh, ingat nak call tanya takut sesak ka apa", dia taktau hazab saya lalui kat tingkat 1 tadi. Ajuma tunjuk kat kipas dan dia kata "cuaa" sambil macam menggigil. Maksudnya buka kipas tak takut sejuk ka. Sejuk apanya dalam spa ni memang panas kot.
Oh ya satu lagi bilik ni takdak bilik air ya, nak ke toilet maka kena share dengan perempuan bugil-bugil kat tingkat 1. Masa saya nak ambil wuduk kat sink tingkat 1, ada pompuan korea bugil dok renung je aksi saya. Pelik la kot apa saya buat tu, nak kata mandi awat basah air kat part-part tertentu je. Bila kenang balik memang kelakar sangat pengalaman ni.
Memandangkan kami pun kelaparan sebab last makan pun atas flight, kami pun keluar balik cari makan sebab sepanjang jalan tadi nampak banyak kedai-kedai makanan halal.
Agak menyeramkan kalau jalan-jalan area Itaewon malam-malam sebab banyak bar, pelacur bersepah tepi-tepi jalan (nak yang mana tulen pun ada tiruan pun ada) dan orang-orang mabuk bising-bising lagi.
Kami pun memilih makan kat Mr. Kebab, sedap kebab dia harga pun murah ja kalau nak bandingkan harga kat ostrolia. Pekerja kedai ni ramahla juga dok interview kami, kami pun interview dia balik la. Diorang ni datangnya dari turki dan mai menetap sini tak sampai 10tahun. Mula-mula nampak kami dia kata "Malaysia....hai apa khabar" pastu saya tanya "u speak malay?" terus dia geleng. Memang muka kami lambang muka orang Malaysia sungguh hahahah. Masa kami tengah menjamu selera ada sorang pompuan negro kuar dari teksi depan kedai ni sambil marah-marah. Pekerja kebab tegur dia takdak customer ke malam ni dan dia cakap customer dia lari dengan pondan. Gulppp....ayoo....pondan yang bersidai kat depan jalan ni pun boleh tahan lawa jugakla tapi muka sah-sah banyak kali bedah tu.
Masa jalan nak balik spa, kami singgah kat kedai salam bakery. Kami borong banyak roti buat bekalan ke jeju esok hari.
Night at Itaewon |
Maka sekianla pengembaraan day 1 yang sungguh culture shock ni. Lepas ni tobat takmau dok kat spa b&b lagi dah. Nasihat saya sila cek betul-betul di mana tempat nak menginap dan kalau boleh tidurla kat tempat orang Malaysia pernah pi dan dapatkan review dulu, jangan main redah je macam saya ni. Saya tak menyesal malah ini pengalaman menarik juga sebab 1st time berhadapan dugaan macam ni. Sesapa nak bugil-bugil bolehla datang ke spa b&b ye hehehe, kbai.
EXPENSES DAY 1:Airport Bus: 15,000W X 2 = 30,000W
Mr. Kebab : 18,000W
Roti Salam Bakery = 9,000W
Spa b&b = RM45
T-money = KW60,000
TOTAL = 117,000W+RM45
Tiada ulasan:
Catat Ulasan