Selasa, 19 Disember 2023

Day 7 Umrah

 Day 7, 

 Alhamdulillah pagi yang sangat cerah hari ni. Macam mana cerah pada pagi hari ke-7 di Mekah, begitu cerah juga sekarang di Malaysia.

Pagi ni kami ada buat ziarah sekitar kota Mekah


Pagi ni selepas subuh, kami balik ke hotel untuk breakfast dan bersiap-siap untuk berpakaian ihram untuk ziarah Kota Mekah dan juga akan mengerjakan umrah kali kedua. 


Kali ni saya dan mr.soulmate akan niat untuk umrah badal bagi kedua-dua arwah ibu kami. Ibu saya meninggal waktu usia saya 13 tahun dan mr.soulmate waktu usianya 32 tahun. Masing-masing tiada ibu kandung dan ibu mertua.


Seperti kebiasaannya, kami orang terawal lagi yang turun dari hotel. Sementara tunggu Jemaah lain, kami tunggu di luar sambil lihat-lihat barang jualan di sebelah hotel ni. Ada kedai emas sebelah ni, kami pun sambil jamu mata tanya harga. Jamu mata jela takdak duit nak beli pun. Harga emas di Mekah lebih murah dari Malaysia sebab mungkin sekarang ni harga emas tinggi di Malaysia. Peniaga emas tu kata emas di Malaysia 916 tapi di mekah emas depa 999, dia keluarkan gelang bagi saya try, siap boleh lentur2 sebab emas 999 lembut tiada campuran lain. Saya ni skeptikal sikit sebab kalau 999 lembut sangat nanti mudah putusla emas tu nanti. Barang kemas ni kena ada campuran juga nak bagi kuat sebab nak pakai, melainkan kalau beli nak simpan buat investment saja bolehla beli 999. Kalau nak pakai kena hat tahan lasak sikit jadinya takleh beli 999. 


 

Sambil menunggu kedatangan bas pula, kami semua Jemaah ambil gambar kenang-kenangan di tengah divider jalan ni dan akhirnya bas kami pun sampai dan kami dimaklumkan bas kami sebenarnya baru lepas kena saman sebab dia tunggu kami. 

Tapi sebenarnya semua bas yang ada depan jalan ni kena saman sebab kat jalan ni bas tak boleh berhenti. Bas kena saman 300 riyal.

 

Seperti kebiasaannya juga, seat paling depan adalah kepunyaan kami hehehe….dengan pantasnya mr.soulmate cup tempat. Kami memulakan perjalanan menziarahi kota Mekah. Moga banyak pengalaman hidup yang kami dapat pada hari ni, insyaAllah…

Di sepanjang perjalanan kami melihat pemandangan sekitar dan bangunan yang kebanyakannya berwarna perang. Bayangkan pada zaman Rasulullah SAW dulu, kawasan ini hanya dikelilingi oleh bukit serta batu bata dan padang pasir yang luas. Demi menyebarkan Islam baginda sanggup meredah segala kepayahan dalam hidup. Di akhir zaman sekarang ni, banyak bangunan tinggi di Mekah.

 

Di akhir zaman sekarang ni, banyak bangunan tinggi di Mekah. Tengok saja hotel yang didirikan di sekeliling Masjidil Haram. Bukan calang-calang umat yang boleh menginap kat situ. Golongan rakyat marhaein yang terpaksa bajet untuk datang ke sini terpaksa lah duduk di hotel yang jauh sikit dari masjid. Huhu..

 Bilangan bintang pada hotel bukanlah penentu kepada umrah yang mabrur. Saya masih ingat lagi ada satu artikel menyatakan jika buat umrah 7 kali, pahalanya sama seperti buat haji. Tak ada hadis atau nas yang menyokong kenyataan tu. Manusia akhir zaman ni memang suka buat cerita dongeng. Tambah sekarang dah ada facebook. Lagi lah galak nak share dan viral info yang belum tentu sahih. Huhu..

 

Dalam 20 minit perjalanan, kami singgah sebentar di tepi jalan untuk melihat Jabal Tsur dari jauh. Tak sempat kalau nak daki sampai puncak. Walaupun nampak macam tak tinggi, tapi Jabal Tsur hanya dikelilingi oleh batu besar dan tanah berpasir. Pasti amik masa yang banyak untuk mendaki sampai ke puncak. Dapat tengok dari bawah pun sudah bersyukur.

 

Jumpa kucing gebu kelabu pula kat sini. Si Bapak kucing apa lagi pantang nampak kucing kan.

 Jabal Tsur menjadi saksi kepada sejarah perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam. Di atas puncak terdapat Gua Tsur dimana di dalam gua inilah Rasulullah SAW bersama sahabatnya Abu Bakar RA melindungi diri dari serangan kaum kafir Quraisy. Keadaan di pintu gua yang mempunyai sarang labah-labah serta sarang burung dan pokok yang terkulai membuatkan kafir Quraisy tidak merasakan ada manusia di dalam gua tu.

Bukit Tsur terkait erat dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah Letaknya di tengah-tengah Makkah, sekitar 4 Km di selatan Masjidil Haram. Bukit Tsur berada di kawasan Kudai. Untuk naik ke puncaknya diperlukan waktu sekitar satu jam setengah.

Di bukit ini terdapat gua, tingginya sekitar 1,25 meter dengan luas 3,5 meter persegi. Ada dua lubang masuk di sebelah barat dan timur. Lubang di sebelah barat merupakan pintu masuk yang digunakan SAW bersembunyi.

Jabal Tsur adalah gunung setinggi 458 meter yang berada di sebelah selatan Kota Makkah. Gua Tsur terletak


Jabal Tsur, Mecca

 

Jabal Tsur adalah gunung setinggi 458 meter yang berada di sebelah selatan Kota Makkah. Gua Tsur terletak di puncak Gunung Tsur. Di gua itulah Rasulullah SAW bersama Abu Bakar Shiddieq bersembunyi selama tiga hari dari kejaran kaum kafir Quraisy ketika hijrah ke Madinah Al-Munawwarah.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersembunyi di dalam gua Tsur dari kejaran kaum Quraisy yang ingin membunuh beliau. Disertai oleh sahabat Abu Bakar Shiddiq, Rasulullah SAW bersembunyi di gua Tsur hingga tiga hari lamanya.

Berkat pertolongan Allah, di mulut gua bersarang labah-labah menutupinya dengan jaring- jaring tebal. Sementara di sebelah mulut gua bersarang pula merpati dan bertelur di sana. Seperti disebutkan dalam al-Qua’an Surat At-Taubat ayat 40, berbunyi Sedang di salah satu daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua.

Kaum Quraisy yang mengepung Rasulullah SAW akhirnya menyerah kerana menganggap tidak mungkin gua itu dimasuki orang untuk bersembunyi. Rasulullah dan Abu Bakar kemudian keluar dari gua Tsur, lalu naik unta yang dibawakan oleh Abdullah bin Uraiqit atas pesan Abu Bakar. Abdullah sendiri ketika itu belum lagi memeluk Islam.

Dari Bukit Tsur, Rasulullah SAW ditemani Abu Bakar dan Amir bin Fuhairah, seorang penggembala kambing milik Abu Bakar, berangkat menunju Madinah dengan Abdullah bin

Uraiqit sebagai penunjuk jalan. Peristiwa ini menandai awal hijrah Nabi Muhamamad SAW dari Makkah Al Mukarraomah ke Madinah Al Munawwaroh.

Selesai bergambar dan melihat Jabal Tsur dari kejauhan, jam 9.50 pagi kami teruskan perjalanan.

Destinasi seterusnya adalah melawat Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah. Dalam perjalanan kelihatan banyak masjid yang cantik binaannya. Kebanyakan masjid di sini ada sejarahnya.

10 minit perjalanan, kami masuk ke kawasan Arafah, iaitu padang pasir yang luas terbentang. Untuk para haji, wukuf di Arafah adalah salah satu rukun haji yang bermaksud berhenti seketika bagi mengingati peristiwa Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan ke bumi.

 

Jemaah umrah datang ke sini adalah bertujuan untuk ziarah dan merasai suasana di Padang Arafah yang panas terik bagi memberi peringatan awal kepada manusia tentang Padang Masyar ketika hari pengadilan nanti yang pasti akan tiba. Ketika itu semua manusia tak kira darjat atau pangkat akan berkumpul untuk menerima pengadilan. Nak cerita panjang rasanya semua umat Islam dah tau. Takut juga kalau salah fakta sebab ilmu di dada belum cukup lagi. Setakat cari info dalam google masih belum mencukupi. Kena belajar dengan para ilmuan atau mendengar kuliah agama untuk fahami dengan lebih mendalam.

Di tengah padang yang luas kelihatan satu bukit batu yang dipanggil Gunung/Bukit Arafah ataupun Jabal Rahmah. Kami antara bas yang terawal sampai di sini. Ustaz suruh kami ingat rupa bas kami kerana kejap lagi akan bas lain akan memenuhi kawasan ni membawa pelawat. Takut tak jumpa atau tersalah naik bas. Hihi.. Kami berjalan hingga ke kaki bukit.

 Ada beberapa penjual dah mulakan perniagaan. Tengok dari bawah nampak macam susah nak daki sebab ada banyak batuan yang besar. Rasanya dah ada tangga untuk naik sampai ke atas. Kami tak naik teman makcik kat bawah saja manakala anak bujang makcik naik kat atas nak doa dipertemukan jodoh. Makcik suruh kami naik atas doa dapat cahaya mata. Kami pun…errrr takpa la hehehe…..(kami datang ke Mekah bukan sebab nak anak)

Ramai juga pelawat di atas ni. Pada batu tanda tersebut ada tulisan menyatakan apa yang Rasullullah SAW lakukan bila berada di Jabal Rahmah dan larangan dari pelawat untuk melakukan perkara yang syirik dan menyesatkan. Antaranya menulis nama pasangan pada dinding batu tanda tersebut.

 Dikatakan orang bujang yang berdoa kat sini akan mudah termakbul dan cepat mendapat jodoh kerana sejarahnya di sini adalah tempat pertemuan pertama Nabi Adam AS dan Hawa setelah lama berpisah di bumi. (sebenarnya kan....kita nak berdoa apa-apa di mana-mana saja direct je dengan tuhan, tak perlu kirim2 doa kat orang atau doa di tempat2 tertentu saja. Doa jela di mana-mana saja).

Jabal Rahmah, Arafah Mekkah

Bukan setakat menulis nama je, malah ada yang mencium dan seolah-olah memuja batu tanda ni. Lagi menakutkan bila ada yang bersolat. Walaupun papan tanda peringatan larangan dah diletakkan, tapi tak diendahkan juga. Itu belum kira lagi kenyataan yang mengatakan tidak sah haji dan umrah kalau tak daki bukit ni. Itulah sebabnya perlu belajar dengan seseorang yang ada ilmu agama daripada mengharapkan google semata-mata. Huhu.. Moga dijauhkan perkara dan perlakuan yang menyesatkan.

Bas dah makin banyak parking di tepi jalan. Patutlah Ustaz suruh cam bas kami tadi. Kadang-kadang kita rasa macam tak logik kalau salah bas. Tapi di Mekah dan Madinah macam-macam perkara yang tak dijangka boleh berlaku. Jadi janganlah takbur atau cakap perkara yang tak sepatutnya bila berada di sini. Takut dapat balasan on-the-spot je.

Ustaz minta kami siap-siap ambil wuduk kat sini sebab masa sampai ke Masjid Ja'ranah boleh terus solat sunat ihram. Sementara kami tunggu Jemaah lain tiba ke bas, kami pun ambil wuduk siap-siap. Masa nak ambil wuduk, ada juga lelaki nak mai wuduk kat kawasan perempuan jenuh nak larang, geram pula.

 

Tepat jam 11.00 pagi setelah semua jemaah group kami dah ada dalam bas, kami sambung perjalanan menuju ke destinasi berikutnya. Kami akan dibawa melihat perkampungan haji yang terletak di Mina. Sekurangnya dapatlah kami tengok bagaimana suasana dan keadaan ketika mengerjakan haji nanti. Tengok pada giliran haji rasanya masih lama lagi. Entah masih hidup ke tak waktu tu. Rukun Islam ke-5 mesti dilakukan sebelum mata tertutup buat selamanya. Moga diberikan kesihatan yang baik kepada kami sehingga sampai waktunya. Wallahualam..

Perjalanan dari Jabal Rahmah ke Mina mengambil masa hanya sekitar 15 minit. Kami melihat banyak khemah berbumbung putih didirikan di kawasan penempatan jemaah haji. Khemah di sini dibahagikan kepada jemaah ikut negara sebab saya ada ternampak papan tanda jemaah dari negara-negara Islam. Baguslah bila dikumpulkan jemaah ikut negara masing-masing. Sekurangnya ada bantuan jika berlaku kemalangan atau kesulitan ketika mengerjakan haji. Nak cerita banyak pun saya tak berapa arif sebab belum mengerjakan haji lagi.

 

MinĂ¡, Makkah, Saudi Arabia

 

Zaman dulu masa jemaah haji naik kapal untuk datang ke sini, keadaannya berbeza dengan sekarang. Kerajaan Arab Saudi dah banyak upgrade kawasan penempatan ni untuk kemudahan dan keselesaan jemaah haji. Alhamdulillah..

Kami tak turun di Mina. Hanya melihat pemandangan dari dalam bas. Seterusnya kami ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat. Dalam perjalanan kami dapat lihat Jabal Nur di mana Gua Hira' berada di puncaknya. Dalam jadual program, kami diberi pilihan untuk mendaki Jabal Nur dan melawat Gua Hira'. Sesiapa yang berminat boleh buat bayaran 25.00SAR seorang. Esok malam dijangka akan ke Jabal Nur bersama jemaah dari group lain. Kami berbincang dulu sama ada nak pergi atau tak. Dari jauh boleh nampak ada orang tengah mendaki Jabal Nur. Cuaca panas terik pun ada yang sanggup mendaki. Nasib baik jadual kami waktu malam. Tetap letih juga tapi mungkin tak seteruk mendaki waktu siang. Hihi.. Walaupun cuaca agak sejuk hujung tahun ni, waktu siang tetap panas dan berdebu.

Jam 11.40 pagi kami sampai di Masjid Ja'ranah. Masjid ini terletak kira-kira 24 km dari Masjidil Haram dan menjadi salah satu tempat untuk bermiqat. Rasulullah SAW pernah bermiqat di sini setelah pulang dari peperangan Hunain. Masjid ini adalah tempat miqat yang paling tinggi darjatnya dan nama masjid ini datangnya dari seorang wanita bernama Ji'ranah yang setia menjaga dan membersihkan masjid tersebut. Kelihatan banyak bas dan jemaah umrah yang sudah sedia berpakaian ihram. Turun je dari bas saya terus ke toilet nak pastikan sentiasa bersih sebab nak jaga wuduk sampai kami tawaf nanti ni.

Sampai je dalam toilet dengar orang Indonesia dok bising kecoh-kecoh. Rupanya salah seorang Jemaah depa kena seluk poket, habis hilang dia punya wallet bag duit. Kesian dia dah macam nak nangis tengok. Orang ramai-ramai ni memang kena berhati-hati dan selalu berwaspada. Tak semua yang mai Mekah ni niat baik sebab ada juga orang mai sini nak ambil kesempatan. Walaupun hati kena selalu bersangka baik tapi kenalah berwaspada juga agar tak menjadi mangsa ragut.

 

Saya pun masuk ke dalam Masjid Ja'ranah untuk menunaikan solat sunat ihram. Memang ramai sangat manusia dalam tu, macam biasa saya tinggalkan kasut sukan saya di luar masjid (tawakal je mudah-mudahan Allah jaga, tak hilang kasut tu sebab dalam masjid terlalu ramai manusia, tak selesa pula nak bawa kasut sekali dalam masjid)

 

Masa ni saya terpisah dengan kumpulan saya dan masa masuk masjid memang tak nampak kelibat ahli kumpulan dah. Sempat juga buat solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat dhuha dan solat sunat ihram. Lepas solat, saya terus keluar taknak buang masa lama-lama sebab orang lain nak solat. Masa saya nak pakai kasut tetiba seorang lelaki India siap dengan pakaian ihram dok terjenguk-jenguk dalam ruangan wanita. Saya cuba tegur dia kata ni kawasan wanita, dia tak bolehla dok kat sini sebab nanti akan nampak aurat wanita. Boleh dia sound kita balik, dia nak cari mak dia kat sini. Saya pun lawan cakap lagi kata ya la nak cari mak, nanti mak hang keluaq la tapi hang ni tak boleh dok sini, pervert ka apa. Dia pun siap jegil mata tak mau kalah dok ketegaq dok situ lagi. Pompuan lain yang nampak kami dua dok bising, pun sama-sama kata kat dia tapi dia sejenis manusia yang hati batu, dok berconggok gak kat situ walaupun semua pompuan dok halau dia guna mulut jela, takkan nak halau guna tongkoi kayu lak.

 

Saya pun apa lagi keluar pi panggil tukang sapu masjid mai sound dia ni. Masa saya keluar nampak mr.soulmate dah tunggu saya kat luar dan saya kata sat nak pi panggil orang mai halau sat jantan sesat kat kawasan pompuan ni. Lepas tu, saya nampak ada pengawal dah halau dia, boleh dia tengok saya dengan pandangan annoying dan senyum sinis…arrrr scary pula. Masa saya kat luar tu memang tak nampak pun mak dia, kalau betul mak dia ada dalam tu semoga dipermudahkan urusan dia jumpa balik mak dia tapi tak bolehla nak dok dalam ruang solat wanita pula kan.

 

Sementara tunggu Jemaah naik bas, kami dok usha-usha barang yang dijual sekitar kawasan masjid ni. Macam-macam jual rasa macam nak beli tapi takut juga satgi lambat pula. Bas kami pun bergerak menuju ke hotel. Masa ni lagi 20 minit nak masuk waktu zohor. Ustaz minta kami semua pi makan dulu dan kalau sesapa batal wuduk boleh wuduk dulu sebelum ke Masjidil Haram untuk kami mengerjakan umrah kali kedua. Ustaz cakap kalau tak sempat nak solat zohor di masjidil Haram, kami boleh solat kat jalanraya depan hotel sebab saf tak putus dari masjidil haram sampai ke depan hotel ni.

 

Sampai je kat hotel, kami terus ke dewan makan dan selesai makan kami naik ke bilik untuk berwuduk. Masa kami kat lobi hotel, azan pun dah berkumandang. Kami pun cepat-cepat jalan kaki ke masjid sebab kalau boleh taknak la solat kat jalanraya depan hotel ni sebab nak kena cari kotak ka kain ka nak lapik untuk solat lak. Semua pintu masuk ke Masjidil Haram dah tutup rapat dan cuma tinggal kat kawasan dataran je nak solat. Bayangkan solat zohor kan matahari betul-betul atas kepala, rasa nak binau dan nak pitam jap sebab lantai dataran yang putih pantulkan balik cahaya matahari tu. Kami cuba cari tempat teduh nak solat sebab saya rasa macam nak tumbang ja.

Akhirnya saya dan makcik jumpa tempat yang sikit ja teduh tapi tak lama teduh tu sebab lagi beberapa minit tempat tu tak teduh dah. Mr.soulmate dengan anak makcik pi kat kawasan lelaki pula. Habis je solat sebab tempat tu jadi panas terik, saya dan makcik cuba untuk bergerak ke tempat yang lebih teduh untuk solat jenazah pula. Memang sudah menjadi kebiasaan selepas solat fardhu samada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, kami akan tunggu dulu untuk solat jenazah. Habis je solat, kami bergerak lagi menuju ke dalam kawasan masjid di pintu 88 seperti kebiasaan kalau kami terpisah dengan mahram masing-masing akan tunggu semula di pintu 88.

Kami berempat menunggu ahli group kami yang lain untuk sama-sama mengerjakan umrah ke-2 di pintu 88. Sementara tunggu tu boleh baca sebaris dua quran dulu. Bila berada dalam Masjidil Haram ni rasa kekok pula bila dok tunggu saja tak buat apa-apa.

 

Dari kejauhan kami nampak ahli kumpulan kami bertarbiah menuju ke pintu 88 dan kami pun sama-sama ikut menuju ke dataran tawaf.

Cuaca cerah dan terik sikit harini walaupun musim dingin. Macam saya cakap sebelum ni, bila depan kaabah tak rasa terik sangat pun bebanding kat dataran luar tu. Habis saja kami bertawaf sebanyak 7 pusingan, ada ahli kumpulan kami yang tak cukup pula. Katanya salah seorang ahli kumpulan kami masa tengah tawaf tu terkena taik burung, jadi dia keluar untuk cuci taik burung tersebut. Ustaz cakap taik burung tidak membatalkan wuduk, cuma buang saja kotoran tu sambung buat tawaf seperti biasa.

Begitu juga terjadi kat mr.soulmate masa tengah tunggu nak solat kat depan kaabah, burung berak atas kepala dia betul-betul atas pusar kepala. Dia nak keluar tapi pengawal tak bagi sebab kawasan tu dah ditutup. Akhirnya pengawal kaabah lap kepala dia dengan tisu dan minta dia duduk semula kat saf solat.

Kumpulan kami semakin kecil dan ustaz minta kami meneruskan semula ibadah umrah kami buat saei bermula dari bukit safa ke bukit marwah. Kali ni ustaz bawa kami saei di tingkat bawah tanah pula. Tengok takla sempit sangat macam dalam ceramah Ustaz Don kat youtube. Cuma tak sebesar seperti di tingkat 1 dan tingkat 2 jela. Masa kami tengah saei, azan asar dah berkumandang. Ustaz kata teruskan saei sampai bila nak mula solat baru kami masuk saf.

Sebenarnya time ni saya terlupa yang saya dah terkentut masa jalan ke bukit safa tu. Syarat buat Saei bukan dalam keadaan berwuduk seperti syarat buat Tawaf.  Habis je solat Asar dan nak buat solat jenazah baru saya teringat solat Asar saya tadi tak sah la sebab dah terkentut masa nak buat saei tu. Akhirnya selepas selesai kami tahalul, saya minta diri buat solat asar sekali lagi.

Saya ke toilet wanita kat bawah tanah untuk berwuduk dan kebetulan kat situ boleh buang air sekali. Masa saya tengah beratur nak masuk toilet, saya sempat senyum-senyum beramah mesra dengan makcik 2, 3 orang Pakistan ni. Depa tanya macam mana saya tau depa dari Pakistan. Saya kata dari muka dan pakaian depa la. Lepas tu ada seorang makcik Pakistan kawan-kawan depa juga la mai dengan keadaan tergesa-gesa

 

Lepas tu ada seorang makcik Pakistan kawan-kawan depa juga la mai dengan keadaan tergesa-gesa nak potong q saya. Saya kata kt depa, saya ok "sabar" sambil urut dada. Kawan-kawan dia yang tengah borak dengan saya tu dok bising-bising kat kawan depa tu dalam bahasa Pakistan. Bila pintu terbuka ja depan saya, saya pun bagila dia nak masuk sangat tetiba kawan-kawan dia ni tangkap dia, sorang pegang tangan kanan, sorang lagi pegang tangan kiri dan depa suruh saya masuk cepat dalam toilet hahaha…kelakar la pula, mungkin depa dah tau tektik kawan depa suka potong q la kot. Yang kawan yang nak masuk tu dok buat rayuan sambil usap dagu saya, saya pun terus masuk je la memang tak tahan juga nak buang air ni, lepas tu dia dok ketuk pintu toilet saya tak berhenti-henti cakap dalam bahasa Pakistan hahaha.

Kemudian saya nak berwuduk, lantai nampak macam licin kena hati-hati ni saya dok berbisik seorang diri sambil tunggu paip yang kosong nak mencelah berwuduk. Tetiba seorang perempuan tua berbadan 3 kali lebih besar dari saya yang berwuduk bangun. Ketika dia bangun tetiba dia jatuh terlentang belakang dan dengar bunyi kepala dia terhantuk kuat di lantai.

Ya Allah…tergamam saya tak tahu nak buat apa, saya bayangkan mesti dia sakit sangat tu sebab bunyi hentakan kepala kuat tu, memang lepas ni dia kena scan kepala la sebab nampak bahaya sangat. Muka dia yang putih bersih tu bertukar jadi merah. Orang lain yang berbadan besar seperti bangsa Arab, tolong bangunkan dia. Saya tak mampu nak angkat dia sebab badan dia lebih besar dari saya, mesti nak angkat tangan saja pun saya akan terkial-kial. Saya doakan semoga dia cepat sembuh dan takdak apa-apa yang buruk terjadi atas dia lepas ni.

Selesai berwuduk, saya masuk ke kawasan perempuan yang paling dekat dengan pintu, solat di situ sampai ke isya. Terasa letih sangat harini sebab seharian kami ada ziarah luar dan sambung buat umrah yang memerlukan kekuatan fizikal. Saya kira habis solat isya ja terus nak cepat keluar sebab tu pilih tempat solat dekat dengan pintu keluar. Kat ruang solat ni ramai kanak-kanak mungkin mudah ibu-ibu kalau ada masalah apa-apa terus bawa anak keluar kot.

 

Saya pun mula seluk bag tengok ada yang ada, jajan ka coklat ka nak bagi kat budak-budak dalam ni supaya tak ganggu ibu depa nak beribadah. Masa nak solat maghrib, saya buka name tag yang tergantung kat leher sebab selesa sikit nak solat dan saya pun hampar sejadah mini untuk sujud saja.

Masa tengah solat, kanak-kanak ni pun mula berjalan-jalan da nada sorang budak ni ambik sejadah saya dan hilang tak tau ke mana dan mai sorang lagi ambil name tag, dia pula pakai kat leher dia lepas tu jalan celah-celah ke depan.

Dalam hati alamak dia hilang mana pula satgi taktau dok mana dah sejadah n name tag tu, dahla ramai manusia kat sini, dia cam balik ka nak mai kat mak dia kat sini sebab semua nampak lebih kurang sama ja. Alamak tak khusyuk pula solat dok fikir macam-macam ni.

Dalam rakaat terakhir solat, budak tu muncul kembali depan mak dia, hebatnya dia boleh mai balik kat mak dia sedangkan kat sini punya banyak manusia dan banyak saf. Kat leher dia masih tergantung name tag saya sambil dia pegang sejadah saja. Jalan sikit jatuh terduduk dan bangun jalan lagi duduk balik, saya kira mesti umur dia dalam setahun macam tu kot. (Saya jumpa lagi mak budak ni kat masjid miqat Qarnul Manazil hari ke-9)

Habis maghrib saya mesej mr.soulmate sebab rasa lapar pula. Saya ajak dia makan kebab kat kedai yang buat sedekah depan dataran sebab boleh bagi duit lagi untuk sedekah kat kedai ni untuk bagi makan kat orang-orang miskin. Makan pun tak boleh lama-lama sebab dok tengok depa dah nak tutup pintu tak bagi orang masuk untuk isya pula.

Habis makan terus kami dihalang kat pintu masuk, kami tak boleh masuk dah dan kena solat kat dataran saja. Saya buka fon cari gambar makcik, saya kata nak cari makcik ni sorang-sorang solat kat dalam. Dia tak layan juga saya, memang saya risaukan makcik pun sebab bila kami terpisah macam ni nampaknya dia pun sorang-sorang juga la dan dahla saiz badan dia kecil, takut juga jadi apa-apa. Bukan saya saja, orang lain pun merayu-rayu minta nak solat kat dalam. Akhirnya bila kami putus asa nak merayu dah, pengawal tu buka pengahadang dan bagi kami semua masuk. Alhamdulillah solat kat dalam ni lebih selesa sikit

 

 

Alhamdulillah solat kat dalam ni lebih selesa sikit berbanding solat kat dataran luar ni. Saya cari tempat favorite makcik solat, tak jumpa dia juga.

 

Habis solat saya ajak mr.soulmate survey hotel-hotel bajet yang berdekatan pintu Masjidil Haram ni. Niat saya mestila nak datang sendiri diy next time. Saya pun ambil gambar hotel dan nama-nama hotel yang berdekatan Masjidil Haram ni sambil tanya harga semalam berapa tapi harga dia berbeza ikut musim dan berapa lama yang kita tinggal kat situ tapi average dlm seratus ja semalam, okla takat nak mandi nak tido je kan.

Esok pagi kumpulan kami aktiviti bebas ja tapi sebelah petang pula ada lawatan ziarah ke Masjid Hudaibiyah (dulu sekolah pun ada belajar pasal perjanjian Hudaibiyah). Masjid ini terletak kira-kira 26km dari kota Mekah dan bersempadan dengan tanah haram. Ia juga merupakan salah satu di antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah. Kemudian kami juga akan ke Museum Haramain

End Day 7


Di bawah ni gambar hotel-hotel yang budget tapi masih mampu nak jalan ke masjid. Boleh direct booking kalau nak pi diy nanti.
















Ahad, 17 Disember 2023

Day 4, Gulmarg Kashmir #azamfirdaussummerkashmir

Namastee....last update blog ni pada Oktober 2018 dan baru harini nak sambung semula penceritaan dalam blog ni pada Disember 2021. 3 tahun blog ni diam tanpa diusik. 

 Harini 17.12.2023....sambung kembali selepas 2 tahun posting masih draf.

Fuh...sekarang ni nak menulis blog pun mencabar juga sejak2 ada tik tok dan kita selalu layan video daripada membaca. Muda-mudi zaman lani lebih layan video dari membaca. Jadi sis kuatkan semangat untuk menulis blog sebab nak simpan cerita-cerita travel untuk tatapan dan rujukan diri sendiri di kemudian hari.

Sambung carita di Kashmir....

Hari ni hari ke-4 kami di paradise on earth Kashmir. Keindahan muka bumi Kashmir masih belum puas kami terokai. Masih banyak lagi tempat yang belum kunjung.


Seawal pagi kami dah keluar sebab harini kami akan pergi ke Gulmarg. Gulmarg ni tempat ski masa musim salji. Tapi sekarang walaupun bukan musim salji pun, kat puncak sana masih bersalji juga cuma tak setebal time winter la.

Sampai je kat sini kami diserbu oleh orang local untuk jadi tourist guide. Sedangkan kami dah ada issey tourist guide malaysia dan yusof tourist guide Kashmir. Ada yang datang bawakan kuda untuk kami naik kuda tapi sejujurnya kami cuma nak jalan kaki sambil buat video dan ambil gambar sendiri-sendiri ja.



Kami sempat makan megi masala ada jual kat sini. Megi perisa masala takdak jual di Malaysia.

Kuda-kuda ni semua menanti kalau ada pelancong yang nak datang membonceng tapi kami tak minat nak naik kuda, just nak jalan-jalan saja.

view kat sini masayallah lawa sangat kan. sesuaila dengan tagline heaven on earth.


Bunga liar pun cantik di mana-mana saja.


























Pakcik ni walaupun kami menolak taknak naik kuda, dia tetap ikut kami pujuk naik kuda juga. Sis pun kesian kat dia, sis bagi coklat ja kat dia sebab sis takdak duit rupee nak bagi pun.



Rupanya memang pelancong naik kuca kat sini tapi kami nak nak ambik video gambar nak lari2 celah2 bunga apa semua, memang tak sesuai la nak naik kuda kan.




















Mai ATV pula nak promot kami naik. Macam2 depa pujuk kami.











































Lepas jalan dan singgah minum chai dan megi masala, kami kemudian sambung perjalanan pulang semula ke Srinagar.


Kebetulan budak sekolah keluar. Baju seragam sekolah hitam dan putih.

Kami singgah di kebun buah epal.






Sis beli kulit kayu manis kat sini. Bau dia lebih kuat berbanding kulit kayu manis kat msia


Ni pertama kali sis guna telefon apple kebetulan ambik kat airport juga sementara tunggu scha. Macam nak matching la apple fon dan buah apple kat pokok tu.


Bunga dandelion pun tumbuh meliar best ja sekali tiup berterbangan bunga. kedai sebelah tu kedai kain baju.




NI kat jalan sempadan nak ke Pakistan. Impian sis juga nak ke Pakistan tapi tak tau bilakah masanya nak sampai ke sana pula.











Kami pun singgah solat jamak di masjid depan tasik ni sebab kami nak naik sampan kat tasik ni.
Yusof dan issey tourist guide kami.