Saya memang suka share resepi yang senang-senang je dalam blog ni sebab saya ni memang malas pun tapi teringin nak buat sendiri, kalau boleh tu cari bagai nak rak dalam google resepi-resepi yang senang nak buat. Resepi ni memuaskan hati sebab bukan saja mudah malah sangat sedap pulak tu. Memang saya rekemen kepada sapa-sapa yang malas nak adun kek bagai, elokla cuba resepi ni.
Kek oren ni saya buat masa perayaan CNY bulan lepas, dah lama bukan tapi baru hari ni nak update. Masa CNY ni memang setiap hari makan oren, dah berlambak-lambak pulak oren tetiba terasa nak makan kek oren. Kek oren ni saya ada buat jugak sebelum ni tapi saya campur dengan serbuk koko sikit sebab saya suka kombinasi oren dan coklat, nak tau resepi dia klik sini.
Bahan-bahan
- 1 bji buah limau
- 1 cawan minyak canola
- 1 cawan gula halus
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
- Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2. Kulit dia ambik zest sikit untuk aroma. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris atau saya guna kertas kek je.
- Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Senang kan cara nak buatnya. Kalau guna limau manis baik kurangkan gula sebab nanti kek ni manis sangat. Kek ni sangat moist sebab satu kita guna air oren dan satu lagi kita tak guna butter, guna minyak canola je. Beza kek yang diadunkan dengan butter dan minyak ni, kek yang guna butter lebih lembut dan berspan dan kering berbanding dengan kek yang guna minyak. Kek yang guna minyak ni lebih moist dan takla berspan sangat. Bagi citarasa saya yang pentingkan pemakanan sihat ni hehehehe (sihatla sangat) saya kira kalori dalam minyak canola jauh lebih rendah kalau kita guna butter, satu lagi saya suka kek moist...terasa lembap-lembap sikit.
Saya saja letak dalam bekas kecik-kecik sebab saya makan sorang je senang nak bawak makan kat opis. Suka bawak makan kat opis sebab ramai tester dan pekomen bebas kat opis ni. Lagi satu cepat sikit habis makanan ni, makan sorang mau seminggu tak habis-habis lagi sebab alasannya nanti jadi penternak lemak yang berjaya pulak. Susah kan mana nak buat resepi-resepi yang tinggi kalori ni dan dalam masa yang sama dok jaga berat badan. Lagi susah sebab makanan yang sedap-sedap ni semuanya tinggi kalori, jenuhla dok terkinja-kinja petang-petang lepas balik keja nak bakar balik lemak ni.
Selamat mencuba...tak rugi tau cuba...seriously recommended






