Jumaat, 30 Ogos 2013

Barefoot Travel Korea Day 4, part 1 @ CHEONJIYEON FALLS


Pagi ni adalah hari ke-3 kami di bumi Jeju. Saya dok 4hari 3malam kat Jeju. Memang saya lebih terokai Jeju berbanding Seoul. Next time nak dok area Seoul dan Busan jela. 


Pagi yang indah lagi ceria ni kami pun check-out dari Felix Goodstay Hotel tapi semua barang-barang simpan dulu kat lobby sebab nak explore kawasan Seongwipo pagi ni, tak larat la nak usung bag ke sana ke mari.


Seperti biasa kami menapak dari Hotel ke Cheonjiyeon Falls yang terletak lebih kurang 2km dari hotel yang kami menginap. Direction nak pi ni pun staf hotel yang bagitau, baik betul la staf Felix ni.


Masa tengah jalan nak ke waterfall tu terjumpa hostel ni. Dari luar nampak cantik dan kemas ja. Hostel ni memang dekat sangatla dengan Cheonjiyeon Falls ni.

 Dari jauh dah boleh nampak signboard ni, nasib baikla ada tulisan rumi bolehla baca.

Sebenarnya masa jalan-jalan ni dok fikir betul ke tidak ni jalan ni tapi bila nampak signboard ni legala sikit dan ikut jela tanda ni. 

 Jalan kat sini memang berbukit-bukit ya, walaupun tak jauh mana tapi semput2 juga la naik turun bukit ni.

 
 Semput dah makcik, nak oi..... 
Map pun semua tulisan Korea. Katanya sini tourist information center, tourist Korean je ka???

Kalau belok ke kiri boleh naik submarine tapi harganya mahal, tak cukup budget nak naik.

Seperti biasa juga setiap tempat perlancongan ni dikenakan bayaran tapi bagi penduduk Jeju free of charge ler.

 Masa kami sampai ni ramai sungguhla pelancong dari China. Katanya penduduk China yang datang ke Jeju lebih ramai berbanding di Seoul sebab  kat Jeju takyah guna visa. Kalau kat Seoul kena pakai visa. 

Saya tengok sekeliling macam tak ada apa yang menarik sangat pun ala-ala kawasan rekreasi Gunung Jerai ja tapi sayangnya kawasan air terjun sekitar kaki Gunung Jerai tak buat lanskap secantik macam ni. Tempat ni pula walaupun nampak biasa tapi usaha kerajaan mencantikkan dan mengindahkan kawasan ni membuatkan kawasan ni damai sangat dan promosinya yang gah juga berjaya menarik perhatian setiap pelancong yang datang ke Jeju wajib kunjung tempat ni.

 Kalau datang ke sini time winter mesti menarik sebab sungai ni akan membeku dan semua kawasan ni dipenuhi salji. Ini datang time spring memangla serupa kaki gunung jerai.

 Hilangkan dahaga sebentar dengan air mata air yang sejuk lagi menyegarkan ni.

Pokok daun merah ni adalah pokok maple, satu-satunya pokok berdaun autumn di sini.  

Sempat juga beramah mesra dengan couple kat belakang tu. Saya nak minta tolong ambil gambar kami berdua dan dia cakap, "Saya Penang mari ma...boyfren saya orang Ipoh". Pastu saya cakap "Oh ingatkan orang Korea", dia pun tergelak bukan main syok orang kata dia Korea. Sememangnya cina Malaysia sangat suka kalau orang kata muka depa macam Korea. Last-last kami pegang camera diorang n diorang pegang camera kami sebab nak ambil gambar couple memasing. Begitula keadaan kalau datang melancong berdua kena ambil gambar salah sorang melainkan rajin usung tripod la.

 Bestnya ada gambar berdua dalam satu gambar, view belakang pun cantik dan kebetulan sangat takdak orang kat belakang tu walaupun tempat ni crowded. 
  
 Kenapa tah patung ni suka pegang perut. 

Ini pula outfit yang diperbuat daripada kulit pokok. 

Ok babai Cheonjiyeon....
next destination ke Jeongbang Falls pula iaitu waterfall yang mengalir terus ke laut dan ramai wanita2 gagah menyelam cari hasil laut kat sana.

2 ulasan:

Azra berkata...

2km jalan kaki? aigoooo.. gigihnye uols...

Hafirdaus berkata...

Yela penat gila. Kalau datang lebih dr 2org memang wajib sewa keta ja kat sini