Setelah menempuh pelbagai cabaran sepanjang hari akhirnya di sebelah malam rasa rilex la sikit. Kami cuma keluar berjalan kaki berpimpinan tangan menyusuri lorong2 kecil dan gelap sekitar Arangjeoul Food Street for our romantic dinner. Sambil menimbas kembali apa yang terjadi sepanjang hari tadi memang agak kelakar la pulak.
Dari hotel jalan kaki lebih kurang 5-10minit maka sampaila kami di depan restaurant ni. Thanks to kak nisa yang promosikan kedai ni dalam blog dia di sini. Kalau kak nisa tak cerita pasal restaurant ni agaknya tak merasala makanan kat sini, silap haribulan makan megi dengan sambal brahim dalam bilik jela.
Restaurant ni boleh dikatakan full house la juga dan kebetulan ada satu meja kosong berhampiran cashier. Mungkin sebab tu kot cashier dok peratikan kami makan.
Taraaa....inilah hidangan kami berdua, sakan tak? penuh meja kot. Kami ambil dua set lauk berharga 13,000W bersamaan RM39 setiap satu set.
Restoran ni memang cozy dan sebelum makan kami dihidangkan air kosong bersama towel lembap dan suam. Memandangkan dia dah hidang air kosong kami tak order tambah air dah la.
Hidangan kat atas ni adalah Okdom-gui bersama side dish. Hidangan ikan ni disertakan dengan side dish dalam pinggan kecil-kecil ni. Kalau habis nanti dia tambah lagi free tapi memandangkan kami makan tak habis-habis takde la dia nak tambah.
Sup dia sedap cuma ikan bilis sangat masin dan kimchi pula sangat masam. Ikan dia memang sedap sangat cuma side dish tula terlebih masam dan masin.
Ini pula hidangan Galchi-gui (grilled hairtail fish) bersama side dish. Ikan ni pun sedap gila dan side dish pun sedap cuma mr.soulmate tak selesa sikit makan kimchi sebab masam sangat.
Masa kami terkial-kial makan ikan ni guna chopstik, ajuma kat cashier tu mungkin tak tahan tengok kami kot dan dia datang dan koyak-koyakan isi ikan ni dengan chopstik, senang sikit nak makan bila isi dah tercerai dari tulang. Padahalkan macamla takleh guna tangan makan ikan ni. Dah dok makan kat korea kan saja jela nak try cara diorang makan. Malu kot....mungkin beginila perasaan macam mana bila kita tengok omputih mai makan kedai mamak guna tangan terkial-kial.
Sedar tak sedar licin la juga kami makan malam ni. Malam ni sure tido lena dengan penat campur kenyang.
Sekian day 3. Esok apa pula cabaran kat jeju ni hehehehe......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan