Memaparkan catatan dengan label meatball. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meatball. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

Chicken-Oats Balls


Apalah masalah google dan blogspot ni takleh nak buka langsung minggu ni. Banyak menu nak masuk entry ni tapi asyik tertunda je gara-gara google takleh nak buka. So akhirnya buka u-buntu je baru leh masuk google. Nasib baikla dalam lappy ni ada dua anak. Anak window demam panas minggu ni maka beralih arah kat anak sorang lagi namanya u-buntu.

Lepas raya asyik makan je sampai nak makan pun dah penat, melampau betul. Paling melampau bila dah malas nak bersenam. Aktiviti swim pun dah banyak kali tertunda berkali-kali. Ramai yang cakap saya semakin chubby tapi bila timbang stabil je tak naik tak turun pun. 
Hari ni punya masakan eh bukan hari ni tapi minggu lepas punya masakan ialah resepi nak perabihkan stok makanan kat rumah. Resepi ni macam nak buat cekodok jugak tapi tak goreng sebab cekodok ni saya bakar je dalam oven. Bahan-bahan yang saya letak dalam cekodok ni ayam kisar (lebih masa buat spagehtti chickenball open house baru-baru ni)+oats(lebih masa buat kuih raya)+pototo(kulit dah berkedut menandakan hampir x-pired dah)+daun parsley(lebih buat spaghetti agli e olio)+olive+bawang+tepung sikit+telur(lebih buat cheese brownies)+herb(oregano+tyme+basil+paprika+black pepper)+madu+garam sikit 
Kesimpulannya resepi ni saya letak bahan-bahan yang sedia ada kat rumah dan bahan yang nak bagi perabis sebelum rosak tak boleh guna langsung. Maksudnya bila masak memasak ni lebih baik menggunakan imaginasi sendiri sebab kita sendiri yang nak makan jadi baik kita sendiri yang tentukan apakah bahan yang sesuai untuk dimasukkan. Ala-ala masak merapu sendiri la hehehehe.....

Inilah bahan yang saya campurkan semua, senang kerja tak berkecah dapur pun. Mudah kan?

Gaul bagi sebati semua bahan kecuali tepung sebab tepung saya guna sikit je masa nak bentukkan ia.

Saya bentukkan kecil-kecil je supaya cepat sikit masak. Saya bakar sebahagian je dan selebihnya saya simpan bagi frozen, esok boleh makan lagi.

Saya letakkan sedikit olive oil dan bakar dengan suhu 200 C selama 7-10minit

Inilah hasilnya bila keluar dari oven

Bahan:
500g Ayam kisar
1 biji Bawang besar - potong dadu
2 biji Kentang - potong dadu
1 cawan oats
5 biji buah zaitun - cincang
1 ikat daun parsley - cincang
1 biji telur
sedikit tepung gandum
sedikit lada hitam
sedikit paprika/cayenne
sedikit oregano / thyme / basil - serbuk kasar
2 sudu madu
sedikit garam

Caranya:
Gaulkan semua bahan sehingga sebati kemudian bentukkan bulat dan bakar selama 10 minit dengan suhu 200C

Selamat makan dan selamat mencuba

Sabtu, 20 Ogos 2011

Spaghetti Meatball


Inilah hidangan lunch di bulan posa yang disediakan istimewa dari mr.soulmate yang tercinta. Ada ka patut orang posa yang kena sediakan makan kat orang tak posa. Memandangkan orang tak posa ni sakit yang teruk dan perlu makan ubat setiap 4jam makanya orang posa yang sihat la yang kena sediakan segalanya. Memang terukla sakit kali ni chickenpox dah naik habis satu muka sampaikan kat kulit kepala ni dah takdak tempat dah nak naik, semua naik. Terharu dengan pengorbanan mr.soulmate. Pada hari yang tau sakit ni, mr.soulmate dari utara tanah air terus gegas balik dari tempat keja naik bas datang ke lembah klang nak jumpa buah hati intan payung yang sakit bersendirian ni hehehehe......sweet tak?lagi sewwweeettt bila mr.soulmate yang mandikan dan sapukan ubat Calamine Lotion kat seluruh badan orang sakit.

 Semua gambar kali ni diambil oleh mr.soulmate sendiri sebab orang sakit dah tido terlentang depan tv, tau-tau mr.soulmate kejutkan suruh makan sikit sebab nak makan ubat plak nanti
 
 Nak bagitau bahan dalam ni pun taktau nak cakap sebab semua mr.soulmate yang sediakan. Sebelum ni mr.soulmate ada buat cheesy meatball klik sini dan yang paling sedap tak hinggat masa mr.soulmate buat basil chickenball klik sini dan saya buat burger menara yang tumbang klik sini
 
 Saya sendiri pun taktau samada saya mampu buat semua ni tak kalau mr.soulmate sakit hehehe 

 Mr.soulmate cakap saya takleh makan makanan bergoreng jadi dia grill je semua ni termasuk veggie. Katanya saja lebihkan veggie sebab dia tau saya ni hantu veggie.

Saya tak mampu nak habiskan satu pinggan ni, makan separuh je. Mr.soulmate cakap tak habis takpa sebab sakit. Saya dapat cuti sakit dari doktor 14hari terus balik dengan mr.soulmate sampai raya. Hopefully raya ni dah sihat dan hilanglah semua parut-parut di segenap pelusok atas kulit ni.

Khamis, 18 Ogos 2011

Meat Pie

Memang dah lama teringin nak buat chicken pot pie dan chicken pie. Nak buat chicken pot pie kena ada pot tapi saya tak ada la pulak pot kan hurmmm....daging cincang je ada sekarang. Nampak gayanya dari chicken pie nak berubah nama jadi meat la pulak. Resepi ni saya ambil dari buku masakan chef Wan Mengelilingi Dunia bertajuk Chicken Pie Mary Ann dan Food Network Alton Brown dalam Good Eat. Resepi ni saya balik keja baru nak sediakan bahan semua, orang azan maghrib minum air kosong dengan kurma dulu sebab meat pie tak masak lagi huhhuhuhu.....plan last minit macam nila jadinya.

Ini bahan asas nak menyediakan meat pie. Saya guna frozen pastry, daging cincang, carrot (potong dadu), potato (potong dadu), onion (potong dadu) dan shitakei mushroom 

Lain-lain bahan saya gunakan susu low fat, telur, mustard, rempah thyme, bay leave, oregano, cayenne pepper, sweet paprika, serbuk pala, lada hitam dan garam.
 Saya tunjukkan gambar rempah-rempah yang saya selalu guna sebab kawan-kawan saya selalu cakap tak jumpa pun bahan pelik-pelik hehehe tak pelikla tapi tak biasa kita guna dalam masakan melayu sebenarnya.
Ini serbuk cayenne, agak pedas berbanding serbuk paprika. Giada pernah masukkan serbuk cayenne dalam aiskrim coklat hehehe leh try gak nak tau apa rasanya.

Ini daun Thyme, saya suka rasa dia sebab tu kebanyakan masakan saya ada daun thyme

Daun oregano ni tak letak pun tak apa. Oregano ni biasanya letak dalam pasta

Serbuk paprika ni saya suka letak dalam ayam tapi saja nak masukkan dalam ni sekali

Mula-mula saya panaskan kuali dan masukkan minyak canola dan sedikit butter. Saya letakkan 2 sudu tepung gandung dalam minyak ni dan kacau sehingga butter dan tepung ni bertukar warna keperangan dan pekat. Kemudian baru saya masukkan semua bahan termasuk susu low fat ni. Kalau nampak pekat sangat sampai takleh nak kacau leh letakkan air sikit. Bila potato dah lembut baru tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Sementara tu sediakan tempat nak mencanai pastry ni.

Saya potong pastry kepada 4segi dan letak inti. Keliling pastry saya letakkan telur supaya senang nak melekat masa nak lipat nanti

Kemudian saya tekan dengan garfu pulak dan cucuk atas pastry supaya masa masak dalam oven, wap dalam pastry leh keluar. Kalau tak cucuk nanti pie ni akan berair kat dalam

Buat lebih sikit leh sedekah kat jiran-jiran di bulan Ramadhan ni. Jiran keliling rumah jela takkan nak langkau bagi jiran yang jauh pulak hehehehe......

Tengok tu dah pukul 7pm baru nak preheat oven. Saya bakar meat pie ni dalam 15minit je.

Ini last inti yang tinggal, nak buat ala-ala meat pot pie
Meat pot pie saya agak hangit kat lapisan atasnya. Tapi leh makan lagi


Saya pakai frozen pastry tapi kalau nak buat sendiri leh layan resepi kat bawah ni:
Pastri:
400 gm mentega
500 gm tepung gandum
100 gm tairu biasa (plain yoghurt)
2 sudu teh gula
2 biji kuning telur
secubit garam

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam sebuah bekas yg besar kecuali tairu. Gaul rata sehingga bahan menyerupai ‘breadcrumbs’. Kemudian, masukkan tairu dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.

Inti:
2 biji kentang (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
cendawan shitakei (potong 4)
250 gm isi daging cincang
2 sudu tepung gandum
150ml susu low fat milk
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (optional)
Rempah-rempah seperti dalam gambar di atas
secukup lada putih / lada hitam.
minyak canola
butter
1 biji kuning telur + 2 sudu besar susu segar (utk sapu atas permukaan pie)

Cara
1) Panaskan minyak dan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan keperangan. Masukkan bawang besar, isi daging dan kacau sebentar sehingga agak masak.
2) Seterusnya, masukkan cendawan, kentang, lobak, dan rempah-rempah. Kacau hingga sebati lalu bubuh garam, gula, lada putih/hitam & serbuk buah pala. Kalau bahan agak kering, bubuh sedikit air dan gaul lagi.
3) Kemudian matikan api dan biarkan seketika
 
Cara Membuat Pie
Keluarkan adunan dari peti sejuk lalu dicanai. Anda boleh buat pie mengikut saiz yg anda suka. Setelah adunan dicanai, terapkan dan bubuh ke dalam acuan pie lalu ratakan. Cucuk2 sedikit adunan di dasar acuan. Kemudian, isikan dgn intinya dan tutuplah acuan pie ini dgn sekeping lagi adunan yg telah dicanai. Cucuk2 lagi di permukaannya dan sapukan dgn kuning telur. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama kira-kira 30 minit.

Nota:
1. Anda boleh juga masukkan telur rebus ke dalam inti pie ini. Kalau gunakan telur ayam, setelah direbus, dipotong ke beberpa bahagian kecil. Boleh juga digunakan telur burung.
2. Anda boleh gantikan jagung, kcg peas & lobak dgn sayur campur (mixed vege) dgn sukatan yg lebih kurang sama.

Rabu, 18 Mei 2011

Basil Chickenball with spaghetti

Hidangan tengahari untuk hari cuti....hah bab nak masak meatball ke chickenball ke memang mr. hubby yang terbaekk la. Ada member tanya buh ubat apa dalam meatball ni rasa dia kalah mana-mana kedai atau yang jual frozen punya. Nak tergelak pun ada, mana ada rahsia...yang penting bahan dan cara buatnya agar dia sentiasa tender dan juicy. 

Dah selalu buat meatball, kali ni nak buat chickenball pulak. Saja nak try jadi ke rasanya macam sebelum ni. Kali ni memang berbeza sikit sebab tak letak telur sebab telur dah habis buat cupcakes, so kali ni letak roti gardenia 2keping dah di grill dalam microwave pastu hancurkan roti campur dengan ayam


Cara buatnya sama macam buat  meatball


Kali ni kuah dan chickenball buat asing-asing, chickenball ni macam biasa bakar dalam oven dulu then baru masak atas kuali. Jangan taktau daun basil ni jumpa lagi kat TESCO semalam. Memang mabeless la makan chickenball dengan daun basil

Selamat menjamu selera, Basil Chickenball with spaghetti

Selasa, 10 Mei 2011

Cheesy Meatball

Meatball ni memang dah selalu buat tapi setiap kali buat mesti ada edit bahan dan cara buatnya. Next time kalau nak buat meatball lagi kena letak serbuk roti dalam daging kisar supaya daging lebih kental dan rasa lebih sedap. 

Meatball kali ni bakar dalam oven dengan cheese tak macam sebelum ni masak atas pan je macam buat macaroni peas dan caramelized onion mushroom burger.

Macam biasa bahan-bahan rencah sediakan dulu sebelum nak sediakan bahan utama. Bahan dia guna olive oil, shiitake mushroom, lemon jus, garlic, serbuk cajun, paprika, thyme, oregano, rosemary, bay leave, black pepper,sugar,salt,sos plum, sos masam manis dan sos sotong. Bahan ni tak spesifik sangatla ikut apa yang ada kat dapur, perasan tak takdak bawang?sebab bawang dah habis, tu yang tak letak. Lagipun tak semestinya kita nak guna jenis-jenis Italian Herb ni semua, pakai serbuk jintan, ketumbar, lada putih+hitam, kari pun boleh jugak. 

 Dalam pan, saute shiitake mushroom yang dicincang dengan olive oil. Olive oil ni bagus sebab rendah kolestrol berbanding minyak sawit. Harga pun boleh tahan jugakla

shiitake mushroom ni potong slice2 mcm ni sebab nak masuk dalam kuah nanti

 Bahan rencah yang sedia awal tadi campur dalam daging kisar termasukla dengan shiitake mushroom yang disaute tadi

 Lepas tu bulat-bulatkan ia jadi macam ni dan bakar dalam oven selama agak-agak 5minit je, tujuannya nak bagi daging ni keluarkan jus sebab jus ni nak pakai masa nak buat kuah pulak
 Sejatkan Meatball dari jusnya, simpan jus dia dulu

Masak meatball atas pan

 Lepas tu tuang sos bolognese atas meatball. Klik sini kalau nak tau macam mana nak buat sos bolognese. Agak-agak nak didih baru tuang jus daging yang kita simpan tadi

Meatball ni kemudian nak bakar dalam oven pulak

 Meatball dan sos bolognese 

 Tabur parmesan cheese atau mozarella cheese 

 Bakar dengan suhu 230C selama 15 minit 

 Ok siap sudah cheesy meatball tapi meatball tak nampak tenggelam dek sos

Nak makan saja pun boleh tapi lagi sedap kalau makan dengan spaghetti
Honestly resepi ni saya tukang snap gambar je sebab mr. hubby yang masak, saya kata masakan dia lagi sedap tapi dia kata masakan saya lagi sedap, okla sama-sama sedap dan sama-sama masuk bakul angkat sendirila hehehe......

Rabu, 27 April 2011

Meatball IKEA at Home

Macam mana rupa?sama tak macam makan kat IKEA?mestila lagi menarik kan hehehehe

 Ini rupanya kalau kita p makan kat sana Swedish Meatballs (10pcs) RM 10  

Inilah masakan frozen food yang mudah lagi sedap. Kebetulan IKEA buat promosi set Sweedish Meatballs, ha hambik ko makanla meatballs IKEA satu beg tu hehehe

Ini untuk 2 orang makan je tapi stok up to 2 month

Frozen meatball ni saya kukus dengan aluminum foil (suka masakan kukus sebab rasa dia lebih sedap)
 
Sebelah meatball, saya letak potato yang ditabur black pepper dan Italian Herb. Memang sedap kalau kukus sekali dengan meatball sebab nanti potato ni serap air meatball....cubala kalau tak caya

Gaya masak orang bujang macam nilah, masuk gravy meatball pun dalam periuk nasi (periuk nasi elektrik dah rosak, periuk dia leh pakai lagi)
Gravy ni senang je buat, 1 paket = 1 1/2 cawan air, tapi saya letak krim sikit supaya lebih creamy

Saya tak leh makan hidangan kalau takdak sayur....so, masakla sikit broccoli makan dengan meatballs

Tak lengkap pulak hidangan ala western ni tak dak dessert kan. Memandangkan dah ada ais krim rocky Walls ni, potong jela buah apa yang ada dalam peti ais makan sekali. Pastu bancuh air hazelnut old town white coffee ais kan (gelas pun pakai IKEA jugek)...sangat mabelless...