Klik sini

Ahad, 1 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 4, part 2 @ JEONGBANG FALLS

Best Blogger Tips

Dari Cheonjiyeon Falls kami ambil keputusan ambil cab ke Jeongbang Falls. Tak jauh mana pun rasanya dalam 3minit dah sampai dah. Kami tanya ajushi cab boleh tak kalau dia tunggu kami jap sebab lepas ni kami nak balik hotel, pastu dia kata ok je.


Tengokla kalau nak ke air terjun tu kena menapak turun dan merentasi batu-batu kat bawah tu. Memandangkan kaki saya tak berapa ok dan saya pakai selipar je so kami tak turun bawah la. Tengok ajuma-ajuma gagah berani menyelam kat bawah mengutip hasil laut je.


Memandangkan masa saya kat SEONGSAN ILCHULBONG saya dok perhatikan ajuma ni dan saya berminat nak cerita serba sikit sejarah mengenai mereka.
Mereka ni dikenali sebagai Haenyeo atau 'wanita laut' adalah wanita penyelam yang berasal dari pesisir Korea, khususnya di Jeju.
Pada abad-19, pekerjaan selam menyelam ni didominasi oleh kaum lelaki tetapi pekerjaan ni tak menguntungkan sebab lelaki Korea kena bayar tax yang tinggi sedangkan wanita tak yah pun bayar tax. Disebabkan tu, wanitala yang ambil alih pekerjaan menyelam (penyelam dianggap pekerjaan kelas rendah or senang kata low class).
Ada pula pendapat menyatakan Haenyeo ni sesuai bagi wanita kerana mereka dapat bertahan lama dalam air kerana body fat yang lebih banyak daripada lelaki yang dapat menghangatkan badan mereka dalam air laut yang sejuk. 
Ok tang ni saya boleh merumuskan pendapat ni mai dari lelaki pemalas supaya diorang ada alasan untuk tak bekerja. Kalau cita pasal tax ok logik lagi kan tapi mai kat body fat dan tetiba wanitala yang berperanan pencari nafkah utama bagi keluarga sementara para suami dok diam di rumah jaga anak-anak dan shoping di pasar memang alasan semata-mata.
Haenyeo mampu menyelam ke kedalaman sampai 20 meter dan menahan nafas lebih dari 2 minit. Bahkan time winter pun mereka menyelam dan menempuh bahaya di laut. Kagumnya ketabahan wanita yang bergelar Haenyeo.
Mulai 1970an, hasil laut yang di eksport ke Jepun seperti abalon dan conch membuatkan mereka semakin maju dan senang. Untung yang dapat mereka boleh membina rumah sendiri dan hantar anak-anak perempuan mendapat pelajaran yang lebih tinggi. Namun anak-anak perempuan Haenyeo taknak ganti pekerjaan ibu mereka dan memilih bekerja di sektor swasta atau berpindah ke kota-kota besar yang menyebabkan jumlah Haenyeo semakin kurang. Pada tahun 1950 terdapat 30 ribu Haenyeo di Jeju dan pada tahun 2003 tinggal 5,650 orang saja. Sekitar 80% Haenyeo merupakan wanita usia lebih 50 tahun. 
Gamaknya Haenyeo akan pupus melainkan kerajaan Korea menjadikan Haenyeo sebagai pekerjaan pelancongan pula lepas ni.

Disebabkan kawasan ni semakin sesak dengan pengunjung daripada rombongan universiti Korea, kami pun naik cab tadi dan pulang ke hotel untuk ambil bag.
Di sini dulula cerita di Selatan Jeju. Selepas ni saya dan mr.soulmate naik bus yang mengambil masa lebih kurang sejam jugala sebab naik bus henti-henti kan dari selatan terus ke utara Jeju. Tak sabar nak cerita pengembaraan masa kami nak cari hotel tu pula dan betapa canggihnya gajet dalam taxi ajushi yang akhirnya berjaya menemui hotel bekenaan. Hotel tu pula hotel yang super duper canggih tapi murah sangat. Ok nantila saya ceritakan sebab nak kena cari gambar edit dulu ye, sabar ya......

Tiada ulasan: