Memaparkan catatan dengan label tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tart. Papar semua catatan

Isnin, 29 Oktober 2012

Apple Tart


Alahai terbakor pula apple atas tu sebab saya tak buang kulit epal dulu. Time makan tak rasa la plak hangitnya.
Sebelum ni saya dah pernah buat apple tart versi jamie oliver kat sini memang sedap resepi jamie punya. Saya pernah juga buat pie epal klasik english ala-ala anyam pastry kat atasnya di sini. Dan pernah buat pie epal versi ina garten di sini. Resepi ina garten ni memang simple saja dan ditambah kismis sikit. Selain tart epal saya pernah buat tart oren di sini dan lemon curd tart di sini. Bolehla klik mana-mana link yang saya sertakan untuk dapatkan resepi-resepi mengikut selera masing-masing.
 
Selalunya bila buat tart epal saya akan peel kulitnya tapi disebabkan ada huruf 'M' kat dahi ni paham-paham jela. M for malas.

 
Epal ni macam biasa saya gaulkan dengan brown sugar+serbuk cinnamon+garam+tepung+serbuk pala. Setelah saya gaulkan dengan epal, saya kena tapiskan air epal ni untuk mendapatkan airnya.
 
Air tapisan epal ni saya masukkan sedikit butter dan panaskan dalam microwave selama seminit sehingga 2minit untuk menjadikan ia sebagai sos epal.

 
Beginila rupanya bila sos epal dah pekat. Ketepikan sebentar sebab saya perlu sediakan pastry dulu.
 
Nak senang keja belila pastry segera yang mudah didapati di kedai-kedai bakery.

Pastry ni kemudian saya tekan dengan jari supaya melekat di sekeliling muffin tin ni. Kemudian saya taburkan serbuk cinnamon lagi atas pastry.

Masukkan buah epal yang telah ditapis tadi dan tuang sedikit sos epal di atasnya.

Last sekali letak butter sikit atas epal. Bakar dengan suhu 170C selama 10-15minit.
Selamat mencuba

Rabu, 30 Mei 2012

Bun sweet corn dan bun sosej

Bun ni buat dah lama dah tapi tak sempat nak masukkan dalam blog. Kelakar pula rupa roti ni lubang sana sini sebab tepung roti ni cepat sungguh mengembang, yis beranak pinak. Lagi kembang roti ni lagila lembut dan gebu teksturnya.

Kali ni saya try buat roti berintikan kastard jagung dan roti sosej. Saya memang dah lama teringin nak buat roti inti kastard jagung tapi mr.soulmate lak kempunan nak makan roti sosej, jadi saya bahagikan kepada dua bahagian sama rata...adil kan.

Mana pula saya letak gambar roti inti kastard jagung yang dah siap masak, puas cari tapi tak jumpa pun. Mesti rosak masa memory card camera patah dalam laptop aritu. Rugi dan sayang banyak gambar-gambar masak dalam memory card tu tak sempat nak pindah ke laptop. Kastard jagung ni senang ja saya campurkan gula+jagung krim dalam tin+susu+telur
+tepung jagung. Kemudian saya masukkan dalam microwave dengan suhu maksimum selama 10minit. Saya biarkan sejuk dulu kemudian nak cek doh roti yang saya biarkan kembang 2kali ganda dari saiz asal.

Macam saya cakap awal tadi, doh ni saya bahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk kastard jagung dan roti sosej. Kalau nak ambik resepi roti sosej klik sini dan kalau nak resepi kastard jagung klik sini.
 
Happy baking....

Jumaat, 1 Julai 2011

Apple Tart

Menu dah lama buat tapi saja nak ulang tayang sekali lagi. Dulu versi apple pie tapi kali ni buat versi tart pulak.


Bahannya simple saja cuma sediakan gula, epal, mentega, garam, tepung jagung, serbuk kayu manis dan kulit pastry segera ( kalau takdak yang segera boleh buat sendiri klik sini )

 Memandangkan epal cepat sangat proses pengoksidaan berlaku dengan berubahnya color, saya rendam epal yang siap dikupas kulit dalam rendaman air lemon sementara saya nak siapkan tartnya

 Cara-cara buat inti epal ni boleh klik sini
 
 Tart ni saya ikut cara Jamie Oliver 30 minute meals masa dia buat egg tart. Kalau nak tau macam mana cara JO ni, leh layan dulu video bawah ni time 03:31


Jamie Oliver ni chef professional dah, bolehla masak setengah jam macam2 hidangan teratur atas meja, kalau kita baru nak sukat bahan adalah hehehehe......
 
Ok inilah hasil inovasi saya sendiri dengan versi buah epal

Rabu, 6 April 2011

Apricot Custard Tart

Hari ni hari selasa dan seharian gak dok rumah just watching tv. Sepatutnya ke ofis tapi ponteng rini hahaha......sekali dalam setahun ok la kan memandangkan suasana di ofis agak mendung. Bila stress melanda diri dan mood pun kurang stabil, kena pikir apakah terapi yang terbaik untuk stress ni. haaa... mestila makan....kalau makan je gemuk lak, ok meh kita cipta resepila. Resepi ni gabungan tart nya dari resepi omputih dan custardnya resepi org melayu, kira mcm mix n match la tapi hasilnya sepadan gak...apa pun janji sedap

Inila rupanya dah siap, agak messy sikit maklumlah percubaan yang pertama tapi berbaloi untuk mengubati stress
Bahan untuk tart:
2 1/4 cawan tepung gandum
2 sticks butter
1/4-1/2 cawan air ais
1 sudu garam
1 sudu gula

Tepung gandum diayak dulu

masukkan garam, gula dan butter dalam tepung yang diayak

Adunan tadi digaul sebati bersama air ais dan balut dengan plastik wrap. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 2jam


Sementara tu sapukan butter dalam bekas tart

Doh yang simpan dalam peti sejuk tu, keluarkan dan uli sehingga leper

Kemudian letak atas bekas tart mcm ni dan tekan di tepi-tepi sehingga melekat

Kemudian jangan lupa cucuk2 dulu permukaan dia dengan garfu sebelum masuk dalam oven. Tart ni dibakar selama 20minit pada suhu 175c

Bahan untuk custard:
2 sudu tepung custard
2 sudu tepung gandum
4 sudu gula
2 biji telur
2 cawan susu segar
2 sudu butter

Masukkan tepung gandum dan custard bersama gula dan sedikit susu, gaul sehingga sebati

Letakkan di atas api yang sangat perlahan dan kacau tak berhenti untuk mengelakkan adunan berketul. Masukkan baki susu dan telur sebiji demi sebiji sambil kacau

Apabila adunan menjadi semakin pekat, padamkan api

Masukkan butter dan kacau lagi

Tart yang telah masak tadi kita susunkan apricot mcm dlm gambar

Di atas apricot pula baru kita letakkan adunan custard, saya letak lebihan apricot atas custard

Siap...kalau nak makan panas2, leh makan terus tapi kalau nak makan sejuk, simpanla dalam peti ais dulu ikut selera masing-masing


SELAMAT MENCUBA.....