Memaparkan catatan dengan label brownies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label brownies. Papar semua catatan

Khamis, 13 Ogos 2015

Baking Class: Marble Cheese Brownies

Olla....good morning......

 Inilah rupanya Marble Cheese Brownies dan Congo Bars yang saya sediakan semasa jamuan berbuka puasa dan jamuan hari raya aidilfitri anjuran Kolej Komuniti. Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap kek ni maka pihak kolej mengambil inisiatif untuk membuka kelas bagi komuniti sekitar Sik untuk belajar the making of Marble Cheese Brownies ni.

Kek ni adalah selalu menjadi hasil jualan saya terutamanya menjelang hari raya aidilfitri kerana keenakan rasa rich of coklat dan cheesenya. Kalau nak kira mungkin tak terkira kot brownies ni yang saya pernah sediakan dan resepinya pun dah terpahat dalam kepala otak dah. Disebabkan kek ni laku untuk dijual maka saya rasa ini mungkin peluang terbaik bagi kominiti Sik pelajari pembikinan kek ni supaya dapat la juga menjana pendapatan nanti. Ilmu yang baik jangan kedekut dan patut dikongsi-kongsi, mana la tau mungkin ilmu ni salah satu pahala yang saya terima walaupun telah meninggal dunia.

Ok berbalik kepada kelas brownies ni, ini adalah kelas pertama pembikinan kek di kolej ni malah KELAS PERTAMA SAYA NAK JADI CIKGU NI!!!!!!!

Gementar tapi in the good way la and at the same time excited juga sebab sebelum ni saya cuma kongsi ilmu melalui blog dan social media secara maya saja but this time, it's for real bebeh...... 

 Dua tiga hari sebelum start kelas saya dah study pasal brownies ni dan semua bahan2 yang digunakan. Macam nak ambik test je kan maklumla saya nak well prepared la kalau ditanya soalan nanti. 


Memandangkan saya sorang ja akan mengajar, saya pun hired sorang pembantu yakni salah sorang pelajar di kolej komuniti ni juga. This time perasaan excited dan nervous datang serentak, apa pun enjoy dan happy!!!

 Ketibaan semua pelajar. Semua berpecah kepada 5 kumpulan. 5 kumpulan maksudnya 5 kek akan dihasilkan oleh para pelajar nanti.

 Selepas sesi kenalkan diri memasing, saya pun terus start demo. Masa ni, saya alu-alukan sebarang soalan dan pendapat dan saya akan jawab setiap pertanyaan tu sambil depa tengok demo dari saya. 



 Kek saya dah siap dan cuma tunggu nak masuk dalam oven saja.


Inilah rupanya kek saya yang telah keluar dari oven.

Lepas tu, inila pula masa yang ditunggu2 oleh semua pelajar semua iaitu buat kek sendiri melalui pemerhatian dari demo tadi.

 Salah sorang peserta yang setia masuk kelas saya sehingga kini. 

Di bawah pula kek2 yang disediakan oleh semua pelajar saya.


Sementara tunggu kek diorang masak, kami pun sempat berselfie dan kemas2 semua peralatan.

pssttt....depa kata cikgu ni sporting dan happening la hehehehe....

 Yey....inilah pula rupanya kek2 yang dihasilkan oleh semua pelajar saya. Saya bangga dengan mereka. Kegembiraan saya macam anak sekolah tunjuk report card dapat semua 100% each subjects kat saya hahahaa.....

 Happy face all of us....and tak sabar nak digging semua brownies ni. Thanks so so so much...mucio gracias....for everyone....i love u....next time kita bertemu lagi. Banyak lagi resepi dan ilmu yang nak saya kongsikan bersama penduduk setempat di Sik, Kedah.

Untuk resepi entry yang pernah saya update boleh klik di sini, di sini dan di sini. Untuk versi red velvet klik di sini.
 Happy Baking!!!!

 Dari Sik saya pun drive ke Sungai Petani tapau sikit brownies kat mr.soulmate sebab dia ada aktiviti pameran di ruang legar Amanjaya Mall. 

Sedikit tazkirah untuk diri sendiri dan pembaca blog saya,

 "Ilmu itu bukan untuk dihafal tapi untuk diberi manfaat"
-Imam Syafie.

Daripada Abu Hurairah, Rasullah saw bersabda bermaksud, "Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya." 

Sabtu, 31 Ogos 2013

Brownies Dipped In Chocolate



Disebabkan mahukan kelainan brownies kali ni, saya buat eksperimen dengan potong kecil2 dan dipped kan dalam coklat ganache.  

Kali ni saya buat 2 biji brownies iaitu cheese brownies dan sour cream brownies.

Sour cream brownies ni lebih menjadi berbanding cheese brownies sebab teksturnya walaupun lembut tapi teguh dan tak cepat relai.

Cheese brownies ni pula mudah relai dan dia serap coklat dalam kek dan susah nak salutkan semua permukaannya.

Coklat ganache ni pula saya mix coklat masakan bar+serbuk koko+susu+butter+sedikit brown sugar

Walaupun comot2 semua tapi ya ampunnn sedapppp bangat.

Oh tersesat la budak melampau dalam entry ni.
SELAMAT MENCUBA.....

Rabu, 6 Februari 2013

Brownies Red Velvet


 Mr.soulmate request brownies marble cheese untuk makan-makan kat opis dia pastu saya cadangkan apa kata buat eksperimen daripada chocolate brownies kepada red velvet brownies pula sebab kebetulan saya buat tempahan kek red velvet juga. Mr.soulmate pun happy je nak rasa percubaan baru ni, so saya pun start la membaking kek ni.
Tak sempat nak merasa kek ni huhu sedih. Kena tunggu kelas start kalau nak buat kek ni sekali lagi sebab ada kawan-kawan boleh habiskan kek.  

Resepi seperti di bawah

  RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan utk brownies:
2 1/2 cawan (250gm) tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan (113gm) minyak canola
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan brownies.
~ ~ ~

Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
Simpan kejap dalam peti sejuk
~ ~ ~
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama minyak canola sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Dalam bekas lain campurkan cuka bersama soda bikarbonat dan cepat-cepat tuang dalam adunan kek(jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 2 - 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.

Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh

Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.

Memandangkan saya lupa sungguh nak simpan sikit adunan kek untuk buat corak atas kek ni, saya taburkan kek yang dihancurkan atas cheese. 

Selamat mencuba.

Jumaat, 1 Februari 2013

Apple Turnover and Strawberry Cheese Ice Cream



Aiceh sebenarnya bukannya teruja nak makan apple pie or apple turnover ni tapi teruja nak makan ice cream kat sebelah tu. Sedap tak henggat kot ice cream cheese strawberry keluaran wall's tu. Nak menggandakan lagi kesedapan, tabur pula pistachio cincang.....hemoi hemoi makin debab dan demokla nampak gayanya ni. Tu yang ambik gambar fokus tang ice cream lebih hehehe.

Disebabkan tahun ni panjang pula kaki nak berjalan ke arah matahari terbit pula, maka kenalah kurangkan berat badan seiring dengan native di sana. Oleh itu mr.soulmate pun tak tunggu2 dah beli xbox360 terus. Apa lagi sekarang ni pagi, petang, malam tak kira masa dok berjoget terkinja-kinja je depan tv tu. Kalau sekali main game penat macam nak pengsan tak payah cakap la dengan lencun satu baju dengan peluh. So kalau main xbox kat rumah ko pakai bikini pun tak kisahla bukan ada sapa pun nak tengok
 Bukan apa, sebab suka nak makan benda manis dan tinggi kalori ni maka wajibla membakar lemak lebihan balik. Nak bakar lemak kat luar rumah kadang-kadang tak sempat je memanjang sebab satu, kena matahari redup, takkan panas rembang nak berjoging kat luar. Kedua soal keselamatan harusla diambik kira dengan kes ragut memanjang ni dan lagi kes nak kena kejar dengan anjing lagi. Ketiga bila bersenam outdoor ni wajibla menutup aurat dengan sempurna dan lain-lain lagi faktor la. Kalau bersenam dalam rumah ni lantakla nak menari k-pop ala menggoda pun tak pa or buat tarian tango sudah kami dua laki bini kat rumah hehehe....

Eh dah melalut cita lain pula, sambung balik nak cita pasal apple turnover ni. 

Apple turnover ni dah banyak kali dah buat. Kalau nak jenguk resepi boleh klik sini, sini, sini dan sini. Kali ni sebab saya nak habiskan semua apple dan pastry dalam peti ais, saya nak try buat frozen apple turnover pula. Oleh itu, saya buatla banyak-banyak and simpan kat tempat frozen. Bila nak makan baru kuarkan dan bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 10-15minit saja or sampai keperangan. Malas sungguh nak letak eggwash kat atas tu, lantak la janji sedap.

Pistachio yang beli kat Satun, Thailand serupa dalam Malaysia tadak jual je. Bukan apa pistchio kat sana murah gila berganda-ganda jual kat sini plus nak ke Satun, Thailand dekat je nak singgah kalau berpicnic kat Gua Kelam.
So teatime kali ni saya makan dengan brownies buah tin lebihan saya buat untuk birthday kakak saya. Brownies ni sama ja resepi macam saya buat sebelum ni cuma kat tengah-tengah tu saya tuang separuh botol jem buah tin dari Turki beli kat kedai Arab. So resepi brownies ni saya kurangkan gula sehingga 70% semata-mata nak gantikan gula dalam jem tu. Kata mr.soulmate, dia sentiasa sokong setiap kali saya buat eksperimen makanan asalkan selamat dimakan hehehehe....so far so good, tak dak lagi keracunan makanan.

Sedap tak teatime kitorang ngeh ngeh....sambil melayan anak-anak bulu berlari keriangan dan bergolek-golek buat muka tomei kat taman.
 
Selamat mencuba.

Selasa, 23 Oktober 2012

Marble Cheese Brownies


Sekarang bila kata nak buat marble cheese cake, saya tak tengok resepi dah. Resepi ni dah terpahat dalam kepala otak dah and siap leh buat kelas masakan kat kawan-kawan yang nak menuntut ilmu lagi. So hari ni saya jadi cikgu memasak yang tak bertauliah. Ini kek hasil daripada student saya aka my classmate jugak. Kata diorang lepas ni boleh kawin dah sebab dah boleh buat kek hahaha. Cerita bab kawin ni semua pakat excited je serupa la dalam kelas pun kalau dr cerita pasai kawin semua muka teruja.
Kek kali ni saya jadi supervisor saja dan bagi arahan je nak buat apa next. So mula-mula nak start buat kek jangan risau kalau dapur berkecah sebab kita masih tak tau nak agak sukatan kek. Memangla ikut sukatan dalam resepi tapi sometime bila adunan jadi cair kena tambah sikit tepung ke or kalau adunan terlalu kental kena tambah susu sikit ke. Paling penting kalau mula-mula nak belajar buat jangan risau kalau tak menjadi. Buat lagi dan lagi sampai jadi.



Kalau nak ambik resepi dan rujuk entry sebelum ni boleh klik sini, sini, sini dan sini


Biarkan oven membakarnya dengan suhu 180C


Enjoy...happy baking!

Rabu, 2 November 2011

Brownies Racheal Ray

Kembali lagi dengan buat brownies. Suka betul makan brownies ni. Tapi apa bezanya brownies dengan kek coklat?mesti ramai yang tertanya termasukla diri saya sendiri. Selepas mengkaji selidik dengan mr.gogo, dia cakap brownies ni adalah kek yang bantat sebab kek ni tak naik. Sebab itulah dalam resepinya tak letak baking powder sebab memang taknak kasi kek ni naik. Walaubagaimanapun brownies ni tetap akan lembut cuma isipadunya agak padat je.

Awatla tak terliur nak makan brownies ni, tengok cerita Desperate Housewife diorang suka betul buat brownies tambah-tambah si Susan Delfino. Lagi pun  buat brownies ni memang senang. Sebelum nak belajar buat kek, buat dulu brownies sebab brownies memang mudah sebab semua bahan akan digaulkan sekali dan tak perlu pakai mixer pun cukupla dengan whisk guna tangan je bahan-bahannya semua.

Sebelum ni saya ada juga buat brownies tanpa gula sebab saya mix brownies saya dengan pisang salai, susu dan pistachio, entry boleh klik  sini. Sama juga macam resepi yang lepas, saya guna resepi dari Racheal Ray dari majalah Everyday. Saya memang suka sangat kalau masak guna bahan dan cara yang paling simple. So, resepi ni sangat sesuai untuk orang malas macam saya. The best basic brownies:
Preheat the oven to 180 C, Grease a 9-by-9 inch baking pan. In a large bowl, combine 2 cup sugar, 1 1/2 sticks melted unsalted butter and 1/2 teaspoon salt. Whisk in 3 eggs, 1 at a time. Stir in 1 cup unsweetened cocoa powder and 1 cup flour. Transfer the batter to the baking pan and bake until just set, 25-30 minutes, let cool.
Simple kan resepi dia..ok, selamat mencuba.