Klik sini

Selasa, 13 September 2011

Georgetown Kopitiam

Best Blogger Tips
Jalan-jalan cari makan lagi dekat tempat saya dibesarkan dan diberi pendidikan awal. Cerita pasal tempat kelahiran ni saya ada satu cerita tentang saya dan mr.soulmate. Bila flash back balik cerita pasal dulu lawak la pulak. Masa sekolah rendah suka beli sengkuang palit dan sate ikan kat pagar sekolah. Rupa-rupanya saya dan mr.soulmate dah berjumpa dan saling bertemu dari sekolah rendah lagi cuma time tu kami tak kenal lagi. Dulu saya sekolah rendah kat Sek. Ren. Keb. Sultanah Asma bersebelahan dengan Sek. Men. Sultanah Asma. Sekolah Asma ni famous sangat kat Kedah maklumlah sekolah orang pompuan semua. Sebelahan tu ada lagi ada sekolah rendah namanya Sek. Ren. Keb. Tenku Raudzah. Sek. Tenku Raudzah ni sekolah campur laki pompuan dan mr.soulmate salah seorang bekas pelajar sekolah tu. Jalan kecik yang memisahkan sekolah kami dua ni ada pakcik jual sengkuang palit dan sate ikan. Saya ni setiap hari lepas kelas masa tunggu bas sekolah nak datang hantar balik rumah mesti singgah membeli-belah dulu kat pakcik tu. Bukan saya je, mr.soulmate pun setiap hari jadi pelanggan tetap jugak. Oh patutla saya rasa ada budak laki suka berebut nak beli dengan saya hehehehe.....
Ada lagi pakcik mamak yang kayuh basikal jual aiskrim palit dalam kon harga 20sen. Pakcik ni selalu berenti borak dengan member dia kat kedai gunting rambut dekat flat Alor Malai. Rasa-rasa time tu saya tak bersekolah lagi pun. Rupa-rupanya mr.soulmate pun selalu beli aiskrim kat situ jugak hehehe.....haishh...asal flash back cerita mesti dia pun timbul jugak. Itula kisahnya 23 tahun yang lalu. Ada lagi cerita pasal bapa mertua dan pakcik saya kira-kira 30tahun yang lalu tapi cerita peribadi ni mana leh dihebohkan, diam-diam sudah le. Tapi cerita ni memang macam cita dalam tv ala-ala hindustan hehehehe. Mungkin Allah dah tetapkan untuk satukan kami berdua untuk kebaikan semua pihak. Kalau dah jodoh tu tak ke mana jugak kan.


Jalan-jalan cari makan ni macam biasa saya dan mr.soulmate berdating di kopitiam sementara nak tunggu masuk panggung midnite. Maklumla bukan hari-hari berjumpa pun, bila berjumpa ha macam-macam nak buat bersama hehehe


Saya minum hot white coffee Georgetown dan mr.soulmate minum cold coffee. Harga mahal sikit dari Pakli Kopitiam


Deco dalam restoran ni ada sejarah tentang negeri Pulau Pinang tertera di dinding. Sambil minum kopi leh menambahkan ilmu sejarah. Tetiba rasa macam berbalik pada zaman dolo2 kala. Bertuahnya saya hidup pada zaman sekarang tak bersusah payah macam orang dulu-dulu.

Sebenarnya saya tak pasti kopitiam ni boleh bertahan selama mana sebab kebanyakan restoran yang dibuka dalam Alor Star Mall ni akhirnya gulung tikar sebab tak mendapat sambutan sangat. Suasana ni pun lengang je. Masa saya dan mr.soulmate datang ni saya nampak ada teenagers satu group nak berangkat keluar. Kemudian group tu datang balik sebab dia tertinggal handbag dia. Dia tanya kat bangla waiter situ, bangla tu rupa-rupanya dah simpan bag budak ni. Saya tengok budak ni cakap terima kasih je bukan nak hulur seringgit dua pun sebab ada orang jujur yang simpan bag dia. Mungkin budak tu pun tak dak duit kot hehehehe tapi bukan senang nak jumpa orang jujur zaman sekarang ni.


Itula cerita serba sikit jalan-jalan cari makan aka cerita sejarah kehidupan

Tiada ulasan: